Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, December 30, 2012

S11 yang parah

 kesian pada S11 ni.... baru 7 bulan tukang bayar guna dah cedera parah....  on that unfortunate day, S11 kesayangan ni jatuh bersama ER-6n dan tuannya sekali.... dek nak mengelak kenderaan yang memberek mengejut, pengguna jalan raya lain yang terpaksa menerina kesannya.... nasib baik tuan moto x cedera, cuma bruises kat lutut n tangan. tapi yang paling parah sekali S11 ni la.... putus nyawa kejap. bila on balik dah jadi haywire, bila g kedai tanyakan kalau masih boleh diselamatkan tp tuan kedai kata mungkin motherboard tu dah terhentak dan build-in memori pun dah senget.... x leh nak ingat apa dah! habis segala file dalam tu x leh nak excess dah! tp masih berharap dia akan dapat dipulihkan semula sbb masih under warranty, tp x tau la kan cedera cam ni warranty ada cover ker?

so sbb x dapat nak pastikan whether boleh baiki or not, carilah penggantinya.... no choice la kan. amik je la yg baru. welcome to our household, Samsung Galaxy S111. harap yg ni akan bertahan lama lah hendaknya.

Untuk anak....

 the glittering silver masih berada di delivery bay

selamat pagi dan salam hujung minggu dihari2 terakhir tahun 2012.... time flies kan. x sedar 2012 dah sampai kepenghujungnya dan 2013 akan tetap menjelang dengan harapan tahun yang akan mendatang akan menjadikan kita lebih baik dari sebelum2nya, Insyaallah. dan sempena menyambut ulang tahun kelahiran anak yang kini memasuki twenty-series tu, ayah n mama dengan besar hati menghadiahkan glittering silver buat anak bujang mama tu. biar pun terlambat dua hari dari hari dari his actual birthdate tp x pe la kan.


n masa dapat this glittering silver semalam, tuannya berada di melaka preparing for his exam, so belum dapatlah merasa nak drive around. sabar2 ya, n jangan lupa jaga elok2.

Friday, December 28, 2012

Talam tokyo

 Asalamualaikum dan salam Jumaat yang mulia....lama rasanya x tepek pasal masak2 kat sini kan. entah apa yang dibz kan. tp sepanjang minggu lepas mmg rasa hetic sangat sampai rumah maya ni terbiar bersawang. hetic dengan segala yang manis dah pahit... yang manis biar jadi sweet memory di hujung2 tahun dan incident yang pahit tu biarlah kami jadikan pengajaran.... wish yang baik2 jer untuk hari2 yang mendatang kan...

nak citer pasal talam tokyo ni, kenapa dan dari mana dapat nama kuih talam ni kak rose x tahu... ada makan kat kenduri ari tu, rasa ok tp sagu biji tu masih putih berbiji2, tu yang rajinkan diri nak jugak mencuba. dan Alhamdullilah jadi dengan elok dan sagu pun masak jernih n cantik. cantik lah pada mata kak rose yg amatur sangat ni. perasan.  nak gak puji diri sendiri tu!

resepinya kak rose amik dari blog Maz Ilham Dapur, tp x lah secantik tuan punya resepi tu. asalkan sedap dan masak elok tu pun dah cukup cantik lah pada kak rose ni. izinkan kak rose kongsikan kat sini pulak ya......

Talam Tokyo 
Bahan-bahan
Lapisan Bawah
  • 30g suu'un - rendam selama 10-13 minit - gunting kecik-kecik
  • 125g sagu kecil - cuci dan rendam 10-13 minit dan toskan
  • 50g kelapa parut -amik yang putih je
  • 1 sudu kecil garam
  • 200ml santan
Cara-cara
1. Satukan semua bahan-bahan dan kukus selama 15 minit,bila dah masak tekan-tekan sikit dengan sudu (pastikan tutup pengukus ditutup dengan kain/towel)
Lapisan Atas
  • 150g gula pasir
  • 50g tepung kastard
  • 400ml santan
  • 1 biji telur (gred A)
  • 1/8 sudu kecil air abu (kak rose x de, so x letak)
  • 1/4 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna hijau
  • sedkit paste pandan 

Cara-cara
1. Satukan semua bahan-bahan kecuali gula. Kacau sebati dan tapiskan dalam periuk
2.Masukkan gula dan masak atas api sehingga naik wap (jadi pekat sikit macam susu pekat gitu)

3. Tuang ke atas lapisan sagu tadi dan kukus lagi selama 30 minit. Siap dan buka tutup pengukus dan sejukkan dulu sebelum dipotong.

Thursday, December 27, 2012

He is 20 today

 
busu at three n  half years old

Syukur Alhamdullilah, dengan izinnya anak mama kini dah masuk 2 series. perjalanan yang panjang dan masih ada loooong way to go dan semuga perjalanan yang akan datang akan semua dipermudahkan. doa dari mama dan ayah, semuga busu sentiasa berada dalam Rahmat dan lindunganNya, diberikan kesihatan yang baik, diberikan ketenangan dan hati yang terang dan lapang untuk menghadapi apa saja yang bakal mendatang. doa mama juga agar busu menjadi anak yang soleh dan dapat berbakti pada mama n ayah nnti. Insyaallah. Happy 20th birthday.

and he is now....bersama cousins semasa family gathering di Umbai ikan bakar pada ahad lepas

 makan2 kat Nando's, his choice of restaurant

 his choice of menu....full platter

after makan half a chicken, a cup of spicy rice, a glass of madeira red designer drink and endless of ice lemon tea, the birthday boy dah tersandar kekenyangan...licin habes suma!

 his bekpes this morning....toasts, two pcs of beef burger, two slices of cheese with chilli sauce, mayo n mustard topping but without sayur mayur. and a cup of black coffee

n geting ready nak balik melaka dah....n soon this blj akan tukar with glittering silver

Wednesday, December 26, 2012

Bye bye Waja

 Sayu jer.... it's time to say goodbye pada waja yang banyak berjasa pada keluarga kak rose ni... menjadi sole owner sejak mac 2002 tp kena terima hakikat jugak, walaupun dengan hati yg reluctant to let it go. apakan daya kan, bila dia dah berusia, maka maintenance pun bertambahlah.... ada jer yang sakitnya terutama power windownya dan juga menambahkan sakitnya lah poket tuan owner dia. jadi kena lah terima kata2... learn to let it go dengan hati yang lapang, cumanya berharap new owner nanti akan dapat jaga dia macam kami menjaganya....

 amik gambar for the last time depan rumah ni...

 dah bertukar tangan..... bekas owner turun dari wajanya for the last time....

bye bye waja.... semakin jauh dibawa pergi oleh new owner

Sapu sawang dulu...

 kari kepala ikan penang mari melegak atas dapo

Asalamualaikum dan selamat pagi pada yang sudi singgah kat rumah yang dah seminggu tak berupdate.... merry christmas pada yang menyambutnya. kena la sapu sawang n habuk2 dulu. nasib baik la orange tu kalau simpan lama pun x basi kan dan disebabkan sibuk kesana sini dan juga dengan terjadinya kejadian yang sangat tidak kami harapkan maka orange tu pun masih ada lagi... masih fresh dalam fridge! sepanjang minggu mmg hetic sangat... x tau mana nak mulakan cerita tp yang pasti biarlah semuanya jadi kenangan kami sekeluarga...yang manis dan yang pahit jugak...muga ada hikmah yang baik disebalik apa yang terjadi. Insyaallah.

dan semalam seharian kami di honda service center, ingatkan buat routine service jer, tp rupanya kena buat major service... x de choice, kena lah bertunggu kat situ hingga siap. dah tu pulak mechanic tu bagi tau that the tayar is about to kena tukar, so lagi la lama kena bertapa dan bertambah besar la lubang kat poket tu.... lunch pun miss! mmg x nak makan kat luar sbb dah set nak makan lauk nasi kandar yg en somi bli dari penang, jadi lapo pun kena sabo je la, nasib baik ada coffe n sedikit tidbit kat service center tu. dapatla alas perut yg berkeroncong.

bila dah petang balik rumah terus je masak nasi dan panaskan lauk ... kari kepala ikan dan ayam madu... makan dengan nasi panas2 mmg sangat ngam.... dan bertambah2 nasi. adoyai la.... camner la nak mengurangkan lemak2 yang semakin banyak berlumba2 bertepek kat badan ni......

ayam masak madu, jugak penang mari....

Wednesday, December 19, 2012

WW: mmg wordless la...

 cameron highland mari punya!

kluang mari punya!

Sunday, December 16, 2012

sales di mana mana


ya mmg ada sale dimerata tempat, dan bila nak membeli satu2 barang tu mmg pk banyak kali la... setakat nak cuci mata je g jenjalan tengok krismas deco yang lip lap tu... dan ni saja yang dapat dibli untuk puaskan diri sendiri... kalau x de diskaun mmg x mampu nak bli dek non oi!!!!!

 
 baru lah dapat nak merasa guna mangkuk ni....

tp kopak jugak poket sbb bli banyak hadiah untuk this coming family gathering..... senang bli kat parkson ni sbb derang ada service untuk wrap sekali.... jimat duit x yah bli wrapping paper dah! n x yah nak susah2 membungkus semua hadiah tu....


on the way balik tu bli kek untuk birthday en somi, kek pilihan busu, warmest chocolate dari the baker's cottage. tp malam baru dapat potong kek sbb masa tu en somi ada kursus kat PD... malam baru balik. jenuh kami dua beranak tunggu, konon nak buat suprise la kan...

Saturday, December 15, 2012

Menyibukkan diri

bekpes semasa kehabisan roti.....

salam hujung minggu buat semua. hari2 yang sibuk buat kak rose atau sebenarnya saja menyibukkan diri untuk nak jauhkan diri dari ngadap komputer ni lama2... sejak kes cts tu ada jer yang kurangnya dengan diri ni.... bila duk kat komputer lama sket terasa pulak lenguh kat shoulder blade.... bila ngadu kat doctor terus dia suruh buat physio, n  pagi ni kali kelima dah menjalani physio tu and  feel very much better dah, tapi kena beringat2 agar x duk kat komputer lama2. tapi kan, camner la nak jauhkan diri dari komputer....

saja nyibukkan diri la jadinya...tiga hari berturut2 ada kenduri kat kawasan perumahan ni, dengan physio berselang hari dan juga jadi cekgu pada my neighbour's son lagi di belah petang...lupa kejap dengan rumah maya ni.  sayang pulak nak biarkan dia bersawang... jenguk jugaklah dengan kisah merapu meraban ni.

baby's n mama's work station.... berserabut!

Thursday, December 13, 2012

Apam gula hangus

 
resepi cilok dari sini n mekasih banyak2 ya....

Bahan-bahan
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air (kak rose buh 3/4 cup jer)
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 sudu teh soda bikarbonat.
  • 1 1/2 cawan tepung gandum.
 
Cara-cara
  1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
  2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
  3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
  5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit. (kak rose kukualam 15mts sbb guna acuan kecik2)
  6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.
  7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

Tuesday, December 11, 2012

kuih kaswi nyonya


salam dan selamat pagi semua. pagi hari kak rose buat entry menu minum petang semalam.... buat separuh adunan je, tp pagi ni ada baki lagi, boleh lah nak cemil2 sambil ngadap menda ni. tp pada kak rose la, kuih kaswi yang biasa tu lebih memikat selera jawa ni. kaswi nyonya rasa sedikit muak sbb ada penggunaan santan dalam adunan ni kot atau tekak kak rose jer yg rasa cam tu. entahlah, masing2 punya selera kan, tp kalau x cuba kita x kan tahu. ya tak? mekasih pada Yatie yg sharekan resepi ni dan kak rose mohon nak kongsikan kat sini lak ya...


Bahan-bahan ( loyang 10x10 inci. ) 
Bahan A - dimasak hingga mendidih dan sejukkan,tapis.

  • 1 cawan gula pasir
  • 1 1/2 cawan gula merah
  • 500ml air
  • 1 sudu kecil garam
  •  3 helai daun pandan - disimpul
Bahan B - di satukan di dlm sebuah mangkuk
  • 1 1/2 cawan tepung beras (cap gajah)
  • 1 1/2 cawan tepung ubi
  •  1/2 cawan tepung jagung
  • 800ml santan (400ml santan kara + 400ml air)
  • 2 sudu besar air kapur 
Cara-cara

  1. Masak bahan A hingga mendidih, biarkan suam dan tapiskan.
  2. Dalam mangkuk yg lain, satukan bahan B.
  3. Bahan A dan B di satukan dan digaul rata dan ditapis lagi.
  4. Masak adunan hingga naik wap .
  5. Tuang adunan ke dlm loyang yg disapu minyak dan dipanaskan di dlm kukusan
  6. Kukus selama 30-40 min.
  7. Sejukkan kuih kaswi dulu baru dipotong dan disajikan bersama kelapa parut putih.

Monday, December 10, 2012

Gyoza

 salam hari isnin yg mendung jer... hari2 ada hujan turun, tp tuan rumah tenggelam timbul kat rumah ni... dah jemu dengan hidangan kuih bakar keledek tu kan, moh kita cuba makan gyoza ni... pertama kali nampak kat rumah Ros SinaranMenu tu rasa sangat nak cuba buat.... tp baru ni hajat tu kesampaian...

memula siapkan bahan2 inti....

Bahan Inti
*  100 grm kubis dipotong halus
*  1/2 biji carrot diparut halus
*  2 batang daun bawang potong halus
* 14 ekor udang sederhana besar dipotong halus
* Lebih kurang 200 grm minced chicken
* 1 1/ 2 sudu kecil minyak bijan
* 1 sudu besar tepung jagung
* 1 sudu kecil gula
* garam secukup rasa

 pack of kulit gyoza yang kak rose guna... bli readymade kat care4. kulit wantan tu tah bila la pulak nak diprojekkan.... kebetulan ada terus bli sekali. kedua2 ada tanda sijil halal kat packet tu.@30pcs/pack.


Cara menyediakan
1- Campurkan semua bahan hingga sebati.Ambil sekeping kulit gyoza dan masukkan 1 sudu inti.Sapu sedikit air ditepi kulit gyoza .Tutup kemas dan picit tepinya .
2- Sapukan sedikit minyak dalam non stick pan dan panaskan kuali.Bila kuali sudah panas ,atur dalam 8 ke 10 biji gyoza dalam kuali. Masak hingga bahagian bawah gyoza kuning keperangan.
3- Masukkan 1/3 cawan air kedalam kuali dan tutup kuali.Masak gyoza hingga air kering. Buka penutup kuali, angkat dan hidang lah bersama sos pilihan dan makan semasa panas.


dah siap klim, ready untuk masuk koli. dan kak rose buat 3 versi.... macam rajin sangat kan? actually buat experiments, nak tau jugak yg mana paling sesuai ditekak jawa ni....

 versi ikut resepi diatas.... rangup garing kulit dibawah gyoza ni...

 versi yang kukus saja... dengan sapuan minyak bawang putih n bawang putih goreng

Minyak bawang putih
Potong halus bawang putih.masukkan dalam 1/3 cawan minyak kedalam mangkuk dan masukkan bawang putih tadi.masak dalam microvawe selama lebih kurang 2 ke 3 minit atau mengikut cara dan kepanasan microvawe masing-masing. (kak rose goreng dalam koli sampai bawang putih garing)

yang ni pulak, selepas kukus tu kak rose goreng pulak... semuanya sedap dan sangat lembut dimakan masa masih panas2.... bila dah sejuk kulit dia jadi a bit liat. so memang disuggestkan makan masa panas2 dan cicah sos kegemaran masing2 lah ya.

Thursday, December 6, 2012

Kuih bakar keledek oren

 petang semalam punya hidangan minum petang.... so dah abes la ya.. resepinya kak rose kopi dari dapur Yatie mekasih share dan izinkan kak rose nak kongsikan kat sini pulak...

KUIH BAKAR KELEDEK OREN
Sumber : Yatiememories

BAHAN-BAHAN

4 biji telur
3 cwn santan
2 cwn tepung gandum
1 cwn gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
2 cwn keledek (rebus dan lecek)



CARA-CARA

Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, (kalau nak kuih kelihatan tinggi, boleh guna tin (7 x7 x 3) inci. Ketepikan... (kak rose guna mufin pan jer)

Satukan bahan2 diatas kecuali keledek lecek, dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu. Tapis adunan tadi dan masukkan keledek lecek, kacau hingga rata.Tuang dalam tin yang telah disiapkan tadi. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.

Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin.   

Wednesday, December 5, 2012

WW: nasi goreng jer.

 td tengok rancangan rasa halal paris....

nasi goreng pun a la rasa halal paris. boleh gitu?

Udang celup tepung

 udang goreng celup tepung yg dah tinggal gambar saja.... hari tu ada terpandang udang ni berposing cantik kat dapur Nor Secubit Garam dan mula lah tekak ni nak jugak merasa ....  lagipun rasanya lama dah x buat udang celup tepung cenggini...  dan kali ni buat ikut resepi dari Nor secubit garam. mmg ngam punya. x caya cer try cuba, pasti nak lagi nnti. kak rose mintak izin nak kongsikan resepinya kat sini ya dan mekasih banyak2...

UDANG CELUP TEPUNG
resipi : K.Nor

Bahan ~ utk bancuhan tepung:

1 cawan tepung gandum
1 cawantepung beras
2 sudu besar serbuk cili kasar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu besar serbuk kari
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam

Cara:
Masukkan kesemua bahan2 ke dalam sebuah bekas dan gaul hingga sebati.
Ketepikan.

Bahan ~ utk Udang Celup Tepung:
300 - 500gm udang saiz sederhana
1 - 2 biji telur ~ dikocok sedikit
bancuhan tepung secukupnya
minyak 
 (untuk 15 ekor udang kak rose cuma buat separuh dari adunan ni)


Cara:
Bersihkan udang, terpulang samada nak buang kepala atau tidak (sekiranya kepala tidak mahu buang kepala, gunting sesungut dan juga muncung udang)
Toskan hingga kering.
Gaul udang bersama dgn telur hingga rata.
Ambil sebahagian bancuhan tepung tadi dan gaulkan udang satu persatu ke dalamnya hingga rata.
Goreng udang yg dah digaulkan tadi ke dalam minyak yg dah dipanaskan hingga kekuningan.
Angkat dan toskan minyak.
Hidangkan bersama sos cili kegemaran.
*selain utk menggoreng udang, bancuhan tepung ini juga boleh digunakan utk menggoreng cendawan, ayam, sotong atau juga sayuran spt peria (bg yg suka peria), terung, bendi bagi penggemar sayuran..

Tuesday, December 4, 2012

Pusat pemulihan....

 salam dan selamat petang yang sejuk.... hujan sangat lebat kat sini, macam dicurah2 je hujan turun! mekasih pada yang masih sudi singgah kat seripayaku ni.... tuan rumah tenggelam timbul je sekarang ni. vitamin m dah banyak sangat dah ni... dan aktiviti hari ni, pagi lagi dah ke sdmc, appoinment at 9am untuk buat physio therapy untuk lenguh2 kat urat belikat. buatnya kejap jer tapi pas tu jalan2 cari makan la...

 bli tahu poket ni kat gerai tepi jalan... isi cuma sengkuang n tauge... rasa slightly cam popia je @ 50 sen sebiji.

tapi yang muskil dihati... manakah nilai duit kita sekarang kalau pisang goreng yg senonet ni pun 50sen/pc... dah la cenonet, kelat pulak tu! saja amik gambo nak bandingkan besonya pisang tu dengan kunci yg panjang 2 inci ni. agaknya nak cover sewa gerai tepi jalan yang mahal tu kot.... banyak songeh betul kak rose ni kan.... nak puas ati buat la sendiri, ya x?

on de way balik singgah kat care4, pekena kuey teow kungfu pebret ni dengan teh o ais yg nyaman....

Saturday, December 1, 2012

Sarapan pagi 1st Dec.

Asalamualaikum dan salam awal December buat semua.... dah petang ni nak jugak tepek sarapan pagi tadi. merajin kan diri buat fluffy pancake ni sbb kehabisan roti la.... malas pulak tu nak keluar cari bekpes.... so godekla pancake ni, sudahnya dekat kul 10 baru dapat bekpes....


kak rose buat 2 adunan dari resepi ni dan dapatlah 7 keping pancake yg tebal n gebas gebus ni... resepi dari nor secubit garam dan pernah buat dulu kat sini mekasih ya nor, sekali lagi kak rose tepek kan kat sini.

FLUFFY PANCAKE
source: Allrecipes
source : K.Nor@SecubitGaram

Ingredients
3/4 cup milk
2 tablespoons white vinegar
1 cup all-purpose flour
2 tablespoons white sugar
1 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon baking soda ~ k.nor letak secubit jer
1/2 teaspoon salt
1 egg
2 tablespoons butter, melted
cooking spray ~ optional
 
 sedap dinikmati bersama madu n strawberry jam

Directions
Combine milk with vinegar in a medium bowl and set aside for 5 minutes to "sour".
Combine flour, sugar, baking powder, baking soda, and salt in a large mixing bowl. Whisk egg and butter into "soured" milk. Pour the flour mixture into the wet ingredients and whisk until lumps are gone.
Heat a large skillet over medium heat, and coat with cooking spray. Pour 1/4 cupfuls of batter onto the skillet, and cook until bubbles appear on the surface. Flip with a spatula, and cook until browned on the other side.