Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, January 29, 2020

Rindu nak ber brisk walk...

 Asalamualaikum dan salam rabu yang sejukkkk...
 Hujan rahmat sepanjang hari ini... dari sebelum subuh hingga tengah hari ni masih belum berhenti hujan... semuga hujan rahmat yang Allah turunkan ini akan dapat membasuh dan menghilangkan segala virus yang sedang melanda negara kita ni dan semuga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah jua Aamiin.
 
dan kak rose pun dah rindukan padang tempat berbrisk walk pepagi hari tu... dah lama jugak kak rose tak jalan kat situ sejak kaki terpeleot hari tu. bila dah ramai berjimba2 maka lupa diri lah, so kenalah apa yang ditakutkan sangat tu... miss step dan akibatnya cuma lepas beberapa hari baru rasa sakitnya... tapi bila tak lah sakit sangat, masih boleh berjimba2 lagi so biarkan jer la dengan harapan akan sembuh sendiri... cuma g klinik dan makan ubat tahan sakit jer.. tapi bila dah libatkan masa nak solat pun tak leh nak duduk dengan betul, maka have to do something la kan.. dan ni lah result dari x-ray tu... dan doctor soh g buat physiotherapy jer...

 dan ni lah dia... rehab service di SDMC, buat rawatan knee physiotherapy kat sini... sebelum g sini tu dah pun ikut cara di youtube, dan kurang lah sakitnya bile nak solat dan jalan2 tu... tapi kena lah pergi jugak dapatkan rawatan dari yang pro kan..

 dan bermula lah rawatan kak rose kat sini... ni first day dan akan ade lagi tujuh kali untuk nak hadirkan diri kat sini... Alhamdulillah, so much dah improve walaupun the slight pain is still there. tapi kata budak physio tu sakit ni memang payah nak hilang cuma kita boleh kurangkan bila kita tahu caranya... mostly buat stretching lah..

ada juga buat ultrasound dan infrared light therapy. semuga cepat sembuh lah untuk diri sendiri dan Alhamdulillah, semuanya dah boleh buat macam biasa dan harap adalah kerajinan nak berbrisk walk semula nanti...

Tuesday, January 28, 2020

Serawa sagu nangka

Asalamualaikum dan salam selasa buat semua..


 suka sangat dengan serawa yang bersagu cenggini... maka bila ada lebihan nangka yang kak rose bawak balik dari kampung tu memang nak sangat buat serawa macam ni... tak sedar sampai dua mangkuk kak rose sorang jer ngadap.

nangka yang sangat manis n juicy, masak fresh dari kebun peninggalan arwah mak bapak... besar gedabak buah nangka ni, dapat jugak berbagi dengan kawan2 kat sini... semuga berpanjangan pahala rezeki dari buah ni untuk arwah berdua. Aamiin..


resepi mudah muntuk buat serawa ni..

Bahan-bahan:
isi nangka secukupnya, potong dadu (kak rose suka bubuh banyak2, sedap)
150gm sagu
Air secukupnya
1/2 cawan gula putih (ikutlah kemanisan yang disukai)
1 mangkuk santan kelapa (kak rose guna satu kotak santan)
Secubit garam
Daun pandan

Cara-cara:
1. Basuh dan toskan sagu.
2. Rebus air hingga agak mendidih.
3. Masukkan sagu dan kacau sehingga sagu kembang.

4. Tapis dan lalukan bawah air mengalir untuk buang kanji, ketepikan dulu
5. Masakkan santan dan gula bersama daun pandan hingga mendidih. kacau selalu

6. Masukkan semula sagu tadi
5. Masukkan hirisan nangka.
6. Kacau sebati dan biarkan mendidih seketika.  Sila adjust kemanisan ikut selera anda.

Monday, January 27, 2020

Snacking time againnnn....

Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan..

 menu dari tukang masak yang tak berapa nak rajin ni.. bila tukang makan dah lunch kat office, jadi bila balik rumah ini lah tea time aka dinner kami... nasib baik tukang makan tak cerewet, makan apa saja yang tukang masak hidang... lagi lah bertambah vitamin m yang memang dah sedia banyak ni.. cekodok ikan bilis yang lembut gebus ni pun laju jer kami makan... Alhamdulillah.

 kuih bom frozen... tinggal nak goreng jer..

 yang ni memang sentiasa ready stock.. senang kerja tukang masak, kan.

 samosa daging frozen dari Azzain mart... tinggal nak goreng jer!

 ade sikit kerajinan, menjala dan buat kari ayam... bertambah2 makan roti jala!

 popia sayur, buat banyak dan frozenkan... memudahkan kerja tukang masak.

 ubi goreng ciciah dengan sambal kicap jawa yang mabeles

 pulut cicah dengan serunding udang kering

 pengat ubi pulak dengan sagu mata ikan.

 cekodok sayur pulak..bersama nescafo o kosong dan horlick

sementara ada kerajinan dan stok bahan pun ada, buat lah kuih cara berlauk ni... bila lama tak buat, jadinya makan baaaaaanyak lah. sedap!

Sunday, January 26, 2020

Bingka kelapa pandan

 Asalamualaikum dan salam sabtu... salam hujung minggu dan cuti yang panjang.. tapi kak rose tak gi memana pun...tak larat nak menghadap jem sepanjang perjalanan dan lagi pun minggu depan nak balik kampung so cuti2 ni kita ronda kl yang lenggang ni.. itu pun berhati2 sangat tak nak g ketempat yang ramai orang... maklumlah cuti yang back to back cam ni, warga asing jer yang memenuhi KL.. baik lah elakkan tempat2 yang crowded, prevention is better than cure kan... sangat takut dengan wabak corona virus yang diheboh2kan tu...stay indoor pun lagi bagus kan, makan2 dan lepak2... jom tengok resepi kuih bakar pandan ni..

Bahan-bahan

  • 200gm kelapa parut putih
  • 80gm gula pasir
  • 150gm tepung pulut
  • 1 biji telur A - di pukul ringan
  • 4 sudu besar air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/4 sudu teh pandan emulco - jika suka

Cara-cara:

  1. Satukan kelapa parut, gula, garam dan tepung, gaul rata. Masukkan telur, pandan emulco dan air sedikit demi sedikit sambil di kacau rata. Adunan tidak cair atau terlalu pekat, kelihatan parutan kelapa bila di adun.
  2. Leser acuan baulu / cara dengan minyak. Kemudian panaskan di dalam oven hingga minyak betul-betul panas. kak rose guna silicon mould, ngam2 dapat 6 biji ni.
  3. Keluarkan acuan, masukkan adunan hingga penuh. Bakar selama 20 - 30 minit di dalam oven pada suhu 200C atau hingga permukaan kuih keperangan

Saturday, January 25, 2020

Makan2 di Zabb Menara

Alhamdulillah, dapat merasa so many kind of somtam di Zabb Menara Narathiwat
 tq to my SIL yang bawak dan belanja makan kat sini...😋😋

 menu kat sini semuanya freshly cooked bila kita order, dan kebanyakkannya macam jenis starter gitu.. tak reti nak baca menu dia, cuma base dari gambar jer la... yang ni ialah isi ikan yang seakan dihancurkan dan digoreng rangup, digaulkan dengan mak nenek dayang2nya dan dimakan bersama special sos tu. sedap... kami order dua pinggan, semuanya habis licin. sedap sangat!

 the way they serve the pulut... comelkan dalam bakul pandan kecik cam ni..

 dan mostly menu nya dimakan bersama pulut ni lah... nampak jer sikit dalam bakul tu, tapi sungguh mengenyangkan.

 the first somtam yang diorder, somtam betik macam yang dah biasa kita makan tu..

2nd one... mixed friuts somtam... apple, buah naga, pear, jambu batu, betik mengkal, limau dan ditaburi kacang yang rangup... memang sedap hingga menjilat jari lah!

somtam umbut kelapa... fresh umbut kelapa yang manis bersama dayang2nya...




 daging harimau menangis, katanya... tapi tak lah pedas mana, sbb kak rose masih boleh makan. kalau pedas sangat memang tolak tepi lah, memang tak tahan pedas kan.

  yang ni exotic sikit... mulanya macam tak berani nak merasa, tapi bila derang kata sedap, cuba lah jugak... tapi seram jugak kalau ingat yang mentahnya... muncung itik goreng, itulah dia menda ni! kawan2 ada yang pernah makan tak? tak dapat bayangkan muncung ituk tengah menyudu makanan dia kan..😜

 kerang wif special sos, katanya. tapi memang dapat rasa fresh nya kerang ni.sedap meratah!



Friday, January 24, 2020

Apam perlis

Asalamualaikum dan salam jumaat buat semua..

 juadah untuk minum petang yang kak rose buat beberapa hari lepas, nak jugak lah tepek kat dapo maya yang bagai hidup segan mati tak mahu ni... semakin lama tukang dapo sangat tak rajin nak mengupdate masak2 kat sini... faktor usia kah? entah lah. tapi yang pasti vitamin m tu sangat lah banyaknya dalam diri ini..😉😉. jom tengok resepinya...

Bahan Kulitnya:

2 cwn tepung gandum
2 1/2 cwn air
sedikit garam
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
1 biji telur
 sedikit pewarna kuning dan hijau.


Cara2 menyediakan:

Campur kesemua bahan mesin n tapis kemudian masak seperti kita masak kuih dadar
tapi buat kepingan kecil2 je.. masak sebelah je..tak perlu terbalikkan. guna kuali non stick yg bersaiz kecil.
setelah masak angkat kedlm pinggan letak inti di tengah dan tangkupkan dengan menekan sikit di tepi2nya. kak rose guna acuan karipap.
dah siapppp... mudah kan. 

Thursday, January 23, 2020

Manggo smoothie

Panas2 ni, jom slurrrrrrpppp

 sungguh nyaman sekali bila dapat menikmatinya dimusim yang panas cenggini... terima kasih MIL, semuga bertambah murah rezeki dan pokok mangga ni akan berbuah sepanjang masa dengan banyaknya. Aamiin. puas kami dapat menikmatinya.

 buah mangga yang kak rose bawak balik dari rumah MIL, memang besar sungguh sebiji ni dah dekat 1kg beratnya... lepas puas makan separuh boleh buat manggo smoothie ni. ada empat biji beso2 lagi untuk makan2... memang puas sangat dengan buah ni...manis leting, sbb memang amik masak kat pokok. so fresh form the pokok lah kiranya.. kalau ada mangga boleh lah buat penyejuk tekak ni..

  • 1/2 biji isi mangga masak
  • 2 sb yogurt perisa asli / mangga
  • 1/2 cawan low fat milk
  • 1 sb gula
  • 1/2 cawan air
  • Ais ketul secukupnya
 
 Cara-cara
  1. Masukkan semua bhn kedlm blender dan kisar sehingga smooth / halus
  2. Tuangkan kedlm gelas kesukaan anda dan sedia utk dinikmati ... senangkan ..

Wednesday, January 22, 2020

Monday, January 20, 2020

Mee hoon goreng

Alhamdulillah dengan rezekinya..

 sesekali tukang masak ni rajin melayan permintaan tukang makan yang nak kan mee hoon goreng simple2 macam ni... ikut kan je lah ya. lagi senang bila ada yang mintak nak makan, tak susah2 tukang masak nak mikir hidangan apa yang nak disediakan,.. jom tengok lah resepinya kak rose kongsikan kat sini..

Mee Hoon Goreng Sedap Oleh: Azie Kitchen
Bahan Bahan:

1 bungkus bihun - direndam hingga lembut & tos
1 biji bawang besar - dihiris
1 mangkuk sotong atau udang 

1 mangkuk karot - hiris memanjang 1 mangkuk kubis
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap lemak manis Jalen
Garam, gula dan serbuk perasa jika suka
Minyak masak
Fish cake dan sawi hijau - yg ni kak rose tambah

Bahan Tumbuk:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 genggam ikan bilis - direndam (kak rose gantikan dengan udang kering)

Bahan Hiasan: bawang goreng daun sup cili merah dan telur dadar


Cara cara:

Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang besar sehingga naik bau. Inilah yang akan menjadikan sambal mee hoon goreng kita menjadi lebih sedap.
Masukkan bahan tumbuk dan kacau rata sehingga naik bau. Masukkan pula cili kisar dan kacau rata. Kecilkan api dan masak sehingga cili benar benar masak dan garing.
Setelah cili garing, masukkan sedikit air, sos tiram, kicap, gula dan garam secukupnya. Masak sehingga sambal terbit minyak.
Setelah terbit minyak, masukkan fish cake dan udang, biar mendidih. 

Kemudian masukkan mee hoon. Kacau rata sehingga mee hoon lembut. masukkan sawi. Jika mee hoon belum cukup lembut, masukkan air sedikit demi sedikit.

Sunday, January 19, 2020

Saturday, January 18, 2020

The venue 15.12.2019

Bizmilla Garden Hall

 Salam ya kawan2.. kalau jemu cepat2 X kat atas tu ya. semuanya nak diabadikan kat sini untuk kenangan, maklumlah tidak akan ada kali kedua untuk majlis yang sebegini untuk keluarga kak rose ni. maklumlah anak sorang jer kan. so bear with it lah ya,  jangan jemu dengan entry kak rose yang asik dengan majlis persandingan anakanda yang telah pun sebulan berlalu... kali ni dengan dewan majlis pulak...
 setelah berbulan merancang, akhirnya sampailah hari yang di nantikan... almost everything disediakan dalam pakej ni.. memang sangat membantu kalau ada majlis yang sebesar ini diuruskan oleh orang yang berpengalaman...coodirnation sebelum dan semasa majlis sangat memudahkan kami yang tiada pengalaman mengadakan majlis sebesar ini...dan derang kerja sangat professional lah pada kak rose. jom kak rose kongsikan gambar2nya kat sini...










terima kasih kepada pihak pengurusan Bizmilla garden hall  yang memudahkan dan merealisasikan impian anakanda untuk mengadakan majlis persandingan nya kat sini.