Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, December 29, 2021

Menu sihat ke?

menu sihat, katanya... tak kisah lah walaupun tak berapa sihatnya, asalkan sedap kat tekak dan mengenyangkan tukang makan yang tak berapa rajin nak masak nih...
hard boiled egg dan popcorn chicken, yang lain tu potong2 jer dah siap semuanya dan digandingkan dengan hot honey lemon tea... walahhh sedapnya la hai..
tambah sedap bila disimbah dengan mayonnaise dan sos chili ni... anggur hijau sebagai dayang pengiring menu tak berapa sihat ni..
 

Tuesday, December 28, 2021

Simple yet soooo sedap.

Bahan-bahan:-
1 ekor ikan siakap - bersihkan dan kelar.Lumur garam dan kunyit.

 
Bahan lain:-
5 ulas bawang putih - ditumbuk asing
3 ulas bawang merah - ditumbuk asing
2" halia - dimayang halus
6 biji cili padi - dihiris nipis (terpulang pada tahap kepedasan memasing la ya...)
garam
gula
1/2 cawan air

Bahan sos:-
3 sdm sos cili
3 sdm sos tomato
2 sdm sos tiram
Cara:-
1. Panaskan minyak.Goreng ikan siakap tadi sehingga garing.Ketepikan.
2. Keluarkan minyak dalam kuali sedikit utk menumis.
3. Masukkan cili padi hiris dan goreng sedikit layu.
4. Masukkan bahan lain seperti bawang putih,halia dan bawang merah yang telah
ditumbuk.Tumis sehingga kekuningan dan agak garing.
5. Masukkan bahan sos.Tambah air.Kacau sehingga kuah masak dan mesra.Masukkan garam dan gula.
6. Sekiranya hendakkan kuah yang agak pekat,boleh dibancuh dgn sedikit air dan campuran tepung jagung.
7.Tutup api dan curahkan di atas ikan tadi.SIAP!

 

Monday, December 27, 2021

Cucur badak

Bahan-bahan:-

  • 500 gm ubi keledek ( kalau color merah lagi sedap)
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kanji

bahan2 untuk inti:-

  • 1/3 biji kelapa parut
  • 1 btg serai
  • 2 sudu besar udang kering
  • 3 tangkai cili kering
  • sebiji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit air asam jawa
  • 1 sudu gula
  • garam secukupnya

Cara-Cara:-

  1. Rebus ubi sampai empuk, angkat dan tos kan, terus lecek2 kan ubi tu masa tengah panas
    lepas dah sejuk boleh letak tepung dan gaul2 rata.
  2. Ambik sedikit doh dan buat bulat2, kemudian leperkan pada tapak tangan dan isi inti.
  3. Lepas tu bulat2 kan kasi cantik, letak kueh yg dah siap atas dulang yg telah ditaburkan dengan tepung utk elak kan dia melekat bila diangkat nanti.
  4. selepas siap, goreng kueh dengan api sederhana. selalu balik2 kan kueh agar kueh masak sekata. bila kekuningan boleh lah diangkat.

Cara Membuat Inti:-

  1. Cili kering, bawang besar dan putih, udang kering, serai hendaklah dikisar halus.
  2. Campurkan kelapa dengan bahan kisar, sedikit perahan air asam jawa, gula dan garam secukupnya. gaul sebati dan goreng dalam kuali tanpa minyak hingga inti masak.
nota: jgn risau kalau doh tu rasa melekat2, takyah tambah tepung.memang doh tu akan melekat sikit masa kita nak bulat2kan kueh. (kak rose sapu minyak pada tapak tangan supaya x lekat)

banyak jugak dapatnya unruk kami berdua jer... so yang dalam tipuware tu kak rose goreng separuh masak dan frozenkan... untuk masa2 malas macam selalunya lah...
 

Sunday, December 26, 2021

My fresh fruits bowl

mangga, betik, anggur hijau dan buah pear

tak pernah menjemukan saya...
 

Friday, December 24, 2021

Mayonnaise pancake

Bahan2:-

3 sudu besar butter/majerin ~ dicairkan
1 bj telur (saiz A)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula castor
1 cawan susu segar (boleh guna susu tepung yg dibancuh dgn air)
secubit garam
1 sudu besar jus lemon ( tak letak pun x pe)
2 sudu besar mayonis
Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Boleh guna blender atau guna balloon whisk jer.
Biarkan selama 10 minit.
Goreng dlm frying pan hingga masak.
* adunan ni mmg nampak pekat skit, tp lembut dan gebus jer hasil dia nanti
kalau nak tambah air skit pun tak per, tp jangan banyak, nanti cair. kalau cair pancake kita jd nipis jer, tak cantik.
hujan2 ni asik nak makan jer kan... so kalau rajin boleh lah sediakan pancake ni buat minum petang. satu adunan ni kak rose ngan2 dapat 4 biji pancake comel ni, cukup untuk kami berdua... makan dengan madu, butter dn strawberry jam.. Alhamdulillah...
 

Monday, December 20, 2021

Ayam panggang rosemary

kak rose kongsikan kat sini resepinya... tapi cuma ayam semata yang kak rose buat ni.. kalau dah tak rajin tapi nak jugak buat kan... so dengan apa yang ada jer la. dan daun rosemay kering tu pun tak tumbuk, cuma gaulkan sekali dengan rempah perapan tu. Alhamdulillah sedap kata tukang makan. resepi ni untuk seekor ayam, tapi kak rose buat untuk 2 keping whole leg ni jer, maklumlah kami berdua jer kan... so pepandai lah nak adjust resepi tu ya..


 1 ekor ayam
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
sedikit perasa
2 sudu besar jus limau
3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun)

5 biji kentang
2 biji tomato
6 biji baby carot
sedikit mentega

Cara penyediaan

1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.

2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.

3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.

4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.

5. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk  perasa, dan jus limau ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.

6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam petisejuk beberapa jam.

7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.

8. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam.

 

Wednesday, December 15, 2021

Tuesday, December 14, 2021

Tak pernah tak suka...

sapa suka makan buah macam kak rose bolehlah kita geng...setiap minggu mesti nak stock up buah, tak kisah lah asik buah yang sama pun tak mengapa. semuanya kak rose suka jer..kak rose lebuh suka beli buah di pasar malam sebab banyak pilihan dan kita boleh pilih bermacam2 buah yang ada... tapi kalau dah ke pasaraya memang tak pergi lah pasar malam tu kan.. so beli jer lah dimana tukang bawak pergi tu, asalkan ada buah untuk stock seminggu tukang makan ni dah sangat happy, giteww.
pisang pilihan adalah pisang berangan.. suka sangat!
jambu air madu dan lemon... tapi jambu air ni dah macam harga kayangan pulaknya... sekilo sehingga rm20 henggit, tu pun cuma tujuh atau lapan biji jer... tapi nak makan dan tak pandai nak menanam, so kena beli jugak la kan...
yellow kiwi zespri ni pun harga kayangan jugak lah kiranya untuk kak rose rakyat marhaen ni...nasib baik lah manis dan sangat sedap pada kak rose lah...

navel oranges, manis n juicy..
jambu kayangan and grapes dan navel oranges
sentiasa sedap...
dua2 ni buah kayangan lah pada kak rose..
mangga yang kadang2 ada berlambak, kekadang tu payah pulak nak carinya..
jambu lohan, masa ni kehabisan asam pakchu916 tu... rasa tak ngam lah...
next day tu kena cari gak lah... yeayyyy... jambu lohan dengan asam pakchu916 ni memang ngam sangat... ada yang suka makan jambu gaul dengan asam macam kak rose tak?

 

Sunday, December 12, 2021

Air lemon madu

sapa suka minum air lemon campur madu boleh lah kita geng... kak rose suka minum panas2, air yang baru tuang dari flask gitu... rasa so refreshing kalau dapat minum ni...
satu untuk tuan tanah dan satu lagi untuk en asben, jugak suka minum panas2 cam ni..
dan kak rose lagi suka ada sedikit perahan lemon berserta seratnya dalam tu... bila campur madu tu dah tak masam jadinya isi lemon tu...
fresh lemon, sentiasa ada simpan stok
 

Saturday, December 11, 2021

Apple n celery salad

resepinya... dan kak rose penah tepek kat sini jugak.

Ingredients
80 gm red apple (cut into cubes)
80 gm green apple (cut into cubes)
50 gm celery (chopped finely)
30 gm walnut (chopped finely) - kak rose ganti dengan cashew nut)
100 ml mayonnaise
1/2 tsp salt
strawberry n mint leaves for presentation

preparation
mix well the apples, celery with mayonnaise and cashew nut
add some salt and mix it again
put salad on plate and decorate with strawberry and mint leaves
meratah jer... tak perlukan nasik dah....
 

Thursday, December 9, 2021

Chicken lasagna

sesekali tukar menu... tak rajin masak kita ode jerrr...
Alhamdulillah, kena dengan selera kami walaupun cuma tambah dengan salad pun ok lah...
 

Wednesday, December 8, 2021

Mlcp udang dengan timun tua


Bahan-bahan :  
  
Udang secukupnya
sebatang timun tua
1 cawan santan - boleh tambah
1 batang serai dititik
1 helai daun kunyit dicrik-carik (tak de, so tak letak)
sekeping asam keping
Garam secukup rasa
 
Bahan tumbuk :
2 biji cili api - suka pedas tambah lagi ya
 kunyit hidup


Cara : 
 
Bersihkan timun dan kupas kulitnya, buang biji dan potong kecil
Bersihkan udang, tos dan ketepikan dulu .
Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , serai dan daun kunyit ke dalam periuk .
Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan semua udang dan timun tua kemudian kacau serta biarkan sampai kuah mendidih .
Bila dah masak dan timun tua cukup empuk boleh la ditutup api dapur . Sentiasa kacau kuah supaya santan tak pecah minyak

 

Saturday, December 4, 2021

Makan2 di oOchid Bistro

hot lemon tea and mango juice untuk basahkan tekak. bila dah penat berjalan meronda ronda, perut pun dah mintak diisi... meh ler kita try makan kat oOchid bistro ni. boleh lah untuk hilang lapo dan dahaga, nak kata sedap sangat tu mungkin tempat lain ada lagi yang lebih sedap kan..
Grilled chicken chop with fries and spaghetti aglio olio, portion yang sangat besoooo...
Thai dried chili chicken ni seakan chicken kung pao jer rasanya... tapi kan cashewnut tu sangat lah halusnya, hilang tenggelam dek ayam dan sayuran.. and rasanya a bit too sweet lah untuk tukang makan.

 sweet and sour chicken with rice, telo mata dan keropok

Friday, December 3, 2021

Dapat dah...

 Akhirnya... setelah lebih sebulan membooking, welcome to our family iPhone 13 Pro

menggantikan iPhone XR yang genap berusia 3 tahun dah, walaupun masih elok sangat dan memang tak bermasaalah pun... tapi tuannya memang nak kan yang ni.. sama capacity jer pun 256GB. mata kita yang tak reti ni , tengok tak de apa beza pun... tapi tuan yang nak guna ni punya lah bejela dan berhari2 baca review ipong baru ni...
dan akhirnya dapat lah apa yang sangat diinginkan... walaupun terpaksa tunggu lama... bila kedai dah panggil stok dah sampai, tak de masa pulak nak g amik, so hujung minggu baru lah dapat merasa ipon baru ni..
ade free gift kedai tu bagi, tapi macam out dated punya gitf la pulaknya... samsung head phone (tak de yang wireless katanya) dan bluetooth speaker..
masa memula pergi tu cuma dapat pegang dummy ni jer... stok tak ada, kena booking baru dapat katanya... jadilah amik gambar jer dulu kan...
 

Thursday, December 2, 2021

Naik 0.45 sen...

 walaupun naik harga, tetap juga kena beli...

nak buat sendiri, hmmmm.... bukan malas, cuma tak rajin jer! boleh macam tu?
reality nya sekarang bukan takat roti je yang mengalami kenaikkan harga, malah almost everything pun dah naik harga..kita sebagai pengguna, kalau ada pilihan memang akan buat yang terbaik, tapi kalau nak buat sendiri roti macam ni masih tak rajin lak... noxxa bm pun dah bagi kat adik, daripada ada  depan mata tapi jadi tukun jer baik lah bagi dia, boleh jugak adik guna kan... selamat meroti, dik!
untuk kak rose beli jer lah roti ni... jom lah sarapan dengan roti yang dah naik harga ni, pilihan tetap gardenia, tapi jenama roti yang lain tak pulak dengan akan naik harga kan... or roti gardenia ni jer yang guna bahan mentah yang dah naik harga? entah lahhhhh..
 

Wednesday, December 1, 2021

My fresh fruits bowl


green grapes, papaya, red apple and yellow watermelon


navel orange, papaya, green grapes and green pear