Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, August 27, 2011

Salam Lebaran 1432H

Asalamualaikum kepada kawan2 maya semua…. sempena Ramadhan yg dah sampai kepenghujungnya dan Syawal yg bakal menjelma x brapa hari lagi, kak rose sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua, maafkan salah silap kak rose yang kadang2 merapu meraban diblog ni, kalau ada tersilap kata yg menyentuh hati selama perkenalan kita dimaya ini…. dan kepada sifu2 masak diluar sana kak rose mohon halalkan segala resepi yg kak rose cnp dan panjangkan diblog My Kuali ni…. muga ilmu masak2 yang sifu2 berikan itu akan mejadi cikgu yg paling berguna biarpun dimana saja….

kepada yang akan memulakan perjalan balik kekampung…. berhati2 dijalan raya dan semuga selamat sampai ditempat yg dituju…. buat kak rose, akan bertolak esok pagi ke BP

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua….. mohon maaf zahir dan batin.


Friday, August 26, 2011

Menu simple iftar 26

Asalamualaikum dan selamat malam semua. Alhamdullilah dah 26 hari kita semua mengerjakan ibadah puasa dan masih diberi kesempatan mengerjakan solat terawih dimalam tujuh likur ini....kalau semalam macam dah berkurangan jemaah muslimah dimesjid tetapi tidak malam ni.... penuh disegenap ruang.... tp td jumpa kawan2 dimesjid tu dah ramai yg mengatakan ini malam terakhir kerana esok akan mula balik kampung.... selamat jalan buat kawan2 semua dan insyaallah akan berjumpa lagi dilain hari.... selamat hari raya maaf zahir dan batin.

bila dah menjelang akhir ramadhan ni dah x tau nak masak apa untuk iftar....dan juga dalam proses nak mengurangkan isi fridge, jd masak je la apa yg ada kan.... since ada 4 biji apple merah dan hijau maka kak rose jadikan dia apple strudel ni....guna resepi ni...

dan goreng karipap frozen ni... karipap inti sadin n kentang resepi dari tun telani, terima kasih ya... ni kira nak menghabiskan simpanan stok bulan puasa.... mmg saja buat karipap ni untuk masa2 kecemasan dan masa malas2an dan masa x tau nak wat kuih apa!


ada terajin sikit wat ayam goreng ala2 kepci... resepi kak rose cilok dari rumah hana yang dah lama menyepi tu.... pinjam ayat hana.... ayam goreng bodo2 dan resepinya kat sini ya... guna tepung kepci jer..... goreng bodo2 pun sedap taw.... crunchy diluar moist didalam.

dan permintaan hubby yg nak makan sambal ikan bilis..... tu dia satu mangkuk beso, berapa lama pulak la nak ngabiskan.... x pe leh simpan dalam freezer, nnti nak makan tinggal panaskan je.... senang keja orang malas macam kak rose ni!

ada sayur kailan yg x dapat enterframe..... dan Alhamdullilah kenyang perut dengan juadah simple ni.... pas ni nak kemas kain baju lak... mungkin lusa baru dapat balik kg.

Thursday, August 25, 2011

Iftar 24 - ciken chop emergency

Salam semua…. tinggal 5 hari je lagi nak raya dah. jemaah muslimah dimesjid pun makin berkurangan... kalau memula dulu sampai melimpah ketangga kini cuma penuh ruangan dalam dan diluar cuma ada 2 saf.... mungkin ramai yg sibuk buat persiapan raya kan.... bermacam sekut raya kak rose tengok kat blog kengkawan… tp x terdaya la kak rose nak membuat semuanya…. x pandai jugak dan vit m tu banyak sangat! maklumlah posa kan…. kenapa puasa dijadikan alasan untuk x dapat nak buat sesuatu? x baik kan…. ada la jugak kak rose buat sikit2…petang semalam kak rose buat sekut sarang semut dan choc chip… tu yg jadi ciken chop emergency tu….

mulanya mmg nak buat chicken chop untuk iftar, tp bila hubby keja dan busu plak nak bukak puasa diluar bersama kawan2nya kak rose pun simpan balik ayam… ingat nak makan nasi goreng jer… ya la tinggal sorang je kan. tp bila tetiba busu pulak x jadi nak berbuka diluar, kelam kabut la kak rose nak masak. soh dia g bli jer kat param, x mo lak…. nak jugak mama masak… apa sajalah katanya. ha…. kena kerah la tolong mama masak kat dapur. masa tu dah kul 6 dah maunya x kelam kabut kak rose nak siapkan suma tu…. nasib baik sekut sarang semut tu dah last tray nak masuk oben. dan yang paling malang…. lampu kat ruang dapur tu x nak menyala lak! adoyaiiiii!!!! masa ni la ko nak rosak ya lampu. dugaan betul! masak dalam samar2 je la dengan bantuan api dari depan bilik air dan lampu dari cooker hood tu jer….lomantik je cahaya kat dapur tp ati manyak gerammmmm!!! nampak kak rose punya wadges yg geseng tu?....

goreng wedges dalam cahaya lomantik!

chicken chop emergency tu kak rose buat from stretch…. ayam baru nak potong, nak siapkan breadcrumb lg and all the salut2 ayam tu, rebus kentang untuk wedges, pas tu goreng lak dan parut kubis n carrot untuk coleslaw…. sempat buat nasi goreng bodo2 dan goreng popia frozen lg! x lupa air the o panas2…. tp x sempat nak buat blackpepper sos, tu yg cicah ngan sos cili n mayonis jer….phui!! semuanya siap dalam masa sejam…. nasib baik busu tolong mama kemas dapur dan basuh pinggan mangkuk.... cepat keja mama siap!

busu punya portion.... nak coleslaw banyak2 n x mo nasik goreng bodo2 tuh!... sipa tanya apasal amma bubuh sos cili n mayo sikit sangat?.... anak2.... tambahlah sendirik... tu dia, bila dah dah top-up sampai penuh mangkuk tu... x terabes lak! kan dah membazir namanya!

mama punya portion.... x termakan pun nasik goreng tu.... dah kekenyangan! sampai masa terawikh pun rasa letih semacam sbb makan ubat allergic tu mmg mengantuk sangat! nasib baik je x tertdo masa terawikh! ishhh ishhh!!!


Wednesday, August 24, 2011

Iftar 23

iftar hari ke 23 ...... baru ari ni nak buat entry.... sajala untuk tatapan diri sendiri dikemudian hari apa yg kak rose masak masa bulan posa ni.... buat popia ni mmg banyak dan frozenkan.... bila nak makan terus goreng jer. senang keja kan, lagi pun anak n hubby mmg suka berbuka dengan apa yg kak rose masak sendiri instead of bli d param. tp kadang2 kita yg jadi tukang masak ni pun pening kepala nak sediakan menu berbuka ni kan....

x pe, buat nasik ayam lagi sekali... nasi ayam ni mmg sesuai dengan tekak kami anak beranak.... sos cilinya, kicapnya dan yg penting nasiknya. dan kak rose buat ayam goreng madu ni untuk digandingkan dengan nasik ayam tu.... buat 3 keping whole leg....ha, masing2 x terdaya nak mengabeskan whole leg yg beso2 tu.....

walaupun tekak dah sakit dek minum jus apple semalamnya, tp ttp nak jugak minum homemade cendol ni.... segar rasa dapat minum yg sejuk2 ni, tp kak rose berbuka dengan air panas dulu... dan cendol ni minum bila dah rilek.... pas balik dari semayang terawikh..... mmg sedap. sejuk je masuk tekak dan paginya pasti ada batuk2 sikit.... that's the price to pay kalau nak minum yg sejuk2 kan?...

Tuesday, August 23, 2011

Iftar 22... berdua dgn anak jer...

Asalamualaikum semua.... pagi2 dah tayang gamba makanan, tp ni semalam punya la... jd x la nak ngences kan sbb dah abes pun.... berbuka 2 beranak jer sbb hubby out station, tp menu macam nak makan sekeluarga beso.... kak rose buat pun sikit2 jer... ya lah 2 mulut je nak nyuapnya kan....

request dari anak yg nak makan kuih kaswi.... buat jugak la.... tp rupa pucat jer wpun rasa mmg mabeles....

mamanya yg jawa ni nak makan cenggini.... konon nak buat tauhu singapura macam CMG tu, tp malas pulak nak sediakan kuahnya.... ni guna kuah pecal jawa beli yg dah siap tu.... he he he rajin kan? x kisah la kan janji lepas kempunan nak makan!

minuman segar yg sudahnya menyakitkan tekak.... jus apple asam boi.... masa minum tu mmg sedap jer tp pagi ni dah sakit tekak lak.... jus ni sampingan jer sbb kak rose mmg minum air panas masa bukak posa...

ni je lauk yg dapat disediakan..... kung pao chicken. makin tengok banyak resepi makin x tau nak masak apa.... poning palo dah.... last2 mama sorang je yg makan... tu pun lepas balik dari mesjid baru nak jamah nasik....dan kisah semalam kak rose yg pelupa..... pas magrib tu ngaji kejap, tup tup tengok jam dah 8.25... apalagi kalut ribut lah siap nak g mesjid.... terus sarung telkung amik kunci rumah n phone dan jalan laju2..... sambil jalan tu dok cuba nak contact hubby tp line busy jer.... so terus jalan x ingat apa dah.... bila dah sampai kat mesjid barulah tersedar sarung telkung jer, kain x de.... adoyaiiiii!!! nak balik lg dah lewat ni, apa lagi selongkar gobok kat mesjid tu.... nasib baik ada kain sarung sebagai penyelamat.... basuh kain tu pagi ni tp hari hujan lak.... tu lah, peringatan kan.... nak g tu jangan lah kalut ribut. kena siap awal2.....sendri mau ingat la kan!

Monday, August 22, 2011

Cornflake madu

pagi ni kak rose ada sikit rajin nak wak sekut raya.... yg senang2 jer pun.... mula tu buh dalam cup yg kecik2 tu tp nampak macam seciput sangat isinya... jd kak rose tuko pd cup yg beso sikit... pasti nnti kalau dapat makan mesti cepat je kenyang... sbb isi pun dah selambak! kak rose tengok kawan2 yg buat ada isi macam2 dalam cornflakes tu, tp kak rose cuma letak kismis hitam dan kalerful chocolate rice....mekasih ya umi-e sbb share resepi mudah ni dan kak rose mintak izin nak tepek kat sini....

Bahan-bahan ( dalam 60-70 cawan mini cookies )
  • 250gm cornflakes (kotak kecil)
  • 125gm butter (1/2 buku)
  • 1/2 cawan gula perang (tambah kalau suka manis)
  • 5 sudu makan madu (saya guna golden syrup masa ni sebab tak ada madu)
  • manik warna warni untuk hiasan

Cara-cara

  1. Campurkan butter dan gula dan masak atas api perlahan hingga gula larut bersama butter
  2. (saya terlebih rajin so masuk microwave je dalam masa 2-3 mins tapi kena kacau setiap min)
  3. masukkan cornflakes ke dalam adunan yang dah cair dan masukkan madu (masa ni saya guna golden syrup)
  4. aduk sampai rata
  5. masukkan dalam acuan dan taburkan manik warna warni dan bakar selam 10-15 mins atau sampai dasar kekuningan (jap je tau)

satu adunan dapat 2 balang ni.... x cukup sbb nak bawak balik kg lg. petang ni kena buat lagi lah. buat satu adunan jer sbb nak cepat g soping busu nyer barang yg nak daftar u lepas raya nnti.... banyak no barang nak kena sediakan!..... kopak lagi poket mama tp alhamdullilah semua dah lengkap tinggal tunggu hari nak g jer.... semuga busu berjaya!

Sunday, August 21, 2011

Samperit pandan

salam semua dan selamat menjalani ibadah puasa yg hampir sampai ke penghujungnya.... dan bila dah sampai akhir2 ni projek membuat biskut raya pun dah mula lah kan.... kak rose pun kengkonon nak jugak buat cam orang lain buat tu, tp hasil kerja orang yg keras tangan macam kak rose ni mmg lah out! jeles je bila tengok orang lain buat yg cun melecun tu.... apa pun rasa ttp mabeleslah cookies ni. sapa2 yg nak tengok betapa cun nya cookies ni berposing silalah ke blog Naz COSK tu ya.... Naz, mekasih ya kak rose cnp resepinya dan tepek kat sini....

SEMPERIT PANDAN

Bahan A :
  • 200 gm mentega
  • 100 gm gula icing
  • 1 biji kuning telur
  • 1/4 tsp pes pandan (Naz letak 1 tsp pandan emulco)
  • 1/2 tsp pewarna hijau
Bahan B :
  • 250 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
  • 30 gm tepung kastad
Hiasan :
  • Coklat masakan putih dan gula manik

Cara-cara :
  1. Sebatikan bahan-bahan A.
  2. Masukkan B dan uli rata.
  3. Gunakan acuan dan paipkan adunan. (Naz paip dan potong adunan kepada 1.5 inci setiap satu).
  4. Bakar selama 15 minit dengan suhu 160C.
  5. Sejukkan biskut dan celup hujung biskut dengan coklat putih dan tabur dengan gula manik.

hasil keja keras tangan kak rose.....

Saturday, August 20, 2011

Busu n his new bike

anak sorang ni nak pulak moto baru yg diidam2kan sangat... padahal yg lama tu masih elok lagi dan kalau ikut mama mmg sayang sangat to let go.... tp dia nak jugak moto yang cenggini dan ayah asik ikut jer apa anak tu mintak.... so dua minggu lepas g buat booking and hari ni dapatlah moto tu..... ada big hole in our pocket ari ni.... big one!

ni posing masa buat booking ari tu.... "eh! ingatkan ayah nak ajak busu g tengok2 jer... tetiba ayah terus buat booking lak" kengkonon suprised la, tp dalam hati macam ada taman sangat suka hati sbb impian hampir tercapai....

the old n the new one..... bye2 honda wave and welcome 125zr....

and after make a full payment, moto baru ni dah ada depan rumah.... look at the old one..... masih ok je kan... not even 5 tahun dia guna pun! km pun baru 13k jer, sbb x pernah bawak g jauh2....

Friday, August 19, 2011

Iftar di Lanai

penuh meja.... padahal makan bertiga jer....

Iftar semalam..... sanggup meredah jem yang teramat sangat menuju ke KL dengan hujan yang sangat lebat diperjalanan.... masa keluar rumah hari sangat terang dan panas, tetapi bila meghampiri tol batu 3 tu dah stat hujan renyai2 dan semakin lebat sepanjang perjalanan hinggalah ke PJ..... perjalanan siput pun agaknya lebih laju dari civic 1.8 tu.... tapi apakan daya dah sampai setengah jalan x kan nak patah balik kan.... lagi pun mmg x masak sbb seharian berurusan diluar.... tawakal aje lah... nasib baik dapat sempat sampai ketempat yg dituju sebelum waktu berbuka... dan hidangan dah tersedia.....

the starter.... mushroom soup untuk ayah n busu dan pecal jawa tuk kak rose..... ek! jawakan?...

the drink.... kedondong juice+asam boi, fresh soursop juice n fresh orange, ada jugak nescafe panas2...
first time bukak puasa dengan air sejuk!

main menu.... ayah punya, nasi ayam penyet

mama makan chicken chop dengan mushroom sauce.... sauce agak masin.

busu punya.... lamb stew yg diidam2kan....

2nd helping for busu -
nasi kuning dengan ayam panggang madu bersama pelakun tambahannya.

the dessert.... double scoop icecream , embun menitik dan banana split in a bowl yang sangat besar portionnya!


Wednesday, August 17, 2011

Red pearl cookies

selamat malam semua.... baru dapat nak ngadap pc.... pas balik dari solat tarawikh, pot pet ngan kawan lak... tu yg lambat balik tu, pas tu baru nak makan nasik..... dah sudah semua barulah leh ngadap menda ni .... cookies ni kak rose buat petang semalam lagi tp x dan nak wat entry.... kira x lewat la kan sbb belum raya lagi. sejak terpandang kat rumah Noorma tu terus teringin nak mencuba.... walaupun kak rose x letak emplex tu tp tetap rangup gitu....

Noorma, terima kasih share resepi ni dan kak rose mintak izin nak cnp resepinya kat sini ya untuk rujukan dilain kali....sangat muai adunan ni, kak rose buat 2 adunan untuk mak juga MIL jugak....

Resepi Biskut Red Pearl
Sumber: Cendanakasih

Bahan (50 biji)
150g butter
150g tepung gandum
75g gula kastor
60g cornflakes (diramas sedikit)
50g coklat cip
20gm ceri kering (merah,hijau)
25g badam/gajus/hazelnut(bakar dulu dan hancurkan sedikit)
1st esen vanila
1sk emplex (kak rose x letak... tp ttp rangup)

Hiasan
ceri merah, dihiris halus dan memanjang
sedikit kuning telur


Cara:
1.Pukul butter dan gula hingga sebati (guna whisker pun boleh, sekadar sebatikan gula dengan butter jer)
2.Campurkan semua bahan kering. Kacau sebati.
3.Guna sudu kecil, jemputkan adunan ke atas dulang pembakar. CK jemput dan buatkan spt bebola.(bila dibakar, biskut akan leper dgn sendiri)
4.Sapukan kuning telur diatas biskut, dan letak ceri merah.
5.Bakar pada oven bersuhu 165'c selama 30 minit.


Murtabak maggi

salam semua..... ramai yg bercuti sempena Nuzul Quran hari ni kan... dan yg pasti spt taun2 dulu KL pasti jem teruk.... ramai yang ambil kesempatan hari cuti ni untuk bersoping raya.... kak rose x de la nak soping bagai, duk rumah jer.... banyak keja dalamperancangan, semua nak buat tp satu pun alan lagi.... asik la dok ngadap pc ni.... ishhhh!!!

menu berbuka petang semalam. bila dah kehabisan idea nak makan apa, pk2 nak makan maggi jer dan teringat mertabak maggi ni.... kejap je buatnya dah siap, jd sapa2 yg emergency x tau nak masak apa, maggi ni boleh jd penyelamat.... meh tengok resepi dari aprilries@Myr ni.... sedap dimakan dengan kari ayam...

Bahan-bahan
  • 2 maggi kari ( dicelur dan ditapis) (kak rose guna 1 bungkus jer...)
  • 4 biji telur ( kak rose guna 3 biji telor)
  • Bawang besar dipotong dadu
  • Bawang putih dipotong dadu
  • Cili Merah dan cili padi ( jika suka)
  • Daun sup
  • Sedikit garam dan perasa
  • 2 peket perisa kari (kak rose buh 1/2 jer)
  • lgi sedap tmbh ayam didadu kecil..xpon daging cincang..ikut selera masing2 n kreativiti....i just share the basic ..tq
  • (kak rose guna 2 keping daging ramly burger dan tambah celery - tumiskan dulu)

cara-cara

  1. Campur kesemua bahan td didalam mangkuk. Pastikan telur dipukul mangkuk lain dan baru dimasukkan ke dlm bhn.. Boleh tambah ape2 bahan lain jika suka
  2. Panskan kuali dgn api sederhana dan masukkan sedikit minyak
  3. Masukkan bhn td ikut saiz ape yg kita suka..mcm goreng telur jerk.. Selamat Mencuba!!

Tuesday, August 16, 2011

Ayam masak merah

memenuhi permintaan anak yg nak makan nasi dengan ayam masak merah.... offer nak buatkan nasi minyak tp dia x nak... nak makan dengan nasi putih jer... ok la lagi senang keja mamanya kan... resepi daei Myr oleh choppy... simple n nice, terima kasih ya dan kak rose nak tepek kat sini lak...

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1/2 ekor ayam
  • sedikit garam kunyit
  • ## Bahan-bahan kisar ##
  • 4-5 biji cili kering
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato-potong dadu
  • 1/2 cawan sos tomato
  • ## Bahan Hias ##
  • 1/2 biji bawang besar- potong bulat
  • kacang hijau secukupnya

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
  2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
  4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.


Kuih bom

salam semuanya..... ni menu iftar petang semalam..... ganazzzz je namanya kan..... tetapi sangatlah lembut kejadiannya. walaupun dah sejuk hingga waktu sahur tadi pun masih lembut sangat dan tetap sedap.... satu adunan ni dapat 12 biji yg beso2.... makan sebiji je dah kenyang... tu yg boleh bawak sampai ke sahur dan ada lagi berbaki 4 biji bom yg belum meletup!.... dedulu nak buat kuih ni bukan main takut melotop, tp ternyata x lah seganas namanya itew! terima kasih pada AlongRoz yg share resepi ni.... kak rose cnp kat sini lak ya....

INGREDIENTS:
  • 80g Sweet Potato - steamed & mashed
  • 120g Glutinous Rice Flour
  • 20g Plain Flour
  • 35g Castor Sugar
  • A pinch Salt
  • 100ml Water
  • Sesame Seeds - for rolling
  • Coconut/Bean Filling (kak rose guna inti kelapa jer)
METHOD:
  • Mix all ingredients to form a soft dough.
  • Divide into 12 balls.
  • Flatten each ball, place a ball of filling & wrap.
  • Roll onto sesame seeds.
  • Deep fry until golden.
  • Enjoy!
ganazzzz pd nama jer... x meletop dan sangat lembut kejadiannya!

Monday, August 15, 2011

Kuih lopes

menu berbuka petang semalam..... bila nampak ramai yg dah buat kak rose puan apa lagi keinginan nak makan tu macam x pernah jumpa kuih ni dah! jahat betul tekak masa bulan puasa ni kan...mula ari tu nampak kat rumah Anim, pas tu Nor pulak... layan lah tekak yg nak makan lopes ni tp kak rose omitkan air kapur tu... cuma air daun pandan dan sedikit kale hijau...

resepi kak rose cnp dari Myr oleh tulip77.... dulu penah buat guna resepi yg ni jugak. mekasih ya share resepi ni... dan kak rose mintak izin nak tepek kat sini lak ya...

Bahan-bahan
  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 st air kapur (kak rose x letak)
  • 1/2 st garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
  • *** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sb gula
  • 3 cawan air

Cara-cara

  1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
  2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.(kak rose guna acuan goreng telo!)
  3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.
**** nota dari Nor secubit garam----> kurangkan sukatan air masa mengukus. air mesti sama paras dengan pulut yg nak dikukus. tq Nor for the tips

Lengkong sirap rose

kak rose buat lengkong sirap rose....

Asalamualaikum dan selamat pagi semua..... baru abes sahur ya.... pagi ni kak rose nak tayang lengkong yg kak rose buat petang semalam.... bulan puasa ni mata atau tekak kah yg jahat?... semua yg terpandang rasa nak makan.... dan bila singgah kat rumah CMG terpandang lah lengkong sirap rose gaya dulu2 yang sangat memikat mata dan tekak.... tanpa berlengah kak rose pun buat jugak..... kak rose buat lengkong sirap rose!.... sebut lengkong tu betul2 macam dulu2 kan.... bukan ke sekarang lebih dengan panggilan agar2....

resepinya kak rose cnp dari rumah CMG.... tersangat lah menggoda lengkong itew! macih ya mat, kak rose nak tepek resepi dolu2 ni kat sini....

..... munger2 rose....

BAHAN-BAHANNYA :-)

12 gram agar2 serbuk atau agar2 tali
1100 ml air
2 helai daun pandan, disimpul
1/2 cawan + 2 camca besar gula pasir
1 camca besar penuh sirap rose (mat guna jenama "double-lion")
(kak rose pun... bau sangat rosey gitu!)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Jika guna agar2 tadi, gunting pendek dan rendam 30 minit (guna air 1100 ml tu). Kalau guna agar2 serbuk boleh guna terus. Sini mat tulis guna agar2 serbuk ok. Dalam periuk satukan gula pasir dan agar2 serbuk, kacau rata. Tuang air dan kacau. Jerang atas dapur, masukkan daun pandan dan sirap rose, kacau hingga semua sebati dan masak dengan api sederhana hingga mendidih.
  2. Tapis dan tuang dalam bekas, mat guna loyang 8 inci x 8 inci x 1 inci. Biarkan hilang wap panas dan boleh simpan dalam peti sejuk hingga keras dan dingin. Hidangkan masa berbuka puasa....aduhh nyaman di tekak... (^_*)


Sunday, August 14, 2011

Keropok lekor

bila teringin nak makan keropok lekor..... tu la masa posa ni tekak sangatlah mengada2.... macam2 nak nya jadi kenalah merajinkan diri mengejut pakcik google soh carikan resepi keropok lekor yang mudah menyediakannya.... betapa mudahnya.... yg dulunya kita x pernah jangkakan kini dah boleh buat sendiri dengan bantuan n tunjuk ajar dari kawan2 yg x kedekut nak share resepi.... walaupun secara yang sangat basic... x pe la kan asalkan dapat makan dan hilanglah kempunan nak makan sbb nak g terengganu tu jauhlah sangat hanya nak makan kopok losong tu!

resepi kopok lekor ni cik google tu carikan kat Myr oleh 14sept aka jiya... mekasih ya walaupun kejadian kopok kak rose ni sangatlah hazab! tp sangat sedap sbb banyak ikan n kak rose kurangkan pengunaan tepung tu.... pada sapa2 yg nak tengok kejadian keropok yg cantek2 dan gambar step by step g la jenguk kat link yg kak rose bagi tu ya....

Bahan-bahan ( - )
  • 1kg ikan selayang/ kembung
  • 5-10 ulas bawang putih
  • 1kg tepung ubi/kanji
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Garam secukup rasa
  • Perasa
  • Air

Cara-cara

  1. Asingkan isi ikan dari tulang.
  2. Kemudian blender isi ikan bersama bawang putih dan sedikit air. Terpulang samada nak blender kasar atau halus kemudian tuang kedalam bekas.
  3. Masukkan sedikit garam, perasa, serbuk penaik dan tepung. Gaul sehingga tidak lekat pada tangan. Kalo lekat, tambah tepung kanji lagi. Adunan jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembik. Sedang² ler asal boleh uli...
  4. Sapukan tangan dengan sedikit minyak. Ambil sedikit adunan dan hempaskan ke atas meja bersih agar adunan mampat dan lembut (kalo ada yang nak release tension bleh la sambil²... Hehehehe). Barulah uli bentuk memanjang. Kalo ada mesin adunan yang sesuai tak perlu la hempas yer...
  5. Dalam periuk, didihkan air bersama sedikit minyak agar keropok lekor tidak lekat antara satu sama lain. Kemudian masukkan keropok lekor tadi. Keropok lekor akan terapung di permukaan air apabila dah masak.
  6. Bila dah timbul angkat dan tos. Sejukkan dan potong ikut citarasa memasing. Goreng dan siap untuk dihidangkan.

dapat gak makan kopok lekor buatan sendiri wpun rupanya sangatlah hazab gitu!

Kerana emak bapak…

Salam semua…… dah hampir separuh perjalanan ibadah puasa kita dibulan Ramadhan ni, insyaallah…. Dan pasti ramai yg dah mula buat biskut raya kan….. kak rose sendiri entah bila nak buat…. rasa malas semacam jer nak buat pun….. tp kena buat gak kan?

berbalik kepada tajuk kat atas tu…. kerana emak dan bapak…. dan kerana itulah kak rose terasa sangat nak balik kg untuk berbuka puasa dengan emak dan bapak! sebenarnya pagi tu kak rose terbaca coretan kenangan azie yg ingin ku kongsi ttg rumah bondanya yg dah lama ditinggalkan. entah kenapalah hati kak rose begitu tersentuh dengan kisah itu dan rasa yg teramat sangat nak jumpa dengan mak bapak kat kg…. so lepas abang balik keja petang jumaat tu terus cakap ngan hubby jom kita balik kg…. padahal baru 3 minggu je pun last sekali kak rose balik kg…. so mmg pecut jln petang tu dan sempat sampai untuk berbuka kat kg…. SA – BP 2 jam…. harap2 pak polisi x lah keluarkan saman ya, kalau x abeslah duit raya kami!.... dan balik kg tu sempat blikan emak yg ni…. untuk gantikan salah satu fridge mak yg dah uzur sangat tu….

GR-R39MD Hybrid plasma deodorizer….. gamba pinjam cik google yg punya sbb telupa nak amik gambo lak yg dah ada kt kg tu….. harap mak suka dengan yg ni…..

dan balik petang semalam sempat jugak singgah kat UteM… nak familiarkan jalan nnti nak anto busu g daftar kat situ…. maklumlah lepas raya daftarnya, pasti tersangat banyak kereta dan kalau x pasti jalan yg nak dituju kan susah je kalau dah tersekat kat jem bagai kan…. so baiklah g familiarkan jalan dulu nnti senang nak g….. akan bergelar pelajar kat situ bermula September 4th selama 4 tahun, Insyaallah.

dah tengok2 dalam tu teruskan perjalanan balik pulak…. since dah lewat petang , takut x dan nak siapkan menu tuk berbuka, singgah je kat sini lak… RnR Dengkil, tapau.

dan ini yg kami dapat….. the satay seem not done…. lalu ke nak makan macam mentah jer? dulu pun pernah bli masa bulan puasa jugak cam ni lah yg dapatnya…. apakah mmg nak kena bako sendiri? kalau ya, baik kita bli yg mentah jer kan! geram sangat…. dah lah lewat, nak kena bakar semula…. atas dapur lak tu. satu keja lak nak bersihkan dapur yg berminyak2 tu…. ishhhh!!!! dan nasik impit segulung kecik tu berharga rm2.80….. macam sekilo beras lak kan!

tengok la satay ni... x de nampak macam terbako sikit pun kan?.....

kalau lah tuan punya satay kajang ni terbaca ttg complaint dari pelanggan… sila lah check restoran anda…. sama ada ia memenuhi permintaan pelanggan ke idak? atau kak rose je yg rasa satay ni not done?

Friday, August 12, 2011

Gulai tolo itik

gulai tolo itik yg x menjadi. uwaaaa....

salam dan selamat pagi semuanya.... insyaallah hari dah hari ke duabelas kita berpuasa..... dan bermacam juadah dan kuih2 untuk iftar pun dah dicuba.... kali ni memasak gulai tolo itik lak.... dek terliur menengok gulai tolo tu kat rumah Anim, kak rose pun nak jugak layan tekak sambil menternak lemak dibulan puasa ni.... ya lah asik2 masak lemak je, x jemu ker? tak kan Anim? yo lah masak sedap2 mana nak jomu kan? nak lae ado la....

tapi kan.... ada je tapinya ....6 biji tolo itik yg kak rose bli ni, cuma satu jer yg kuning dia masih intact bulat, yg lima lg semuanya dan pecah... nasib baik semua pecah satu2 dalam mangkuk, kalau terus nak masuk dalam kuah tentu hancur semuanya..... uwaaaaa.... macam nak nanes dibuatnya, dah la bli sebiji 90sen, nasib baik je x busuk! so at last kak rose gorengkan dulu tolo tu....rasa pun dah jd lain, x goma den.... x sodap bila buat cam ni.... nak yg cam Anim masak tu jugak! sebiji2 gitu.... sodapnya! Anim kak rose cnp resepinya ya.... wpun kak rose nyer dah jd gulai tolo goreng!

Masak Lemak telur Itik
by anymz mykitchen

bahan-bahan

10 biji telur itik (kak rose ada 6 biji jer)
cili api blend 1senduk. (kak rose ejas ikut kepedasan la)
santan segar 1/2 kg atau santan dari 2 biji kelapa
Jika menggunakan santan segar tambah dengan 2 cawan air
sebelum campurkan dengan 2 cawan air asingkan dulu santan 1/2 cawan sebagai pati
garam secukup rasa

utk manis
tumbuk sedikit ikan bilis dan 3 ulas bwg merah
perencahnya boleh letak belimbing buloh,daun kunyit,kulit buah rambai,bacang dll.
(yg ni kak rose x letak..... )

cara

sediakan periuk
masukkan santan dan air dgn bahan tumbuk dan juga garam
kacau hingga mendidih
masukn belimbing yg sudah dititik2 sedikit
kacau hingga masak kuah
pecahkan telur perlahan2 dlm mangkuk berasingan(ini utk mengelakkan ada telur yg busuk)
jgn sampai kuningnya pecah jika mahu telur itu kelihatan bulat
dah masukn telur ke dalam periuk berisi santan
jgn di kacau.ini utk memastikan kuning telur berada dlm keadaan baik.
kecilkan api dan biar mendidih perlahan.
masukkan pati
kacau perlahan2 dan bila kuning telur sudah masak besarkan api,kacau sebentar,tutup api dan sedia untuk di hidangkan.

Thursday, August 11, 2011

Nasi goreng jer...

menu sempoi untuk kak rose 2 beranak ..... dan yg paling senang dan cepat penyediaannya.... nasi goreng jer. terima kasih pada AlongRoz yg sharekan resepi nasi goreng daging ni.... lengkap semua ada dalam tu... sayur n protin jugak....dah banyak kali buat tp x pe kak rose tepek sekali lagi resepinya kat sini.... pada kengkawan yg dah buntu x tau nak masak apa... boleh la mencuba nasi goreng daging ni....

Bahan-bahan
  • 4-6 mangkuk nasi putih
  • 1 senduk kecil minyak
  • 10 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih* (*separuh hiris dan separuh tumbuk)
  • 2 cili merah - tumbuk
  • 100-200g daging - hiris nipis - hana buh daging cincang jer
  • Segenggam mix vege
  • 2 sm sos tiram
  • 1 kiub ayam maggi (4 g)
  • 2 sm kicap masin
  • 2 sm kicap manis
  • Saleri & Bawang besar
  • Garam dan lada sulah
Cara-cara
  1. Campurkan nasi dengan garam dan juga serbuk lada sulah.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang hiris hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis pula bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan daging dan kacau sampai daging masak.
  4. Masukkan sos tiram, kicap masin dan manis. kacau sekejap dan masukkan mix vege.
  5. Last skali masukkan nasi dan gaul rata.
  6. Angkat dan hidangkan dengan bawang goreng tadi, hirisan saleri dan bawang, keropok ikan dan salad kegemaran.


Badak berendam

salam dan selamat pagi semuanya.... yes! pagi2 subuh dah ngadap pc... sambil nak tungguu subuh baik la ngadap dulu, macam lah sibuk sangat kan.... ya malam mmg x de masa, balik dari terawikh sllu dah lepak sangat.... mata pun dah x larat nak bukak. macamlah jaga anak 10 orang kan?.... badak ni kak rose buat untuk iftar petang semalam.... tak tahan godaan bila tengok ramai yg tayang.... inikah cobaaaaan bulan puasa agaknya.... resepinya kak rose cnp dari rumah ika nun di Bangkok tu, tp kak rose nyer badak x lah cantik berkaler2 gitu..... badak bodo2... sian badak tu kan.... asal dapat makan n sedap udah la ya.... resepi asal dari Kak Besah Myr... terima kasih semua...

Resepi Asal : Kak Besah MyR

Bahan-bahan ( dlm 20 biji )
  • 2 cawan tepung pulut
  • lebih kurang 11/2 cawan perahan air daun pandan.
  • 1/2 sudu teh garam
  • inti kelapa secukupnya - cara mmbuatnya sama dgn inti kuih koci @ onde-onde
  • utk dadih;
  • 21/2 cwan santan, 2 sudu tepung beras & 1/2 sudu teh garam>>Kita tambah 1sb gula
  • 3 helai daun pandan

Cara-cara

  1. campurata semua bahan2 utk dadih, lalu dikacau atas api hingga pekat.lebihkurang 10 mnit - ketepikan.
  2. bulat2 kan inti kelapa.ikut suka la nk besar @ kecil
  3. campurkan garam dgn air pandan & gunakan campuran itu utk menguli tepung pulut hingga mnjadi doh yg boleh dibentuk.
  4. ambil sedikit doh, bulat2 kan lalu dileperkan. letakkan inti dlm nya dan dikelim rapat. buat hingga habis. letak atas plastik agar x melekat.didihkan 1/2 periuk air bersama daun pandan sehingga mendidih.pastu masukkan 'badak2' (bola2 pulut la hehe..) kedalamnya.
  5. bila kesemua bola2 timbul/terapung, biar mendidih 3,4 minit barulah di angkat & ditos kan.
  6. terus masukkan kedalam dadih tadi..
  7. siap utk hidangan family tersayang..


Wednesday, August 10, 2011

Gulai udang ngan nenas

Asalamualaikum semua..... kejap je dah hari ke sepuluh kita berpuasa, Insyaallah dengan izinnya.... dan bila berpuasa ni macam2 tekak nak makan... banyak karenahnya.... dan satu lagi tangan ni sangat rajin mengetik nak melawat rumah kawan2 yg menayangkan menu2 mabeles tu.... bila nampak je semuanya nak makan dan nak kena buat lah kan.... susah jugak nak melayan tekak dibulan puasa ni kan.... dan juga bulan mengumpul lemak2 sbb asik2 masak gulai jer.... udang ni abang bli masa g sabah ari tu.... meh tengok resepi gulai yg kak rose cnp dari rumah CMG.... mekasih ya mat, tp kak rose x de le udang pengantin/kaki merah tuh!

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 ekor udang kaki merah@udang pengantin, dibersihkan
1 biji nenas sarawak saiz sederhana, kupas kulit, belah dan hiris sederhana tebal
2 batang serai, dititik
3 helai daun limau purut
1 keping asam gelugor
200 ml pati santan
1 liter santan cair
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1/2 inci belacan (kak rose x letak.... hmmm x makan belacan daaaa)
3 keping hirisan lengkuas
3 biji cili merah + 10 biji cili padi
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, masukkan serai dan bahan kisar halus, tumis hingga harum dan pecah minyak. Tambah nenas dan udang gaul rata, masak hingga udang bertukar warna.
  2. Tuang santan cair, kacau perlahan dan biar mendidih. Masuk asam gelugor dan juga daun limau purut. Tambah pati santan, kacau dan biar mendidik perlahan, gunakan api kecil dan kacau sekali sekala.
  3. Masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain....Sedapppp...Neo pun boleh pengsann >_<


Tuesday, August 9, 2011

Apam untuk moreh

apam gula melaka yg kembang mekar ni kak rose buat untuk moreh dimesjid dekat rumah.... buat sekali 2 adunan dan dapat 60 biji semuanya... suka sangat buat apam ni sbb sedap dan cantik je kejadiannya.... terima kasih pada rositamz yg share resepi ni.... satu dulang beso g anto kat mesjid dan nnti hari minggu depan sekali lagi giliran barisan rumah kak rose untuk sediakan moreh ni.... x pk lg nak wat apa ya....


puding roti marble ni kak rose buat 2 loyang semalam... pagi semalam masa g anto busu buat medical check-up kat Subang kak rose bawalah puding ni untuk buah tangak kawan kat sana.... dan petang ni tanya lak camner nak wat... mana resepinya.... pandai2 la ko godek pura oi.... cari la di my kuali tu.... dan petang semalam buat lagi satu loyang untuk jiran kat shah alam lak.... pudig sedap dan sangat senang nak menyediakan ni resepi asalnya dari dak hana. mekasih ya nduk.