Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, June 2, 2011

Kung pao chicken

lauk lunch td yang sangat bes.... dah banyak kali buat sbb sedap dan kali ni nak tepek lagi kat sini. resepi asal kak rose cnp dari rumah hana, pd sapa2 yang nak cuba dan tengok kung pao ciken dia yg sangat cantik tu bolehlah jenguk kat blog dak hana nih ya... kak rose punya dah jadi itam semacam jer... x menarik langsung dipandang mata tp rasa ttp mabeles gitu...

Perapkan bersama 15minit:
2 sudubesar sos tiram
1 sudukecil tepong jagung
sekeping dada ayam (saiz kecil) dipotong kecil
Cara:- goreng hingga ayam masak tapi tak perlu garengkan, ketepikan.

Bahan Sos disatukan:
1/4 cawan air pati ayam
1 sudubesar kicap manis (kak rose sedikit kicap pekat)
2 sudubesar sos cili bawang putih
1 sudubesar gula - hana gune madu (kak rose kurangkan sbb x suka manis...)
1 sudukecil garam
1/2 sudukecil tepong jagung.

Bahan Tumis:
1 sudubesar minyak bijan + 1 sudubesar minyak biasa
8 biji cili kering@ 3sudubesar dry chili flakes
2 biji bawang putih*
Halia muda sebesar ibu jari* dihiris
1/3 cawan kacang gajus yang telah dipanggang.
(kak rose tambah bawang besar yg dimayang n capsicum hijau)

Cara-cara: Tinggalkan 1 sudubesar minyak ayam tadi dan campur minyak bijan,panaskan dan tumis bawang putih dan halia hingga layu kemudian masukkan cili kering, tumis hingga cilli sedikit gareng. Masukkan bahan sos dan masak hingga sedikit pekat dan naik bau. Masukkan isi ayam tadi dan gaul rata selama 5 minit kemudian masukkan gajus dan kacau untuk sebatikan. Sedia untuk dihidang.

walaupun kejadiannya sangatlah hitam hingga hilang biji2 gajus tu, tp rasa ttp mabeles...

ni dia sekilo biji kacang gajus yg dipesan pd kawan yg datang dari langkawi.... sangat fresh.

16 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam K.Rose..anak2 dah blk nie ayam mmg kena ada jer lam esbok!biasa la anak2 sukernya ayam jerrrr..

Kak Rose said...

atie, sama la... anak bujang kak rose pun ari2 nak ayam goreng!

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Kak Rose...
nak tumpang mkn lauk ayam kat sini lah :P yum3x..

Cik Puan Izan❤ said...

feveret saya ni kak rose...

kacang tu sedapnyaa...bak mai segengam...

kasihredha said...

sedapnya nengok gambar ni...dua2 suka
ayam suka kacang gajus pun suka

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Rose..Sedapnya tengok ayam ni...Saya memang suke masak-masak cenggini

aLoY said...

sedap nyer. lagi2 kalo gajus tu byk.. mmg mabeles.

Mas said...

sedappnya tengok ayam tu...
letak gajus tu yg sedapp lagi...

Kak Rose said...

Mama Hawa... boleh saja tp kena masak lain la sbb dah abes!

Kak Rose said...

Izan, kacan tu bli kat langkawi...37/kg je... kat sini hubby sllu bli 52/kg.. jauh beza kan.

nah! amik ni, segemggam je taw!

Kak Rose said...

kasih, nnti bole la mencubanya... bahan pun mudah.. yg sllu ada kat dapur!

Kak Rose said...

Sue, cedap je nak sediakan dan habis pun cepat gak... makan panas, best!

Kak Rose said...

aloy, mmg kak rose bug gajus banyak2, tp hilang dek kehitaman kicap tu!

Kak Rose said...

Mas, mmg sedap, masaknya pun cepat jer...

Nieza said...

assalam kak Rose, wahh menarik ni...cepat dimasak dan cepat dimakan..harus dicuba ni..hehe

Kak Rose said...

Nieza, mmg sedap tau, dah banyak kali buat tp x jemu!