Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, June 4, 2011

Kuih ketayap wana wani

terpikat dengan kuih dadar dot dot wana wani kat blog Ummi, kak rose pun nak mencuba jugak… tp instead of dot dot kak rose buat jalur2 jer sbb x punya kesabaran nak menitik dot dot wana wani tu! apa pun rasanya cam kuih dadar yg biasa tu cuma rupa telah bertukar menjadi jalur2 gitu….

meh kita tengok resepinya yg kak rose copy dari blog Ummi, tp maaf ya Ummi, dot dot nya dah hilang, yg tinggal jalur2 jer! dan nama pun dah tuko!

Bahan A

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur (*akak letak 1 biji je)
  • 2 helai daun pandan (kak rose x letak)
  • 1 1/2 cawan susu cair atau santan (*guna santan) (kak rose guna susu sepenuhnya)
  • 1 sudu teh garam
  • pewarna hijau
  • 1 sudu besar majerin dicairkan (*akak x letak)
  • sedikit minyak utk disapu pada kuali
Inti (*akak buat inti citarasa akak sendiri - hampir sama jek dgn kak Wan punya)
  • 1/2 biji kelapa parut putih
  • 3/4 cawan gula merah (*akak guna 1/4 cawan gula melaka yg dihancurkan, 1/4 cawan gula merah)
  • sedikit air (*akak x letakpun)
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sudu besar tepung pulut/jagung (akak letak tepung jagung)
Cara-cara :
  1. Untuk INTI: Masukkan kelapa parut,air dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
  2. Masak hingga pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
  3. Untuk DADAR : Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul. Tapis. (*akak asingkan sedikit adunan, campur sikit tepung lg biar pekat, kacau sebati dan letak masing2 dgn kaler biru dan merah. ,masukkan ke dalam piping beg dan gunting kecil muncung beg) (kak rose buh kaler merah dan guna botol mayo muncung satu)
  4. Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak dan sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat. (*kemudian akak cepat2 dot-dotkan atas adunan dengan kaler biru dan merah) (kak rose buat jalur merah dulu baru tuang adunan ijo)
  5. Biarkan masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. (*akak angkat dan terbalikkan bahagian polkadot ke bawah.)
  6. Terus letakkan inti dan gulung. (Cara gulung; lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang). Ulangi sehingga adunan tadi habis.

20 comments:

Anna Qawina said...

ehem...ni bekpes ke minum petang kak? hihi..ank2 saya pun suka kuih macamni..nak2 yang kaler maler..

Kak Rose said...

Anna, wat tuk minum petang ni... bekpes hari2 makan roti bakr je....

Jujuk suwandono said...

enak kuenya...
salam kenal ya....

http://templatemanis.blogspot.com/

Kengkawan said...

serious... sangat cantik kuihnya..

Kak Rose said...

Jujuk, salam kenal jugak dan terima kasih datang sini ya..

ajwa said...

Lovely... so comel.

Jujuk suwandono said...

ini kak rose yang main di upin & ipin kah?(bercanda) hehehehe
senang bisa kenal mbak

aku link blognya boleh?

ajwa said...

Jemput ke http://lautkasih.blogspot.com/2011/06/nasi-goreng-aji-no-moto.html

Kak Rose said...

Kengkawan, cantik dan sedap jugak!

Jujuk suwandono said...

hahahaha.... bener iso ngomong jowo?
mbak yaaa kalo mau ngobrol sama aku bisa chat dengan ID: kartununited

Kak Rose said...

Jujuk, bukan2...boleh saja kalau nak link kan...

Kak Rose said...

ajwa, kak rose dah ziarah dan terima kasih datang sini ya!

Kak Rose said...

Jujuk, ya bener...

azieazah said...

Wahhh sekarang kuih ketayap pun dah moden. Biasa kita buat boh air pandan hijau jer, kan?

Sedap kuih ni, cuma kena sabar banyak berdiri tepi dapur sampai habis satu mangkuk adunan.

Thanks berkongsi resipi.

Kak Rose said...

azie, sambil dapat makan dapat jugak buat facial...berpeluh2 kat dapo!

kasihredha said...

special ni kak rose..kreatif lah kak rose ni...suka!!

Kak Rose said...

kasih, ni la untungnya berblogging.. banyak yg kita boleh belajar dari kawan2 maya...dan hasilnya...

dZana said...

dadar pun ada inovasi.. cantik kak.. lepas polkadot..versi ni pulak..

Kak Rose said...

dZana, bila cantik nampak sedap nak makannya!

Ummi said...

Assalam Kak Rose....waaahh dadar belang2 pun ok....cantik jugak...hehe, janji intinya best kan..kan..