Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, June 11, 2011

Kuih lapis pisang

salam dan selamat berhujung minggu semuanya

kesian pada sesikat pisang berangan yg kak rose bli tp x de sapa nak makan…. daripada terbiar jer baiklah kita transformkan dia jadi sesuatu yg sangat sedap ni…. separuh kak rose dah buat popia pisang tp x dapat nak tayang kat sini sbb kejadiannya sangat lah hazab… meletup dan pecah2 kulit popia tu. adakah sbb pisang tu terlalu masak dan sangatlah manisnya… minyak pun jd macam bergula gitu! x pe can always try again next time kan…. cewahhhh!!! dan selebihnya kak rose mencuba lapis pisang ni… sedap banget seh! walaupun x cantik kejadiannya tu…. dapat jugak merasa kesedapanya.

resepinya kak rose sekodeng kat dapur noorma cendana kasih… tp kak rose nya lapis nipis2 je sbb terbesar loyang tu… alahai!!!! Amatur sungguh kan! meh tengok resepinya dan pd noorma kak rose mintak izin nak cnp dan sharekan kat sini ya…

Bahan-Bahannya:-
Bahan A
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 sm tepung beras
2 sm tepung kastard/jagung

Bahan B
1 cawan pisang - dilecek
1/4 cawan air

Bahan C
1/4 cawan air
sedikit pewarna hijau

Cara-caranya:-
•campurkan semua bahan A dan kacau sehingga sebati. bahagikan kepada 2 bahagian.
•campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata
•campurkan satu bahagian lagi dengan bahan C dan kacau rata
•Guna loyang bulat 7 inci, sapu sedikit minyak.
•Tuang hampir 3/4 cawan adunan B. kukus selama 8 minit
•Kemudian tuang 1/3 cawan adunan merah dan kukus selama 8 minit.
•ulang sehingga habis.

psssttt... petang ni nak g nilai 3, jenguk keta diworkshop dan ada dokumen nak kena sign n ntah apa2 lagi lah insurance co. ni.... banyak songeh tul! janji it will be ready in three weeks time, ni dah hari ke 13, but nothing has been done! marah x kalau kawan2 yg kena cam ni? hishhhh!!!

10 comments:

izahdaut said...

sedap.. combination yang memang sedap!!

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

dah lama tak wat...warna cantik

Cendana Kasih said...

nape kulit popia tu pecah akak?? takpe, takpe..len kali buat lagi yer.... dan kuih lapis tu nampak sweet sangat..nk rasa seketui leh??

tun_telani said...

nyummm!! kalau laa tun pun rajin melapis.. huhu..
insurance mmg slow akak.. kene pilih wakil insurance yg baik sikit.

♥LOVE2COOK♥ said...

Uish sedapnya kuih! Nak join for teabreak ;)

Yatie said...

mmng sedapkan kuih lapis pisang ni...yatie pun dah bnyk kali buat..suka resepi ni..cantiklah kaler ijau..

kasihredha said...

kakk...cantiknya akak potong
colour pun cantik

Mas said...

akak..sedappnya kuih lapis tu...

Naz said...

Wahhh kak Rose.. mesti sedap ni.. nak try gak nanti..

Kak Rose said...

izah, x penah terpk lak sebelum ni kan... mmg combi yg best!

Nazrah, kaler tu tiru tuan punya resepi je... aci x?

Noorma, lama sangat goreng kot, pisang tu burst! he he kaler sebijik macam noorma punya, cuma cantiknya je kurennng!

tun, nak makan kenala rajin kan...
insurance tu mmg dah guna sejak 1st car... 21 yrs ago!

Love... alamak! dah terlambat la...

Yatie, mmg sedap tp kak rose ni kan keras tangan jd kejadian pun x secantik macam yatie buat tu!

kasih, ememeh je potong tu, maklumlah keras tangan!

mas, mmg sedap, x rugikan mencuba...

Naz, cubalah...anak2 pasti suka nnti.