Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, June 14, 2011

Muffin cokelat kukus

hasil jalan2 dan sekodeng rumah kawan2 maya.... dapatlah resepi muffin cokelat kukus yang sangat sedap n gebus ni.... lembut sangat dan sangat moist gitu.... ngap masa masih hangat2 tu ... alangkah sungguh nikmatnya...

ternampak kat rumah Anna Qawina yang sangat menggoda terus lah kak rose nak mencubanya. tp sayang sekali ada saja yg x nak kembang mekar... malah macam senyum sumbing mengejek jer. mencik taw! tp terubat hati jugakla sbb rasa yg sangat mabeles walaupun separuh daripadanya rupanya mmg out! mekasih Anna dan izin kan kak rose nak cnp kat sini ya...

MUFFIN COKLAT (KUKUS)

Bahan A :
  • 2 cawan susu cair/susu segar *Ana guna susu cair
  • 1 cawan minyak masak / butter cair *Ana guna minyak masak
  • 1 3/4 cawan gula kastor
  • 1 biji telur

Bahan B : Ayak bersama

  • 250 grm tepung gandum
  • 50 grm serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
Bahan C :
  • 1 sudu besar coklat emulco


Cara-Cara :
  • Panaskan kukusan dengan api kuat.
  • Satukan semua bahan A, kacau sebati menggunakan spatula/whisk je.
  • Masukkan bahan B, gaul rata hingga semuanya sebati.
  • Tambahkan coklat emulco
  • Masukkan ke dalam muffin cup sehingga 3/4 lebih (hampir penuh cup)
  • Kukus selama 10 minit (lebihkan masa jika menggunakan cup saiz besar)
  • Angkat & sejukkan

tengok yg belakang tu... senyum sumbing macam kerang busuk je!

18 comments:

Reen Tart Nenas said...

salam kak. coklat emulco tu ape? nama brand ke? maafla, saye tak biasa buat kek :( tp mcm nak cuba resipi akak nie sbb nampak simple. -reentartnenas-

Mas said...

wahhhh...cepatnya akak lak buat....
mekar setaman jerk....

chikadakbiru said...

wow beshh..mekar setaman...

Sofea said...

amboi k.rose..tersenyum simpul mapin tu..sedapnya kalau dapat ngappp! ;)

Kak Rose said...

Reen, x tau nak explain... tp kalau g kat kedai baking cari kat tempat barang2 spt esen n pewarna...cer tengok kat sini, cam ni la rupa dia.... http://www.myresipi.com/top/glossary/206

Kak Rose said...

Mas, ada yg mekar n x kurang jugak yg sumbing jer!

Kak Rose said...

chikadakbiru, mekar setaman n sedap banget taw!

Kak Rose said...

Sofea, macam kerang busuk pun ada tp rasanya ttp mabeles!

Anna Qawina said...

wauuu...cepatnya akak buat..cun giloss...hhaha...
pst : choc.emulco tu tak boh pun takpe kot kan..rasa dia menten sedap..hehe
btw..tengq kak sudi cuba dari blog saya..:)..opss..ambik 2 ketol..

Nieza said...

wah cantiknya muffin kak Rose ni mekar setaman dah tu...sure sedap ni nampak pun gebus jer..:)

aidah said...

salam kak rose,
pernah gak buat muffin ni tapi selalunya yg bakar , versi kukus tak pernah cuba lagi

Kak Rose said...

Anna, cepat buat dan cepat dapat makan muffin yg moist sgt ni... sedap giloss! tq share resepi ya...

Kak Rose said...

Nieza, yg x mekar pun sama banyak! tp mmg sedap taw!

Kak Rose said...

aidah, mmg sllu bakar je kan kali ni try yg kukus lak.... moist sangat!

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

kalau kukus mmg kek akan jadi moist,kan?

izahdaut said...

Waahh cantik nya kembang. Nak wat jugak lah

Kak Rose said...

Naimatul, muffin ni mmg moist sangat, ke sbb kukus? entahla..

Kak Rose said...

kalau izah yg buat lagi kembang setaman agaknya.... maklumlah toke muffin!