Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, June 24, 2011

Cucur nasi ikan bilis

salam dan selamat malam.... ada yg dah lena dibuai mimpi kan waktu2 begini... dan kak rose baru nak wat entry pasal cucur nasi yg sedap nih! lembut sangat dan tetap lembut walaupun dah sejuk... dan yang penting nasi yg berbaki x la terbuang begitu saja... rasanya kalau nak buh sayur dalam tu pun ok gak kan... carrot ke, kubis ke... dah jadi macam makan nasik lak...

resepi dari yatie, terima kasih ya dan kak rose nak sharekan kat sini lak...

Bahan-Bahan
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn air
  • 1 biji bwg besar
  • 2 biji bwg putih
  • 1/2 cwn ikan bilis
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka) (kak rose buh cili flakes)
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
  • sebiji telor (yg ni kak rose tambah)
sedap makan dengan sos cili....

cara membuatnya
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...

8 comments:

suri solehah said...

wah letak telur lagi sedapkan kak..suri suka resipi ni..penah buat amik resipi kt dapur tun telani,,tapi anak2 n hubby kurang memberi sambutan huhu

tun_telani said...

morning kak rose.. mmg sedap cucur nih, lembut je.. tp tun rasa mmg mencabar masa nk menggoreng, time tun wat tu, dia mcm pecah2 skit dlm kuali.. ntah2 tun salah sukat air agaknya..hehe

Lovely Kitchen said...

molek je cucur nasi Q...cukup tu utk e-na sefamily, seketui sorang..;p

Sue said...

wah...ni baru 1st time dengar cucur segini... lepas ni kalau ada nasi lebih buleh try ni

Kak Rose said...

suri, derang ni keratif kan... mempelbagaikan resepi cekodok! kak rose mmg suka - cekodok apapun!

Kak Rose said...

mmg tun sbb adunan dia lembik kan..tp alhamdullilah x pulak pecah2, cumanya bulat lonjong kemet semua saiz ada! hihihi

Kak Rose said...

e-na, q tunggu untuk dingap! sedap n lembut jer wpun dah sejuk!

Kak Rose said...

Sue, sekarang ni ada je resepi untuk nasi lebih kan...