Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, June 10, 2011

Nasi ayam butter

ari ni ada terlebih rajin sikit.... sambil jalan briskwalk pg td terus jer kekedai runcit bli salad, timun n daun sup jugak.... sebenarnya nak dapatkan 10k steps tu, tu yang jalan jugak terus kekedai... dari malam td lagi terpk nak wat nasik ayam ni... mengalahkan orang mengidam jer kan. nasik ayam ni lah yg buat kak rose tingat2 nak makan....

resepinya ada kat sini dan kali ni nak jugak letak lagi sekali.... terima kasih pada cikgu hana yg dah x rajin nak masak tu.... nampak memang panjang berjela resepinya tp sebenarnya mudah je buatnya... meh kita tengok....

Bahan-bahan
UTK NASI
  • 3 cawan beras (hana gune beras thai )- basuh dan toskan
  • 31/2 air rebusan ayam - bergantung jenis beras
  • Rempah tumis (kayu manis,bunga lawang, cengkih, pelaga..)
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 1 inci halia - ketuk
  • 1 sudu serbuk pati ayam knorr
  • 1 helai daun pandan simpul
  • 1 batang serai ketuk
  • 2 sudu besar butter
  • garam
>> Panaskan butter. Masukkan rempah tumis, hingga naik bau.. Masukkan bwg, halia.. Tumis lagi. Masukkan pula air rebusan ayam, daun pandan, serai, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa. Masukkan beras dan pindahkan ke dalam rice cooker. Masak seperti biasa.

UTK SUP
  • 1/2 ekor ayam size kecil - potong
  • 1 sk serbuk@kiub pati ayam
  • 1 batang saderi - potong
  • 2 inci halia - ketuk
  • Air secukupnyer
  • garam
  • daun bawang dan bawang goreng
Rebus semua bahan sehingga ayam masak. Toskan ayam dan ketepikan. Masukkan daun sup dan bawang goreng. Siap utk hidangan sup.

UTK SOS MERAH
  • 3-4 batang lada merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 2 biji tomato*/bleh juga gune tomato puri (kak rose guna cherry tomato)
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos chili
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu besar gula
blend yang bertanda *. Masukkan dlm periuk/kuali dan masukkan sos,cuka, gula n garam. Didihkan sehingga kuah agak2 pekat n matikan api. (kak rose x masak pun, terus cam tu jer pun dah sedap!)

UTK SOS HITAM@KICAP
  • 3 sudu besar kicap
  • 1 sudu kecil madu
  • 2 sudu besar air rebusan ayam ( kak rose buh lebih air rebusan tu )
Campurkan semua. ketepikan.

UTK AYAM GORENG MADU - bleh juga tgk di sini.
  • Ayam rebusan tadi
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 1 inci halia - parut
  • 2 ulas bawang putih - parut
  • blackpepper - optional
  • bleh tambah minyak bijan jika inginkan lebih wangi
Campurkan semua bahan. Perap lebih kurang satu jam atau lebih. (hana perap 20min jer) Panaskan minyak (gune minyak sedikit sahaja asal tenggelam paras setengah ayam). Goreng ayam tadi hingga keitam2an. Jgn hangus sudah! Jika ingin dibakar boleh juga.Hidangkan dengan nasi ayam, sup n sos tadi dan juga dengan daun salad@ kubis, tomato dan timun.

10 comments:

Anonymous said...

sedapnyyeee kak.....terus rase cam nak makan nasi ayam

Love2cook Malaysia said...

Owh no!!! Baru pengsan kat rumah KakNor...now here!!! Sedapnya menu...lapar! :(

izahdaut said...

kak rose.. saya pun suke nasi ayam ni. simple pun simple. kak rose ni berlawan nngan kak nor ke ni nasi ayam jugak tu. hehe

Kak Rose said...

cikadakbiru, kalau malas nak masak kedai kan banyak.... he he he

Kak Rose said...

Love.... jangan la sampai pengsan...sila la kedapur yg cantik tu n terus wat nasik ayam ni...

Kak Rose said...

izah... bole laga pinggan ngan nor tu... he he pinggan kosong jer la sbb dah abes!

K.Nor said...

haha... ada org jeles ke kita buat nasi ayam arini k.rose sampai nak laga kepala kita dua.. hehe

Bintangjauh said...

Salam Kak Rose, dah berkurun Ratna tak makan rasa nasi ayam, pulang pada tahun lepas teringin jugak akan tetapi mana pergi rasa nya kok sama semua, kata dan komen semua Ratu2 sememang nya betul jangan ke restaurant baik masak sendiri di rumah, nanti cuba resepi Kak Rose bila di kaji tak banyak embel nya ya Kak Rose.

Pasti yummy! Salam manis manis madu.

Kak Rose said...

Nor...x pe laga diangin lalu jer... satu dibarat satu ditimur kan...

Kak Rose said...

Ratna, kalau rajin bolehlah mencuba resepi ni... mmg sedap. kalau ke restoran sllu saja ada yg tak kena dengan selera kan... jd lebih elok kalau masak sendiri... bahan pun mudah jer!

salam manis untuk ratna jugak!