Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, June 15, 2011

Buah sukun di tepi jalan....

ari tu masa g briskwalk pepagi nampak buah sukun gugur tergolek ditepi jalan nak ketaman permainan tu.. rasa nak amik je daripada terbiar dia tergolek cam tu je… tp kan, takut nnti ada tuan yg claim tu dia punya kan ke malu je walaupun pokok tu kat tepi padang…. balik rumah punyalah teringin nak makan sukun goreng ni mengalahkan orang mengidam..... hissshhhh!!! bila g pasar nampak buah ni terus je bli sebijik dan petang tu terus goreng, nikmatinya dengan sambal kicap, jawala katakan! …. x la kempunan tengok buah sukun yg tergolek kat tepi padang tu lagi…. masa bli tu punyalah tamak, amik nak yg beso jer.... dan sekarang ada separuh lagi dalam fridge, bila nak masak, entah le.... jangan nnti rosak gitu jer sudah la kan....

16 comments:

Anonymous said...

salam kak rose

kalu ade lebih sukun tu kak bole cuba kuih bakar/bingka sukun kak am..sedap..ritu sy pena cuba..resepi copy uma kak ayu..cubalah kak

http://curlybabesatisfaction.blogspot.com/2011/01/bingka-kuih-bakar-sukun.html

EnY YuSniZaR said...

hari tu mak saya buat masak lemak pun sedap... :D

bintangjauh said...

Salam Kak Rose, ya ampun ... gorengan buah sukun .. teringat kampong-halaman .. banyak jiran orang jawa pemurah dan disetiap dihalaman rumah mereka pasti ada pokok sukun seolah kemestian bagi mereka punyai tanaman pokok sukun pabila berbuah dan cukup ranum nya terus di beri kan satu kampong, ubi kayu jika diminta beli seringgit bukan di cabut satu pokok ubi sampai berpokok-pokok .. punya lah banyak!! pemurah sungguh punyai jiran asal dari jawa, baik sungguh. Nostalgia!

Memang enak di-ngap goreng buah sukun ni Kak Rose bercicah kan dengan kicap manis .. yummy!!

Salam manis manis madu.

Kak Rose said...

Anon, ari tu ada gak tengok bingka kat rumah Yat tu...nntilah kalau rajin...

Kak Rose said...

Eny, sukun masak lemak? something new to me... tq for the idea.

Kak Rose said...

Ratna, bertuah punya jiran yg pemurah ni kan... boleh sama2 merasa...

mmg enak dimakan bersama secawan teh o dipetang hari.... heaven!

noorsafone said...

sedap nya...lapar perut...tp kena kuatkan iman...mama puasa harini...goreng sukun...cicah pulak dgn sambal kicap tu...ermmm

kasihredha said...

dah lama tak makan kak rose..
hari tu saya mkan kerepek sukun, sedap jugak kak :)

Kak Rose said...

noorsafone, alhamdulilah berpuasa... kena kuatkan iman ya... nnti buka boleh la makan goreng sukun ni...

Kak Rose said...

kasih, x penah lak makan kerepek sukun tu... mesti sedap kan.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sedap tu sukun cicah sambal kicap.. sy org Tganu pun suka mkn mcm tu.. gara2 dok Pasir Gudang 7 bulan keja sana.. balik terus pandai mkn goreng2an cicah sambal kicap.. sbb kat P.Gudang tu mcm2 org jual samada goreng pisang, tempe mesti ada sambal kicapnyer.. terliur pulak tgk.. mana nak carik buah sukun ni.. blk kg ritu.. en. abg baru beli anak pokok sukun... tp kami tanam kat kg je dah kat sini duduk rumah apartmen.. harp2 cepat membesar pokok sukun tu & cepat2 berbuah.. mmg suka sgt ngan sukun ni..

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam kak Rose...
Sedap lah grg sukun cicah ngan sambal kicap :P hawa pun dh terikut2 cam org JB mkn grg pisang ngan sambal kicap..sedap!!!

Kak Rose said...

Madiha, x rugi kan duk kat PG tu... susah ke nak dapat sukun kat tempat sekarang?

Kak Rose said...

mama hawa... ha!!! ramai dah terikut macam orang johor kan?

Hann said...

Lama sungguh saya tak jenguk kak rose..

Semoga akak dan seluruh keluarga sihat..
dah lama saya tak makan cucoq sukun nih.. tetiba macam teringin la pulak.. :))

aLoY said...

sukun.. lama da xnmpk buah nih.. buat mkn minum petang mmg syok!!