salam semua.... ni la 1st time buat nasik dagang... kalau tahu begini susah dan renyah g kedai je la jawabnya.... tp tu la kan nak jugak mencuba sendiri setelah tengok kawan2 masak dengan jayanya... kak rose yg keras tangan ni nak jugak try.... walllaaaaah!!!! kejadian x seperti yang diharapkan.... entah dimana silapnya.... nasik jadi terlembik.... x tau nak agak air sbb nasik tu ikut style Anim yg masak cam biasa pas tu kukus lak.... hishhhh!!! x pandai la kak rose ni...
sukatan beras tu kak rose ikut ikut Chef Norzailina
Nisbahnya ialah,
1 cawan beras nasi dagang,
1 cawan beras pulut dengan
3 cawan beras biasa.
rendam beras 5 jam
tp cara masak kak rose ikut Anim , masak cam nak wat nasik lemak biasa tu, bila dah setengah masak, salinkan dan kukus. pastu tabur hirisan bawang, halia dan halba. kukus semula.. kerja nak mudahkan.... dan akibatnya nasik kak rose terlembik.... adoyaiiii... kalau next time nak wat lagi nak cuba cara yg kukus sepenuhnya pulak. tp adakah diriku serajin itewww?
untuk kuah gulai, kak rose cnp dari rumah Anim gak....
Bahan2
1 ekor ikan aya@tongkol
3kpg asam keping
sedikit garam
air secukupnya
Bersihkan ikan aya dan potong.
Masukkan dalam periuk dan masukkan asam keping, garam dan air.
Air hendaklah melebihi paras ikan.
Masak dgn api sederhana sehingga air tinggal lebih kurang 1/4.
Lagi lama ikan dimasak lagi sedap, isi ikan pun lebih pejal.
Bahan2 kuah:
4 sudu besar cili mesin (kak rose dah kurangkan tp masih pedas... huhuhu...)
7 bj bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1in halia *
1in lengkuas *
1in kunyit hidup * ( * diblend )
3 sudu besar rempah gulai nasi dagang ~ boleh guna rempah cap bunga ros kalau tak ada rempah khas utk gulai nasi dagang
(akak guna rempah kari daging+rempah kari ikan) (kak rose pun)
2/3 cawan santan fresh/pekat
4 cawan air
air asam jawa (kak rose guna asam keping jer)
sedikit belacan ~ optional
nisan/gula melaka
garam
sedikit gula
7 - 9 bj cili padi
minyak
Bahan penumis:
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan penumis.
Biarkan hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Goreng hingga cili menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
Masak hingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai.
Masukkan 1/2 cawan air dan masak lagi hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan lebihan air dan masak hingga mendidih.
Masukkan santan dan renihkan hingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau.
Masukkan air rebusan ikan, jus asam jawa, belacan, nisan/gula melaka, garam dan gula.
Masak hingga kuah sedikit pekat dan masukkan ikan yg dah dimasak tadi.
Renih lagi kuah hingga kepekatan yg disukai.
Sekiranya kuah terlalu pekat dan tak pecah minyak bolehlah ditambah air panas dan masak semula hingga keluar minyak.
Masukkan cili padi dan masak lagi sekejap dan baru lah dipadamkan api.
* ikan aya lebih sedap direbus lebih awal dan dibiarkan supaya rasa masam2 tu meresap ke dalam isi ikan.
** kalau ada belimbing buluh, boleh lah diletak dlm gulai ni. nanti rasa gulai lagi sedap
Untuk acar dari rumah Chef Norzailina again.
Acar
1 biji timun
1 batang lobak merah
1 tangkai cili merah
2 hirisan nenas (x letak sbb x de la pulak!)
½ labu bawang besar
2 camca besar cuka
1 camca besar
gulagaram secukupnya
Cara membuat:
1. Timun dipotong 3 cm, buangkan empulur. Hiris halus.
2. Potong lobak, cili merah, nenas dan bawang besar halus-halus.
3.Gaulkan dengan cuka, gula dan garam hingga sebati.
terimakasih pada Anim dan Chef Norzailina share resepi ni ya....
5 comments:
salam kak Rose.. cian, nasi lembik yer.. kalau saya masak macam nasi lemak biasa tu jer..beras tak rendam pun..
takpelah kak, yg pasti dh cuba masak..kata orang masak sendiri lagi puas makan walaupun berlaku kejadian menyayat hati :D
Noorma, x yah rendam ok ker? beras perang tu kan keras sangat tu yg rendam dulu...itu agaknya penyebab nasik lembik kot?
best nyer nampak, leh try lagi k.rose. ct selalu buat tp guna beras bese+pulut jer, tp totally kukus sampi lembut, mmg leceh, tp sedapppp...
Ct Lalola.. tu la kak rose ni dah bli 1kg beras nasi dagang... insyaallah kalau rajin nnti nak tru guna beras besa+pulut jer... harap2 berjaya!
Salam Kak Ros , tengok nasi dagang Kak Ros agak terlembik ya. Kalau saya guna beras perang tu tak yah campur apa2 cuma rendam lama sikit 5-6 jam. Tapi saya selalu guna beras wangi ( putih la nasinya ) .Kena rendam 5-6 jam juga dan kukus 2 kali.
Post a Comment