Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, June 14, 2011

Sambal tempe dan kentang

ni dia resepi kejawaan yang sangat terserlah.... tp kan sekarang ni bukan jawa jer yg suka makan tempe....teringat kisah lucu my mil masa first time makan tempe goreng salut tepung disangkakan tu adalah ayam! tp bila sekarang ni dah pandai makan lak... betul ke makan tempe banyak2 boleh buat kulit muka jadi halus licin macam bekas mb selangor tu.... instead of botokssss kan.... entahlah.... kalau ada ongkosnya semua boleh jadi kan..

ishhhh!!! melalut pulak! meh tengok resepi sambal tempe jawa ni yg kak rose cnp dari Myr. mekasihya rabiatun yg sharekan resepi ni.....

Bahan-bahan ( 1 family )
  • 1 peket tempe - dipotong memanjang (1.5cm x 4 cm)
  • 2 biji kentang - dikupas dan dicuci bersih
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis
  • 3 tbsp cili kisar
  • 3 tsp gula
  • 4 ulas bawang merah - ditumbuk halus
  • 1/4 cawan air
  • sedikit garam dan kunyit
  • minyak untuk menggoreng
  • 1/4 kiub pati ikan bilis (optional-tak letak pun takper)(kak rose x letak pun...)

Cara-cara

  1. Tempe yang telah dipotong digaul dengan sedikit kunyit dan garam.
  2. Potong kentang nipis2 dan digaulkan dengan sedikit garam.
  3. Panaskan minyak, dan goreng kentang hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
  4. Kemudian masukkan pula tempe, goreng hingga garing. Angkat dan toskan. Gorengkan pula ikan bilis hingga garing, angkat dan toskan minyaknya.
  5. Tinggalkan sedikit minyak tadi di dalam kuali, masukkan cili kisar. Kacau hingga ia masak. Baru masukkan bawang tumbuk tadi. Kacau.
  6. Bila dah wangi, masukkan air dan tambah gula serta secubit garam (ini depends on, kalau tempe tadi dah masin tak perlu masukkan). Kacau hingga air agak kering dan rasa masin manisnya.
  7. Bila dah ngam dengan citarasa, masukkan semua bahan dan kacau sebati. Tutup api. Sedap dimakan terus sebab ia masih crispy.

20 comments:

HALAMANKU said...

Salam akak.. sedap tu kalau ratah2 camtu sedap tu.. ppsssttt kak sedap tu serunding tu.. wat nasi ambeng tak pun cucur badak..mmm rajinnyer.. wat serunding...

maszull said...

sedap nyer terasa lapar lah plak...jom mkn k...

Kak Rose said...

erma, cadang nak makan ngan pulut... tp malas lak nak ngukus... alahaiiii!!

Kak Rose said...

maszull, kejawaan terserlah kan...

Kak Sam said...

Kak rose sedapnya. terasa keenakan tempe tu. Dah le tengahari ni makan apam balik je.

Anna Qawina said...

kak rose : tumpang ceduk..sikit jek..hehe

bintangjauh said...

Salam Kak Rose, Pagi-pagi dah bikin Ratna ketawa sendirian dan bikin kempunan lagi .. sambal ikan bilis dan tempe ada lah masakan yang terpaling senang dan simple di sediakan namun ia nya buah-hati Ratna!!

Ada dua keping tempe didlm freezer tapi takut nak di ngap kan tunggu sampai kempunan betul baru Ratna ngap kan Kak Rose .....
Setuju dengan Kak Rose resepi kejawaan yang sangat terserlah lagi menambat selera!!

Salam manis manis madu.

kasihredha said...

saya suka ratah je kak...best

Sofya said...

boleh buka selera untuk sahur bulan puasa nt..

cik cek said...

Kak Rose...cek suka sgt menu cam gini...selalu tu ratah cam tu je...besttttt...sedapppp...:)

Kak Rose said...

Sam, ala kesiannya.... meh makan ngan kak rose...lama kak rose x wat apam balik... pebret jugak tu.

Kak Rose said...

Anna, kak rose tengah cedok muffin cokelat tu... nnti kak rose tepek ya.

Kak Rose said...

Ratna, wah kat france pun ada tempe ya... tp x kan sama cam yg fresh kan... sedap diratah jugak..

Kak Rose said...

kasih, kebetulan kak rose buat pun x pedas sangat... laju jer meratah!---->> jawa sungguh kan!

Kak Rose said...

Sofya, dah ada idea nak masak untuk sahur kan.

Kak Rose said...

cik cek, ingatkan kak rose sorang je yg suka tempe jawa nih... goreng je makan ngan sambal kicap pun sedap!

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam K.Rose sambal tempe nie mmg sedap!!

Kak Rose said...

atie, sedap pada yg suka tempe macam kita ni la....

hanis salihah said...

Sedapnya...saya baru belajar nak masak tempe..suami org jawa dan sy plak org kelantan yg langsung tak pernah makan tempe...heee...harapnya menjadilah first trial hari ni..

Jemput singgah juga blog saya
www.haniqhanisalihah.blogspot.com

norsadira said...

Sedapni mkn cm 2 je.
Jmput singgah blog saya ea. Dirawanhartawan.blogsport.com