Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, June 13, 2011

Serunding kelapa udang kering

ni dia penangan bli kelapa parut sampai 2 kilo.... ya lah kalau kat pasar kelapa parut ni baru rm6/kg tp kalau kat mini maket kat rumah ni 200gm for rm2.30 gitu. mahal gila kan.... so bila pg td g paso bli je banyak2 dan pack 250gm each n simpan dalam freezer... actually bli kelapa tuk masak dan kelapa putih sekilo each.... tu yang terajin nak wat serunding tu.... dan bakinya bila2 nak guna dah ada kan.... sah la pas ni asik nak masak yg lemak2 jer...

resepi serunding ni kak rose cnp dari rumah CMG, dulu penah buat jugak tp guna resepi yg lain tp bahan2 nak sama jugak... apa pun mekasih ya mat n kak rose nak sharekan kat sini lak.... rasanya esok nak masak pulut lak makan dengan serunding ni.... kalau rajin la....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji kelapa kulit basah, parut putih*
1/3 camca teh serbuk kunyit*(*digaul rata)
3 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
2 camca besar cili kisar (atau lebih jika nak pedas)
8 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci lengkuas*
3 batang serai, hiris halus*
1 camca besar penuh ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
4 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kelapa parut yang telah digaul dengan kunyit tadi disangai dalam kuali selama 2-3 minit, angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan udang kering, tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana. Masukkan garam secukup rasa gula (selalunya serunding agak manis sedikit) dan daun limau purut, kacau rata dan biar masak sekejap.
  3. Masukkan kelapa tadi dan gaul rata, masak dengan api kecil sambil dikacau hingga serunding tadi kering dan ringan, tapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.

9 comments:

Yat Maria said...

Aduhmakkkk Kak Ros...

ni makan ngan pulut..kita suka arrr..ngancam abesss..

nuwairani ismail said...

owh....ini kalau buat pulut bakar pon sedap kan?

Kak Rose said...

Yat, mmg cadang esok nak wat pulut tu..

Kak Rose said...

nuwairani, pulut bakar? pulut panggang ker?

Kak Sam said...

Kak rose bestnya.
betul kata 2 otrang kat atas ni.

cik cek said...

Salam Kak Rose...lama tk singgah ke sini...
Kak rose pekabo ya...sihat sumenya...

Sedapnya tgk serunding ni...mesti lama proses nak buatnya kan...aduhai! bestnya mkn ngan pulut ni....lapo..lapo....

Kak Rose said...

Sam, kalau rajin nak gak wat pulut panggang tu...

Kak Rose said...

cik cek, alhamdullilah sihat... mmg lama sbb guna api kecik takut nnti hangus je asak idak...

ila said...

BOLEH SIMPAN BERAPA LAMA SERUNDING NI