Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, June 27, 2011

Angel hair lemak pedas

ni dia angel hair lemak pedas yg x cukup bahan.... firstly nak minyak maaf dengan Nor…. jangan marah ya, kak rose asik dok godek dapo dia…. mesti x marah kan sbb x sepah2, x dengar tung tang pun kan….. cuma amik resepi jer…. biar pun x cukup bahan tp sbb dah kemaruk nak makan buat jugaklah dengan bahan apa yg ada dalam fridge jer…CMG pun x marahkan sbb kak rose memandai mengubah resepi ni mengikut bahan yg ada!

SPAGHETTI LEMAK PEDAS
resipi : CMGebu
sumber: K.Nor @ SecubitGaram


BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cekak spaghetti ~ k.nor guna angel hair
2 biji tomato ceri tomato, hiris bulat
1/4 bahagian red capsicum, dadu)
1/4 bahagian green capsicum, dadu) (semua x de... ilek ! gantikan ngan cili merah jek)
1/4 bahagian yellow capsicum, dadu)
1 helai bay leaf - ni pun x pernah ada!
3 biji cii padi, hiris halus (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/3 cawan susu cair IDEAL
1 keping meat loaf "ayamas", didadu ~ k.nor gantikan dgn sosej dan udang (ganti sosej n ayam)
1/2 kiub pati ayam "Maggi"
Sedikit air ~ k.nor guna air rebusan pasta tu

CARA MEMBUATNYA :-)
Rebus spaghetti tadi hingga lembut mengikut arahan pada paket atau citarasa masing2. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
Panaskan minyak zaitun dalam kuali tak melekat. Tumis bawang putih hingga layu, masukkan bay leaf dan meat loaf tadi, kacau sekejap dan tuang susu + air, biar mendidih. Tambah serbuk lada hitam dan kuib ayam, kacau dan biar masak perlahan.
Masukkan red/green/yellow capsicum bersama cili padi. Tambah spaghetti dan gaul rata. Masak hingga pekat, dan rasa jika perlu tambah sedikit garam. Bila dah ok boleh matikan api.
Alih ke dalam pinggan yang sesuai, hias dengan hirisan tomato dan taburkan sedikit lagi serbuk lada hitam. Hidangkan segera.

stok angel hair spaghetti - ada 4 pack lagi yg x berusik, bila la nak masak ni? ni sebenarnya kes tersalah bli.... nak bli spaghetti yg biasa tu untuk laksa johor, teramik yg ni pulak... sampai rumah baru sedar! apakah?

16 comments:

K.Nor said...

uikkk siap duk dlm bekas dah tu..meh antar sini, nor tolong perabiskan stok angel hair tu :)

psst.. tak marah pun.. senyum sokmo :)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam K.Rose...kiter pon nk gak makan angel hair nih!meh sepinggan...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

baru je try makaroni goreng pedas berempah kak nor yg sedap tu.. lepas ni nak try resepi cik mat ni pulak.... kalau kak nor kata sedap tu mesti sedap kan? & mesti kena try jugak.. hehehe..

kasihredha said...

nakkk jugakkk...
tak yah letak cheese ye kak

Unknown said...

sedapnya!...nieza kat umah ni sentiasa ada stok spaghetti jer kak coz itu jer pengganti mee kuning..hehe

Anna Qawina said...

wa..ni bg kita sepeket...

Unknown said...

ermmm.. lapar lah..

Kak Rose said...

Nor, jauh sangat nak nganto nya...

mekasih kerana senyum sokmo!

Kak Rose said...

atie, yg ni dah abes, kena masak sendirk la ya..

Kak Rose said...

Madiha, tu la kan derang ni masak sedap2... kita pun terikut2 nak makan sama

Kak Rose said...

kasih, yg ni dah abes ya... kalau nak kena la masak sendirik!

x yah...

Kak Rose said...

Nieza, senang kalau dah ada stok... bila2 nak masak dah ada!

Kak Rose said...

Anna, angel hair ada 4 packs, yg biasa tu pun ada lg... tingin nak makan laksa johor lak!

Kak Rose said...

norlie, apa lg terus kedapur la... selamat menggodek ya!

Trying To Be Muslim.. said...

Kak Rose....ayu dtg ngan pinggan kosong nak stuff myself ngan spaghetti lomaaak pedas ni...:)

azie said...

kak rose...
ckp pasal laksa johor ni...bile nak buat lagi...lama tul tak merasa ni....nnti caling2 ler ...jgn senyap aje...jgn last minute br inform....byk halangan nye nnti....:)