Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, June 3, 2011

Sup fishball

Salam hari jumaat yang mulia dan juga selamat menyambut bulan Rajab. tentu ramai yang berpuasa hari ni kan... ada juga yang dah mulakan dari semalam dan bersambung ke hari ini, tp kak rose baru nak mula dan sambung esok, insyaallah... so oleh kerana mama nya berpuasa makanya buat sup fishball yg simple ni untuk anak berserta dengan ayam goreng untuk dia lunch hari ni.... cukup la tu kan..... petang nnti baru nak masak..

resepi kak rose amik dari Myr oleh rulien, mekasih ya share resepi yg sempoi ni dan kak rose sharekan kat sini lak...

the preparation....
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
  • 1 peket fishball (160g)-Basuh dulu
  • 2 biji kentang - dipotong kecil/dadu
  • 1/2 biji carrot - dipotong bulat
  • 2 kelopak daun salad – siang sederhana (kak rose gantikan ngan celery)
  • 4-5 cawan air
  • sedikit minyak utk menumis
  • 3 ulas bawang putih-Tumbuk
  • 1 biji bawang besar-Tumbuk
  • 2 ulas bunga cengkih ,2 ulas bunga lawang & 1 btg kecil kulit kayu manis

Cara-cara

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk bersama-sama bunga cengkih, lawang dan kulit kayu manis.
  2. Apabila bhn tumis wangi & nampak garing masukkan air & ubi kentang tunggu hingga mendidih.
  3. Bila dah mendidih , masukkan fishball dan carrot pastu tunggu hingga kentang empuk.
  4. Bila dah empuk, masukkan salad pastu tutup api

6 comments:

Cik Puan Izan❤ said...

kakkk...mcm mana buat carrot bentuk bungaa... ajarlah kita...

Kak Rose said...

Izan... kak rose guna cutter... jd la cam bunga tu!

sekadar satu coretan said...

sup ni sesuai untuk saye yg sedang sakit tekak ni...kak rose

Kak Rose said...

ain, ala siannya.... meh kak rose anto bau jer boleh?

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Rose..klu main hirup jeee pun sedap ni

Anonymous said...

Tak payah letak garam?