resepi dari fida di Myr dan kak rose nak sharekan kat sini lak ya. terima kasih banyak sbb share resepi ni...
Bahan-bahan ( loyang 10x10 inc. )
- 250 g tepung Hoen Kwee (putih)-(1 sb rata=10 g)
- 450 g gula halus (2 1/4 cwn rata)
- 2100 ml santan pekat (drpd 2 biji kelapa)
- 1 sk garam
- 3 sb serbuk koko
- Satukan kesemua bahan ke dlm mangkuk kecuali koko dan dibahagi 2. 1 bahagian di campur koko.
- Masak adunan dlm periuk yg berasingan sehingga pekat,licin dan kelihatan meletup2. Matikan api.
- Marblekan adunan berselang-seli warna hingga habis di dlm loyang yg bergris.Sejukkan.
- Siap utk dipotong dan dihidangkan.
- Cara2 ke 3 hendaklah dilakukan dgn cepat krane adunan cepat mengeras.
ni tepung yang kak rose guna.... tp kak rose buat sepertiga je dari adunan ni...
14 comments:
Salam Kak Rose...amboiihhh cantiknya talam marble dia...rasa nak sambar 3 ketuiii... ^__^
xde menggerutu pun kak rose..cantik je eina tengok..nak jugak lah...
salam kak, dah beberapa hari ni saya tak boleh masuk ke blog akak...ada malware virus.
Bila cuba mlm ni dpt pulak...Alhamdulillah.
cantik je kak kuih ni ..yg penting sedap kan kak
salam kak..senang jer nampak talam ni mesti cuba,,
2 liter santan kak? byknyer.. tun xpenah beli tepung hoen kwe ni. nmpk sedap laa kak.
Ummi, kalau tengok gamba kat laporan diMyr tu lagi la cantik2... macam2 kaler ada!
eina, yg menggerutu dah kena sorok... he he he... kantoi!
kasih, kak rose pun x tau yg my kuali tu kena malware hinggalah terbaca special entry untuk kak rose oleh Nor secubit garam... so dah rectify dan harap2 x de lagi la...
talam ni cantik dan sedap jugak!
ziey, tu la... talam yg x yah nak kukus... macam puding pulak kan? nnti bolehlah mencuba!
tun.... mmg banyak kalau ikit sukatan tu... tp kak rose buat 1/3 adunan dan guna loyang 6x6... cukup untuk kami bertiga dan separuh untuk jiran sebelah jugak....
lyn, kak rose x pandai sangat nak mablekan sbb sangat cepat dia mengeras. tp bila dah potong nampak cantik gak kan....
allaaaa.. menalam jugak kat rumah kak rose ni.. sedap tuuu
Salam Kak Rose, tepung Hoen Kwe ada campuran bahan lain ada didlm tepung ke kerana Kak Rose kata pabila di kacau cepat jadi pekat ketat gitu?
Rasa nya pasti super lemak ya Kak Rose, santan nya dari 2biji kelapa, yummy ke tak yummy wahai Kak Rose? tak komen pun?
Mana ada mengerutu, cantik je di mata Ratna!!
Salam manis manis madu.
assalam kak rose...rindunya nk singgah sini....2-3hari lepas nk masuk tak lepas hari ni baru lepas...hehe dah clear malware tu oklah....btw sedap tgk talam kak rose ni pernah juga salin resepi ni tapi tak cuba lagi.
Post a Comment