Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, June 18, 2011

Ubi ungkep

Salam dan selamat berhujung minggu semuanya..... ni dia ubi ungkep versi tak gebu…. x reti betul nak pilih ubi yg bila direbus sangat gebus gebas gitu…. asik2 dapat yg cenggini je… walaupun empuk tp x gebu, tp ttp abes licin dek kesedapannya… kalau nak tengok ubi gebus cikgu hana kat sini ya....sesekali buat ubi cam ni sedap jugak kan….. wat minum petang semalam aka dinner sekali. So ni kira tayangan amal yang dah terlewat schedule le…

Resepinya kak rose cilok kat rumah cikgu hana yg sangat bz nowdays! Coti2 sekolah koje jugak ke cikgu? Apa pun mekasih resepinya dan kak rose nak sharekan kat sini lak ya….

RESEPI UBI UNGKEP @ REBUS BEREMPAH
source : kakzana@insprirasiku / hana

Bahan-bahan
  • 1 kg ubi - potong spt nak merebus dan bersihkan.
  • 4 sb ketumbar* - hana campur jintan tp lebihkan ketumbar
  • 3 biji bwg merah*Link
  • 3 ulas bwg putih*
  • segengam ikan bilis*- lagi byk lagi best.. (kak rose nyer terlebih suda....)
  • sedikit kunyit
  • garam secukup rasa.
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara
  • Tumbuk bahan*.
  • Tumiskan bahan* dalam kuali hingga berbau harum..dan masukkan garam
  • Masukan ubi dan gaul rata
  • Masukkan air hingga paras ubi/menutupi ubi
  • Tutup kuali, dan biarkan sehingga ubi empuk.
  • Apabila air ubi hampir kering, buka tutup kuali dan kacau rata supaya tidak hangit.
  • Kacau perlahan sehingga air ubi kering.. tutup api
close-up sket.... empuk tp x gebu, ..... makan x hengat, pas tu angin satu badan!

8 comments:

lina_pg said...

assalam kak rose,ubi ungkep ni kalau guna keledek boleh tak?

HomeKreation said...

Salam KakRose. Sedap nya bekfes dgn ni....

ainnoraini said...

tak pernah try lagi ni...

semalam ade kawan beli kat satu gerai goreng pisang ni..tapi kawan saye tu beli tapai ubi goreng...sedap jugak...

Kak Rose said...

lina x tau la pulak... but we can always try kan.. kalau dah cuba nnti share kan ya...

Kak Rose said...

Along, mmg sedap, pekena lak dengan nescafe kaw punya!

Kak Rose said...

ainnoraini, penah gak makan tapai ubi goreng bli kat pasar tani stadium... mmg sedap

tun_telani said...

kak rose.. xpenah makan ubi ungkep nih.. mcm xde je kat ganu. sedap ek?

bintangjauh said...

Salam Kak Rose, ubi ungkep tu apa? Ratna tak pernah dengar, tahu dan rasa, ianya seperti sambal ubi ke? asal-usuknya dari Indonesia ke? sebab bunyi nama seperti dari sana, maaf ya ... wahai Kak Rose terbanyak tanya, sebab tak tahu nanti sesat pengetahuan!
Pabila dikaji itu resepi bahan nya pasti yummy bak kata Kak Rose habis licin di ngap semua, nak cuba bikin nanti, disini ubi-kayu melambak! tanya selera je .. ya gitu.

Selamat berhari minggu, Ratna disini ... sendirian tanpa suami ke Jakarta dan Taipei lagi!! Salam manis manis madu.