Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, June 2, 2011

Buah melaka

bersalut kelapa muda yg sangat kasar parutannya!

kuih buah melaka ni dibuat di Shah Alam untuk minum petang.... walllaaahhh terasa macam dah bulan posa lak... ya la esok dah masuk bulan Rajab pas tu Syaaban dan bulan Ramadhan lak ... so ni macam praktis. selalu kuih2 lama ni akan banyak keluar terhidang untuk juadah berbuka puasa... tentunya ramai yg akan berpuasa esok ni kan dan bersambung kehari sabtu lak...yala kan bila berpuasa pada hari jumaat mesti ada gandingannya kan... either khamis jumaat or jumaat sabtu gitu.

resepinya kak rose cnp dari Myr oleh SuriHati.... simple jer tapi sedap dan mudah sangat nak menyediakannya.... kak rose sharekan kat sini lak ya..

Bahan-bahan ( 20 biji )
  • 10 helai daun pandan -kisar dan ambil airnya
  • 2 ketul gula melaka
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 biji kelapa parut- ambil putihnya sahaja
  • secubit garam- digaulkan bersama kelapa

Cara-cara

  1. Bancuh tepung bersama air daun pandan sehingga boleh diuli serata lembut. Pastikan adunan tidak terlalau lembek dan keras.(agak2 boleh dicubit)
  2. Cubit adunan sebesar guli, masukkan gula melaka yg telah dipotong kecil2 ditengah2 adunan, bulatkan, dan pastikan menutupi keseluruhan gula.
  3. masukkan ke dalam air yg sedang mendidih. Ulang sehingga 5-6 ketul.
  4. Bila bebola timbul, bolehlah diangkat, dan ditapis sebentar sblm di gaul dgn kelapa

Alhamdullilah dapat menikmati kuih buah melaka buatan sendiri yg sedap ni.... meh semua jemput minum dengan teh o panas2.... skip dinner dah!

16 comments:

Yatie said...

Assalamualaikum K.Rose,
leh tumpang makan kuih buah melaka ni tak..terliur je tngk...nak wat sendiri malaslah pulak..leh kan rasa seketoi akak punya...alaaa bolehlah..bolehlah....

Kak Rose said...

yatie, praktis untuk bulan posa nnti....

kasihredha said...

kak cantiknya letak dalam paper muffin cup

Hani in Canada said...

Salam Kak Rose ... Hani mintak izin copy resepi ni buat kegunaan sendiri. Kalau Hani gunakan pandan paste boleh kan? Kat sini susah nak dapat daun pandan fresh.

Nieza said...

ala comelnya buah melaka tu kak rose...bolat-bolat senang nak masuk mulut ni...sedap tu lama tak mkn...tunggu bln puasa la buat nanti...hehe

Kak Rose said...

ksih, nampak cantik dan baru laju je masuk molot!

Kak Rose said...

Hani, sama2 kita share resepi... dan pandan paste tu tentu boleh saja... tp x kan sama ngan yg fresh kan?

duk dirantauan mmg begitu... guna je apa yg ada...

Kak Rose said...

Nieza, kecik2 n molat2 senang nak ngap!

mg, kuih2 cenggini akan banyak kuor masa bulan posa nnti..

Ida,Japan said...

slm kenal k'Ros..ida follow k..nice blog also!

Anna Qawina said...

tang kelapa tu yg malas tu..kalo beli dok terperap dlm esbox..buatnya tak..hehe...comel lak letak dlm cup eh..

azian said...

cutenya akak punya buah melaka ni...dah lama tak buat....heheheh...

Kak Rose said...

Salam kenal jugak pd Ida, tima kasih sudi singgah kat sini n tinggal jejak... tq n yours also!

Kak Rose said...

Anna, kak rose pun cam tu jugak... x pe kelapa tu simpan dalam freezer bila nak guna microwavekan kejap ok je...

Kak Rose said...

azian, bagi nampak cantik lagi laju je masuk molot!

bintangjauh said...

Salam Kak Rose, seperkara yang Ratna perasan mengenai masakan manisan seperti kuih-muih dari Kak Rose warna kuih tampak natural tidak keterlaluan, sedang elok tampak lembut kali pasti tuan empunya-nya lemah-lembut.

Kak Rose buat Ratna kempunan lagi sebab kuih buah Melaka ada lah salah satu kuih buah-hati Ratna!! Salam manis manis madu dan selamat beribadah puasa.

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

salam k.rose...lama x buat buah melaka...setahun sekali jer makan bila puasa :))