Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, June 24, 2011

Tenggiri asam daun kari

salam hari jumaat yang mulia pada semua.... ni lauk lunch td, asam tenggiri daun kari. selalu jugak buat masak asam cenggini tp x de letak daun kari dan serai semua... bila panggil cik google soh tolong cari resepi ikan tenggiri dia singgah kat rumah nor lagi... ramai yang dah mencuba resepi ni rupanya... kak rose je yg baru terjumpa... mekasih pada semua penyumbang dan dan yang sharekan resepi ni.... Asma, Izah, Mamahawa, Mas dan Nor... dan kak rose cnp resepi ni dari rumah Nor untuk sharekan kat sini pulak... terima kasih sekali lagi.

TENGGIRI ASAM DAUN KARI
Resepi : Kak Asma
Sumber : Izah, Mamahawa, Mas, Nor

Bahan2:
4 keping ikan tengiri
1 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*
sedikit halia*
1 biji lada merah dan hijau*(*bahan bertanda dihiris )
1 batang serai(ketuk)
sedikit daun kari
garam,perasa,air asam jawa

suka kutip sampah sarap yg banyak tu. hmmm....... sedap!

bersihkan ikan, lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam. panaskan goreng hingga garing. angkat dan ketepikan.
keluarkan minyak dari kuali tinggalkan sedikit, masukkan bahan yang telah dihiriskan tadi, tumis hingga layu.
masukkan lada, serai,daun kari, garam, perasa dan air asam.
biarkan sebentar,baru masukkan ikan tadi.
kalau suka berkuah agak2 hampir pekat matikan api.

26 comments:

anymz said...

mmm...sedapnya menu kak rose hari ni..tumpang makan kat sini lah.hehe

Naz said...

Kak Rose,

Nak semangkuk lauk tu..Best la kak.. Meriah dgn bebawang, serai, daun kari, cili potong... Naz suka makan mende2 tu semua w/p bnyk org panggil "sampah" kt dlam lauk...heheheeee

tun_telani said...

sedapnyer... kalau xnk sampah byk, blend kan semua.. hihi..

Kak Rose said...

Anim, boleh saj... tp lawa kuinin tu lg sedap. kecur air liur!

Kak Rose said...

Naz, mmg meriah dengan sampah sarap tp tu la yg menambahkan kesedapan!

Kak Rose said...

tun, kalau bled nnti x derhaka lak pd resepi tu.... he he he..tp sampah2 tu lah yg menceriakan ikan tu.

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Kak Rose...
Mmg sedap lauk2 cam gini makan pulak bersama sambal belacan siap ngan ulam2man..hissshhh sib baik dah mkn...

Kak Rose said...

Mamahawa, lauk simple yg sedap n x muak kan..

suri solehah said...

macam terbau2 keharuman lauk tu,,,ngan daun karinyanserai n halia..sedapnya...

K.Nor said...

baik betul che goggle tu, selalu tunjuk arah rumah nor ya.. hehe

Mas said...

memang best ikan ni..
mas pun suka..
terliur lagi nengok ikan asam kak rose ni...

Ayu Safieza said...

Assalamualaikumwbh kak....

Mcm mana dgn steps count kak? Winduuuuu noh kat kak...mmg ayu sibuk everytime balik Msia. Now dah balik Doha...ada sdikit lega......:) MMM....tp stil tergedek2 kepanasan dgn summer kat sini.....adeh!!

Owh itu sampah sarap bak kata kak, serat yg menyihatkan nih!!!:) slurppppp terluir la pulak .....nak kene kuor carik ikan pas ni.....

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam kak Rose..

saya pun dah masak lauk ni.. memang kena dengan selera.. masam2 gitu..

Kak Rose said...

suri, nnti boleh la masak ni... harum je bau.

Kak Rose said...

Nor, agaknya rumah nor ni pakai satelit baik punya kot... tu yg cik google sllu singgah!

Kak Rose said...

betul kata mas tu...

Kak Rose said...

Walaikumsalam Ayu

lama x jalan la Ayu, sejak kurang sihat ari tu, nak mulakan balik punyala susah...
Dah balik Doha semula ya... mesti pas ni laju je entry kour kan... g g cari ikan dulu!

Kak Rose said...

Madiha, kak rose mmg suka lauk yg cenggini... x muak dan nasi pun bertambah2!

♥MAMASYAZA♥ said...

saya tak penah masak ikan tenggiri camni, selalunya saya masak ikan talang masin aje, nampaknye lepas ni kena cuba menu nilah, mesti lagi best

Nieza said...

sedapnya! teringat mak kat kg suka masak gini...:)

YANA SHAIFUL said...

bestnyaa..suka msk cani..ada rasa masam2.. :-)

Alexandriana Alia said...

ampun, nampak sedap, ikan tenggiri mmg one of my favrettttttt!

Kak Rose said...

Mamasyaza, teringat ikan talang masin... alangkah sedapnya... dulu sllu pesan kat kawan yg duk kat kuala muda tlg belikan... fresh lagi!

Kak Rose said...

Nieza, simple n sedap kan..

Kak Rose said...

Yana Shaiful, masam manis semua rasa ada... makan ngan nasik panas2 mmg best!

Kak Rose said...

Alexandriana, kak rose bli seekor... jenuh nak perabes...macam2 dah masak!