Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, June 17, 2011

Brokoli goreng ikan masin

sayur simple.... cepat dimasak dan sedap dimakan. kesiankan brokoli yg bli dah beberapa hari tp x termasak. nasib baik je masih fresh dan krup krap bila dah dimasak... tambah ada ikan masin ni..... walllaaaahhh sedap banget. resepinya kak rose cnp dari Myr oleh cindaibiru.... terimakasih ya share resepi simple ni..... cuma kak rose x de cendawan tu jd kak rose lebihkan ikan masin n tabur atas sayur tu.... sedap dan dah selamat pun makan tengahari td!

Bahan-bahan
  • Brokoli saiz kecil
  • 1 batang carrot
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 ekor ikan masin gelama (Blh guna ikan lain juga)(kak rose guna ikan kurau masin)
  • Sedikit cendawan butang (x de la pulak!)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Potong brocoli, cendawan dan carrot ikut suka. Hiris bawang merah dan bawang putih. Gunting ikan masin kecil-kecil.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  3. Masukkan ikan masin dan tambah sedikit garam. Biar ikan kering garing sedikit.
  4. Masukkan semua sayur dan kacau rata.
  5. Jangan masak sayur terlalu lama. Selamat mencuba.

sedap.... boleh ratah jer, ikan masin pun best!

13 comments:

geraugebang said...

Pandai brokoli tu goreng ikan masin ek

tun_telani said...

sedapnyer brokoli.. lama dh x makan brokoli nih.

Nieza said...

sedapnya!! nieza suka ratah gitu jer kalau brokoli ni..:)

Kak Rose said...

cik gerau, ni kena tanya cik cindaibiru tu la camner brokoli tu goreng ikan masin... seram lak!

Kak Rose said...

tun, g cari cepat... sedap ni n cepat je nak buatnya!

Kak Rose said...

Nieza, mmg sedap diratah je pun... ada ikan masin lg tambah best!

♥MAMASYAZA♥ said...

ratah saje pun sedapkan

aeshcame said...

hehe sedap ni~ resipi baru tak pernah ku jumpai~ brokoli dh msk lembut mmg sedap ratah2 je kan~

Kak Rose said...

mamasyaza, mmg pun, ikan tu pun x masin, so boleh ratah jer..

Kak Rose said...

aeshcame, sllu goreng ngan sos tiram je kan, this is something different. worth trying!

suri solehah said...

kak rose,,ta penah cuba lg brokoli ngan ikn masin ni..cam sedap je...,mana resipi pg ni kak huhu...

Kak Rose said...

suri, cubala sedap gak... tp depend pd ikan masin yg kita guna kot...

tengah masak nasi dagang ni... nnti kak rose tepek ya.

ajwa said...

Sedapnyer brokolli... suker suker..

http://lautkasih.blogspot.com/2011/06/make-love-not-war-biar-betoi.html