Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, December 29, 2013

Latest big boy's toy in the house

 additional to yang sedia ade... S Note 10.1 2014 Edition...
 terbaru dan terkial2 nak guna...

 beria2 mendonlod segala menda.....

sementara tab yang biasa guna tu ada pada anak... mama pinjam ayah punya dulu la... mmg terkial2 nak mendonlod segala menda. tu la kalau buta it n tak rajin nak mengexplore sesuatu yang baru... salah sendiri la kan...

Friday, December 27, 2013

Kuih ketayap untuk gader2 hari ini....

 Salam dan selamat petang....sekejap jer dah petang kan... dah hari ni adalah hari jumaat terakhir untuk tahun 2013 dan hari ini juga gathering terakhir tahun ni untuk bacaan Surah Al-Khafi dari group muslimat dikejiranan kak rose ni.... Insya Allah akan diteruskan pada setiap hari jumaat ditahun baru pula.... membacanya sekejap jer, tp pastu yg pasti ade makan2 sarapan....masing2 rajin datang dengan buah tangan...

 so pepagi ni kak rose bersilat sekejap kat dapo, siapkan kuih ketayap ni..inti dah siapkan awal2 so tinggal nak mendadar je la pagi ni...resepi kulit kak rose amik dari hana dan inti pulak dari izah. mekasih semua yg sharekan resepi ni ya..

Bahan-bahan untuk kulit:
sumber: Hana

*1 biji telur
*2 cawan tepung gandum
*1/2 sudu teh garam
*2 cawan air (kak rose tambah 1/2 cawan lagi)
*1 sudu besar air pandan
*sedikit pewarna hijau
minyak untuk mendadar

Cara-cara
Blend semua bahan yg bertanda *.
Lengserkan minyak atas kuali. Dan dadarlah adunan tadi hingga masak.
Angkat.Masukkan inti dan gulung.
Siap dihidang.


 sebahagian dari yang hadir untuk bacaan kali ini...

Bahan untuk inti
sumber:izahdaut

1 biji kelapa parut
setengah ketul gula kabung
3 sudu gula pasir
setengah cawan air
2 helai daun pandan

Caranya: Masak air bersama kedua dua gula dan daun pandan sehingga hancur. Kemudian masukkan kelapa. Gaul sehingga kelapa sedikit kering dan berminyak. Angkat dan sejukkan.

Happy 21st birthday

Salam hari Jumaat yang mulia, dan hari ini juga kami meraikan kelahiran anak ini twenty one years ago...rasa macam baru saja membelai baby yang tak cukup bulan dengan keadaan fizikal yang sangat fragile n kecik sangat2...lahir at 2kg tapi kini dah lebih tinggi dari ayah pulak at 178cm. Alhamdullilah, kini  telah 21 tahun usianya.... dah boleh dapat lesen besar, katanya...

 happy 21st birthday untuk busu, semuga menjadi anak yang dapt membahagiakan mama n ayah. walaupun perjalanan yang masih panjang, tp nothing is impossible kalau kita berusaha kan? so teruskan usaha dan semuga akan dapat mencapai apa yang dihajati. work hard for it!

he is now... 3rd year student kat utem, dan minggu depan akan stat exam for this semester. ujian yang getir buat menentukan masa depan yang lebih baik dari mama n ayah... berusahalah lebih agar kejayaan akan menjadi milik busu nanti...mama n ayah sentiasa doakan dari jauh. semuga berjaya didunia dan akhirat juga jangan dilupa. ingat pesan mama yang entah ke berapa juta kali...janganlah jemu mendengarnya!

hadiah 20th birthday, semalam genap setahun, so ayah n anak sedang menukar pelekat road-tax yang baru...jagalah permberian ayah n mama ni elok2.

dan tahun ni, sepasang kasut ni je la yang ade...habiskan exam dulu n nanti kita boleh celebrate bertiga sekali sbb jarak birthday yang back to back.. selang seminggu untuk kami bertiga. Insya Allah

Wednesday, December 25, 2013

Kuih siput....gondang

 pagi yang hujan membuat tekak asik nak mengunyah jer.... dah la tak boleh nak pergi ber brisk walk, tapi asik nak makan jer. dan jari asik jugak mengkelik ke blog masak2... cari lah ape je kudapan yang mudah nak buat untuk melayan tekak ni. so decide nak buat kuih siput, teruslah kedapur n godek2...

 resepi dari dapur kecilku, walaupun dapatnya cuma ciput jer tapi jenuh jugak nak menggentel siput tu... dan jadilah kak rose nya siput macam siput gondang yang besar2 gemuk tu...ishhhhh!!!! geli pulak bila ingat binatang merayap tuh! sedap n rangup, dapat gentel sikit terus goreng dan nikmati masa hangat2 tu memanglah heaven sangat.... yang lain tu tinggal sampai kering dah adunan tu baru sambung menggentel. jom kak rose kongsikan resepinya kat sini ya..

bahan2nya

250 gm tepung gandum
35gm majerin
1 sudu besar ketumbar*
1/2 sudu teh jintan manis*
1/2 sudu tehl jintan putih*
1 sudu besar udang kering*
5-6 tangkai daun kari
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu teh pati ikan bilis
1/2 sudu teh cili flakes
garam
1 biji telor - pukul sedikit
2 sudu besar santan pekat
air secukupnya
kisar bahan bertanda *

 
Cara-cara:

Gaul tepung gandum dan majerin bersama bahan kisar,sehingga menjadi serbuk roti
Masukkan santan dan telor, gaul sebati.
Masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
Tekan atas acuan kuih siput.
Goreng dengan api sederhana. bila kuih siput separuh masak, masukkan daun kari dan goreng hingga kuih siput garing dan rangup.
biarkan sejuk baru simpan dalam botol.

Tuesday, December 24, 2013

Daging masak lemak cili api - Nisemilan style

 Asalamualaikum dan selamat pagi.... hujan rahnat dipagi hari membantutkan azam yang berkobar2 untuk nak ber brisk walk. actually tak de brisk walk sangat, cuma jalan seakan lenggang mak limah tu jer, asalkan keluar peluh tu kira ok la kan... sendiri memberikan keputusan untuk menyedapkan hati sendiri jer...tp mmg berpeluh2 pun dan lepas tu sambung kat rumah pulak dengan duduk atas kerusi nano, bersuna pulak. sudah berpeluh2 marilah tambah balik lemak yang dah kurang tu dengan gulai daging yang kak rose masak hari jumaat tu, masak banyak dan frozenkan, bila nak makan just panaskan semula. senang keja kan... gandingan paling kak rose suka- gulai daging dengan ikan masin. best! bertambah2 nasik ko!

daging masak lemak cili api style negeri sembilan ni mmg jadi pebret kami sekeluarga... dan kalau buat gulai daging resepi cenggini lah yang kak rose selalu buat. kalau kita tengok gulai ni langsung tak gunakan bawang... nor bawang putih or merah, tp mmg sedap. bahan yang cukup simple, mudah nak sediakan. meh kak rose kongsikan kat sini resepi nya, cnp dari sini....

Bahan-Bahan
½ kg daging batang pinang
2 batang serai
20 biji cili padi (kak rose bubuh separuh jer... ikut le kepedasan memasing ya!)
3 biji ubi kentang
½ inci kunyit hidup
2 atau 1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 helai daun kunyit
sedikit garam
½ cawan air

 
Cara-Cara
1. Blend cili api,kunyit hidup sehingga halus. (kak rose tumbuk je, lagi sedap tau)

2. Kemudian masukkan bahan yang telah di blend, serai yg telah dititik(ditumbuk sedikit)kedalam periuk. Masukkan daging dan tambah sedikit air. Masak sehingga daging empuk.

3. Jika daging telah empuk mskkan santan
cair dan air tadi. Kemudian mskkan ubi kentang dan daun kunyit.

4. Apabila ubi kentang telah empuk, mskkan santan pekat dan garam.Tutup api.

Cadangan Hidangan:
Jika hendak pedas dan lebih kick, tambah lebih cili api.
Ini adalah resepi original negeri sembilan. Kalau tak nk guna ubi kentang boleh guna belimbing buluh.
Boleh juga kalau nk guna dg salai, tetapi kena letak belimbing buluh baru power.

Monday, December 23, 2013

Pengat labu

 pengat labu yang sangat yummy.... kebetulan bli labu ni dapat pulak yang sangat lembut, rebus sekejap jer dah empuk dan hampir hancur dibuatnya...memang halus sangat isinya... jarang sekali dapat jumpa labu yang cenggini, selalu tu asik berjalur2 kasar je dapatnya. so kira sangat puas ati dengan pembelian kali ni, dan pengat labu ni 2 mangkuk pun rasa tak puas lagi.... tamak betul kan!

resepinya kak rose amik dari sini, tapi rasanya kalau tutup mata pun boleh buat pengat labu cam ni kan...tak pe la kak rose tepek jugak kat sini, untuk anak2 yang nak belajar masak nnti boleh la cuba buat pengat labu guna resepi ni...mekasih azizahmansur yang kongsikan resepi ni.

Bahan-bahan
  • 1/2 biji Labu (bersaiz kecil)
  • 1 kotak Santan (saya guna santan M&S saiz besar)(kak rose guna santan fresh)
  • 1/2 ketul Gula Melaka
  • 2 sb Gula
  • secubit Garam
  • 2 simpul Daun Pandan
  • 3 sb Sagu (direndam sehingga kembang)
  • sedikit cha cha yg dah direbus- yg ni kak rose tambah

Cara-cara

  1. Labu dipotong dadu dan dibersihkan
  2. Masukkan santan,gula,gula melaka,labu dan daun pandan ke dalam periuk (tambah air jika perlu).Nyalakan api dan kacau perlahan
  3. Tunggu sehingga gula melaka larut dan labu lembut. Masukkan sagu yang direndam.
  4. Masukkan secubit garam dan tunggu sehingga mendidih. (sentiasa kacau supaya tidak meruap)
  5. Padamkan api dan sedia untuk dihidang.

Friday, December 20, 2013

Kuih putri ayu


 
salam jumaat yang mulia buat kawan2 semua...buat kuih putri ayu ni untuk bawa g rutin mingguan hari Jumaat...bacaan Surah Al- Khafi bersama muslimat di taman kejiranan kak rose ni...lama rasanya x buat kuih ni, al maklum sajalah, vitamin m tu selalu je melanda, tapi tang makan tak pernah nya nak malas lak tu... bila g ngaji malu la pulak kalau datang dengan tangan kosong jer, sedangkan kawan2 lain yang datang semuanya dengan bekas ditangan...

 so ni la kuihnya yang kak rose bawak pagi tadi tu...resepi kak rose kopi dari rumah hana, mekasih ya nduk dan kak rose kongsikan kat sini lak...

Bahan-bahan
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula caster
  • 3 biji telor
  • 1 1/2 cawan santan ( di ambil dari 1 paket ( 50 gm )santan segera +1 1/2 cwn air )
  • (kak rose gantikan dgn susu cair)
  • 1 sudu makan ovelette
  • 1 sudu makan baking powder
  • 1 sudu teh pewarna hijau
  • Inti kelapa
  • 1 biji kelapa parut putih sahaja
  • 2 sudu teh garam
  • 1 sudu makan tepung ubi
Cara-cara
  1. Ayak tepung bersama baking powder, ketepikan.
  2. Putar telor + gula sehingga betul2 kembang.
  3. Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati.
  4. Masukkan tepong sedikit demi sedikit berselangseli dengan santan sehingga habis.
  5. Inti kelapa- satukan semua bahan, gaul sehingga rata.
  6. Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan2 dalam acuan tadi, tuang adunan. Kukus selama 5 minit.
antara yang hadir. tuan tanah bergambar dengan tuan rumah... terima kasih kak Kalsom Abd Aziz yang sediakna rumah untuk majlis bacaan setiap hari jumaat.



apa lah agaknya yang dibincangkan oleh ustazah dengan auke kek lapis sarawak ni...


dan kuih putri ayu yang kureng keayuannya.... kedekit sungguh nak buh kaler hijau tu!

Thursday, December 19, 2013

Goreng cempedak rangup

 rezeki pemberian jiran petang semalam. terima kasih puan malia yang beri buah cempedak yang sangat manis ni...semerbak harum satu rumah baunya...cantik kalernya....orangey n sangta lah manisnya. bila goreng dan cicah dengan sambal kicap jawa tu bertambah2 lah sedapnya..

 sebahagian dari isi yang masih belum diperisi... makan cam tu jer pun sedap sbb sangat manis. resepi batter untuk nak goreng ni kak rose google jer n pilih yang ni untuk dicuba. alhamdullilah sangat rangup, walaupun dah sejuk masih maintain rangup gitu!. mekasih ya share resepi..

Bahan-bahan

  • cempedak secukupnya
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • air secukupnya
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Panas kan minyak. campurkan semua bahan di atas dan kacau hingga sebati. adunan hendaklah tidak terlalu pekat ataupun cair. agak2 la ye.
  2. Ambil 2 sudu besar minyak panas masukkan kedalam adunan tadi dan kacau hingga larut.
  3. Masukkan cempedak dan goreng.
  4. Makan masa panas memang sedap tapi hati2 la yer..
 
rangup krup krap, bertambah sedapnya bila cicah sambal kicap jawa ku....

Wednesday, December 18, 2013

Suke suke je!


Jom gelak2 dipagi rabu ni.... malas nak g briskwalk, so pepagi sambil duduk memanaskan badan meh kita hiburkan hati dengan komen rakan2 di fb yang kak rose copy dari fb kj. so jangan bersedih2 dengan segala kenaikkan.... bak kata menteri, macam2 pilihan ade! sabor je la.....

Tahukah anda?
 
aku duduk dlm rumah bosan,okay bukalah Tv,
TV biasa je tiada Astro,Buka TV1 kutuk PR,buka
TV2 kutuk PR,Buka TV3 perghhh lagi hebat
kutuk PR...

hurmmm nak masuk Astro lah,masuk 27hb
(masuk Free)
dah masuk Astro satu cerita,188X ulang
tayang... Sampai 28hb TV jadi gelap,(ni mesti
kena potong ni),
angkat Fone call astro, encik, kenapa tv saya
jadi gelap?
astro jwb Encik kena byr bil dulu baru boleh
cerah,

Aku ckp xboleh tunggu cukup bulan ke baru
potong.. 27hb belum dpt gaji... Astro ckp encik
masuk 27hb, mesti 27hb bayar, (kejamnye)
okay takpelah,TV gelap smpai 30hb gaji aku
byr... tiba2 time nak byr kena denda Rm20
(penyambungan) n cukai 6%,
perghhh kalau tiap2 bulan mcm ni masyakkk!
Tiba2 teringat kata menteri,

"kalau taksuka Astro,Tgok tv biasa",
Okay aku STOP Astro, tgoklah TV biasa yg hari2
kutuk PR tu...
tiba2 teringat eletrik pula naik,
ok aku tutup terus TV..
Sembang2 dahaga pula.. jalan kaki pergi Market
nk beli gula dgn kopi,
tgok Harga gula mahal,
tiba2 teringat kata2 menteri,
"Gula mahal sbb nak elakkan Diabetis",

ok tak jadi beli gula,
balik minum kopi kosong je..

dah minum air dpt call member ajak pergi
rumah dia ada kenduri sikit,
ok start kereta, tiba2 teringat kata2 menteri,
"jgn guna Tol kalau mahal,guna jln lama"
tapi kalau aku guna jln lama jauh, minyak pulak
mahal(kataku dlm hati),,,
okay takjadi naik kereta,naik.basikal je... dlm
1jam 45min smpai rumah kwn,
Sampai rumah kwn, kwn hidang air kosong+nasi
dgn sayur..

aku tanya kwn, mkn sayur je ke?
kwn jwb "yerla kan menteri ckp kalau ayam
mahal mkn daging, kalau daging mahal mkn
ikan,Skrg ni semua mahal,mkn sayur jela
murah"

ok lepas mkn nk blk lah.. kayuh basikal smbil
terfikir apa la nak jadi dgn malaysia ni,
tiba2 teringat kata menteri "kalau taksuka dgn
malaysia,Sila keluar dari Malaysia"
ok sampai je rumah aku kemas barang2 dan aku
berpindah ke planet PLUTO.
Sekian...

- Boss

WW: nak beli tak?

pun ade.... he he he. only at GM klang

Monday, December 16, 2013

Cukai taksiran....ya amponnnnn!


 kecoh pasal kenaikkan kadar cukai taksiran yang melampau, hari ni kak rose g ke DBKL untuk submitkan surat bantahan sebelum tarikh akhir esok. so memang ramailah yang berpusu2, masing2 memang tak puas hati dengan kenaikkan yang sangat melampau ni...macam rumah kak rose yang sekangkang kera ni pun kena kenaikkan sebanyak 120%...dan bila sampai kat dbkl tu pulak memang ada yang tengah berdemo membantah kenaikkan cukai taksiran ni....dah la dengan segala macam kenaikkan, cukai pintu pulak naik sampai melangit! konon untuk memperbaiki segala kemudahan di dewan bandaraya ni....baca lah kat sini sebab kenaikan bertindan dalam masa yang singkat, nnti akan tau jawapannya....
Menjawab Persoalan: Mengapa Kenaikan Bertindan Dalam Tempoh Singkat? - See more at: http://anakmudamalaysia.com/#sthash.rs2ZGJr7.dpuf
Menjawab Persoalan: Mengapa Kenaikan Bertindan Dalam Tempoh Singkat? - See more at: http://anakmudamalaysia.com/#sthash.rs2ZGJr7.dpuf

 
kenaikkan 120% untuk rumah sekangkang kera kak rose.... borang bantahan x dak, so tulis jer kat notice yang diedarkan... jangan nanti kata kita bersetuju dengan kenaikkan ni sudahle!

 malah ade yang lebih lagi.... ade satu couple tu kena hingga lebih 200%, maunya x marah kan!

ok lepas join orang ramai berdemo membantah kenaikkan cukai taksiran, marilah tenangkan hati dan minda dengan bersoping, tapi bukan untuk diri sendiri, ni kak rose bli sebagai hadiah hari jadi en somi hari ni...

 nasib baik dia suka dengan set ni, happy birthday, semuga dalam lindungan Allah sentiasa, Amin.

the cake, since kami berdua jer, so bli je slice cake kat sr...lupa kejap pasal kenaikkan cukai pintu tu!

Friday, December 13, 2013

Surah Al-Khafi

Salam Jumaat penghulu segala hari buat kawan2 semua... ni aktiviti setiap pagi jumaat yang nak kak rose kongsikan kat sini tentang kelebihan membaca Surah Al-Khafi pada hari jumaat, yang selalu kita baca, (eh kak rose le tu) pada malam jumaat ialah Surah Yassin, tapi bila dah tau ni nak jugak kongsikan kat sini kelebihannya yang kak rose kopi dari sini...

Kelebihan membaca Surah Al-Khafi pada hari Jumaat

( H.R Baihaqi) : Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya dari Jumaat yang dia baca kepada Jumaat yang berikutnya.”
(HR Hakim 3349) : “Sesungguhnya barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat.”
(HR Ahmad) : Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda:
“Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.”
(HR Ibnu Katsir) : Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:
“Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.”
(Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243) : Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang menjaga sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat.” Hadis ini bersumber dari Abu Darda’.
Imam Ahmad berkata yang daripada Abi Darda’ ra. yakni daripada Nabi saw, Baginda SAW bersabda:
“ sesiapa yang menghafaz 10 ayat permulaan surah Al-Kahf maka terhindar daripada dajjal”
dan
Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda’ ra. bahawa Nabi saw bersabda : “sesiapa yang membaca 10 ayat akhir daripada surah al Al-Kahf maka terhindarlah ia daripada fitnah dajjal.”
Semoga kita semua tergolong dari orang yang dirahmati Allah dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah, hendaklah kita ingat dengan sabda Nabi saw yang bermaksud : “sesungguhnya Allah tidak melihat gambaran lahir kamu tetapi Allah melihat batin (hati) kamu.” Sama kita amalkan pada setiap hari Jumaat.

pagi tadi... gader2 membaca Surah Al-Khafi dirumah Puan Fadilah

 getting ready...

 sebelum bermula.... masing2 posing dulu

 dah habis majlis dan habis menyantap.... bergambar ramai2

sambil tu meraikan kawan yang akan berpindah Kamsiah ke KT n Ila ke JB

yang last week pun nak enterframe jugak...di rumah Puan Kalsom

.dan Alhamdullilah aktiviti yang masih baru ni dah masuk ke minggu ke lima dan dengan harapan akan diberi kesempatan untuk membacanya lagi dihari2 yang akan datang. Insya Allah. terima kasih pada Puan Hajan Mariam Yusof yang initiatekan aktiviti ini. meh sama2 kita amalkan

Thursday, December 12, 2013

Bubur a la mekd buat sendiri....

 teringin nak makan bubur macam mek d tapi malas nak g bli? meh kita buat sendiri jer..pasti rasanya akan lebih sedap bila kita buat ikut tekak kita kan...letak je bahan apa yang kita suka untuk menambah perasa... bubuh ayam banyak2 pun lagi best dan gandingan sambal kicap tu yang akan menambah kaw lagi bubur ni pada tekak kak rose ler...orang lain, lain citarasa. boleh jugak guna cili jeruk atau cili api potong dengan kicap cair, memasing punya tekak la kan.. resepi dari che'iza@Myr.

 Bahan-bahan ( 3-4 org )
  • 1 1/2 cwn beras (lbh kurang 250gm)
  • 1 1/2 inci halia di ketuk / titik
  • 2 sk serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
  • 300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam
  • sedikit garam
  • 1 liter air
  • * GARNISH *
  • lada merah
  • daun bawang n daun sup
  • sedikit mninyak bijan
  • * AKSESORI TAMBAHAN *
  • ikan bilis n kacang digoreng
  • lada jeruk (x dek, kak rose gantikan sambal kicap)
  • bawang goreng - ni kak rose tambah
 

Cara-cara

  1. Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang.
  2. Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. ** Masak bubur ikut suka lembut mcmmana kita nak
  3. Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
  4. Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah n daun sup. Titiskan sikit dgn minyak bijan. sedap mkn ngan ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk atau sambal kicap. best!

Wednesday, December 11, 2013

WW: nak kena masak podeh2 ni....

 bila masak guna 2,3 biji jer... 
banyak ni, ade sapa teringin nak masak podeh2 angkat tangan ya!

 salah satu pokoknya... banyak yg masih hijau jugak.

kat bawah pokok cili, daun kesum yang subur menghijau.....

Tuesday, December 10, 2013

Kuih bakar durian

 buat kuih bakar ni untuk minum petang semalam....durian yang kak rose bawak dari kampung, durian kampung yang sangat best, kopek amik isi, masuk dalam tipuware n balut plastik banyak2...so tak terbau lah dalam keta....memang boleh pening kepala kalau dalam keta ade bau durian kan... sampai berhari2 tak boleh hilang...so dapatlah buat kuih bakar dengan durian kampung ni...resepinya kak rose cnp dari blog CMG, mekasih ya mat....pernah buat jugak dulu guna resepi yang sama kat sini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gm isi durian, kalau dpt pilih yang bau "cengit" (kuat baunya)*
250 ml air*(*dikisar halus)
600 ml santan kelapa segar (guna yang kotak pun ok)
1 cawan gula pasir
1 3/4 cawan tepung gandum
3 biji telur gred A
1/4 camca teh penuh garam halus
Pewarna kuning makanan secukupnya (1/4 camca teh)
2 camca besar minyak sapi, dicairkan
Bijan secukupnya untuk ditabur

*** adunan ni a bit too sweet pada kak rose, mungkin sbb durian tu mmg manis sangat, so len kali kena kurangkan sukatan gula. terpulang lah pada kemanisan memasing2 ya...


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser tin berukuran 8 inci X 8 inci X 3 inci dengan mentega dan alas dengan aluminium foil, lebihkan sedikit supaya mudah untuk kita mengelurakan kueh bila masak nanti..Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, satukan semua bahan2 di atas kecuali durian yang dikisar, minyak sapi dan bijan. Kacau rata dan tapis, masukkan durian yang dikisar tadi dan minyak sapi cair. Kacau rata dan tuang dalam bekas yang telah siap sedia. Tabur bijan rata2.
  3. Bakar selama 45 - 50 minit atau hingga masak dan permukaan kueh kelihatan garing. Mat selalunya akan akan tukar api oven pada fungsi "grill" dan bakar 5 minit untuk mendapatkan permukaan yang sedikit garing.
  4. Bila masak, keluarkan kueh dari oven, biar 5 minit, kemudian keluarkan kueh dari tin dan biar betul2 sejuk sebelum dipotong...