Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, November 30, 2009

Kek lapis velvet hawflakes

uwaaa.....uwaaa.....ngapa kek ku x menjadi..... tengok owang buat cantike je..... kak rose pun teringin nak cuba..... tapi sungguh nasib ku malang.....kek ku jadi sememeh semacam je.....memang keras tangan kot....pas tu lak padat je.... x gebu langsung.....bahan dah ikut sebijik macam dalam resepi tu.....bermacam soklan nak tanyakan.... apakah terlebih pukul, api besar sangat ke semasa mengukus atau ngapa ya?....frust tul....

laen kali nak try lagi..... harap2 menjadi lah....

tengok lah ni..... hasil kerja keras kak rose ari ni..... memang failllll..... bab nak mengukus ni.....pas tu x sabo nak tuang next layer.....yang lapisan dulu x set lagi...... jadilah cenggini.....hu hu hu.... sedih nyer.....apa pun tima kasih fida dari MyR kerana resepi ini.....ni kak rose kongsikan di sini ya.... (lepas kejadian ni.... kak rose sekodeng rumah2 yang lain dan baca tang komen2 diorang....masa mengukus kena guna api kecit je.....dan jangan terlebih pukul.... padanlah kak rose nyer lapisan berkedut2.... tima kasih bebanyak pada yang bagi petua tu ya.....)
(pssssttttt.... kek lapis velvet hawflakesku..... cik tong yang makan..... kasihan)

Bahan-bahan ( loyang 10x7 )
5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
225 g gula halus (1 cwn rata +2 sb rata)
220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
1 sk rata baking powder*
1 sb ovalette
150 ml susu cair
1/2 sk garam
100 ml minyak jagung/masak
1 sk esen vanilla
pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka
secukup hawflakes

Cara-cara
1.Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
2.Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
3.Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
4.Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
5.Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.

Sunday, November 29, 2009

Minum2 d Starbucks

tengahari tadi g jumpa 2 orang engieneer yang datang buat PM kat office abang..... masa ni dia orang dah nak balik dah....kat epot.... belikan cekelat buat buah tangan kat dia orang tu.... pas tu g minum2 d starbucks.......sambil tunggu nak boarding....

ni kak rose nyer.... minum orange juice je......tapi yang giant peach juice tu kak rose x minum pun...yang orange tu pun x leh nak abis.....abang minum black coffee je.....

Balik dari epot trus g makan..... sana sini sungguhlah ramainyer manusia..... nak dekat LIMA ni....macam kelam kabut je kat sini..... nak g epot tu x pernahnyer jem.... hari ni dah jadi macam hari ini dalam sejarah lak......pusing2 makan je kat HBL lagi.... minggu ni dah 3 kali makan kat situ..... sedap ke?.... bolehlah pada tekak kak rose dan abang ni.....orang ramai.... sampai kat situ baru pukul 1 tapi banyak lauk dah abesssss.........makan je la apa yang ada......tengok tu... penuh pinggan memasing..... rega..... RM8.90 je..... siap ngan air sirap limau sekali tau..... promot ni.... lain kali sapa datang Langkawi boleh lah makan kat sini ya.....

karipap ni wat tuk minum petang.... inti kentang ngan ikan bilis je..... sempoi je kan...... meh minum..... ehhhhh... karipap x goreng lagi tu..... tunggu sat no....kak rose g goreng dulu....

Saturday, November 28, 2009

Jeruk betik

inilah hasil jeruk betik yang dah direndam selama 2 hari dengan air garam..... a bit masin for me....tapi x tau lagi hasilnyer selepas direndam dengan air cuka gula ni.....harap2 dapat rasa macam yang beli kat Chowrasta tu......resepi hasil sekodeng d rumah En Mat Gebu.... tapi En Mat nyer punyalah cun gambo dia.....tu yang buat trgoda nak wat jeruk ni....buah betik ni amik kat rumah jiran, Wati..... dia berada di kampungnyer d Kuala Terengganu..... dan dah pesan suh amik buah ni kalau masak....jadi kak rose pun amik lah.... dan call dia bagi tau.... tima kasih bebanyak ya ti......nnti balik boleh kita pot pet pot pet sambil menikmati jeruk ni......

taraaaaaa..... ini result nyer.... setelah diperam dengan air cuka gula selama 2 hari....masih tetap crunchy..... kruk krak kruk krak.....dan masin pun dah hilang.....dah jadi macam yang bli di Chowrasta market kat Jalan Penang tu.... (tekonang den maso duk kat Penang dulu).....tima kasih bebanyak ya cik Mat kerana resepinyer.......dan kak rose nak c&p resepinyer kat sini.....untuk rujukan lain kali bila nak wat lagi.....minta halal ya Cik Mat......

Bahan-Bahannya :-)
1 biji betik muda yang mengkal (lebih kurang 1.5 kg)
(kak rose nyer betik terlebih masak tapi masih keras dan crunchy lagi)
6 cawan air
3/4 cawan garam kasar
700 ml cuka makan
2 1/4 cawan gula pasir
4 - 5 biji cili padi (jika suka), dibelah dua

Cara membuatnya :-)
  1. PENYEDIAAN AWAL :- Masak 6 cawan air dengan 3/4 cawan garam kasar hingga garam larut. Sejukkan sepenuhnya. Kupas betik, belah, buang biji dan hiris sederhana tebal, cuci, toskan dan letak dalam tupperware. Tuang air garam tadi dan biar terendam selama 2 hari.
  2. PENYEDIAAN CUKA MANIS :- Didihkan cuka makan bersama gula pasir, kacau hingga gula larut, tapis dan biar sejuk sepenuhnya.
  3. PENYEDIAAN JERUK BETIK :- Toskan betik tadi, bilas dengan air dan toskan. Sediakan bekas untuk jeruk betik, curah air panas dalam bekas2 tadi, buang dan toskan. Susun betik tadi dalam bekas (susun padat2), selit2kan dengan belahan cili padi (jika suka) buat hingga siap. Tuang cuka manis sehingga menutupi betik tadi. Tutup bekas dan biar 1 - 2 hari. Lepas tu boleh lah makan sambil gebang2 bawah pokok ceri!!!!....

Friday, November 27, 2009

Menu Aidiladha

Salam Aidiladha semua....

pagi selepas sembahyang raya g ke majlis korban di surau taman indah dan gotong royong memasak untuk buat kenduri korban.....alhamdullilah.... ramai yang hadir untuk bersama menjayakan majlis ini.......semuga semuanya diberkati Allah hendaknya.... Amin.....

sebelum tu ada masak gak tuk raya ni..... nilah menu nyer.... nasi minyak ujan panas, kurma daging, ayam masak merah dan jelatah..... tengahari baru dapat beraya dengan kawan dan jiran sbb pagi tadi g surau untuk majlis korban tu.....

Nasi minyak hujan panas dan lauk pauknyer.....


jelatah perantauan
resepinyer asalnyer dari nure @ MyR dan kak rose nak gak tepek di sini .......

Bahan-bahan ( 5~6 )

  • 1 biji nanas( jgn guna nanas muda. Takut masam. Kalau nk guna nanas dlm tin anggaran 1tin)
  • 2 biji timun (kalo guna timun jepun kurang biji)
  • 2 biji carrot(optional)
  • 1/2 labu bawang besar
  • 2~3 biji lada besar(merah)
  • 120ml cuka makan
  • sedikit gula dan garam ikut rasa

Cara-cara

  1. potong semua bahan2. Timun dihiris bulat nipis2,nanas dihiris segiempat nipis,bawang dan lada dihiris nipis.
  2. carrot dipotong memanjang
  3. campurkan bahan2 yg telah dipotong dlm satu mangkuk. Masukkan cuka, gula dan garam.Gaul rata.
  4. sedia utk dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak...tak pun nasi putih pun sedap..
  5. tips 1: jelatah ni sedap dimakan selepas beberapa jam disediakan sbb air nanas dah sebati.Carrot tu biasanya org tak letak. Saya letak sbb nak warna yg menarik & lada merah susah nk dapat kat sini..
  6. tips 2:kalo nk sedap lagi letak kacang tanah yg ditumbuk sedikit..ini pun optional.

Ayam masak merah


kurma daging


nasi minyak hujan panas

resepi nyer amik dari blog Raihan @ periuk tanah, halal ya Raihan kaka rose amik resepinyer untuk jamuan hari raya aidiladha ni dan kak rose nak kongsikan resepinyer kat sini......kak rose doublekan resepinyer dan masak sampai 2 kali.... 2 piuk beso.....almaklumlah rayakan......


Bahan-bahan: (hidangan untuk 10 orang)

3 cawan beras Basmathi- basuh dan toskan
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak masak
1 labu bawang besar- hiris halus dan dadu kecil
2 ulas bawang putih dicincang
1 inci halia dihiris halus
1 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 3 kuntum bunga cengkih, 5 biji buah pelaga
5 cawan air rebusan ayam- *** sediakan dengan merebus beberapa ketul ayam - bahagian peha atau kepak dengan 6 cawan air- didihkan lebih kurang 10 minit. (kak rose guna kiub je)
2 sudu teh garam
2 helai daun pandan dicarik dan disimpul

sedikit pewarna merah, kuning dan hijau
kismis, bawang goreng dan gajus

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk nasi di atas dapur. Tumis rempah ratus (4 serangkai) bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.

2. Masukkan beras dan goreng 1 minit. Kacau sebati. Alihkan periuk ke dalam periuk elektrik. Masukkan air rebusan, garam dan daun pandan ke dalam periuk nasi. Masak nasi seperti biasa.

3. Apabila nasi masak , celupkan lidi sate ke dalam pewarna merah dan cucukkan ke beberapa tempat di dalam nasi. Ulang proses sama untuk warna hijau dan kuning. Jangan kacau nasi. Biar 5 minit. selepas 5 minit..Taburkan bawang goreng, gajus dan kismis. Kacau nasi agar warna
sekata bagi keseluruhan periuk.

4. Sedia dihidang bersama lauk-pauk lain.

puding roti marble

mixed friuits kek tanpa telor

first taim try kek ni..... x pernah lak wat kek yang x guna telor..... cuba resepi ni pulak ..... ok je rasanya.... moist sesangat.... tq umi-e for sharing the recipe.... dan kak rose nak kongsikan resepinyer di sini ya.....

Bahan-bahan ( tin 12x8 inci )

  • 4 cawan tepong naik sendiri
  • 2 cawan buah campuran kering
  • 1 buku butter
  • 1 cawan gula (boleh guna gula perang utk kek lebih gelap dan tambah 1/2 cawan lagi gula jika suka manis)
  • 3 cawan air
  • 1 sudu teh bicarbonate soda
  • *** Bolehlah cuba dengan 1/2 adunan dulu sebab adunan umie buat ni besar - umie ni tamak sikit bab membuat sebab dah biasa dengan keluarga besar ;)
  • (Kak rose wat 1/2 adunan je)

Cara-cara

  1. campur kesemua bahan kecuali tepong dan bicarbonate soda ke dalam periuk
  2. masak atas api perlahan sehingga mendidih dan biarkan suam. Setelah suam masukkan bicarbonate soda dan kacau rata.
  3. ayak tepung ke dalam mangkok adunan dan buat lubang di tengah. Kemudain tuangkan adunan yang telah suam ke dalammnya.
  4. kacau adunan hingga rata dan sebati.
  5. masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilenser dan dialas dengan kertas minyak.
  6. Bakar dengan api sederhana (oven mark 4-5) atau sehingga masak - bila lidi keluar dengan bersih.





Thursday, November 26, 2009

Jom makan2



petang tadi lepas lunch ikut abang g wat final disscussion d Holiday Villa tentang dinner untuk company..... sebenarnya kak rose ni jadi macam accountant lak.... segala budget kak rose yang tolong kirakan....tapi tang fees for consultation tu ilek pucek ....tak dak..... kesian kan.... x pe lah tolong abang kan.....janji semua keja beres.......

serious in disscussion wif En Sahidan, F&B's Assistant Manager....finalise the menu, payment, etc, etc.....

sambil berbincang mama ngan ayah minum ais kacang bunga raya ni..... mak ai manisnyer.....

ni busu punyer..... classic banana split.....sedap katanyer.... balik suh mama wat pulak.... nantilah nak oi.....abiskan peksa dulu ya.....

busu berposing d entrance of holiday villa

sebelum g tadi ada wat bubur jagung ni..... terasa sangat nak makan sbb tengok di rumah hana tu gambo nyer sungguh mengancam dan tekak ni tak tertahan2 nak merasa..... guna jagung dalam tin je.....kak rose amik resepinyer ya......

Bahan-bahan
  • 4 tongkol/batang jagung manis-diambil isinya- hana gune jagung dlm tin
  • 5-6 sudu besar gula (ikut manis)- hana gune brown sugar.kdg2 gula melaka.
  • 1 mangkuk kecil santan pekat
  • 1- 1 1/2 mangkuk kecil air
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • 1/4sudu teh garam (optional)
  • segenggam sagu dibilas dan toskan
  • hana tmbh sesudu tepung gandum+air utk pekatkan kuah. bkn tpg jagung yer.. :)
Cara-cara
  1. Isi jagung dibersihkan dan direbus dengan air lebih kurang 8-10 min. (jagung ni cepat masak)
  2. Kemudian masukkan gula, santan, daun pandan, garam dan sagu. Biar mendidih.then masukkan bancuhan tepung gandum utk pekatkan kuah. hana suka bubur nih yg agak2 pekat like my mum masak. :)

Apam balik

ni wat untuk minum petang semalam.... x leh nak updet sbb semalam intenet macam hampeh..... bila nak ada LIMA je selalu macam ni.....intenet selalu jem.... kejap2 disconnect.....grrrr..... geram je..... nak wat cam ne ya..... cepat2 kal Ahmad Nawab (bukan yang peniup saksepon tu ya) tapi dari TM..... jawapnya.... semua technician sibuk.... preparation untuk LIMA.......nasib baik ari ni ok dah..... tapi masih on & off je.......

dah banyak kali wat dah..... tapi kali ni dah lama x tak try macam x menjadi lak.... selalu tu buat elok je.... yang ni tersilap tang mana tah......x berapa nak gebu gitu.....amik resepi dari dapur joayee d MyR. tima kasih ya cik joayee kerana resepinyer.....

Bahan-bahan ( 5 org )

  • 2 cawan tepung naik sendiri } diayak
  • 1/4 cawan gula
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • Filling:
  • 1 tin jagung krim -for homemade cream corn refer to *** below
  • 1 cawan kacang tumbuk
  • 1 cawan gula
  • sedikit mentega
  • (kak rose guna jagung tin je, kacang tanah tumbuk kasar2 & gula sikit)

Cara-cara

  1. # Pukul gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda bikarbonat, susu segar, baking powder dan pewarna kuning. # Pukul lagi hingga sebati.
  2. Masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak bergentel. perap 1 hr.
  3. Panaskan pan 'non stik' tanpa menggunakan sebarang minyak, ambil satu senduk atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan kemudian nipiskan.
  4. Tutup pan sebentar (ambil ler tutup periuk yg sesuai utk pan tu klu pan tak ada penutup).
  5. Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi dan secubit mentega
  6. Tutup sekejap, bila masak bolehlah diangkat dan dilipat dua. sapu sedikit mentega.
  7. ***homemade cream corn:
  8. 1 tin sweet corn + 1/2 cup freshmilk + 2 tbs gula+ 1 biji kuning telur + 2 tbs tepung kastard.
  9. * masukkan semua bahan dalam periuk, masak sampai pekat, sambil lenyek2kan jagung dengan senduk atau hand blender.

Tuesday, November 24, 2009

Home made sardine & roti jala


ari tu ada wat homeade sardin..... resepi cilok darirumah Cik Mat Gebu....sebenornyer nak try test pressure cooker yang dah lama beli tu.....dan bak kata che mat kalau nak wat sardin ni mesti kena ada pressure cooker tu......barulah boleh jadi sadin yang macam dalam tin tu.... lembut segala tulang mulang..... memang rasa macam sadin..... eh memang la.... nama pun sadin kan.... cumanyer x yah beli..... buat sendiri you! kali ni kak rose masak kari sadin tu.....terima kasih pada CMG kerana share resepi ni. halalkan kak rose c&p resepinyer kat sini ya.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
700 g ikan tuna (kak rose guna ikan tongkol je... eh sama ke ngan tuna?)
1/2 cawan tomato puree
1/2 cawan minyak masak
25 g bawang putih*
80 g bawang merah*
20 g halia*(dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa
2 1/2 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tuna dibersihkan, potong sederhana besar, buang kepalanya. Perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
  2. Dalam periuk tekanan, panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, masukkan tomato puree dan masak hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
  3. Bila mendidih, masukkan ikan tadi, kacau rata dan tutup periuk tekanan. Pasangkan injapnya dan bila periuk mengeluarkan wap dan bunyi "berdesir", kecilkan api dan biar masak perlahan selama 1 jam (ikut cara guna pada periuk tekanan masing2)...
  4. Cukup waktu, bawa periuk tadi dalam sinki dan alirkan air paip atasnya sehingga wap dalam periuk habis, buka tudungnya dan periksa keadaan ikan, selalunya pada masa ini ikan masih kekal dalam bentuk asal, tapi tulang2nya menjadi lembut seperti sardine dalam tin.
  5. Boleh lah dimasak mengikut kreativiti masing2. Nak buat sandwich pun boleh, nak cicah dengan roti pun boleh..atau goreng macam kita masak sardine biasa.



pas tu dah ada kari..... apa lagi merajinkan diri wat pulak roti jala..... tapi jalaku x lah cantik.... berserabai semacam je..... ada sapa boleh bagi petua macamana nak menjala yang cantik tu?.....
apa pun asal sedap x cantik pun x pe kan.......(ni nak pujuk ati sendiri lah ni)....

Monday, November 23, 2009

Pizza mee segera dengan tuna pedas

Lunch ari ni.... pizza megi kari....kekonon nak jadi mat salleh.... tapi kari tetap ada..... sempoi dan sedap..... penyediaan nyer pun senang....maklum lah megi..... jadi sekejap je dah siap..... dan bakar......terima kasih pada Raihan dan Noni kerana share resepi yang simple dan sedap ni.....tapi kak rose guna tuna in water je..... pas tu topping tu letak chicken frankfuter, sotong ball dan crab stick. nenas dan tomato x letak sbb x de..... tetap sedap gak......cheese pun guna slice cheese je.....kak rose minta halal ya resepinyer dan nak c&p kat sini gak....

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)

2 peket Mee Segera (K.An guna jenama Maggie perisa Kari)
4 biji telur gred B atau A
1 sudu teh perencah kari Maggie
1/2 biji lada benggala hijau dihiris nipis
1/2 biji bawang besar didadu- ikut citarasa
1/2 biji tomato didadu kecil
1 tin Tuna cili Padi TC Boy
keju mozarella- tak ada stok, K.An guna cheese slice je...
hirisan nenas
herba oregano ikut citarasa

Cara membuatnya:

1. Didihkan 3-4 cawan air di dalam periuk. Padamkan api dan celurkan mee hingga kembang. Toskan dan lalukan air biasa agar mee sejuk.

2. Pecahkan telur di dalam mangkuk. Campurkan perencah kari Maggie dan pukul telur menggunakan garpu.

3. Panaskan oven pada suhu 190 arjah Celsius. Lengserkan loyang dengan sedikit margerin. K.An gunakan loyang empat segi panjang berukuran 12 inci X 8 inci. Ratakan mee di atas loyang.
Tuangkan campuran telur ke atas mee. Pastikan rata ke seluruh loyang.

4. Keluarkan tuna daripada dalam tin. Buang minyak dan airnya- ambil isi sahaja. Hancurkan isi tuna dan campurkan sedikit garam. Kalau suka campur sedikit rempah kari Maggie lagi. (K.An campur kari ayam lauk tengahari... heheh.. campur sikit isi ayam)

5. Ratakan campuran tuna ke atas lapisan mee. Taburkan lada benggala, buah tomato, bawang besar, keju, nenas dan bahan lain di atas pizza.

6. Bakar pizza selama 20 - 30 minit- mengikut saiz loyang menggunakan api atas dan bawah. Hidang ketika masih panas bersama sos cili.

Tips Galakan

****topping boleh dipelbagaikan ikut citarasa masing-masing

****telur yang digunakan dalam jumlah yang banyak dalam pizza ini, menambahkan keenakan rasanya.. tanpa menyumbang rasa 'kurang enak' kepada yang tak berapa suka 'rasa telur'.

***menurut Noni, pizza ni boleh juga dimasak didalam kuali bertutup, dengan menggunakan api perlahan selama 30 minit.. atau sehingga masak.



sebelum ke oven.......

selepas.......

dan...... nyam nyam...... alhamdullilah kenyang.

Sunday, November 22, 2009

Entah lah....

di entrance holiday villa

berposing depan Holiday Villa.... ok x model ni?....

ari ni cuti masak..... biasala..... g makan kat luar je....tadi g makan kat HBL corner..... lauk dia..... punyala banyak.... sampai x reti nak pilih.....bila dah amik tu dia..... penuh pinggan..... camna pun tetap abis makan...... kuat tul kak rose ni makan kan..... pas tu g ke Holiday Villa ..... bincang pasal dinner yang akan di adakan kat situ....budget, menu, intereneri (did I spell it right?).....wa.... dia charge RM133/pax.....mahal ke? entahlah.....

sepanjang hari hujang renyai2 .... sejuk je kawasan bukit indah ni.....dan ini kawasan perumahan yang baru saja siap pembinaannya di belakang rumah kak rose.... ada cerita d sebalik pembinaanya.... nntilah ada masa akan kak rose ceritakan di sini.....d belakang rumah ni ialah tersergam indah gunung raya..... tempat pemancar Astro dan salah satu a must visit d langkawi ni.... tapi ari ni dek kabus tebal gunung raya hilang dari pandangan...... dan x lama lagi akan hilang terus dari pandangan kak rose bila kami berpindah ke KL for good....... ada masa dan rezeki kak rose datang ......bye, bye taman bukit indah....

Saturday, November 21, 2009

Corningware


tadi selepas hantar busu ke jeti untuk balik ke asrama kak rose g jenjalan sambil tunggu abang g gunting rambut..... cuci mata konon nyer..... tersinggah lah kat kedai ni....ingat x nak lah beli sbb dah ada ..... tapi sbb offer nyer pasal bocorlah poket ku..... hu hu hu.... boss dia siap bagi extra diskaun lagi selepas rega offer tu.... (instead of 499 dapatlah kurang sikit).....apa lagi.... angkut lah.....

coningware salad season 5 beradik....dulu dah beli set spice of life.... tapi tak rugi membeli sbb very usefull dan tahan lasak..... dari fridge ke dapur terus ke meja..... wah wah wah.....siap promot iklan-iklan lagik....ada commission ke?.....

salad season set

petang ni wat lepat ubi belen ubi ari tu..... kuih kegemaranku..... kalau kat anak katanya mama ni macam zaman jepun je..... suka makan ubi.....x pe lah nak oiii......resepi? dulu dah kak rose tepek resepinyer..... tengok sini ya....


lepat ubi.....nyam nyam nyam


nasi lemak pandan


mari2...... jom bekpes ngan nasi lemak pandan..... ramai yang dah mencubanya.... dan kak rose juga teringin nak makan..... tapi sayang kaler nyer pucat je.... x cukup pandan ke? atau nak kena tambah pewarna baru menyerlah keijauannyer...... (ada ke perkataan ni?) dah siap masak baru tengok orang lain nyer resepi..... rupanye tambah kaler ya.....

apa pun jom layan..... tengok resepi yang berbagai style..... dan yang ni kak rose nyer cara sendiri je.... macam masak nasi lemak biasa tu.... cuma perahkan air pandan je.....maka jadilah nasi lemak pandan ni.....makan ngan sambal ayam dan segala kondimen nya......tapi kalau nak tengok resepi asalnyer boleh tengok sini ya ambil dari dapur hana.... Tq ya hana.....

pssstttt.... kak rose masak menderhaka sikit, x ikut resepi tu yang jadi nasiku pucat lesi jer.......

Bahan-bahan
  • Beras
  • Air pandan secukupnyer (blend daun pandan dan tapis)
  • Santan pekat
  • Garam
  • Halba
  • Halia
  • Daun Pandan - simpul
  • Pandan emulco@pewarna ijo + sedikit air (utk renjis)
Cara-cara
  • Basuh beras bersih. Campurkan santan pekat dan juga air pandan mengikut sukatan beras.
  • Masukkan skali garam, halba, halia dan juga daun pandan. Jika kaler ijo kurang menarik, bleh tmbh ngan sedikit pandan emulco@pewarna ijo yer!
  • Masukkan rice cooker dan masak hingga beberapa minit nk tanak.
  • Lagi beberapa minit nk tanak tuh, ambil sedikit pandan emulco@pewarna ijau. Campurkan dengan sedikit air (kaler ijo yg ni bior lg pekat dr warna nasik td yer) dan renjis2kan ke atas nasik. jgn gaul dulu. tutup smula periuk dan tanak hingga masak.
  • Dah masak baru gaulkan. so nmpk la nasi lemak anda warna ijo yg cantik! heeeee... Slamat mencube!! :)

Friday, November 20, 2009

ubi lagi.....

berita gembira yang kak rose terima ari ni membuatkan sarapan pagi dah jadi brunch.....bersarapan jam 11.30 pagi..... x terasa masa berlalu.... asik pot pet dengan kawan sebelah yang juga akan berpindah ke Penang.....bila terasa lapar barulah teringat belum menjamah apa-apa pun sejak pagi tadi.....Ya Allah terima kasihku tidak yang tidak terhingga......

buat bebola ubi goreng macam CMG tu....tapi versi sesuka ati je..... x de bentuk.... besar gedabak.... (x pandai nak wat bolat2 tu....)makan sebiji dan kenyang kan.....tapi rasa tetap sedap..... siap bagi Ina..... sbb dia yang bagi ubi ni.....murah rezeki kak rose .... asal ubi je ada orang bagi.....jadi yang dah siap goreng bagi dia rasa pulak....


lauk makan tengahari......atau makan petang ke.... sbb makan pun dah lewat.... ayam masak merah, kailan goreng dan crabstick omelette yang amik resepi dari rumah ummi tapi kak rose buat sebiji telor je tu yang jadi kecit je tu.....crab stick pun dah x nampak.....anyway thanks to ummi dan kak rose tepek resepinyer kat sini ya....

crabstick omelette yang x cantik.... hu hu hu

Bahan:-
  • 3 biji telor - dipukul sikit
  • 3 batang crabstick - hiris kecil2
  • 4 sb fresh milk
  • sedikit lada sulah
  • garam secukup rasa
  • sedikit daun sup n daun bawang - racik halus
  • 1 biji cili merah - hiris nipis/racik kecil (kak rose ganti cili ijo sbb cili merah x de)

Cara:-

  1. Dalam bekas satukan kesemua bahan dan kacau sebati.
  2. Panaskan non-stick pan dan letak sedikit minyak.
  3. Tuangkan adunan telor dan masak atas api perlahan. Terbalikkan sebelah satu lagi dan biar masak.
  4. Angkat dan hidangkan..

Pertukaran

Syukur Alhamdullilah...... di pagi Jumaat yang mulia ini...... telah ku terima berita gembira ini....doa kami telah dimakbulkan.... dan inilah saat yang kami tunggu selama 4 tahun di sini..... sejak hari pertama menjejakkan kaki di sini...... this is the very moment yang kami harap sangat2.....



Jangkaan pertukaran ini ialah pada hujung Disember 2009 atau awal Januari 2010 dan bagi kami pula sehingga ada pengganti yang sesuai. Pengganti yang sesuai??????.... berapa lama agaknya ya..... x apa janji sudah ada confirmation tentang pertukaran ni..... all this while yang kami dengar semuanya rumors je.... Syukur Alhamdullilah..... our prayers hass been answered.....











Thursday, November 19, 2009

Informative info

Dapat this very important info dari blog SEIRING SEJALAN.......blog yang sangat informative... suker sangat lawati rumahnyer... dan kak rose minta maaf nak kongsikan di sini (c&p) tentang info yang sangat berguna ni.... tima kasih sekali lagi ya Noorhodza..... muga info ini akan menyelamatkan lebih ramai pengguna internet.....
For all internet user, PLEASE take note of below
following...


Difference between http:// and https://

Very important ....... must know .......

Dear Friends,

I never knew that is why I never pay online, now I know.

If you already know, share with friends who not know.


Regards


************ ********* ********* ********* ********* ******

The main difference between
http:// and https:// is -

It's all about keeping you secure, HTTP stands for HyperText Transport Protocol, which is just a fancy way of saying it's a protocol (a language, in a manner of speaking) for information to be passed back and forth between web servers and clients.


The important thing is the letter S which makes the difference between HTTP and HTTPS. The S (big surprise) stands for 'Secure'.

If you visit a website or webpage, and look at the address in the web browser, it will likely begin with the following:

http://
. This means that the website is talking to your browser using the regular 'unsecure' language..

In other words, it is possible for someone to 'eavesdrop' on your computer's conversation with the website. If you fill out a form on the website, someone might see the information you send to that site.

This is why you never ever ever enter your credit card number in an http website!

But if the web address beg ins with https://, that basically means your computer is talking to the website in a secure code that no one can eavesdrop on.

You understand why this is so important, right?

If a website ever asks you to enter your credit card information, you should automatically look to see if the web address begins with https://. If it doesn't, there's no way you're going to enter sensitive information like a credit card number!


http VS https


I had check the Tigerair
http://www.tigerair ways.com/ home/
and Jetstar airways
http://www.jetstar. com/3k/index. html

both when come to booking the ticket and keying the personal information it's show https BOOKING

https://booking. tigerairways. com/skylights/ cgibin/skylights
.!

and
https://jetstar. com/skylights/ cgi-bin/skylight s.cgi


SO it is safe to do that booking....
pls remember when you buy any thing online make sure passing your information on the website showing https REPEAT https....... . don't do anything that is without the 's'

Muga dapat memberi sedikit sebanyak info tentang penggunaan nyer.....sekali lagi tima kasih ya Noor


Lapis cokelat n Jejemput nasi

ari ni wat kuih lapis cokelat tuk minum petang.... resepinyer amik dari rumah K. An... tapi x secantik macam tuan rumah buat....apa pun sedap gak.... dan mintak halal ya kak rose nak C&P resepinyer - resepi asal dari kuih lapis tradisi cuma tuko kepada cekelat je.....

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)

1 cawan tepung beras
2 cawan santan sederhana pekat (caranya-campurkan 1 cawan santan pekat dengan 1 cawan air)
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan gula pasir- boleh kurangkan 1 sudu besar jika ingin kurang manis
1/4 sud teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros (tuko ke cekelat kalau nak wat kuih ni)

Cara membuatnya:

1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 7 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.

3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 600ml bater) bahagi kepada 300 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.

4. Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang 100 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 100ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. K.An tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.

5. Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis seperti kat gambar tu... budak-budak paling suka bab ni..


Jemput-jemput nasi..... wat tuk sarapan pagi tadi.... ada nasi lebih sayang pulak nak buang je.... x baik buang rezeki kan....separuh bagi makan burung yang selalu tunggu kat belakang rumah tu..... dan separuh lagi rezeki tuk tuan rumah pulak.... kan kita selalu share rezeki yang Allah bagi.....lembut sesangat dan yang penting sedap dan mengenyangkan.....siap hidang pada tukang potong rumput d sekeliling rumah lagik....walaupun rupa nyer sangat lah x cantik....lonjong, bujur, kemet, segi brtanduk berekor suma ada.....resepinyer amik dari dapur flora kitchen yang dia c&p dari rumah hana dan kak rose sekali lagi c&p kat sini..... minta halal ya.....Oh...maaf ya kak rose ejas sikit dengan menambah telor dan gula......
mekacih kepada cik puan berdua.... enak banget cekodoknya.....laen kali sure nak wat lagi....

Jemput-jemput nasi

Bahan-bahan
1 cawan nasi putih
1 biji kentang (akak x letak)
2 cawan tepung gandum
sedikit air
garam
1 biji telor & sedikit gula (ni kak rose tambah)

Cara-cara
Nasi diblender dengan air, pastikan paras air dan nasi tenggelam, blender hancur, kemudian kentang di potong dadu kecil.
Curah dalam bekas adunan,dan campurkan tepung dan kentang, masukkan sedikit garam, gaul sebati, jika terlalu pekat, masukkan sedikit air, jika adunan dah boleh dijemput, air tidak diperlukan, kira nye masa ni agak-agak je kecairan batter ni, macam adunan kita buat jemput-jemput pisang.
Akhir sekali sudukan adunan dengan sudu dan goreng dengan minyak panas dan angkat bila dah perang, Sedap dimakan panas-panas bersama sos cili. (memang trsangatlah sedapnya..!)

UPSR anak2ku...


Hari ini keputusan peperiksaan UPSR diumumkan.....dan inilah 3 orang anak-anak buah kak rose yang mendudukinya..... Haifa d Seremban, Nina di Batu Pahat dan Jiha di Kluang..... memasing telah mendapat keputusan.......tahniah pada yang berjaya dengan cemerlang dan yang kurang tu belajo2 rajin2 ya.....kena usaha lebih....jangan asik main je.... ha.... ni pesan tok nenek tau.....


Jiha berjaya mendapat 4A dan 1B. Tahniah buat jiha.... muga keputusan ini akan menambahkan usaha untuk lebih maju lagi di masa akan datang.....


Haifa... 3A & 2B... harap keputusan ini akan membuatkan haifa berusaha lebih gigih lagi.....jangan rasa terlalu disappointed, terima keputusan ini dengan hati terbuka dan usaha lebih lagi untuk masa depan ya..... muga lebih berjaya nanti....

Nina..... yang senyum meleret tu.... dapat 2A dan 3B..... usaha lebih lagi ya nina.... mak senah janji apa ya?......

Ini lah anak2 buah kak rose berposing d depan rumah atok d kampung.... masa ni kecit2 lagi.... tengok yang tinggi sekali tu.... sedang menduduki peperiksaan SPM sekarang.... mudah2 Busu berjaya.... doa mama selalu dan yang kecit sekali tu dalam tahun 4 d Sekolah Jenis Kebangsaan Cina...... Ni how ma Khirzan?........Semuga berjaya kepada anak-anak ku ini.....

Tuesday, November 17, 2009

jom makan

lauk lunch tadi.... malas nak masak acely tapi nak makan jugak.... jadi masak lah simple jer..... ikan kembong masak kicap dan sayur kailan goreng ikan masin.....


jemput jemput......jom makan......

Takziah buat wati....

Salam semua, kejap ni baru terima berita sedih dari kawan & jiran kak rose, Wati..... ibu yang disayangi telah menghembuskan nafas terakhirnya di hospital d kampungnya di Terengganu.... nasib baik dia dah balik kg sejak hari khamis lagi kerana bapanya sakit - kena stroke..... Bapa masih kritikan di hospital dan emak pula meninggal dunia d hospital yang sama..... tapi sayang sebelum itu mereka berdua x dapat berjumpa buat kali terakhir kerana ibu yang sakit colon cancer berada d tingkat 5 dan bapa d tingkat 7..... Takdir Tuhan.... biar berada di tempat yang sama tapi x leh jumpa.... so near yet so far.....

Takziah buat wati dan keluarga, muga tabah menghadapi ujian Allah dan semuga roh allahyarhamah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Al-Fatehah.....

Monday, November 16, 2009

Kek marble mudah


semudah namanya.....buat nyer senang dan bahan pun ciput je.....sedap.... but to me it is a bit dry, x cukup moist...... mungkin sbb kak rose guna margerin (instead of butter)..... 1st taim try wat kek guna majerin..... it turn out a bit dry dan teksture nya agak kasar dan berderai.....

x pandai sangat nak marble kan..... bancuhan macam agak keras sikit.... itu pun kak rose dah kurangkan tepung jadi 1 3/4 cup je.....ke memang macam tu?.... eeeehhhh... dah lah x pandai nak wat tapi manyak soklan pulak.....apa pun tima kasih pada haniaz @MyR. kak rose amik resepinyer ya..... dan nak tepek kat sini gak......

Bahan-bahan

  • 1 cawan mentega/margerin
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan tepung (nk pakai tepung biasa blh, self raising blh atau tpg biasa tambah bp pun blh)(kak rose kurangkan jadi 1 3/4 cup je)
  • pewarna dan perasa ikut suka (kak rose guna cokelat)

Cara-cara

  1. putar mentega bersama gula sampai kembang
  2. kemudian masukkan telur satu persatu
  3. lepas tu bolehlah masukkan tepung
  4. bahagikan adunan kepada 3 bekas. Setiap satu letakkan pewarna dan perasa yang digemari. Cth: kaler oren, perisa oren.Kalau xnak letak perasa, letak esen vanilla pun boleh aje.
  5. Lengserkan loyang dengan margerin. Letak adunan sesudu demi sesudu berselang. cthnya : mula2 letak sesudu kaler oren, pastu letak sesudu kaler coklat diatas kaler oren tadi, lapis mcm tu je. Hasilnya akan jadi mcm kek saya di atas. x perlu kacau pakai lidi. just letak sesudu demi sesudu kedalam loyang hingga habis.
  6. kemudian blh dibakar pada suhu 170 darjah selama 30-40 minit. pepandai le tgk kek tu dh masak blm...cucuk kalau x melekat tu masak lerr
  7. selamat mencuba dan merasa. buat kek ni kejap je..simple dan sedap..