Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, July 29, 2021

Masak lemak ciliapi telor itik cantik

Asalamualaikum san salam khamis dah hari ni... sayang dapo ni macam terbiar dah, tuan tanah tak punya kerajinan dan entah apa lah yang di sibukkan agaknya kan... apa pun ni nak kak rose kongskan resepi masak lemak ciliapi telor itik yang cantik ni, tak pecah bila masukkan dalam kuah tu... memula tu macam ada terbaca petua tu so tanya lah cik google kan..
cantikkan kejadianya... elok bulat bulat masuk dalam kuah gulai tu nanti..
rahsianya cuma kena rajin lah sikit... didihkan air panas bersama sedikit cuka, dan bila dah melegak air tu masukkantelor dalam periuk tu satu persatu dan angkat lah..
masakkan kuah santan dan bila dah melegak boleh lah masukkan telor yang dah dipoach tadi tu.. kalau suka campur dengn asam belimbing buuh punnsedap kan..
 

Friday, July 23, 2021

Time to pack and go!



sekali lagi masa untuk berkemas harta karun yang cuma berharga pada tukang dapo ni... huhu
 

Thursday, July 22, 2021

Bila pisang dah too ripe..


boleh lah untuk minum petangkan... dan cuma ini untuk kami, selebihnya untuk jiran sebelah...
 

Sunday, July 18, 2021

Sarapan PKPD

memasak dan sarapan dengan apa yang ada dirumah, itu lah yang terbaik buat masa ini kan... dengan kes yang semakin meningkat saban hari, lebih baik kita duduk dirumah diam2.. doa banyak2 semuga covid ni cepat berlalu... dah hampir setahun tak dapat balik jumpa keluarga dikampung... awal tahun hari tu dapat balik sebab ada kecemasan, tapi nak dapat surat pelepasan dari polis pun sangat lah banyak soal jawap... tapi Alhamdulillah dapat jugak sudahnya... dan kita pun bukan suka2 nak balik kalau tak de keperluan kan...
ni sarapan hari minggu yang sudah, masa ni masih dalam keadaan pkpd, memang tak keluar rumah  lah kak rose ni. bila check dihotspot my sejahtera tu asik ada beratus2 jer disekitar 1km radius, lagi lah menakutkan.. apa lagi asik terdengar neee nooo neee nooo ambulan... Ya Allah semuga dipermudahkan rawatan dan diberikan kesembuhan buat yang telah dijangkiti.. Aamiin
dayang pengiring pun seadanya jer lah... makan apa yang ada jer..
telo goreng cam ni permintaan en asben, kalau kak rose prefer yang rebus, tapi tak lah rajin nak buatnya, so buat sekali harung jer kan. mudah kerja, cepat lak dapat makan.
sambal tumis yang kak rose buat banyak2 dan frozenkan... bila nak makan just reheat jer.
ikan bilis untuk en asben jer, kak rose sangat allergic to ikan bilis, but not udang tu. pelik kan! Apa pun Alhamdulillah, kita masih ada menu yang terhidang dimeja walaupun setelah terkurung begitu lama...
 

Thursday, July 15, 2021

Dan keputusannyaaaa....

Alhamdulillah.. syukur pada mu Ya Allah... dapat result ujian darah yang kak rose buat pada hujung bulan june ari tu dan keputusan ni kak rose dapat selepas tiga hari. tapi kerajinan tu tak de nak tepek kat sini... tak boleh jadi ni. nak jugak simpan kat sini buat kenangan da rujukan dikemudian hari keputusan ujian darah dan tahap kesihatan yang kak rose buat setiap tahun tu... so nanti boleh lah nak compare kan... semuga tiap tahun pun keputusannya yang baik2 saja lah... Insya Allah asalkan rajin nak jaga kesihatan diri kan...
semua ok, kata doktor... Alhamdulillah..
ada satu arrow tu... tapi doktor kata tak significant lah... harap2 gitu lah ya...
yang paling penting tahap kolesterol tu dah turun banyak lah compare dengan tahun lepas...  kadar glucose pun ok. Alhamdulillah.
 Syukur sangat2... kiranya pass with flying colors lah. tahniah untuk diri sendiri dan semuga dapat teruskan jaga kesihatan diri, jangan malas2 nak exercises kan.... tapi dah dekat dua tahun pkp, pkpd ni tak dapat lah nak berbriskwalk kat taman macam dulu2... covid menakutkan!

Tuesday, July 13, 2021

Lempeng nasi

Bila kehabisan roti, makanya cari lah idea nak breakfast dengan apakan.. masa2 pkpd ni memang tak lah nak sesaja keluar g beli roti semata dan kebetulan ada lah nasi lebih semalam punya.. so kita olah lah jadikan lempeng ni.. tak de gulai, kita cicah jer dengan serunding ikan ni pun boleh jer kan.. jom kak rose kongsikan resepi lempeng nasi ni.. kak rose buat satu2 dan bila terbalikan terus tolak tepi kuali tu hingga siap yang lain... kak rose suka tepi2 dia garing sket..
Bahan-bahan

  • 2 cawan nasi sejuk (nasi semalam)
  • 3 cawan air
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • Garam secukup rasa
  • 2 camca besar minyak masak @ minyak zaitun
  • Kuah kari atau sambal tumis sebagai pencicah

Cara-cara

  • Kisar nasi tadi bersama air, kemudian masukkan tepung, garam secukup rasa dan minyak masak, kisar lagi hingga rata dan sebati. Tuang dalam bekas dan biarkan sekejap.
  • Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak. Ambil 1/3 cawan adunan lempeng, tuang ditengah2 pan, tuang perlahan dan biar ia merata sendiri. Masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng nampak pucat dan berlobang2.
  • Berhati2 terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga perang keemasan. Angkat dan laku kaedah sama untuk baki adunan, hingga siap. Hidangkan bersama kuah kari atau sambal tumis.


 

Sunday, July 11, 2021

Kari ikan..

tapi bukan saya yang masak...
saya tukang makan jer...
 

Saturday, July 10, 2021

Mee bandung ringkas

Alhamdulillah, berjaya jugak buat mee bandung from stretch walaupun kaler pucat jer jadinya...  len kali kena buh cili tu banyak sikit, kasi merah baru lah cantik kaler kuah dia kan.. takut pedas punya pasal lah, kak rose letak sikit jer cili kering tu.. hence the color lah!

Bahan-bahan:-
1 bungkus me kuning, dicelur dalam air panas sekejap dan toskan
200 gm daging (atau ayam), direbus

4 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
10 tangkai cili kering/cili giling
sedikit udang kering *
2 sudu besar sos cili/sos tomato/sos tiram (dicampur dalam mangkuk)
2 biji kentang, direbus dan dilenyek/kisar
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Bahan * dikisar atau ditumbuk

Bahan hiasan:-
bawang goreng
daun sup dan daun bawang
telur (direbus) dan dibelah
 

Cara membuatnya:-
  • Panaskan minyak di dalam kualai dan masukkan bahan yang dikisar, digoreng hingga garing dan kemudian masukkan cili giling dengan api sederhana
  • Bila cili dah kelihatan masak, masukkan daging/ayam yang direbus bersama air rebusan. Renih hingga mendidih
  • Masukkan ubi kentang yang dilenyek/kisar dan masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram dan gaul hingga sebati dan sedikit gula.
  • Akhir sekali masukkan sawi dan tomato, padam api dah masukkan garam dan pindahkan kuah ke dalam periuk
Untuk hidangan perseorangan:- masukkan kuah kedalam kuali, masukkan mee dan kemudian pecahkan telur.  Tutup api dan masukkan kedalam mangkuk dan letak bahan hiasan.

Nota :
  • Resepi mee bandung ini rasanya manis, pedas dan masin2 sikit.
  • Jangan biarkan mee direndam lama dalam kuah supaya tidak terlalu kembang. 
  • Sesuai dimakan semasa masakan masih panas.

 

Thursday, July 8, 2021

Nasi goreng daging

buntu nak sediakan hidangan untuk keluarga? jom buat nasi goreng sedap nih... semua sekali taruh dalam tu, tak perlu nak risau kan lauk dan sayur mayur.. all in one gitu kekdahnya...

Bahan-bahan

  • 4-6 mangkuk nasi putih
  • 1 senduk kecil minyak
  • 10 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih* (*separuh hiris dan separuh tumbuk)
  • 2 cili merah - tumbuk
  • 100-200g daging - hiris nipis - kak rose buh minced meat
  • Segenggam mix vege - kak rose gantikan dengan carrot n kubis sagat halus
  • 2 sm sos tiram
  • 1 kiub ayam maggi (4 g)
  • 2 sm kicap masin
  • 2 sm kicap manis
  • Saleri & Bawang besar
  • Garam dan lada sulah

Cara-cara

  1. Campurkan nasi dengan garam dan juga serbuk lada sulah.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang hiris hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis pula bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan daging dan kacau sampai daging masak.
  4. Masukkan sos tiram, kicap masin dan manis. kacau sekejap dan masukkan sayuran
  5. Last skali masukkan nasi dan gaul rata.
  6. Angkat dan hidangkan dengan bawang goreng tadi, hirisan saleri dan bawang, keropok ikan dan salad kegemaran.


 

Wednesday, July 7, 2021

Tuesday, July 6, 2021

Mee sup ayam mudah

tak de daun sup, no problemooo... zaman pkpd ni masak dengan apa yang ad jer lah...dan sayur pun suka suki tambah dalam tu, carrot dan cauliflower. kita yang buat dia kan, yang penting habis dimakan, tak lah membazir kan...

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - potong kecil
1 sudu besar rempah sup
1 pokok sawi - potong ikut suka
1 sudu kecil lada putih - tumbuk
3 sudu besar minyak
1.5 liter air
garam / kiub ayam / perasa pilihan

Bahan hiris:
2 cm halia
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 labu bawang besar

Bahan lain:
mee kuning secukupnya - celur - toskan
hirisan daun sup
bawang goreng
sambal kicap


 

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan goreng bahan hiris hingga layu kekuningan. 
2. Masukkan rempah sup, lada putih dan ayam. Kacau rata hingga keluar air ayam, dan biarkan sehingga ayam layu.
3. Tuangkan air dan biarkan masak mendidih sehingga daging ayam empuk.
4. Masukkan sayur sawi / garam / kiub ayam / perasa pilihan.
5. Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.

Monday, July 5, 2021

Mangga crunchy

ya, mangga ni sangat crunchy... krup krap bila makan. kata penjual tu ni mangga lemak manis, katanya. memang tak masam pun tapi sangat cerunchy.. dan masa beli ni pun agaknya baru amik dari pokok, getah dia meleleh kat kulit buah tu. masa2 pkpd kita beli jer pada orang yang jual naik moto keliling taman ni... sambil tu boleh jugak tolong lariskan jaulan dia kan. beli jugak bauh mangga cokanan yang sangat manis tu..
dan bila dah potong kak rose taburkan asam pakcu 916 ni, jadi bertambah lah sedapnya. tak de rasa masam langsung... memang rasa dia lemak manis gitu!
3 biji beso2 ni saploh hengget... tapi semua memang keras cenggini... agaknya kalau nak tunggu masak lembut tu boleh ker? takut buruk saja sudahnya pulak kan..
 

Sunday, July 4, 2021

Sambal bilis petai

salam hari minggu buat semua dan salam pkpd pada yang termasuk dalam list berkurung ni... dah penat rasanya berkurung. hari dah menjangkau hari yang ke 474 sejak pkp dimulakan pada bulan Mac 2020.. dan sejak itu juga lah kehidupan kita tak sebebas semacam dulu.. dan selama itu lah juga sempadan negara ditutup dan selama itu lah juga tak dapat balik menjenguk keluarga nun diseberang sana. semuga MIL dan family disana sihat2 saja.. vc jer yang dapat melerai kerinduan. Allahhuakbar!
buat samabl nilis petai ni atas permintaan en suami, dia sorang jer yang makan petai dalam rumah ni, so kak rose buat sikit jer la... ni pun tak terhabis makan, bertambah lah bekas leftover dalam fridge.
beli petai yang dah siap kopek cam ni... mata dia sangat lah besar besar jadi untuk nak masuk dalam sambal tu kak rose hiris kecik2, sepadan lah dengan ikan bilis kecik2 dari sabah tu. yang dalam piring ni en asben makan raw cam tu jer, cicah dengan sambal belacan beli dikedai... tukang masak tak pandai nak buat sambal belacan dan memang tak pernah ada belacan dirumah pun. so beli jer lah, mudah kerja kan..
 

Saturday, July 3, 2021

Sources of vitamin C

sejak ada covid ni ramai yang suggestkan amik vitamin tambahan untuk ketahanan diri, so adalah jugak amik tablet vitamin c tu, tapi  yang bagusnya adalah yang ori dari buah2an ni kan... dan jambu batu adalah buah yang paling kaya dengan vitamin c, tu yang kak rose baca lah... kalau salah mohon betulkan ya..

 

vitamin c dari shaklee yang kak rose amik... tp macam terlebih dose pulaknya... ada sesapa yang boleh bagi advice tak sebabnya hari2 memang kak rose makan buah adakah masih jugak perlu amik vitamin c tambahan ni... 

suka jambu batu yang fresh n crunchy macam ni... krup krap krup krap!
tapi dah tentunya not healthy lah kan sebab jambu ni dah kak rose tabur dengan asam pakchu yang sangat sedap nih!
gaulkan macam ni, kalau biarkan lama sket, biar dia mesra dengan asam tu lagi lah sedapnya la haiiiii
 


Thursday, July 1, 2021

Lempeng pisang lagiiii

dek kerana en asben suka sangat beli pisang banyak2, tapi tukang makan nya hanya dua orang jer, so memang sellau jer terover ripe lah pisang ni..nak buat kek atau muffin pun tukang makan pun tak de, so kita buat la yang paling mudah dan pasti termakan lah... ni lah lempeng pisang comel2 lagi.. walaupun menguji kesabaran tapi berbaloi lah bila habis hidangan minum petang kami ni..
resepi asal kak rose dapat dari geng healthy eating group, cuma guna 2 bahan je yaitu pisang masak ranum dan telor, tapi yang pastinya kak rose dah derhakakan resepinya 🙏... tambah garam dan sedikit tepung no sugar lah sebab pisang berangan ni dah memang sedia manissss... Alhamdulillah, terima kasih yang kongsikan resepinya ya..