Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, February 28, 2019

Trip Lombok Day 2

meneruskan perjalanan dihari kedua cuti2 lombok...

 lepas breakfast di villa ombak hotel, kami terus menaiki bot untuk ketanah besar lombok sekali lagi untuk perjalanan seterusnya.. kali ini kami dibawa ke kawasan air terjun Sendang Gile yang kata tour guide tu air terjun ni mendapat namanya dari singa gila yang menjaga kawasan perhutanan disini dari kerosakan pembalakan... itu dari cerita pak konon, katanya...pandai melawak pak tour guide ni.

 sebelum ke waterfall yang jauh dikaki bukit tu, kami berehat2 dulu di pondok senaru ni untuk lunch yang dah disediakan oleh pondok senaru cottage...disini juga kami solat di wakaf yang seperti pergola tu... tanpa dinding, open air ruang solatnya dengan angin yang nyaman sebab berada diatas bukit. disekeliling cottage ni juga disediakan tempat untuk berposing mengambil gambar... memang sangat cantik pemandangannya..

 jauh dibelakang tempat yang seakan jambatan ni lah terletaknya kawasan air terjun yang cantik tu..

 dibelakang tuan tanah berposing ni boleh nampak jalur air terjun tu dari kejauhan... sayup nun dibelakang.

 berjalan kaki about 30 minit jugak baru lah sampai kekaki air terjun ni... masa menurun memang tak de masaalah lah.. laju jer menuruni tangga yang agak curam dan licin... ni pemandangan dikaki air terjun sendang gila dan ade lagi yang diatas tu namanya air terjun tiu kelep, yang lagi lebih mencabar kalau nak naik kesana sebab tak de track dan terpaksa melalui halangan kayu balak yang tumbang dan cik monyet pun sangat lah banyak.. ramai jugak yang meneruskan naik ke2nd air terjun tu...

 walapun air terjunnya sangat laju dan kuat, tapi tak de kolam kat situ...sepertinya air langsung tak bertakung...

 spent the whole day kat kawasan air terjun... bisalah bila dah namanya pun rombongan cik kiah,mesti ade jer yang terlambat... kita yang dah ready ni kena lah tunggu hingga semua ada baru lah boleh meneruskan perjalanan... dan dari sini untuk ke kawasan bandar kena amik masa dalam 2 jam... jadi banyak masa dihabiskan dalam perjalanan. dalam perjalanan pergi dan balik tu lah kami dapat menyaksikan bekas tinggalan kesan gempa ogos lepas... banyak rumah2 yang musnah dan ada yang sedang dibaikpulih dan ada yang ditinggalkan begitu saja.. dan pemandangan hijau sepanjang perjalanan, tanaman padi yang sedang subur dengan pengairan dari air terjun sendang gila. tempat pertama yang dituju, kedai oleh oleh lombok...banyak barang2 cenderahati ada disini..

lepas shopping2 tu terus ke warung sasak untuk dinner kat sini... tapi sayang semua menu yang dihidang sangat lah pedas, yang tak termakan oleh kak rose... dan disemua tempat makan pasti ada tempe dan tauhu goreng... yang ni boleh lah makan sbb tak pedas, even sup dia pun pedassss!

 lepas dinner  terus ke hotel penginapan Golden Palace ditengah kota Mataram... hotel baru setinggi lapan tingkat, dan ini lah bangunan yang tertinggi so far di kota mataram ni, kata Pak Sukirman. ni lah ketua rombongan bersama Pak Sukirman berposing didepan counter receptionist.

 welcome drink...jus limau dan jugak guava juice yang sedap. kalau haus apa2 minuman pun sedapkan...

sedapnya dapat merehatkan badan setelah seharian diperjalanan... tapi sebelum tu ade incident yang buat kak rose grrrr!!! masa nak naik tu bell boy berkeras dia nak hantar luggage yang besar2 tu dalam satu troly tapi my adik dah amik dulu dia punya luggage, so dia dah tick kat list tu walaupun adik dah pesan ade satu lagi luggage kat trolly tu.. and dia kata "ya, buk"! tunggu hingga dekat pukul 11pm luggage kak rose tak sampai lagi... called receptionist sampai 2 kali sbb luggage tak dapat lagi.. first called tu masih boleh bertahan lagi tapi bila dah dua kali called pun tak settle lagi memang nak jerit lah dah...bila dah kena jerit tu, baru lah dia cepat response, dia letak depan pintu bilik kawan ditingkat 5 instead of bilik kak rose ditingkat 3. gerammmmm kan! bila kak rose kata nak buat aduan, dia kata "jangan buk, kalau kena buang kerja nanti saya mau makan apa, buk" tau takut... apa pun forget about it dan pandang hari esok dengan positif, barulah boleh enjoy the holiday, kan...

Wednesday, February 27, 2019

Nature...


landak laut di Pulau Pasir, Lombok

air terjun Sendang Gile di kaki gunung rinjani

Tuesday, February 26, 2019

Lombok trip lagii..

day 1...
 kami dijemput oleh pemandu pelancung dengan bas ni... since sampai pun dah almost tengahhari... so terus jer kepersinggahan pertama di rumah makan..

 1st stop... rumah makan. wonder lesehan tu apa ya? lupa pulak nak tanya kat Bapak Lalu Sukirman tu. Lunch dan solat jamak zohor dan asar kat sini... rumah makan yang dikelilingi oleh sawah padi yang sedang subur menghijau...

 lepas amik gamba segala, kak rose dan adik terus g solat dulu.. bila nak makan semua dah almost habis licin... agaknya semua kelaparan kot. cuma nasik dan ayam taliwang yang sanngat pedasss... tak termakan kak rose... so mereka gorengkan tempeh dan tauhu, cicah denagn sambal kicap jer.. jadi la untuk alas perut kan..

 pemandangan cantik disepanjang perjalanan ke pelabuhan Teluk Nare.. disamping pemandangan yang cantik, terdapat lunggukkan batu bata bekas rumah yang ranap dek gempa bumi pada august lepas... memang nampak disepanjang perjalan dikampung2 tu... ada rumah2 yang sedang dibaik pulih dan ada juga yang terbiar begitu saja... kemana lah agaknya penghuni rumah tu kan?..

 diPelabuhan Nare, kami menaiki spped boat untuk ke Gili Trawangan untuk bermalam disana... ni adalah 1st pulau diantara banyak pulau yang akan kami lawati nanti...

Hotel Villa Ombak, semalaman saja kami disini... esoknya balik semua ke pulau Lombok untuk lawatan seterusnya..

 welcome drink dari hotel Villa Ombak... unik tapi agak scary kan...

 
 pandangan deretan hotel dari depan pintu bilik kak rose... masa kami sampai tu hari lepas hujan jadi tilam untuk lepak2 depan bilik tu semuanya terlipat...

 for two of us.... kak rose dan adik duduk sebilik ni...

 berdepan dengan bilik, kolam renang dengan pemandangan yang cantik dan patung ni...

 petang tu hujan turun, so tak dapat nak explore banyak tempat, lagi pun penat sangat dah... malam kami dinner kat restoran Ocean 2 ni... jalan kaki dalam hujan untuk kesini... nasib baik setiap bilik ada sediakan 2 payung beasr... nampak simple je restoran ni... tapi ramai sangat mat dan minah saleh lepak kat sini..
pagi after breakfast baru dapat explore sikit2 sebelum chechout dan baik semual ke Pulau Lombok dan seterusnya ke air terjun Sendang gile...

pemandangan cantik didepan hotel, menuju kearah jeti... bye bye Gili Trawangan dan hotel villa ombak...

Monday, February 25, 2019

Lombok Trip...1st part

Bismillahhirohmannirohim...nak simpan kenangan jejnalan kat sini...

 seawal 6.15 dah berada di epot to catch-up the 8.30 flight... kami ramai2 naik van dari rumah. walaupun awal pagi tapi semuanya happy... nak berjalan kan..😜😜

 budget travelling...itu jer yang mampu...

rombongan cik kiah ready for boarding...baris! baris kata mak ketua!😀😀

 thirty eight thousand feet above the sea level...

 in flight meal- nasik lemak Pak Nasser

Alhamdulillah, sampai dah...

 first pix berposing di Lombok

 ni yang paling penting kena ada semasa disini... penghubung dunia! yang ni IDR35000. merasa jadi jutawan sekejap...😝😝

nak jugak bergambo kat sini sebelum naik bas for 1st of 5 days tour di Lombok...

Sunday, February 24, 2019

Friday, February 22, 2019

Jom le makan buah...

Baru balik dari dusun... macam2 buah ade ni..😋😋

 bila membeli memang tamak, semua nak!... dan pisang terus jadi cekodok!

 betik dan anggur merah

 betik n rock melon yang manisss

 rock melon dan honeylily yang mashammmm

tak pernah jemu denagn bermacam macam buah ni...

Thursday, February 21, 2019

Bebola ubi keledek

 kalau kawan2 tak ade idea nak buat juadah minum petang, boleh lah mencuba buat bebola ubi keledek aka cucur keledek ni... mudah dan sedap pulak tu... buat kak rose yang memang suka sangat dengan apa saja cucur untuk kudapan petang2... nak menggoreng nya macam bersauna kat depan dapo sbb nak golek2kan dalam kuali tu nak bagi cantik bolet2 cam ni... tapi makan sekejap jer dah licin. tapi Alhamdulillah, tukang masak akan sangat berbesar hati bila hidangan dia habis  kan... resepi sebagai panduan, kalau tak nak buh gula pun ok jer, tapi kurang manis la... hihi

bahan2

  • 2 cawan ubi keledek-rebus&mashed
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu baking powder
  • tepung secukupnya
  • minyak untuk menggoreng
  • sedikit garam
  • 3 tsb gula (yg ni kak rose tambah)

Cara-cara

  1. Masukkan ubi, BP, telur dan garam ke dalam mangkuk. Tambah tepung sedikit demi sedikit. Uli sehingga tak melekat di tangan.
  2. Buat bulat-bulat kecil. Goreng dalam minyak panas sehingga perang.

Wednesday, February 20, 2019

Tuesday, February 19, 2019

Sirap nenas

 musim yang panas berbahang ni kalau dapat minum ang sejuk2 cenggini memang tak tolak la kan... dan kebetulan masa balik dari kampung ari tu ada bawak dua biji nenas yang sangat manis ni.. kak rose tak berapa suka nak makan gitu jer, so either buat gulai or buat sirap cam ni baru lah laju jer nak ngapnya... apa lagi bile dah sejukkan dalam fridge, atau pun tambahkan ais masa nak minum tu... heaven sangat bak hang! kak rose kongsikan resepi untuk panduan kalau ade yang nak buat sirap nenas sedap ni... gula tu ikut lah kemanisan yang korang suka...kita yang buat dia kan...


Sebiji nenas
1 liter air
100 gm gula
50 gm gula batu (nak manis lebihkan gula)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara
1. Potong nenas dalam bentuk kiub
2. Masak nenas yang telah dipotong bersama gula, air dan pewarna. Masak sehingga nenas lembut.
3. Siap untuk diminum, Cuma perlu tambah air batu sahaja ( tapi tunggu air nenas tu sejuk dulu). Boleh juga masak nenas tadi lebih lama hingga airnya jadi pekat macam air gula. Simpan dalam fridge boleh tahan 3 bulan.
4. Nak best lagi boleh tambah nata de coco

Monday, February 18, 2019

Daging masak hitam..

Bismillahirohmannirohim.... pertama kali buat resepi ni...

 Alhamdulillah, walaupun pertama kali mencuba buat daging masak hitam ni... mejadi jugak lah kiranya... cuma agaknya terlebih kicap pekat, so look like negro jer bila dah masak daging ni, tapi rasa sedap lah jugak... tapi rasanya kak rose lagi prefer daging dendeng dari resepi masak hitam ni...  dan rasanya a bit kering jadinya bila renehkan terlalu lama. tak pe la kan, tak cuba tak tak tahu kan. terima kasih pada Madiha, kak rose copy resepinya ya..

Bahan2 1 kg daging (dipotong nipis) 3 ulas bwg merah (dihiris) 2 ulas bwg putih (dihiris) 3 kuntum bunga lawang 2 inci kulit kayu manis 1/2 cawan kicap pekat air asam jawa secukupnya garam secukup rasa Minyak masak untuk menumis Bahan Kisar 4 biji bwg besar 3 inci halia 4 ulas bwg putih 20 biji cili kering - letak hanya 2 sb cili kering siap blender 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil jintan putih 1 sudu kecil ketumbar - tambah

Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub
Bahan2 1 kg daging (dipotong nipis) 3 ulas bwg merah (dihiris) 2 ulas bwg putih (dihiris) 3 kuntum bunga lawang 2 inci kulit kayu manis 1/2 cawan kicap pekat air asam jawa secukupnya garam secukup rasa Minyak masak untuk menumis Bahan Kisar 4 biji bwg besar 3 inci halia 4 ulas bwg putih 20 biji cili kering - letak hanya 2 sb cili kering siap blender 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil jintan putih 1 sudu kecil ketumbar - tambah

Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub
 Bahan2 1 kg daging (dipotong nipis) 3 ulas bwg merah (dihiris) 2 ulas bwg putih (dihiris) 3 kuntum bunga lawang 2 inci kulit kayu manis 1/2 cawan kicap pekat air asam jawa secukupnya garam secukup rasa  Minyak masak untuk menumis
Bahan Kisar 4 biji bwg besar 3 inci halia 4 ulas bwg putih 20 biji cili kering 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil jintan putih 1 sudu kecil ketumbar
Bahan2 1 kg daging (dipotong nipis) 3 ulas bwg merah (dihiris) 2 ulas bwg putih (dihiris) 3 kuntum bunga lawang 2 inci kulit kayu manis 1/2 cawan kicap pekat air asam jawa secukupnya garam secukup rasa Minyak masak untuk menumis Bahan Kisar 4 biji bwg besar 3 inci halia 4 ulas bwg putih 20 biji cili kering - letak hanya 2 sb cili kering siap blender 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil jintan putih 1 sudu kecil ketumbar - tambah

Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub
Bahan2 1 kg daging (dipotong nipis) 3 ulas bwg merah (dihiris) 2 ulas bwg putih (dihiris) 3 kuntum bunga lawang 2 inci kulit kayu manis 1/2 cawan kicap pekat air asam jawa secukupnya garam secukup rasa Minyak masak untuk menumis Bahan Kisar 4 biji bwg besar 3 inci halia 4 ulas bwg putih 20 biji cili kering - letak hanya 2 sb cili kering siap blender 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil jintan putih 1 sudu kecil ketumbar - tambah

Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub

Cara
1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak. 

2. Masukkan daging, air secukupnya & renih sehingga daging empuk. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Tambah aji jika suka. Biar kuah agak pekat & secukup rasa. Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk... boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering)

Sunday, February 17, 2019

sarapan dihujung minggu...


jom la bermalas2an di hujung minggu macam ni... breakfast dengan roti boom frozen dan cicah dengan kuah kari left over jugak... just reheat both of them and the breakfast is ready untuk kami berdua... lepas ni boleh lah mengadap pc dengan aman nya... lunch nanti lah kita fikir lain pulak... boleh gitu?

Saturday, February 16, 2019

Brunch...

Asalamualaikum da salam hujung minggu...

 ni lah bila dok sorang2 kat rumah... so bearkfast dan lunch pun boleh sekali jalan... mudah kan kerja atau pun malas agaknya ya?.. selalu bila balik dari ber brisk walking tu mesti rehat2 dulu sambil ngadap pc... bila dah duduk tu bukannya boleh sekejap kan. dan bila terasa lapo barulah g mandi, solat dan lepas tu baru lah cari bekpes...masa tu pun dah hampir menjelang tengahari, thus jadilah brunch dengan apa yang ada dalam stok je lah... yang penting cepat disediakan dan boleh lah dinikmati dengan nyamanya!

 apa yang ada semua taruk dalam pinggan, senang keja. tak perlu nak basuh bekas banyak2 kan..

 left over pizza pun boleh... just reheat dah boleh dingap bersama satu mug susu omega.

kalau ade kerajinan boleh jugak buat nasik goreng bodo bodo cenggini... asalkan kenyang pun dah syukur Alhamdulillah kan...