meneruskan perjalanan dihari kedua cuti2 lombok...
lepas breakfast di villa ombak hotel, kami terus menaiki bot untuk ketanah besar lombok sekali lagi untuk perjalanan seterusnya.. kali ini kami dibawa ke kawasan air terjun Sendang Gile yang kata tour guide tu air terjun ni mendapat namanya dari singa gila yang menjaga kawasan perhutanan disini dari kerosakan pembalakan... itu dari cerita pak konon, katanya...pandai melawak pak tour guide ni.
sebelum ke waterfall yang jauh dikaki bukit tu, kami berehat2 dulu di pondok senaru ni untuk lunch yang dah disediakan oleh pondok senaru cottage...disini juga kami solat di wakaf yang seperti pergola tu... tanpa dinding, open air ruang solatnya dengan angin yang nyaman sebab berada diatas bukit. disekeliling cottage ni juga disediakan tempat untuk berposing mengambil gambar... memang sangat cantik pemandangannya..
jauh dibelakang tempat yang seakan jambatan ni lah terletaknya kawasan air terjun yang cantik tu..
dibelakang tuan tanah berposing ni boleh nampak jalur air terjun tu dari kejauhan... sayup nun dibelakang.
berjalan kaki about 30 minit jugak baru lah sampai kekaki air terjun ni... masa menurun memang tak de masaalah lah.. laju jer menuruni tangga yang agak curam dan licin... ni pemandangan dikaki air terjun sendang gila dan ade lagi yang diatas tu namanya air terjun tiu kelep, yang lagi lebih mencabar kalau nak naik kesana sebab tak de track dan terpaksa melalui halangan kayu balak yang tumbang dan cik monyet pun sangat lah banyak.. ramai jugak yang meneruskan naik ke2nd air terjun tu...
walapun air terjunnya sangat laju dan kuat, tapi tak de kolam kat situ...sepertinya air langsung tak bertakung...
spent the whole day kat kawasan air terjun... bisalah bila dah namanya pun rombongan cik kiah,mesti ade jer yang terlambat... kita yang dah ready ni kena lah tunggu hingga semua ada baru lah boleh meneruskan perjalanan... dan dari sini untuk ke kawasan bandar kena amik masa dalam 2 jam... jadi banyak masa dihabiskan dalam perjalanan. dalam perjalanan pergi dan balik tu lah kami dapat menyaksikan bekas tinggalan kesan gempa ogos lepas... banyak rumah2 yang musnah dan ada yang sedang dibaikpulih dan ada yang ditinggalkan begitu saja.. dan pemandangan hijau sepanjang perjalanan, tanaman padi yang sedang subur dengan pengairan dari air terjun sendang gila. tempat pertama yang dituju, kedai oleh oleh lombok...banyak barang2 cenderahati ada disini..
lepas shopping2 tu terus ke warung sasak untuk dinner kat sini... tapi sayang semua menu yang dihidang sangat lah pedas, yang tak termakan oleh kak rose... dan disemua tempat makan pasti ada tempe dan tauhu goreng... yang ni boleh lah makan sbb tak pedas, even sup dia pun pedassss!
lepas dinner terus ke hotel penginapan Golden Palace ditengah kota Mataram... hotel baru setinggi lapan tingkat, dan ini lah bangunan yang tertinggi so far di kota mataram ni, kata Pak Sukirman. ni lah ketua rombongan bersama Pak Sukirman berposing didepan counter receptionist.
welcome drink...jus limau dan jugak guava juice yang sedap. kalau haus apa2 minuman pun sedapkan...
sedapnya dapat merehatkan badan setelah seharian diperjalanan... tapi sebelum tu ade incident yang buat kak rose grrrr!!! masa nak naik tu bell boy berkeras dia nak hantar luggage yang besar2 tu dalam satu troly tapi my adik dah amik dulu dia punya luggage, so dia dah tick kat list tu walaupun adik dah pesan ade satu lagi luggage kat trolly tu.. and dia kata "ya, buk"! tunggu hingga dekat pukul 11pm luggage kak rose tak sampai lagi... called receptionist sampai 2 kali sbb luggage tak dapat lagi.. first called tu masih boleh bertahan lagi tapi bila dah dua kali called pun tak settle lagi memang nak jerit lah dah...bila dah kena jerit tu, baru lah dia cepat response, dia letak depan pintu bilik kawan ditingkat 5 instead of bilik kak rose ditingkat 3. gerammmmm kan! bila kak rose kata nak buat aduan, dia kata "jangan buk, kalau kena buang kerja nanti saya mau makan apa, buk" tau takut... apa pun forget about it dan pandang hari esok dengan positif, barulah boleh enjoy the holiday, kan...