Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, June 30, 2011

Puding roti marble

last entry untuk bulan Jun.... wat puding roti marble ni petang td untuk minum2 bersama dengan jiran baru kak rose.... sambil minum sambil pot pet berkenalan dengan lebih lagi.... maklumlah duk berjiran kenalah ambil tau kan..... asalkan jangan sampai macam nak jaga tepi kain orang tu dah le kan... hulurkan pertolongan apa yg patut sbb barang kargo akan hanya sampai lebih kurang 3 minggu lagi.... susahkan bila kena pindah2 tempat keja ni, tp nak wat camner kan bekerja dengan majikan....

berbalik kepada citer puding ni, kak rose dah banyak kali buat tp nak jugak tepek kat sini.... resepi dari hana @Myr... leh jugak tengok kat sini yg kak rose buat dulu tu....mekasih ya nduk hana yg kongsi resepi ni...

puding roti marble yg simple n sedap!

Apam gula melaka

yes, akhirnya apam gula melaka yang menjadi... kembang mekar setaman.... ni percubaan kali kedua yang akhirnya menjadi juga.... masa 1st time buat tu mmg frust sangat dengan kejadiannya yg takmo nak senyum, apalagi kembang mekar.... sedih sangat! tp kali ni macam dalam hati ada taman munger2 yg sedang kembang bila tengok apam ni.... suker sangat! terima kasih pada rositamz di Myr yang kongsi resepi ni... dan kak rose nak sharekan kat sini sekali lagi....

Bahan-bahan ( 14 biji guna papercup saiz besar )
  • 125gm gula pasir
  • 125gm gula Melaka - dipotong kecil2
  • 150ml air
  • 250 gm tepung gandum
  • ½ sudu teh soda bikarbonat
  • ½ sudu teh yis (bancuh dengan sedikit air suam)
  • 1 biji telur
  • 100 ml minyak masak

Cara-cara

  1. Sediakan acuan dan panaskan kukusan.
  2. Masak air bersama gula pasir dan gula Melaka hingga hancur. Tapis dan sejukkan.
  3. Ayakkan tepung gandum ke dalam bancuhan air gula. Gaul hingga sebati dan rata.
  4. Masukkan soda bikarbonat, yis dan telur. Kacau hingga sebati.
  5. Tuang minyak sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
  6. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 15 minit atau hingga masak (bergantung kepada saiz acuan).

apam gula melaka yang mekar kembang setaman untuk jamuan meraikan kedatangan jiran baru kak rose.... Ana dan keluarga yang baru berpindah dari KK. welcome to the club, Ana.

Wednesday, June 29, 2011

Puff kelopak versi hangus!

salam semua... tu dia versi hangus nyer puff kelopak.... dah lah x nak kuor lapis2 nya tu dah tu pulak tuan yg membakar ni dok leka bw.... (yg banyak main game jer...) dan ni lah akhirnya... walaupun hangus tapi tersangatlah rapuhnya....leh tengok CMG punya puff tuna kelopak yang sangat cantik tu kat sini ya... tp jangan la bandingkan kejadian puff kak rose yg telah hangus hancus ni... apapun mat, kak rose cnp resepinya ya.... terimakasih daun keladi, esok2 nak amik resepi lagi...

BAHAN INTI TUNA :-)
1 tin tuna, tos dan hancurkan
1 biji bawang besar, dadu kecil
2 biji bawang putih, cincang halus
1 camca besar cili kisar
1/2 camca teh lada hitam kisar
2 biji limau kasturi, perah jusnya
1/2 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap cair
1/2 camca besar mentega
Secubit gula

BAHAN LAIN :-)
1 pack puff pastry jenama "KAWAN" (saiz 4 x 4 inci, ada 10 keping)
Kuning telur, disapu
Sedikit lada hitam, tumbuk halus
Sos pilihan (optional)

walaupun hangus hancussss menjadikan puff ni tersangatlah rangup....

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK INTI TUNA :-
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar, sos tiram dan lada hitam, kacau rata dan tambah ikan tuna, kicap cair dan gula, kacau rata. Tuang sedikit air (anggaran 1/3 cawan), kacau dan masak hingga kering, akhir sekali masukkan jus limau kasturi dan mentega, kacau rata dan matikan api. Sejukkan inti sebelum digunakan.
  1. UNTUK PUFF TUNA KELOPAK :- Ambil 1 keping puff pastry, kerat kepada 4 bahagian sama besar. Ambil 1 bahagian, buat "X" seperti dalam gambar. Kemudian ambil 3/4 camca teh inti tuna, letak pada 1 bahagian pastry lagi. Tindihkan pastry yang dikelar bentuk "X" tadi. Tekan tepi2nya dengan garfu, seperti dalam gambar. Alih ke dalam loyang. Buat selebihnya dengan kaedah yang sama, hingga siap. Sapu kuning telur dan tabur dengan sedikit lada hitam kisar. Bakar dalam oven pada sugu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang bersama sos kegemeran, jika suka...
sebelum kebakaran.... nak jugak enterframe kat sini!

CATATAN MET GEBU :- Jika oven anda mempunya kipas, boleh "ON" kan semasa membakar pastry puff tadi. Kaedah "hot air circulation" ini akan menambah udara dalam puff pastry menjadikannya lebih tinggi, ringan, garing dan rangup......sumber dari "Martha Stewart".....

Tuesday, June 28, 2011

Apam kentang

hari2 dok melukut ditepi gantang… eh tepi pintu ek? kat rumah Nor, macam2 resepi sedap2 yg terjumpa… dia x bukak pintu pun kak rose leh amik jer resepinya…. tp dia kan senyum sokmo, awet muda orang yg senyum selalu ni kan . ... lama dah tingin nak buat apam kentang ni tp asik x kesampaian jer.....baru buat apam ni dah nampak resepi lain lak... jelly kelapa yg sungguh mengancam... mana nak cari kelapa muda lak ni.... haizzz!!! mekasih Nor dan Seri kongsi resepinya...... kak rose cnp resepinya kat sini ya…

APAM KENTANG
Sumber : Seri
Sumber : SecubitGaramNor67

Bahan-bahan:
* 3/4 cwn gula pasir
* 200 ml air
* 1 helai daun pandan
* 2 cwn tepung beras
* 1 cwn kentang rebus
* 3/4 cwn tpng gandum
* sedikit garam
* 1 sk yeast
* 1 sk b.powder
* pewarna hijau/pandan paste
* 250 ml santan (kak rose guna sepeket santan serbuk n bancuh ngan 250ml air)

Cara-cara:
1. Kentang rebus di blend bersama dngn santan(biarkan sebentar)
2. Masak gula bersama air dan daun pandan.
3. Dlm mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum,yeast, b.powder dan garam.
4. Satukan semuanya dlm blender dan kisar sebati.
5. Perap selama 1 jam.Sapu minyak pada bekas kecil2.
6. Kukus dalam bekas kecil2 selama 15 minit.
7. Kalau guna loyang besar, kukus selama 40 minit.
8. Apam ini boleh di makan bersama dgn kelapa parut.

Monday, June 27, 2011

Angel hair lemak pedas

ni dia angel hair lemak pedas yg x cukup bahan.... firstly nak minyak maaf dengan Nor…. jangan marah ya, kak rose asik dok godek dapo dia…. mesti x marah kan sbb x sepah2, x dengar tung tang pun kan….. cuma amik resepi jer…. biar pun x cukup bahan tp sbb dah kemaruk nak makan buat jugaklah dengan bahan apa yg ada dalam fridge jer…CMG pun x marahkan sbb kak rose memandai mengubah resepi ni mengikut bahan yg ada!

SPAGHETTI LEMAK PEDAS
resipi : CMGebu
sumber: K.Nor @ SecubitGaram


BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cekak spaghetti ~ k.nor guna angel hair
2 biji tomato ceri tomato, hiris bulat
1/4 bahagian red capsicum, dadu)
1/4 bahagian green capsicum, dadu) (semua x de... ilek ! gantikan ngan cili merah jek)
1/4 bahagian yellow capsicum, dadu)
1 helai bay leaf - ni pun x pernah ada!
3 biji cii padi, hiris halus (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/3 cawan susu cair IDEAL
1 keping meat loaf "ayamas", didadu ~ k.nor gantikan dgn sosej dan udang (ganti sosej n ayam)
1/2 kiub pati ayam "Maggi"
Sedikit air ~ k.nor guna air rebusan pasta tu

CARA MEMBUATNYA :-)
Rebus spaghetti tadi hingga lembut mengikut arahan pada paket atau citarasa masing2. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
Panaskan minyak zaitun dalam kuali tak melekat. Tumis bawang putih hingga layu, masukkan bay leaf dan meat loaf tadi, kacau sekejap dan tuang susu + air, biar mendidih. Tambah serbuk lada hitam dan kuib ayam, kacau dan biar masak perlahan.
Masukkan red/green/yellow capsicum bersama cili padi. Tambah spaghetti dan gaul rata. Masak hingga pekat, dan rasa jika perlu tambah sedikit garam. Bila dah ok boleh matikan api.
Alih ke dalam pinggan yang sesuai, hias dengan hirisan tomato dan taburkan sedikit lagi serbuk lada hitam. Hidangkan segera.

stok angel hair spaghetti - ada 4 pack lagi yg x berusik, bila la nak masak ni? ni sebenarnya kes tersalah bli.... nak bli spaghetti yg biasa tu untuk laksa johor, teramik yg ni pulak... sampai rumah baru sedar! apakah?

Sunday, June 26, 2011

Onde onde keledek

menu minum petang dihari minggu yang malas2 ni.... kueh yang paling senang dan cepat sangat nak menyediakannya.... dah beberapa kali anak dan ayah menyebut nak makan kueh onde2 buah melaka ni... baru je ari tu buat kan tp sbb x puas makan, derang ni nak lagi.... godek2 selongkar dapur Nor lagi cari resepi onde2 yg guna keledek ni.... tp yg dah jadi versi derhaka sbb kak rose x de keledek dan telah menukarkannya dengan kentang! kira adik beradik la tu kan... sllu buat dgn tepung pulut jer dan kali ni terasa sangat lembutnya... x liat macam kalau guna tepung pulut saja. mekasih pada Yatie dan Nor jugak, kak rose kopipes resepinya ya...

ONDE-ONDE KELEDEK
sumber: Yatie Memories
sumber: K.Nor@SecubitGaram


Bahan-Bahan
2 cawan keledek- yg telah direbus dan dilenyek (kak rose guna kentang...)
2 cawan tpg pulut
1 ketul gula melaka - dipotong kecil2
1/2 biji kelapa - diparut putih sahaja dan digaul dgn secubit garam
pewarna kuning
1/2 cwn air atau secukupnya- utk diuli dgn adunan dan utk merebus onde2

meh jemput minum..... ada banyak ni!

Cara-cara
Lenyek keledek yg di rebus hingga lumat dan digaul sebati dgn tepung pulut. kemudian masukkan air sedikit2. Seterusnya masukkan sedikit pewarna dan gaul rata hingga menjadi doh.
Kemudian buat bebola kecil, masukkan potongan cula melaka ditengah2nyer tutup dgn kemas dan golekkan supaya menjadi sebiji bola. Lakukan sehingga adunan habis.
Jerang air dlm periuk hingga mendidih. Masukkan bebola tadi kedlm air mendidih. Angkat apabila ia sudah terapung (maknanya... dah masak la tu..)
Akhir sekali golek2kan diatas parutan kelapa tadi.

Mayonnaise saucy chicken

Salam dan selamat berhari minggu…. agaknya ramai yg bersopping hari ni ya… maklumlah hari gaji. selamat bersopping la ya… pagi ni kak rose nak entrykan menu semalam yang sepagi menyelongkar kat dapur Nor tu ni la menunya yg kak rose amik…. sedap ya amat, sampai anak pun tanya… ayam apa ni ma? terimakasih banyak2 pada Love yg menciptakan resepi mabeles ni, dan juga pada semua yg sharekan resepi ayam ni…. ramai yg dah mencubakan… dan kak rose cnp dari rumah Nor.... tq ladies!

MAYONNAISE SAUCY CHICKEN
recipe by : Love2cook
source : K.Nor@SecubitGaram

Ingredients :~
1 whole chicken ~ cut free form (kak rose guna chicken wing jer)
2 eggs
1 tsp coarse blackpepper
salt
2 tbsp plain flour
1 tbsp cornflour

for the sauce:
3 tbsp chilli sauce
2 tbsp sweet & sour sauce ( may sub with tomato ketchup )
1 tbsp sweet soy sauce (optional)
4 tbsp mayonnaise
cooking oil to fry
1 tbsp olive oil for sauce
(ikut cam Nor jugak ---> tambah cili api kasi berasap!)

Method :~
Clean chicken, pat dry with paper towel.
Beat eggs in a bowl. Mix in blackpepper, salt, flour and cornstarch.
Add chicken pieces in and rub thoroughly with the egg mixture. Marinate for 30 minutes.
Deep fry the chicken pieces until cooked. Drain on a paper towel.
Now make the sauce. Heat olive oil in a saucepan. Add all sauces except for mayonnaise. Stir and add in the fried chicken pieces, mix. Turn off the heat.
Add mayonnaise to the chicken, mix and coat well. Dish out immediately and ready to be served.

* yg K.Nor tambah:
1 sudu teh serbuk cili kasar
5 bj cili padi dihiris serong
sedikit cili merah dan cili hijau dihiris serong
sedikit air utk menghasilkan masakan yg sedikit berkuah
tepung tu K.Nor letak 3 sudu kecil (rumbu) tpg jagung jer.

sedap... hingga menjilat jari. kalah kepci!

Saturday, June 25, 2011

Puding cokelat sos kastad

Salam dan selamat berhujung minggu semua…. sepagi ni kak rose dok melepak kat dapur Nor secubit garam menyelongkar gobok lauk dan dessert dia yg sedap2 tuh…dan nilah dia dessert yg kak rose buat pagi ni hasi dari penyelongkaran tu… tapi x sepah pun, amik dan pas tu kemas balik elok2 tentunya nor x marah kan… terima kasih Nor, juga tuan punya resepi asal iaitu Dayang Jack. terima kasih sekali lagi pada anda berdua... kak rose kongsikan resepinya kat sini ya...


PUDING COKLAT SOS KASTARD
resipi : Dayang Jack
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Puding Coklat :
10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
500 ml susu segar (k.nor lebihkan 100ml)
250 ml susu cair
100 ml air
3/4 cawan gula pasir
2 sb susu pekat
2 sb serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
1 sb tepung kastard + 2 sb air
1 sb mentega
1 sk esen vanilla

Cara-cara :
Larutkan agar-agar dan gula bersama 100 ml air.
Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat.
Kacau sebati dgn api perlahan.
Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega.
Sebatikan. Tutupkan api.
Tuangkan ke dlm bekas bersesuaian. Sejukkan.

kalau Nor buat untuk makan beradap, kak rose pun mengadap jugak. 3 beranak!

Bahan Sos :
2 cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya)
2 sb tepung kastard
4 sb gula pasir
1 sk esen vanilla

Cara-cara :
Satukan kesemuanya di dlm periuk.
Kacau hingga tepung larut.
Kemudian, dipanaskan dgn api kecil hingga sos kelihatan pekat.
Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi.
Sejukkan terlebih dahulu.
Kemudian, hiaskan dgn coklat urai jika suka.

Friday, June 24, 2011

Cucur nasi ikan bilis

salam dan selamat malam.... ada yg dah lena dibuai mimpi kan waktu2 begini... dan kak rose baru nak wat entry pasal cucur nasi yg sedap nih! lembut sangat dan tetap lembut walaupun dah sejuk... dan yang penting nasi yg berbaki x la terbuang begitu saja... rasanya kalau nak buh sayur dalam tu pun ok gak kan... carrot ke, kubis ke... dah jadi macam makan nasik lak...

resepi dari yatie, terima kasih ya dan kak rose nak sharekan kat sini lak...

Bahan-Bahan
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn air
  • 1 biji bwg besar
  • 2 biji bwg putih
  • 1/2 cwn ikan bilis
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka) (kak rose buh cili flakes)
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
  • sebiji telor (yg ni kak rose tambah)
sedap makan dengan sos cili....

cara membuatnya
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...

Tenggiri asam daun kari

salam hari jumaat yang mulia pada semua.... ni lauk lunch td, asam tenggiri daun kari. selalu jugak buat masak asam cenggini tp x de letak daun kari dan serai semua... bila panggil cik google soh tolong cari resepi ikan tenggiri dia singgah kat rumah nor lagi... ramai yang dah mencuba resepi ni rupanya... kak rose je yg baru terjumpa... mekasih pada semua penyumbang dan dan yang sharekan resepi ni.... Asma, Izah, Mamahawa, Mas dan Nor... dan kak rose cnp resepi ni dari rumah Nor untuk sharekan kat sini pulak... terima kasih sekali lagi.

TENGGIRI ASAM DAUN KARI
Resepi : Kak Asma
Sumber : Izah, Mamahawa, Mas, Nor

Bahan2:
4 keping ikan tengiri
1 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*
sedikit halia*
1 biji lada merah dan hijau*(*bahan bertanda dihiris )
1 batang serai(ketuk)
sedikit daun kari
garam,perasa,air asam jawa

suka kutip sampah sarap yg banyak tu. hmmm....... sedap!

bersihkan ikan, lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam. panaskan goreng hingga garing. angkat dan ketepikan.
keluarkan minyak dari kuali tinggalkan sedikit, masukkan bahan yang telah dihiriskan tadi, tumis hingga layu.
masukkan lada, serai,daun kari, garam, perasa dan air asam.
biarkan sebentar,baru masukkan ikan tadi.
kalau suka berkuah agak2 hampir pekat matikan api.

Thursday, June 23, 2011

Lempeng ubi-kelapa

ni lah padahnya kalau asik menyelongkar dapur maya kawan2.... macam2 yang ternampak dan terus teringat2 nak makan... mengalahkan orang mengidam! semalam nampak CMG buat lempeng ubi-kelapa ni dan paham2 je la kan.... tayangan amal CMG tu mmg amat menggoda tekak orang kuat makan macam kak rose ni.... ubi ada seciput dan kelapa putih pun kebetulan ada jd kak rose buatlah.... dapat 4 keping jer.... cukuplah untuk kami 3 beranak minum petang td...tapi mat, kak rose derhaka sikit dengan resepi ni... kak rose buh gula dan santan, nak kasi lagi lemak.... buh gula tu sbb x dak sambal tumis nak wat cicah...(nak cicah kari ikan macam x ngam lak.. .) bila dah manis boleh la makan cenggitu jer... sori ya. Mat, kak rose cnp resepinya ya...

BAHAN-BAHANNYA :-)

2 cawan parutan ubi kayu
3/4 cawan kelapa parut putih
Garam secukup rasa
Sedikit air (yang ni agak2 lah dalam 3 - 4 camca besar) (yg ni kak rose guna santan)
(2 tsb gula - yg ni kak rose tambah)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan diatas kecuali garam, gaul rata dan tambah garam secukup rasa, kacau sebati. Panaskan non-stick pan, oles sedikit minyak masak, letakkan 1 senduk adunan dan ratakan (bergantung pada saiz non-stick pan masing2).
  2. Masak dengan api perlahan hingga kuning keemasan dan garing, terbalikkan dan biar kuning keemasan. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama sambal tumis atau ikut citarasa masing2...

Goreng kubis ala mamak

ari ni pas makan style vietnam cuba yang style mama pulak.... sllu kalau kat restoran mamak mesti ada sayur kubis camni kan....tp cara dia masak sampai lembik layu gitu... kali ni kak rose wat sendiri kubis ala mamak ni...tp terbanyak lak biji sawi tu... puas nak mengasingkan masa makan tu...issshhhh!!! tp kak rose nya kubis ni x cukup bahan sbb tahu yg kak rose bli tu rasa dah masam.... nasib baik cium dulu sebelum potong2 tu, n then rasa.... mmg x de rezeki la... so x de la tahu dalam kubis mamak ni....mula tu nak gantikan dengan telor, tapi takut kang rasa lain lak... so end up biarkan kosong je la....kalau kat restoran mamak pun kosong je kan....

resepi kubis mamak ni kak rose dapat dari Myr jugak.... banyak resepi sedap2 kat situ sampai x tau mana satu nak cuba dulu.... terimakasih pada Datin Lulu yg share resepi ni dan kak rose nak mintak izin nak sharekan kat sini ya...

Bahan-bahan
  • 1/2 biji @ 1 mngkuk kubis bulat - dpotong/hiris nipis
  • 1 batang karot - dparut memanjang
  • 3 - 4 ketul tauhu - dhancur ckit (yg ni kak rose x letak)
  • 1/2 labu bawang besar - dhiris nipis
  • 3 ulas bawang putih - dketuk
  • 1 -2 cili merah - buang biji/hiris nipis
  • 1 sudu teh biji sawi
  • 2 sudu besar sos tiram
  • garam cukup rasa
  • 1 sudu kecil (rata) - serbuk kunyit (jgn lebih nnti pahit)

Cara-cara

  1. Panaskn 3 sudu besar minyak (agak2 le)
  2. Tumiskan 2 jenis bawang hingga sedikit layu, baru masukkn biji sawi & serbuk kunyit...biar seketika, masukkn tauhu yg dhancur (gaul mesra)
  3. Masukkn sos tiram, dikuti kubis, karot & cili merah...garam jga - gaul sebati & mesra smua bahan
  4. Agak2 dah masak, tutup api (klau suka bleh letak daun bwang dptong pndek) gaul sebati *Sayur ni x prlu letak air utk kuah, goreng kering aje...(tpi lmbab ckit) *Sayur ni versi x de perasa tmbahan pati ikn bilis dll...

Ayam vietnam

selamat tengahari semua..... dah lunch ke?.... ari ni kak rose selongkar dapur nor secubit garam tu amik resepi ayam vietnam ni.... kalau tengok kat dapur nor tu ayam dia semua sangat lah mengancam, tu yg terpikat nak mencuba ni.... dan ikut macam nor jugak tambahkan cili api kasi pedas kaw2 gitu.... biar kuor api kut telinga!

mekasih to all the ladies yg share resepi ni, dan kak rose cnp dari rumah nor...

VIETNAMESE SPICY LEMONGRASS CHICKEN
sumber: tulip77@Myr & Izah
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
3 keping isi ayam, potong saiz kecil2 *saya goreng sebentar (kak rose pun)
3sb gula ~ k.nor guna 2 sudu jer
2sb minyak masak
3sb sos ikan
3btg serai - ketuk
1sb cuka
1sb sos tiram
1bj bawang besar - potong dadu
lada merah & lada hijau - potong menyerong (lada ijo ilek...)
5 bj cili padi ~ k.nor tambah

Cara-cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan gula dan biarkan sebentar hingga bertukar warna gelap. Masukkan ayam & bawang.
Lepas 5minit masukkan serai & lada. Perlahankan api & masuk bahan2 lain &gaul biar sekata. Jika kering masukkan sedikit air.
Rasa & adjust apa2 yg terkurang. Hidang panas2 dgn nasi putih.

Wednesday, June 22, 2011

Chocolate chips cookies

memenuhi permintaan anakanda yg katanya dah lama mama x buat cookies…. td nampak kat rumah tun telani chocolate chips famous amos cookies sangatlah menggoda jiwa raga…. tp sbb dah beberapa hari simpan resepi cokelat cookies yg ni, dan yg paling penting x yah nak kuorkan mixer bagai so apa lagi mencuba yg ni la dulu…. lagi pun bahan2 pun agak sama cumanya x yah guna mixer… nnti kalau rajin kak rose nak jugak mencuba yg famous amos yg sedap tu….kalau lalu booth dia pasti hmmmm…. harum sungguh baunya dan harga nya juga sungguhlah mem burn kan poket kan… x pe nanti kita wat sendirik je!

Resepi ni kak rose cnp dari Myr oleh kak fida, terima kasihya share resepi cookies yg mudah ni… tp kak rose buat punyalah bagak2 besaunya… so dapat +-80 biji jer… tp mmg sedap n rangup sangat. x rugi mencubanya!

Bahan-bahan ( lebih kurang 100 kpg )

  • 190 g mentega- lembut
  • 45 g gula perang
  • 80 g gula kastor/icing
  • 220 g tepung gandum
  • 1/2 sk rata baking soda
  • 1 sk serbuk koko(lebihkan jika suka utk mendapatkan cookie yang gelap)
  • 1/2 sk esen vanilla
  • 170 g choc chip
  • 170 g badam cincang kasar- di panggang (kak rose guna gajus, blend sendirik - terhalus lak!)
  • 1 biji telur -yg sedang

Cara-cara

  1. Tepung, baking soda, koko di ayak bersama.
  2. Mentega, gula icing, gula perang di gaul rata.
  3. Masukkan telur dan esen dan digaul lagi hingga sebati.
  4. Masukkan pula campuran tepung,gaul diikuti dgn choc chip dan badam cincang dan di gaul hingga rata dan sebati.
  5. Susun doh sesudu2 di atas loyang pembakar dan bakar hingga garing mengikut suhu kepanasan oven masing2.
macam nak raya lak kan... meh jemput makan cookies ni.

Tuesday, June 21, 2011

Lauk simple ari ni...

Lauk simple hari ini…. ikan selayang dalam sos asam jawa style malas punya…. dah banyak kali buat dengan bermacam2 ikan resepi sedap nih…. ikan merah, ikan siakap juga ikan jenahak… kali ni guna ikan selayang lak, yg juga disebut ikan sadin.... tp bukan yg dalam tin nyer ya taw! ikan selayang ni sangat molat2 dan besar2 saiznya… 4 ekor je dah 1kg…. isi memang banyak dan nasib baik dapat bli yg fresh…. sangat mabeles bila digoreng dan masak dalam sos asam jawa nih.

sayur pulak..... tumis air labu air + carrot munger2…

Monday, June 20, 2011

Talam marble

salam semua.... dah lama tengok talam marble yg cantik ni... tp x terbuat lg. tepung hoen kwe tu pun dah lama bli cuma seru x pernah sampai2.... tapi hari datang angin rajin sket sbb x yah masak untuk lunch bagai kan so mulakan projek nak wat talam ni.... 1st taim menggunakan tepung hoen kwe ni pun, jadi masa mengacau tu x tau lama mana... so bila dah kacau jadi pekat sangat susah lak nak memerblekan.... tu yg nampak mengerutu je kat bahagian atasnya....

resepi dari fida di Myr dan kak rose nak sharekan kat sini lak ya. terima kasih banyak sbb share resepi ni...

Bahan-bahan ( loyang 10x10 inc. )
  • 250 g tepung Hoen Kwee (putih)-(1 sb rata=10 g)
  • 450 g gula halus (2 1/4 cwn rata)
  • 2100 ml santan pekat (drpd 2 biji kelapa)
  • 1 sk garam
  • 3 sb serbuk koko
Cara-cara
  1. Satukan kesemua bahan ke dlm mangkuk kecuali koko dan dibahagi 2. 1 bahagian di campur koko.
  2. Masak adunan dlm periuk yg berasingan sehingga pekat,licin dan kelihatan meletup2. Matikan api.
  3. Marblekan adunan berselang-seli warna hingga habis di dlm loyang yg bergris.Sejukkan.
  4. Siap utk dipotong dan dihidangkan.
  5. Cara2 ke 3 hendaklah dilakukan dgn cepat krane adunan cepat mengeras.

ni tepung yang kak rose guna.... tp kak rose buat sepertiga je dari adunan ni...

Semua nak senang jer...

mmg pun semua nak yg cepat dan senang kan…. buat apa nak keja yang susah2 kalau ada yang sangat menyenangkan…. macam x yah nak masak untuk lunch hari ni kan… cal je 1300882525 dan tunggu….siap hidangan tersedia atas meja…. ooooh! itu kilija sangat sinang ma.... tinggal nak ngap jer…

tapikan ….. depa ni dah x de ke box untuk large pan pizza ni? …. dipotongnya 8 pcs dan buh dalam kotak kecit2 cam ni? gasak la…. janji super supreme pan pizza ni dah ada depan mata… dan satu lg nak tanya wahai cik tuan puan tukang buat pizza nih…. kenapa topping tu sangat kedekut isinya?...apa yg super supreme sangat kalau gitu?....sapa nak tolong jawapkan? ataukah kak rose yg tamak nak banyak jer?... (ohhhh!!!! kena insaf diri dah makin kembang.....)

Sunday, June 19, 2011

Kisah sedih dipetang hari...

petang td g jenjalan ke subang parade sambil cuci mata tengok sale disana sini…masa pegi tu naik ktm komuter ni mmg macam hampeh! sampai kat stesen tu pukul 2.10 dan suppose ketapi datang pada 2.19, tunggu punya tunggu dah schedule for next train pulak yg akan datang pada 2.34. pun x datang jugak dan next schedule la pulak at 2.49 dan at last ketapi datang at 2.51pm… lemas menunggu, dah lah sangat panas berbahang hati juga jadi panas sbb lama sangat…. x de satu pun annoucement dari pihak ktm yg memberikan sebab2 kenapa ketapi lewat…. manalah courtesy derang ni kan???? bila sampai lak, train penuh mengalahkan tin sadin! patut pun kalau orang ramai x nak gunakan public transport… x larat nak amik risk sampai lewat terutama yg keja pejabat kan…. cuma orang yg cam kak rose ni jer yg terpaksa tunggu!

balik ok je abang g jemput, yalah dengan barang2 ditangan kalau nak naik ketapi lagi maunya tercicir segala barang kan…. sampai dirumah kemaskan segala barang simpan ditempatnya dan bila nak kemas pinggan dirak basuhan….. hati sangat tipilanjat tengok tudung piok vision kak rose dah terbelah 2! adoyaiiiii… sapalah punya keja… tanya orang kat rumah ni semua x tau? pecah sendirik? ada hantu kak limah singgah kat rumah ker? muskil kan?...

ini le ropanya tudung piok yg dah terbelah tu.... nak kena tepon kawan kat Langkawi yg nak pindah kesini untuk belikan tudung piok yang baru pulak.... kalau nak bli kat sini maunya macam nak bli satu set lak.... x terdayo la den oi....

untuk ubatkan hati yg sedih, buat pisang goreng ni…. pisang ni jiran sebelah rumah yg kasi… tima kasih daun keladi ya Malia… ada lagi bolehlah kasi lagi… uisshhh kak rose ni, beri sekali nak lagi lak kan. manis sangat pisang ni tp tetap gak nak makan dengan sambal kicap jawa nih! sedapnya makan bergandingan dengan se mug teh kuning....

Saturday, June 18, 2011

Bubur biji nangka

buat kuih ni untuk minum petang tadi… sedap lemak manis rasanya, cuma masa nak menggentel tu yg amik masa sket maklumlah nak kena buat kecik2 barulah comel kan…. tu pun dah jadi macam2 saiz ada! kuih biji nangka yg x sama saiz… x kesahla kan asalkan dapat makan n sedap gitu…

meh tengok resepinya yg kak rose cnp dari Myr oleh SisIda. mekasihya share resepi ni, kalau ada nangka betul mesti lg sedap kan… dan kak rose tambah biji sagu dalam bubur tu.

Bahan-bahan ( 5 orang )
  • Bahan A
  • 200g tepung pulut
  • 140ml air suam
  • pewarna
  • Bahan B
  • 2 mangkuk santan
  • 6 sudu gula
  • secubit garam
  • 5 helai daun pandan
  • bahan C
  • 1 liter air
  • (kak rose tambah 2 sudu makan sagu biji)

Cara-cara

  1. campurkan kesemua bahan A dan diuli sehingga sebati.Kemudian dibahagikan kepada beberapa bahagian dan diwarnakan dengan pelbagai warna yang disukai.
  2. Air didihkan di dalam periuk.Doh yang siap diuli akan digentel@bulatkan kecil seperti biji nangka dan dimasukkan ke dalam air mendidih..biji yang terapung diangkat dan dimasukkan ke dalam bekas berisi air sejuk.
  3. Bahan B dicampurkan ke dalam periuk dan didihkan.Akhirnya masukkan biji Nangka yang siap dimasak tadi...Bubur siap untuk dihidangkan..

Nasi dagang

salam semua.... ni la 1st time buat nasik dagang... kalau tahu begini susah dan renyah g kedai je la jawabnya.... tp tu la kan nak jugak mencuba sendiri setelah tengok kawan2 masak dengan jayanya... kak rose yg keras tangan ni nak jugak try.... walllaaaaah!!!! kejadian x seperti yang diharapkan.... entah dimana silapnya.... nasik jadi terlembik.... x tau nak agak air sbb nasik tu ikut style Anim yg masak cam biasa pas tu kukus lak.... hishhhh!!! x pandai la kak rose ni...

sukatan beras tu kak rose ikut ikut Chef Norzailina

Nisbahnya ialah,
1 cawan beras nasi dagang,
1 cawan beras pulut dengan
3 cawan beras biasa.

rendam beras 5 jam

tp cara masak kak rose ikut Anim , masak cam nak wat nasik lemak biasa tu, bila dah setengah masak, salinkan dan kukus. pastu tabur hirisan bawang, halia dan halba. kukus semula.. kerja nak mudahkan.... dan akibatnya nasik kak rose terlembik.... adoyaiiii... kalau next time nak wat lagi nak cuba cara yg kukus sepenuhnya pulak. tp adakah diriku serajin itewww?

untuk kuah gulai, kak rose cnp dari rumah Anim gak....

Bahan2
1 ekor ikan aya@tongkol
3kpg asam keping
sedikit garam
air secukupnya
Bersihkan ikan aya dan potong.
Masukkan dalam periuk dan masukkan asam keping, garam dan air.
Air hendaklah melebihi paras ikan.
Masak dgn api sederhana sehingga air tinggal lebih kurang 1/4.
Lagi lama ikan dimasak lagi sedap, isi ikan pun lebih pejal.

Bahan2 kuah:
4 sudu besar cili mesin (kak rose dah kurangkan tp masih pedas... huhuhu...)
7 bj bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1in halia *
1in lengkuas *
1in kunyit hidup * ( * diblend )
3 sudu besar rempah gulai nasi dagang ~ boleh guna rempah cap bunga ros kalau tak ada rempah khas utk gulai
nasi dagang
(akak guna rempah kari daging+rempah kari ikan) (kak rose pun)
2/3 cawan santan fresh/pekat
4 cawan air
air asam jawa (kak rose guna asam keping jer)
sedikit belacan ~ optional
nisan/gula melaka
garam
sedikit gula
7 - 9 bj cili padi
minyak

Bahan penumis:
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan penumis.
Biarkan hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Goreng hingga cili menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
Masak hingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai.
Masukkan 1/2 cawan air dan masak lagi hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan lebihan air dan masak hingga mendidih.
Masukkan santan dan renihkan hingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau.
Masukkan air rebusan ikan, jus asam jawa, belacan, nisan/gula melaka, garam dan gula.
Masak hingga kuah sedikit pekat dan masukkan ikan yg dah dimasak tadi.
Renih lagi kuah hingga kepekatan yg disukai.
Sekiranya kuah terlalu pekat dan tak pecah minyak bolehlah ditambah air panas dan masak semula hingga keluar minyak.
Masukkan cili padi dan masak lagi sekejap dan baru lah dipadamkan api.

* ikan aya lebih sedap direbus lebih awal dan dibiarkan supaya rasa masam2 tu meresap ke dalam isi ikan.
** kalau ada belimbing buluh, boleh lah diletak dlm gulai ni. nanti rasa gulai lagi sedap


Untuk acar dari rumah Chef Norzailina again.

Acar
1 biji timun
1 batang lobak merah
1 tangkai cili merah
2 hirisan nenas (x letak sbb x de la pulak!)
½ labu bawang besar
2 camca besar cuka
1 camca besar
gulagaram secukupnya

Cara membuat:
1. Timun dipotong 3 cm, buangkan empulur. Hiris halus.
2. Potong lobak, cili merah, nenas dan bawang besar halus-halus.
3.Gaulkan dengan cuka, gula dan garam hingga sebati.


terimakasih pada Anim dan Chef Norzailina share resepi ni ya....

Ubi ungkep

Salam dan selamat berhujung minggu semuanya..... ni dia ubi ungkep versi tak gebu…. x reti betul nak pilih ubi yg bila direbus sangat gebus gebas gitu…. asik2 dapat yg cenggini je… walaupun empuk tp x gebu, tp ttp abes licin dek kesedapannya… kalau nak tengok ubi gebus cikgu hana kat sini ya....sesekali buat ubi cam ni sedap jugak kan….. wat minum petang semalam aka dinner sekali. So ni kira tayangan amal yang dah terlewat schedule le…

Resepinya kak rose cilok kat rumah cikgu hana yg sangat bz nowdays! Coti2 sekolah koje jugak ke cikgu? Apa pun mekasih resepinya dan kak rose nak sharekan kat sini lak ya….

RESEPI UBI UNGKEP @ REBUS BEREMPAH
source : kakzana@insprirasiku / hana

Bahan-bahan
  • 1 kg ubi - potong spt nak merebus dan bersihkan.
  • 4 sb ketumbar* - hana campur jintan tp lebihkan ketumbar
  • 3 biji bwg merah*Link
  • 3 ulas bwg putih*
  • segengam ikan bilis*- lagi byk lagi best.. (kak rose nyer terlebih suda....)
  • sedikit kunyit
  • garam secukup rasa.
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara
  • Tumbuk bahan*.
  • Tumiskan bahan* dalam kuali hingga berbau harum..dan masukkan garam
  • Masukan ubi dan gaul rata
  • Masukkan air hingga paras ubi/menutupi ubi
  • Tutup kuali, dan biarkan sehingga ubi empuk.
  • Apabila air ubi hampir kering, buka tutup kuali dan kacau rata supaya tidak hangit.
  • Kacau perlahan sehingga air ubi kering.. tutup api
close-up sket.... empuk tp x gebu, ..... makan x hengat, pas tu angin satu badan!