Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, December 31, 2010

Sampainya hati mu....

sampainya hatimu buat ku begini wahai apam mekar! kenapalah kau x nak kembang mekar setaman dan buat hatiku riang menyambut tahun baru yang bakal menjelang..... tayangan dari kawan2 yang sangat menggoda membuatkan kak rose juga ingin mencuba.... tapi..... lihatlah donia!.....uhwaaaaa, apa salah ku hingga apam yang sepatutnya kembang mekar cuma senyum mengejek je! gerrrrrammmm! pobia sangat dengan apam yang cenggini walaupun tetap gebus dan sedap! resepi yang sama dikebanyakkan blog tp kejadian sungguh x pueh hati! izah kak rose kopi resepi nya ya....

APAM GULA MERAH

Bahan :
  • 125 gm gula pasir* saya letak 100gm
  • 125 gm gula Melaka - dipotong kecil2 * saya letak 100gm
  • 150 ml air
  • 250 gm tepung gandum
  • ½ sudu teh soda bikarbonat
  • ½ sudu teh yis (bancuh dengan sedikit air suam)
  • 1 biji telur
  • 100 ml minyak masak
  • Papercup secukupnya.
  • (adakah bacuah yis tu kena tunggu sampai berbuih? baru masukkan dalam bancuhan)
Cara :
  1. Sediakan acuan dan panaskan kukusan.
  2. Masak air bersama gula pasir dan gula Melaka hingga hancur. Tapis dan sejukkan.
  3. Ayakkan tepung gandum ke dalam bancuhan air gula. Gaul hingga sebati dan rata.
  4. Masukkan soda bikarbonat, yis dan telur. Kacau hingga sebati.
  5. Tuang minyak sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
  6. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 15 minit atau hingga masak (bergantung kepada saiz acuan).

Nota :
  • untuk dapatkan apam yang senyum kena letak dalam papercup atau jika guna acuan, jangan sapu minyak dalam acuan tu.
  • jangan tuang adunan ke dalam acuan atau papercup sampai penuh, biar berbaki suku dari acuan atau papercup sebab adunan akan naik nanti.
  • kukus dengan api kuat dan jika air kukusan berkurangan, tambah air panas dalan bekas mengukus tu .
  • tunggu air kukusan betul2 mendidih baru masukkan adunan apam yang hendak dikukus dan lapik penutup dengan kain dan pastikan penutup ditutup kemas.


rasanya dah ikut betul2 sukatan adunan tu dan nota yang izah berikan tu.....tp ttp jugak x nak kembang, cedih tawww!

8 comments:

hana said...

takpe kak... leh cube lagik lenkali... maybe sbb acuan tuh kot! atau maybe kene guna paper cup jugak.. wallahua`alam... btw.. selamat taun baru kak! lungo nang di cuti2 ki?

Kak Rose said...

hana, kena masuk paper cup ker? td ingat nak masuk dlm acuan lompang, mcm kecik sangat je x sabau lak nak isi sikit2 gitu.. jd pilih acu ni yg besar gedabak, sinang keja.... hasilnya? uwaaaa!!!!

izahdaut said...

hehehe..lawak la kak rose neh.tu la..leh cube lagi tu...mmg letak dlm paper cup merekah cantik kak...mkn pun senang.tapi saya paipkan guna piping bag.cepat sikit

Kak Rose said...

izah, alahai muffin pan yg kecik tu kawan pinjam x pulang lagi... dah tu g langkawi lak. yg ada beso benar x muat pengukus... mana nak masukkan peper cup comei2 tu. nnti try lagi k n buat kecik2 mau kembang x agaknya?

♥LOVE2COOK♥ said...

Never give up dear...keep trying! Love nak jugak..looks yummy! :D

K.Nor said...

k.rose, mmg kena letak dlm papercup, baru adunan dpt hold kat papercup dan crack kat tengah.. try la

Kak Rose said...

Love, for sure will try again until it come out kembang mekar!

Kak Rose said...

Nor, nak kena amik muffin pan yg kawan pinjam tu... to hold the paper cup... nnti akan cuba lagi!