Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, December 19, 2010

Kenapa sumbing jadinya?

bahulu versi apakah namanya ini? tidak ketahuan mengapa jadi begini... senyum sumbing je yang sepatutnya kembang mekar semekar namanya bahulu batik mekar kukus.... berkenan dengan kembang mekarnya kat rumah nor tu yang nak jugak mencuba buat ni.... dan inilah hasilnya.... senget menonggeng dengan senyum sumbingnya macam kerang busuk.... nasib baik masih bau harum dan gebus dan bolehlah dingap.... bak kata nor, kak rose pun memang phobia dengan resepi apam yang cenggini...banyak yang menonggeng je jadinya! wahai kawan2 diluar sana, apakah petua untuk bahulu ni jadi kembang mekar cantik macam situan punya resepi tu?

nor kak rose cnp resepinya ya wpun bahulu tu x kembang mekar, mungkin len kali nak try lagi.... practice make perfect kan? siapa tahu nnti jadi elok lak, insyaallah! Fida n nor mekasih atas resepinya ya.

Bahulu Batik Mekar Kukus by K.Fida MyR
  • 125 g tepung gandum*
  • 1 sk baking powder* (*ayak bersama)
  • 115 g gula halus
  • 1/2 sk penuh ovallete
  • 4 1/4 sb susu cair
  • 1 biji telur - A
  • 1/2 sk esen vanilla
  • 1 sk choc. pes (akak guna 1 sb koko dibancuh air jadikan pes)
  1. Panaskan kukusan.Sediakan papercup beralas mangkuk alum.
  2. Pukul semua bahan kecuali choc pes hingga sebati dan pekat.
  3. Adunan dibahagi dua dan bubuh choc pes pd satu bahagian.
  4. Bubuh adunan berselan-seli dlm papercup yg tersedia hingga habis.
  5. Kukus hingga mekar selama 10-15 min dgn api kuat.
  6. Sejukkan kuih dan boleh disajikan.

Sapa2 nak tengok step by step sila klik link kat nama K.Fida tu ya..


bahulu sumbing!

20 comments:

cek chun said...

sumbing2 pun totap gebus tu k rose :D

Unknown said...

Salam Kak Rose,
tersenyum sumbing juga saya baca celoteh kak Rose ni...hehe tak tau lak kenapa yer tapi menarik juga nengok senyum sumbing ni....btw..tak pe la kak Rose biarlah rupanya gitu janji mknnya sodap!..:)

izahdaut said...

kak ros..saya pun pernh buat apam ni... ok gk k.ros nyer tersenyum sumbing, yg saya nyer lngsung masam sikit pun tk mau senyum.terus fobia nk buat..hihi

HomeKreation said...

Salam KakRose. Along pun dh cuba respi ni, sedap gebu je. Along punya tinggi menggunung cam gunung nak meletup tapi tak meletup lak...hehe. Rasa nya bentuk acuan tu yg buat dia jadi cam tu, cuba guna yg lebih kecil & cetek.

Nazrah said...

Kak Ros..yang penting Apam tu tetap senyum dan kami yg membaca pun senyum juga..

mamawana said...

cam sonyum kerang....heee...janji sodappp

hana said...

senasib ngan kite... senyum sumbing! jd nyer tk reti nk bg tips.. Hihihi

Love2cook Malaysia said...

Hi Kak...bookmarking this recipe! :D

From my experience in steaming appams and bahulu...api dia kena kuat masa steaming kak. That's the only way to make them 'smile'.

Dan air kenalah cukup dlm steamer. Add only hot water if needed.

Just my 2 cents. ;)

Kak Rose said...

che cun... x lawo jer tp ttp sedap n gebus!

Kak Rose said...

Nieza, betul tu, janji sedap kan...(ayat nak sedapkan ati sendirik la ni)

Kak Rose said...

izah, mmg pobia la... tp nak gak try. sob sob cedih tau!

Kak Rose said...

Along, thanks for the idea, kena cuba lagi ni...

Kak Rose said...

Nazrah, terimakasih kerana tersenyum sbb kuih kak rose... terhibur jugak sudahnya.

Kak Rose said...

hana, nduk podo waei yo ndewe iki... senyum kerang busuk je jadinya!

Kak Rose said...

Love, tq for the tips... kak rose dah kasi full blow api tu... jadi jugak cenggini!

NoorMasri said...

nampak gebu betul...

Kak Rose said...

mamawana, jangan kerang busuk sudah le..

Kak Rose said...

NoorMasri, mmg gebu cuma x nak kembang tu yg gerammmm jerk!

fara dean said...

apa pulak sumbing..
tu tgh mendongak ke atas..hihi..
apa2 pun tetap nmpak gebu dan sedap!

Kak Rose said...

fara...hmmm mmg gebu n sedap tapinya....