Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, December 30, 2010

Nagasari

kuih zaman nenek2 dulu, bak kata tuan punya resepi ni..... mmg lama dah teringin nak makan buatan sendiri kuih lama ni.... ari tu ada beli tp sungguh x menepati citarasa..... tawa hambar x de lemak langsung, mana nak sedap kan...makcik kat pasar tu bukan main promo lagi katanya sangat sedap, kalaulah rajin memang nak kasi balik kat makcik tu untuk dia rasa sendiri kuih yg dia jual tu! bila dapat buat sendiri rasa happy sangat dengan resepi yang sangat mabeles ni. terima kasih pada NisaMPB@Myr kongsi resepi dan kak rose nak kopi n tepek kat sini ya.... Nisa ni siap ada tunjuk cara step by step lagi.

Bahan-bahan ( 12-15 biji )

  • 1 cawan tepung beras
  • 5 cawan santan
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar gula
  • sedikit garam
  • 5 biji pisang raja (potong serong, memanjang, membujur atau mana2
  • Daun pandan, disimpul
  • Daun pisang secukupnya

Cara-cara

  1. Koyakkan daun pisang anggaran 20cmx 20cm dan layukan sekali lalu diatas api kecil.
  2. Campurkan tepung, santan, garam, gula dan kacau hingga sebati.
  3. Tapis dan kacau diatas api yang sederhana hingga pekat lalu ketepikan.
  4. Ambil satu senduk adunan & letakkan diatas daun pisang yang telah dilayukan.
  5. Letak sepotong dua pisang dan tutup adunan ini dengan sesenduk adunan lagi.
  6. Bungkus dengan lipatan kiri & kanan
  7. Kukus didalam kukusan dengan air yang mendidih selama 15 hingga 20 min.
  8. **Nagasari ini tidak berapa manis sangat, tapi jika pada yang suka manis bolehlah tambahkan gulanya mengikut rasa. (pd kak rose sukatan gula tu sedang elok manisnya)

sangat sedap pada kak rose, nnti len kali boleh buat lagi, buatnya pun senang cuma x pandai sangat nak membungkus tu. agaknya adunan ni boleh x buat kuih tepung bungkus? teringin jugak nak makan kuih lama nih!

No comments: