Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, December 21, 2010

Bebola kentang ketam

ari ni copy nduk hana nyer bebola kentang ketam.... petang2 mendung gini perut rasa lapo je kan.... memacam teringin nak makan tp malas nak buatnya.... lunch td pun g makan kat luar je...kat carefour shah alam yang baru buka tu... saja nak try derangnya food court... tp hampeh, me hoon yg digoreng semata dengan kicap je dan adalah sejurai dua hirisan telor dadar, 2 helai sawi celur n 2 ekor udang kertas yang ditabur kat atas tu pun dah 5.50/plate... sapa yg dah makan kat situ tentu tau kan camner rasa mee hoon ngan kicap tu? ke kak rose sorang je yg kata x sedap? entahlah.....

so untuk mengisi perut yg lapo petang ni buat bebola kentang ketam ni setelah terlihat dengan geramnya kat rumah hana.... tp besalah kak rose buat tentu x jadi secantik macam hana buatkan.... x pe janji sedap.... sendiri nak makan apa kesahkan. hana, kak rose kopi resepinya ya...

RESEPI BEBOLA KENTANG KETAM
by : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 4-5 biji kentang medium (kak rose guna russet potatoes, lembik sikit la....)
  • 80-100g isi ketam @ crab stick
  • 1/2 sk serbuk lada putih
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar mayonis
  • 1sk gula
  • garam
Untuk Saduran
  • Telur
  • Breadcrumbs
  • Tepung gandum@tpg jagung - hana gune tpg katakuriko@potato starch

Cara-cara
  • Rebus kentang hingga empuk. Jangan terlalu empuk sbb akan mengakibatkan kroket lembik dan pecah semasa digoreng. Seeloknya lepas rebus toskan utk buang air berlebihan yang membuatkan kentang lembik.
  • Kupas kulit dan masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan butter dan mayonis. Lenyek kentang sehingga halus. Jangan kasar2 yer..Dan jangan tunggu sejuk! susah pula nak melenyek halus.
  • Masukkan serbuk lada putih, garam dan gula. Gaul.Masukkan pula isi ketam yg dipotong/racik. Gaul sebati.
  • Ambil sedikit dan bulat2kan kecil.
  • Untuk saduran - Bedak2kan bebola ke dalam tepung. Masukkan pula ke dalam telur yang telah dkocok. Kemudian ke dalam breadcrumbs. Utk saduran yang agak tebal, ulangi proses tadi.
  • Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan.
  • Boleh juga di frozenkan sebelom digoreng. Susun tidak berlapis dalam plastik ziplock. Kemudian simpan dalam freezer.
  • Hidangkan dengan sos cili, mayonis, atau mustad. Enak juga dimakan begitu sahaja.

versi sebelum masuk dalam koli.... beso kecik saiz semua ada!

6 comments:

hana said...

salam kak... ketok apik la kak.. ora geseng banget kok... seng penting enak.. makasih yo kak sudi jajal.. lek ku seng digoreng wes entek.. nek seng frozen eneng neh..hihi

izahdaut said...

lawo je kak rose bola bola pai ni..hehhee...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

rajin betol menguli ya...

pasal makan kat food court tu memang saya jarang sgt mkn kat food court sebab selalunya dalam gbr jer cantik, bila dpt.. hampeh.. hehe

Kak Rose said...

hana, bener nduk. yg penting enak!

Kak Rose said...

izah, x tepek yang kemet dan hangus... kantoi!

Kak Rose said...

Saei, mmg betul, tunjuk gambo kan main lawo... memacam ada kat pinggan tu, bila siap hampeh sungguh! last kot agaknya makan kat situ!