Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, December 18, 2010

Ayam goreng bersambal istimewa

dah lama nak menerai buat ikan bersambal istimewa ni... tp asik ada tapi je.... bil x de ikan barulah betul2 rasa kemaruk nak buat so gantikan dengan ayam macam nor buat tu... len kali kalau dah ada ikan boleh buat ngan ikan pulak ya Along...jangan marah ye kak rose ejas2 dengan apa yang ada je.... terima kasih pada AlongRoz yang sharekan resepi simple dimple ni..... dan pada nor yang menambah2 kesedapan resepi ni.... sekali lagi terimakasih dan kak rose nak kongsikan kat sini ya....

IKAN GORENG BERSAMBAL ISTIMEWA by AlongRoz
3 ekor ikan (kak rose gantikan ngan ayam)
garam
serbuk kunyit
utk sambal:
4 bj cili hijau (x de belasah suma ngan cili merah!)
1 bj cili merah
beberapa bj cili padi
1 btg serai
1/2 kuntum bunga kantan ~ k.nor ganti dgn daun limau purut
5 bj bawah merah
4 ulas bawang putih
daun ketumbar ~ dihiris halusgaram
tambahan oleh k.nor:

2 sudu besar sos ikan
sedikit gula
1 sudu besar perahan limau nipis

1. Lumurkan ikan dgn garam dan serbuk kunyit.
2. Goreng hingga garing dan ketepikan.
3. Blend kesemua bahan2 utk sambal kecuali daun ketumbar dan garam.
4. Panaskan minyak dan masukkan bahan2 yg diblend.
5. Goreng hingga garing dan pecah minyak.
6. Masukkan daun limau purut dan daun ketumbar.
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
8. Padamkan api dan masukkan jus limau nipis.
9. Kacau rata dan tuangkan sambal atas ikan yg dah siap digoreng.

ayam goreng bersambal istimewa, hmmm.... nyam nyam....

5 comments:

♥LOVE2COOK♥ said...

This is so inviting kak! Am terribly drooling here! :D

Kak Rose said...

Love, it's quiet sometimes I don't see ur entry of new ayam recipes yg sedap2 tu... bz eh?

geraugebang said...

Aslm,
seronoknya dapat "My Kuali" balik...macam-macam masakan ada...bergelodak dah perut.

Kak Rose said...

welcome back cik gerau dan selamat memasak kembali ya...

HomeKreation said...

Wah, dah jadi versi ayam... boleh ler Along cuba dgn ayam pulak... tq menvariasikan respi asal ni...hehe