Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, December 13, 2010

Ayam blackpepper

salam dan selamat petang..... dah petang ni baru nak update lauk lunch tadi.... rasa x sihat sangat dengan batuk dan selsema.... so lepas balik dari g jumpa doktor tadi balik rumah terus masak.... dah beberapa hari asik cuti masak so ari ni kira kuatkan diri masak jugaklah.... tp yg sempoi2 jer... resepi ni asalnya guna udang, since kak rose tengah nursing high cholesterol so gantikan ngan ayam.... apa pun boleh kan asal sedap ditekak!

resepinya kak rose penah tepek dulu kat sini, dan sini yang kak rose cnp dari dapur nor secubit garam tu. terimakasih ya nor, sekali lagi kak rose kongsikan kat sini....

Bahan-bahan
350gm udang ~ saiz sederhana (kak rose gantikan ngan ayam fillet)
brokoli secukupnya
1 labu bawang besar ~ dipotong
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1/2 in halia ~ dihiris halus
3 sudu besar sos blackpepper
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
minyak
capsicum merah ~ optional (kak rose x letak sbb yang ada ijo je so tuko ngan cili merah n cherry tomato)

Cara
Perap ayam bersama garam dan serbuk kunyit.
Panaskan sedikit minyak dan goreng ayam hingga 3/4 masak. Ketepikan.
Sementara tu kukus brokoli selama 5 minit dlm air panas mendidih dan angkat. (kak rose buh sikit garam)
Susun atur brokoli dlm pinggan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan bawang besar dan goreng hingga bawang hampir layu.
Masukkan sos blackpepper dan sos tiram. Kacau hingga wangi dan masukkan ayam.
Kacau2 sekejap. Jgn terlalu lama, nanti ayam menjadi overcook.
K.Nor dah tak masukkan garam sbb dah ada rasa masin dr garam yg kita perap dgn ayam dan juga dr sos tiram dan sos blackpepper.
Terpulanglah pd selera masing2, samada nak tambah garam lg atau masukkan gula skit.
Masukkan capsicum yg didadukan dan kacau sekejap.
Padamkan api dan bolehlah diletak atas pinggan yg dah diatur brokoli.
Siap!! dan boleh la menjamu selera ya.............

sedap makan dengan nasik panas2..... ah... kalau perut tengah lapo apa pun sedap kan?

12 comments:

moklong said...

nmpk sodap lbh2 lg bila tpandangkn brokoli tu hah.

Kak Rose said...

moklong, ratah je pun sedap gak!

K.Nor said...

ooo guna resipi udang blackpepper ya.. mekasih sudi cuba lagi dan lagi..

mudah2an cepat sembuh ya k.rose
jgn lupa makan ubat dan rest ya..

Kak Rose said...

Nor, sbb sedap n senang tu yg buat lagi dan lagi dan lagi...

Sally said...

emmm Kak Rose mengancam ni!!!..hhe

♥LOVE2COOK♥ said...

Your header photo makes me salivate lor kak!!!
Chicken pun nampak sungguh menyelerakan! Geramnyeee ;)

fara dean said...

wah..wah..siap ada brokoli..2 in 1 kan..

Kak Rose said...

sally, masak yg senang2 jer...

Kak Rose said...

Love, cepat2 g cuba buat! ayam tu mmg sedap...

Kak Rose said...

fara, brokoli tu celur je... sedap mkaan dengan kuah ayam tu!

Sari Yusa Ibrahim said...

brokoli tu lebih memikat hatiku... kih3

Kak Rose said...

Sari, sedap ratah2 jer...