Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, December 8, 2010

Cucur badak

selamat petang semua..... ari ni kak rose buat kuih cucur badak untuk minum petang.... beli keledek ni dah lama sangat tapi x tau nak wat apa.... malas sebenarnya nak buat kuih yang leceh2 ni tp makan x pulak malas kan. serunding kelapa dah ada jadi kak rose pun buatlah cucur badak ni..... x tau kenapa dinamakan cucur badak sedangkan rupa sedikit pun x menyerupai! siapalah yang bagi nama kuih ni agaknya? keratip sungguh!

resepinya kak rose cnp dari dapur Ummi, sangat lembut dan sedap dengan masin2 serunding tu... buat beso2 - actually nak senang keja, cepat abes nak membulatkan tu..... makan 2 biiji pun dah kenyang.. terimakasih daun keladi ya Ummi, nnti len kali nak kopi resepi lagi....

Bahan-bahan:- ( anggaran 16 biji )
  • 500 gm ubi keledek ( kalau color merah lagi sedap)
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kanji

bahan2 untuk inti:-

  • 1/3 biji kelapa parut
  • 1 btg serai
  • 2 sudu besar udang kering
  • 3 tangkai cili kering
  • sebiji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit air asam jawa
  • 1 sudu gula
  • garam secukupnya
Cara-Cara:-

  1. Rebus ubi sampai empuk, angkat dan tos kan, terus lecek2 kan ubi tu masa tengah panas
    lepas dah sejuk boleh letak tepung dan gaul2 rata.
  2. Ambik sedikit doh dan buat bulat2, kemudian leperkan pada tapak tangan dan isi inti.
  3. Lepas tu bulat2 kan kasi cantik, letak kueh yg dah siap atas dulang yg telah ditaburkan dengan tepung utk elak kan dia melekat bila diangkat nanti.
  4. selepas siap, goreng kueh dengan api sederhana. selalu balik2 kan kueh agar kueh masak sekata. bila kekuningan boleh lah diangkat.

Cara Membuat Inti:-

  1. Cili kering, bawang besar dan putih, udang kering, serai hendaklah dikisar halus.
  2. Campurkan kelapa dengan bahan kisar, sedikit perahan air asam jawa, gula dan garam secukupnya. gaul sebati dan goreng dalam kuali tanpa minyak hingga inti masak.

nota: jgn risau kalau doh tu rasa melekat2, takyah tambah tepung.memang doh tu akan melekat sikit masa kita nak bulat2kan kueh. (kak rose sapu minyak pada tapak tangan supaya x lekat)

kak rose buat 1/2 adunan dan dapat 8 biji besar2 gedabak.... puas dapat makan cucur badak buatan sendirik!

2 comments:

Love2cook Malaysia said...

Uishhh! Cucur badak is my fav..lagi2 klu inti dia pedas! :D

Want some kak! :D

Kak Rose said...

Love,my fav gak tp malas nak buat! sbb serunding dah ada jadi rajin la sikit.... nah amik ni, sebiji beso punya!