Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, December 22, 2010

Ayam masak halia

lauk lunch ari ni.... memula tu nak buat ayam panggang ala kenny roges yang sungguh menjejehkan air liur kat rumah hana tu... tp bila kena perap lama terus x jadi nak wat... len kali lah baru boleh makan ayam cik kenny tu.... so geledah lagi dapur nduk hana tu dan nampak ayam masak halia ni... jangan marah ya nduk, tak sepah punya... dah kemas balik elok2 siap lap2 dapur kasi kilat lagik! (yg ni tipu k) x makan lagi ngan nasik tp dah ratah seketui td... hmmmm sedap! kalau dapat buat yg boneless chicken tu agaknya lagi sedap kan.... laju je ngap x yah kesahkan tulang2 bagai...... tu len kali punya citer la.... so nduk hana, kak rose cnp resepinya n tepek kat sini ..... macih daun keladi ya...

Bahan-bahan
  • Ayam separuh - potong kecil
  • 2 inci halia muda/tua-dihiris
  • 2 labu bawang besar-dihiris
  • 5 ulas bawang putih-dihiris
  • 2 biji cili merah-belah dua
  • Sos Tiram-untuk perap ayam
  • Maggie Seasoning-untuk perap ayam
  • Minyak untuk menumis
  • 2 sb tepung Jagung-dibancuh dengan air

Cara-cara

  • Perapkan ayam bersama sos tiram dan maggie seasoning(agak-agak la sukatannya)selama 15minit.
  • Panaskan minyak dalam kuali,masukkan ayam yang telah diperap tadi,goreng sehingga separuh masak.
  • Masukkan bahan-bahan yang dihiris dan lada merah tadi kacau sehingga nampak layu.
  • Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga nampak likat,siap untuk dihidangkan.
  • *kalau tak cukup masin tambah la garam atau sos tiram.

harum bau halia. hmmm nyam nyam

2 comments:

Nieza said...

Salam Kak Rose,
sedapnya tgk ayam msk halia ni...berbau halia sampai ke sini...tu yg datang intai ni...hihi.

Kak Rose said...

Nieza,mmg sedap, cubalah mesti nak wat lagi...