Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, December 29, 2010

Nasi ayam butter

berhari2 lunch dengan nasi.... ari ni pulak dengan nasi ayam butter.... yg ada dalam fridge je la kan... akceli udang ngan daging pun ada tp tersangatlah malasnya nak menjadikan lauk.... at last buat je nasik ayam ni.... tengok resepi kat rumah hana tu punya lah paaaaaanjang berjela tp bila buat sekejap je dah siap. sedap pulak tu, terutama sambal merah dan kuah kicap tu....macam ni len kali kalau nak makan nasik ayam x yah g kedai dah! ya sangat la tu!

meh tengok resepinya yang panjang berjela tu.....nduk hana kak rose cnp ya.....

Bahan-bahan
UTK NASI
  • 3 cawan beras (hana gune beras thai )- basuh dan toskan
  • 31/2 air rebusan ayam - bergantung jenis beras
  • Rempah tumis (kayu manis,bunga lawang, cengkih, pelaga..)
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 1 inci halia - ketuk
  • 1 sudu serbuk pati ayam knorr
  • 1 helai daun pandan simpul
  • 1 batang serai ketuk
  • 2 sudu besar butter
  • garam
>> Panaskan butter. Masukkan rempah tumis, hingga naik bau.. Masukkan bwg, halia.. Tumis lagi. Masukkan pula air rebusan ayam, daun pandan, serai, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa. Masukkan beras dan pindahkan ke dalam rice cooker. Masak seperti biasa.

UTK SUP
  • 1/2 ekor ayam size kecil - potong
  • 1 sk serbuk@kiub pati ayam
  • 1 batang saderi - potong
  • 2 inci halia - ketuk
  • Air secukupnyer
  • garam
  • daun bawang dan bawang goreng
>> Rebus semua bahan sehingga ayam masak. Toskan ayam dan ketepikan. Masukkan daun sup dan bawang goreng. Siap utk hidangan sup.

UTK SOS MERAH
  • 3-4 batang lada merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 2 biji tomato*/bleh juga gune tomato puri (kak rose guna cherry tomato)
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos chili
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu besar gula
>>blend yang bertanda *. Masukkan dlm periuk/kuali dan masukkan sos,cuka, gula n garam. Didihkan sehingga kuah agak2 pekat n matikan api. (sos ni sangat menepati citarasa tekak kak rose)

UTK SOS HITAM@KICAP
  • 3 sudu besar kicap
  • 1 sudu kecil madu
  • 2 sudu besar air rebusan ayam ( kak rose buh lebih air rebusan tu )
>> Campurkan semua. ketepikan.

UTK AYAM GORENG MADU - bleh juga tgk di sini.
  • Ayam rebusan tadi
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 1 inci halia - parut
  • 2 ulas bawang putih - parut
  • blackpepper - optional
  • bleh tambah minyak bijan jika inginkan lebih wangi
>> Campurkan semua bahan. Perap lebih kurang satu jam atau lebih. (hana perap 20min jer) Panaskan minyak (gune minyak sedikit sahaja asal tenggelam paras setengah ayam). Goreng ayam tadi hingga keitam2an. Jgn hangus sudah! Jika ingin dibakar boleh juga.Hidangkan dengan nasi ayam, sup n sos tadi dan juga dengan daun salad@ kubis, tomato dan timun.


hu hu hu..... dapat menikmati nasi ayam ni pun dah sejuk.... sebab..... sebab dah siap senduk, masa nak makan ada lak kontrektor datang nak tengok pagar belakang rumah yang perlu dibaiki.... pas tu pot pet lama lak tu.... adoyaiiiii... sejuklah nasi ayam kak rose.... yang panas cuma sup jer.... pepepun abes jugak siap tambah lagi nasik tu... camner nak kurus? ahhhh, tu lain citer la kan yg penting dapat makan nasi ayam yg sedap nih.

12 comments:

Unknown said...

Salam Kak Rose,
wah ada nasi ayam special ni....sedapnya nengok....nk minta sepinggan ler utk berbuka puasa nanti...hehe

hana said...

nih yg makin sayang kat akak nih! sesama kasih mbak ayuu... malah trimo kasih jugak sudi jajal... alhamdulillah kabeh kennek selero mu.. kite klu wat nasi ayam nih kdg tk cukop ayam sekor! Hihihihi....

Kak Rose said...

selamat berpuasa nieza, mai kak rose nak anto, ade lagi nih...

Kak Rose said...

nduk, enak banget sambel karo kicap kui... abang pun sampai tambah nasik gitu! macih yo!

fara dean said...

kalau sedap..confirm kena try ni..
arek njajal lah..

Mas said...

lama dah tak makan nasi ayam..terliur betoi tengok nasi ayam kak rose ni....

Kak Rose said...

fara, kompem sedap... wes njajal engko mesti arek eneh!

Kak Rose said...

mas, cubalah, nampak je panjang berjela resepi tu, tp sekejap je buatnya!

ma'chiks said...

salam, singgah ziarah..umm mengancam betul nasi buter tu...nanti kita cuba buat, boleh kan..

mr. mama said...

nk order nasi ayam 1 kak rose.....

Kak Rose said...

ma'chiks, mmg sedap. cubalah... tp nasi dagang kat rumah u lagi mengancam tau!

Kak Rose said...

Mr. mama, siap! tp kedai punya ya, kak rose nyer dah ilek!