Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, December 2, 2010

Kuih bakar keledek

salam semuanya..... hari ni kak rose mencuba buat kuih bakar keledek ni.... keledek dah lama beli tp x tau nak wat apa..... malas sungguh nak mentransformasikan (ade ke perkataan ni?) keledek ni menjadi sesuatu yg sedap! so sepagi ari ni menyelongkar dapur sifu2 masak diluar sana..... dan terjumpa resepi kuih bakar keledek ni kat rumah Ummi Kuantan tu.... so tung tang tung tang kat dapur dan inilah kejadian nya yang sangat sememeh.... siap melimpah lagi masa bakar tu..... aduiiii... kenapalah bila buat kuih bakar x pernah jadi elok.... pasti kat bawah tu ada gelembong dan membuak tumpah dari acuan! sifu2 masak diluar sana, tolonglah ajarkan agar len kali daku dapat membuat kuih bakar yang elok rupanya!

Ummi, kak rose cnp resepinya n mekasih ya.... tp kak rose buat 1/2 dpd adunan ni jer... sejak nursing my high cholesterol ni, sukatan santan tu kak rose tukarkan guna susu cair.

KUIH BAKAR KELEDEK
Sumber: Bro Rozzan

Bahan-bahan :
  • 250 gm keledek (saya gunakan keledek jepun) -direbus dan lecek halus
  • 230 gm tepung gandum
  • 270 gm gula pasir
  • 4 biji telur (saiz besar)
  • 650 ml santan pekat (saya gunakan 400 ml santan kotak + 250 ml air)
  • ½ sudu teh vanilli
  • sedikit pewarna kuning (jika suka) – saya tak taruk
  • 1 sudu teh garam atau secukup rasa
  • 1 sudu makan minyak sapi
Cara:
  1. Masukkan keledek yg telah dilecek halus ke dalam sebuah bekas.
  2. Kemudian bubuh bahan-bahan lain iaitu tepung, gula, santan, air, telur, vanilli, pewarna kuning, garam dan minyak sapi. Gaul rata-rata dan tapis jika perlu.
  3. Ambil satu loyang (saya gunakan loyang bulat, kira-kira 8 inci) dan sapukan sedikit minyak di dasar dan sekelilingnya.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama kira-kira 45 minit dgn suhu 200-220 darjah Celsius.

kuih bakar keledek yang sedap biarpun rupanya...... ah! apa ada pada rupa? (ayat to please myself ) bolehkan?

6 comments:

anymz said...

serious ni tau..hujan lebat kat luar tu telah membuat perut ku lapar bila tgk kuih bakar keledek nih..masuk list jugak yg ni..hehehe

Kak Rose said...

anymz, wpun x cantik tp sedap tu yg buat lapo kot? pekena nganteh o panas2...

Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek said...

Minum dgn kopi pekat ni sedap ya kak Rose.Nak kena cari masa nak masak ni.

sofea said...

jgn pandang pada rupa,
pandang pada rasanya....pasti sedap...nyammm

Kak Rose said...

Puan Ros... bz ya x sempat nak masak...

Kak Rose said...

sofea, kadang2 tu nak gak dapat buat yg cantik macam sifu2 tu punya... tp apa pun yg penting sedap, kan?