Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, December 28, 2010

Nasi goreng daging

menu orang malas nak masak.... betul x de mood nak kedapur, tp dsebabkan molot n perut ni x tau tuannya sangat malas maka sangatlah berlagu keroncong tengahari tadi... so masak nasik buat je nasik goreng cenggini yg dah lama tengok kat rumah Along jugak rumah hana tu... sangat sedap rupanya. sllu goreng nasik dengan ikan bilis n udang jer. bila buat yg ni dengan segala bahannya tu mmg sangat sedap. maka hilanglah lagu keroncong tadi tu..... meh tengok resepinya yg kak rose cnp dari rumah hana... AlongRoz n hana, tq to both of u kerana share resepi sedap nih. terliur tengok Alongnyer makan dengan kopok lekor! hah, ngences!

Bahan-bahan
  • 4-6 mangkuk nasi putih
  • 1 senduk kecil minyak
  • 10 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih* (*separuh hiris dan separuh tumbuk)
  • 2 cili merah - tumbuk
  • 100-200g daging - hiris nipis - hana buh daging cincang jer
  • Segenggam mix vege - hana ganti carrot dadu kecil dan kobis
  • 2 sm sos tiram
  • 1 kiub ayam maggi (4 g)
  • 2 sm kicap masin
  • 2 sm kicap manis
  • Saleri & Bawang besar - hana tak letak
  • Garam dan lada sulah
Cara-cara
  1. Campurkan nasi dengan garam dan juga serbuk lada sulah.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang hiris hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis pula bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan daging dan kacau sampai daging masak.
  4. Masukkan sos tiram, kicap masin dan manis. kacau sekejap dan masukkan mix vege.
  5. Last skali masukkan nasi dan gaul rata.
  6. Angkat dan hidangkan dengan bawang goreng tadi, hirisan saleri dan bawang, keropok ikan dan salad kegemaran.

makan dengan keropok terengganu mai punya dan salad sempoi.... timun, green capsicum n cherry tomato dengan sos cili dan mayonis.... Alhamdullilah kenyang.

6 comments:

aidah said...

Salam kak rose,
mengancam sungguh tengok nasi goreng tu. Best kan kenduri nasi ambeng. anak2 sy kalau balik kampung kat kuala selangor mesti they all suruh order nasi ambeng tu.

Trying To Be Muslim.. said...

kak rose........org ganu dah sampai..emang kami peberet ngna kepok keping kalu mkn nasi or me or meehun goreng.....mmm gambar cam makan kat kedai lak tu....mmmm yummy!

Kak Rose said...

aidah, nasi goreng malas2... kuala selangor sama mcm johor jugak kan jawanya!

Kak Rose said...

Ayu, tengat kawan kelante, suker sangat makan nasi/mee ngan kopok ni... sedap!

ma'chiks said...

rajin ye krose menghias2..mengancam nampak nasi goreng tu..sya pun kalu nasi goreng,mee,beehon goerng pasti keropok keping goreng tak tinggal.

Kak Rose said...

ma'chiks, nasi goreng orang malas, jarang2 makan nasi ngan kopok ni...