Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, December 14, 2010

Lempeng pisang oat

ni sarapan kak rose pagi tadi dengan susu nestle omega plus.... makanan sihat untuk menurunkan kadar kolesterol? hari2 dok buat bubur aot jer, so ari ni try sikit yg lain...mmg sedaplah dengan campuran pisang sekali... tp adunan sangat lembik dan masa nak terbalikkan lempeng tu jadi serabai.... so memandailah kak rose tambah sesudu makan tepung.... jadi senang sikit masa nak balikkan. resepinya kak rose amik dari dapur ummi, mekasih ya. ari tu ada terbaca jugak kat rumah nor.... mekasih semua.

LEMPENG PISANG OAT

Bahan (anggaran):-
  • 3 cawan pisang yang dilecek
  • 1 cawan oats
  • 1/2 cawan susu segar
  • sedikit gula (optional, kalau pisang dah manis xyah letak )
  • sedikit garam
  • sedikit minyak masak
Cara-Cara:-
  1. Campurkan aje semua bahan dan gaul sebati.
  2. Panaskan non-stick pan dengan api perlahan dan letak setitis dua minyak masak.
  3. Ambil sesenduk dan leperkan adunan jadi diameter bulat 3 inci.
  4. Balikkan lempeng dan goreng hingga kuning keemasan atau kalau suka kasi garing2 sikit.
  5. Angkat dan hidangkan panas2 suam dengan kopi O...waa terangkat uuuu...selamat mencuba!!
(*Nota - Lempeng memang sungguh lembut dan berhati-hati ketika membalikkannya..)

10 comments:

moklong said...

wah mmg btl2 sihat menu ni. bagus diamalkn selalu. hehehe...

anymz said...

waaah,sedapnya k.rose..dalam esbok tu masih ada saki baki pisang yang dah menopos..ingat nak buat jugak tapi tunggu nak habiskan apple crumble ni dulu.hehe

Anna Da Lady said...

Baru Ahad lepas saya masak lempeng.Saya punya adunan pun mcm lembik sikit. :)maybe terlebih pisang kot.

K.Nor said...

k.rose, nor pun tambah tpg gak sbb payah nak terbalikkan. rasanya nor ada mention dlm n3 aritu

Nieza said...

Assalam Kak Rose, wah bagus menu sihat akak ni...perut kenyang...badan pun sihat.semoga akak sihat-sihat selalu yer..:)

Kak Rose said...

moklong, bila dah terpaksa.... kena lah buat selalu!

Kak Rose said...

anymz, x baik membazir kan baik buat cepat!

Kak Rose said...

Anna, tu yg kak rose ikut macam nor, tambah sesudu tepung, barulah ok je nak balikkan!

Kak Rose said...

Nor, mmg ikut nyer yg tambah tepung tu, tq for the idea.

Kak Rose said...

NIeza, terimakasih... masih nursing my flu n cough...getting better now...