Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, December 7, 2010

Kuih kaswi pandan

Salam Maal Hijrah semua.... belum terlambat kan nak ucap selamat ni.... maklumlah seharian bz of doing nothing!.... actually pagi tadi ada rewang untuk kenduri jiran setaman, sehinggalah lepas zohor baru abes rewang, bila dah penat nak g kenduri pun dah x larat.... so tolong rewang je lah kendurinya x pegi pun..... balik rumah terus lepak sesangat tp sempat lagi nak buat kuih kaswi ni sebab sejak ari tu lagi terpandang kuih ni kat rumah izah terus teringin nak rasa, tu yang gagahkan diri buat jugak. so... dah dapatlah merasa kuih kaswi pandan ni.... sedap n wangi je bau pandan tu tp pada kak rose lebih suker yang gula merah tu. memasing nyer citarasala kan....

izah, kak rose cnp resepinya dan sharekan kat sini ya. terima kasih bebanyak2.

KUIH KASWI PANDAN

Bahan (untuk4-5 orang makan):
1 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir *saya letak 1 cawan aje
1 sudu makan tepung ubi
1 sudu makan tepung beras *saya tambah
daun pandan
sedikit pewarna hijau
1 sudu kecil air kapur

1/2 biji kelapa parut
sedikit garam

Caranya:
1. Blend kan semua bahan di atas kemudian di tapiskan ke dalam loyang.
2. Kukus adunan selama 30-40 minit.
3. Setelah masak sejukkan dahulu kemudian baru dipotong.
4. Gaulkan kelapa parut bersama garam sehingga rata. Kemudian kuih kaswi tadi bolehlah dihidang bersamanya.

kaswi yang harum bau pandan... satu kelainan

10 comments:

LinRosLy said...

SELAMAT TAHUN BARU MAAL HIJRAH....

Mesti Sedap Kuih Kaswi Pandan Ni....

Nieza said...

wah cantik tgk kuih kaswi ni kak Rose ...sure sedap ni...guna acuan agar2 ke tu kak?

izahdaut said...

wahh..lawoonye kaswi poosiingg.. tula tekak kt rumh saya pun suke kaswi coklat jugk kak..tpi merasa satu kelainan la kuih ni kan

♥LOVE2COOK♥ said...

Sedapnye tengok kuih ni, mintak kak! :D

Kak Rose said...

Lin, salam dan selamat maal hijrah, mmg sedap tp kak rose suker yg gula merah tu lagi!

Kak Rose said...

Nieza, ala guna acuan plastik yg murah tu jer..

Kak Rose said...

kak rose pun sama la izah, suka yg gula merah tu lagi....

Kak Rose said...

Love, boleh. ada lagi ni...

fara dean said...

meh kak..sy nak jugak kaswi tu

Kak Rose said...

fara, boleh saja...