Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, December 17, 2010

Bunga kubis goreng tepung

nama menu macam pelik je kan... tp sedap makan cicah dengan sos cili.... dah beli banyak sayur mula la x tau nak masak apa pulak kan.... nasib baik zaman sekarang ni pak cik google mau memberi apa saja yang kita mintak cari.... tp kena rajin menggogle la kan.... akceli bermacam2 resepi cauliflower ni.... nak buat dengan x nak jer.... satu yang kak rose berkenan ni dari blogresepi.com..... nun jauh di findland kak rose jumpa resepi nih! terima kasih ya Ijan kongsi resepi ni dan kak rose nak mintak izin nak tepek kat sini....

Resipi Bunga Kobis Goreng Tepung

  • bunga kobis
  • 1 biji telur
  • 2 sb air
  • 3 sb tepung gamdum-kite guna tepung jagung tambah tepung gandum (tambah ikut kuantiti bunga kobis)
  • 3 sb bread crumbs (tambah ikut kuantiti bunga kobis)
  • lada hitam, lada sulah, garam
  • 1 sb bijan
  • minyak untuk menggoreng
  1. Potong bunga kobis ikut saiz yang digemari. Rebus sekejap utk lembutkan bunga kobis tu. Toskan air rebusan-kite tak rebus pun, terus ke step yang seterusnya.
  2. Pukul telur dengan 2 sb air.
  3. Gaul tepung dengan lada hitam, lada sulah dan garam. Dalam mangkuk yang lain, gaulkan bread crumbs dengan bijan.
  4. Celupkan bunga kobis dalam telur. Kemudian, gaulkan dalam tepung tadi. Pindahkan ke mangkuk yang mengandungi bread crumbs dan bijan dan gaul rata.
  5. Goreng bunga kobis tadi dalam minyak yang agak banyak.
  6. Toskan minyak dan sedia dihidang.

first time tengok macam ayam fillet goreng salut breadcrumb... rupanya cauliflower jer.... satu kelainan dalam penyediaan sayuran berasaskan cauliflower. sedap ratah gitu jer cicah dengan sos cili.

goreng ikan jeket belah belakang sumbat sambal kelapa jugak untuk lauk lunch tadi...respinya kak rose penah letak dulu kat sini, sayur pulak sawi goreng dengan carrot.... Alhamdullilah kenyang dah!

4 comments:

moklong said...

1st tau bunga kubis leh digoreng ngn tepung. nmpk sodap. mcm rupa nugget pun ada. lh try nih.

Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek said...

Bunga kobis goreng ni memang sedap.My mother suka buat ni kak ros.kalau i buat pun tak rebus just rendam dlm air panas jap.

Kak Rose said...

kak rose pun ... cik gooogle yg carikan, he he senangkan n sedap lak tu.

Kak Rose said...

Ros,mmg x tau. asik goreng sayur je. n tadi cik gugle tunjuk cara masak indian style lak.len kali leh try.