Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, November 30, 2017

Makan2 di Al-Rawsha Restaurant

 Bila tak de kerajinan nak masak tapi tekak tetap nak makan.. mula la browse merata kat mana nak makan... itulah kami berdua... dan kali ni nasi arab lagi jadi pilihan en asben... en google yang temukan kami dengan restaurant ni... so laju jer la kami pergi dengan bantuan waze... walaupun duk shah alam, tapi tak ler dapat nak teroka semua tempat kan... terletak di seksyen 7, shah alam. masa kami sampai, banyak parking lot masih kosong walaupun ada event kat tingkat atas..

 sudu pun nak tepek jugak...

 pilihan en asben yang tak puas makan nasik arab masa kat negara padang pasir berdengung... so balik sini nak jugak makan... set nasik arab dengan chicken madghut untuk dua orang... banyak gila nasiknya dengan 1/2 portion ayam yang sangat sedap... lembut m juicy.

 the curry n sambal tomato that comes with chicken madghut set.

 Al-rawsha salad - combinasi yang ngam nak makan dengan nasik arab. mixed of fresh salad, cucumber, tomato, carrot n olive oil.

 since masih nursing my batuk, so tak berani nak minum juice yang berbagai tu... order jer nescafe kosong dan en asben punya jus buah delima - agak pricy @rm13 segelas ni...

 tamak sungguh... order jugak sharwarma chicken sandwich ni.. tapi yg ni agak fail sket sbb isi ayam tu a bit keras n the kulit tu pun agak liat... mungkin sbb dah sejuk atau pun perut mmg dah tak leh nak masuk... so macam2 alasan! apa pun memang puas hati makan kat sini...

masa kami sampai at about 2pm, hanya ada satu meja pelanggan yang dine kat sini... tapi waktu nak balik almost full meja yang kat tingkat bawah ni... memang recomended la kalau nak makan kat sini... tu sbb menjelang lewat tengahari makin ramai yang datang menjamu selera kat sini..

patung penunggu kat depan pintu masuk.. masa nak balik tu hujan punya la lebat, nasib baik ada disediakan payung kat tepi tu

Wednesday, November 29, 2017

Segar bugar

potted green salad

Tuesday, November 28, 2017

Sambal ayam penyet

 sediakan sambal awal2... esoknya baru siapkan yang lain pulak...
  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan (kak rose x bubuh, tp ttp umphhh!!!)
  • 2 sudu Ikan Bilis - lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
  • (kak rose buat separuh je dari bahan2 ni dan 2 biji je cili merah dan 3 biji cili api)
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Monday, November 27, 2017

Dadar lauk samarinda

 Asalamualaikum dan salam isnin yang sejukkkkk..... hujan semalam membawa hingga ke malam dan pagi ni sangat lah sejuknya... itu kah alasan untuk tidak berbris kwalk? entah lah... tapi yang pasti sejak balik dari umrah minggu lepas hingga kini masih nursing batuk yang belum mahu pergi. ubat dan antibiotic pun dah abes, tapi Alhamdulillah dah sangat berkurang... Insya Allah akan hilang sepenuhnya nanti.

sementara tak nak makan yang berminyak2, meh lah buat kuih yang mudah2 ni... cuma kena sediakan inti sadin tu... tumis dengan sedikit minyak... so tak de la berminyak sangat kan... aci tak cam tu???
resepi nya kak rose kopikan kat sini ya.. terima kasih pada yang kongsikan resepi sedap dan mudah ni..

Bahan-bahan:
610 gm air
300 gm tepung gandum
1 biji telur
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan minyak jagung
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning

Bahan inti:
20 gm rempah kari ikan
1 tin sardin - dihancurkan ( tin kecil)
100 ml air
4 biji cili merah hiris
2 biji bawang besar
3 sudu makan minyak masak
3 ulas bawang putih cincang
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Campurkan semua adunan hingga menjadi seperti adunan goreng pisang.
2. Kemudian masak di atas kuali dan leperkan secara membulat satu persatu hingga habis. Ketepikan.
3. Untuk membuat inti, panaskan minyak, dan tumis bawang besar dan putih hingga naik bau.
4. Masukkan rempah kari dan sikit air dan masak hingga terbit minyak.
5. Masukkan sardin, cili, garam dan gula dan tunggu hingga masak dan sedikit kering.
6. Ambil dadar tadi, letakkan inti di atasnya dan gulung. Sedia untuk di hidang.

Sunday, November 26, 2017

Brunch di Pak Li kopitiam

 bila tukang masak tak de kerajinan nak masak dan tukang bayo on kan jer bila diajak... maka dengan happynya situkang masak nak makan... nak g jenjalan pun yang penting kena lah isi perut dulu kan... tapi tukang masak ni memang tak suka nak g makan jauh2 dan menghadap jem segala... so pilihan kali ni dekat jer dengan rumah.... Pak Li kopitiam di seksyen 18 tu... masih sedikit awal untuk lunch, jadi tak la ramai sangat pelanggan kat situ... cepat jer dapat hidangan yang kami mintak tu..

 pilihan kami... nasik lemak pak li special dan nasik lemak ayam berempah.... sedap.

 kuey teow goreng dan milo ais pilihan si anak pulak..

menu nasik lemak pak li kopitiam...

Saturday, November 25, 2017

Lemak ciliapi daging salai+pucuk ubi

 dengar nama pun dah terasa sedapnya, sapa yang suka masakan negeri sembilan pastinya suka dengan menu yang macam ni kan... tapi kak rose pun memang suka dengan apa2 pun gulai lemak ciliapi asalkan saja tidak terlalu pedas... maklumlah memang tak tahan pedas. dan kalau kak rose masak pun memang ikut style nisemilan... tak guna bawang dalam gulai ni dan santan mestilah pekat kaw2 barulah umph nnti.... betul kan kawan2 ns? meh kak rose kongsikan resepinya, cnp dari blog Ibu Sham, mekasih ya.. tapi kak rose lebih suka tumbuk sendiri cili api dan kunyit hidup tu

Bahan-bahan;
- Daging salai (kebiasaannya Ibu akan guna dalam 250gram untuk 5 orang makan)
- Serai 4-5 batang, dibersihkan, dipotong dua lalu diketuk sedikit 
- Cili api secukup pedas
- Kunyit hidup/serbuk kunyit
- Santan 500gram
- Sedikit air
- Pucuk ubi 
- Asam keping (yg ni kak rose tambah)

Cara-cara penyediaan;
1- Daging salai dibilas lalu dihiris nipis.
2- Cili api dan kunyit hidup dikisar halus, ditapis dan cuma diambil airnya lalu dimasukkan dalam bekas yang sesuai untuk menggulai. (yg ni kak rose tumbuk)
3- Masukkan santan, asam keping dan serai (dan ditambah sedikit air jika perlu).
4- Masakkan kuah dan kacau selalu untuk mengelakkan kuah meruap.
5- Apabila kuah telah mendidih, masukkan daging yang telah dihiris dan dikacau perlahan (selalu).
6- Masukkan pucuk ubi yang telah disiang serta dibilas bersih.
7- Perasakan dengan garam.
8- Apabila kuah dah masak dan daging dah lembut, boleh matikan api.

 digandingkan pulak dengan udang kertas yang digoreng garing dan jugak ayam sambal.

 tak lupa ikan masin... penambah selera buat kak rose kalau ada gulai macam ni.

bertambah2 lah nasik dibuatnya... since gulai tu tak pedas, dapatlah kak rose meratahnya...😋😋😋

Friday, November 24, 2017

Hadramawt Kitchen lagi...

 Asalamualaikum dan salam jumaat kawan2... ni kak rose makan2 sebelum bermusafir kenegara padang pasir tempoh hari.. tapi nak jugak tepek kat sini... kali ni bawak adik2 pulak makan kat sini... maklumlah nak ke negara depa, so kononnya asik nak pekena nasik arab la kan..

kali ni order set yang untuk 5 pax tu... tapi bila sampai set tu macam tak cukup jer nasiknya, so oder lagi personel set untuk kambing dan ayam jugak... baru lah puas makan sampai tersandar... pelahap ke apa kan... tapi tak pe lah, walaupun macam terlebih oder tapi semuanya habis licin..

 fening fening... tak tahu apa nama ni... confuse sudah! ladies fingers with lamb...

 taboulah salad ni tak de dalam set ni... so kena oder lain ya..

greek salad yang sedap..

Wednesday, November 22, 2017

Alhamdulillah...

Alhamdulillah.... Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?...


the eight of us...

Thursday, November 9, 2017

Doa kami...



Doa sebelum kami ber musafir...
 
"Ya Allah, kami memohon keampunan Mu ya Allah. Kami memohon rahmat Mu ya Allah. Kami memohon taufik dan hidayah Mu, ya Allah. Kami dijemput oleh Mu bagi menunaikan ibadah umrah pada tahun ini. Kami bersyukur atas segala nikmat yg Engkau berikan kepada kami sekeluarga.

Ya Allah, terimalah kami sebagai tetamu Mu ya Allah. Tetamu yang paling istimewa ya Allah, tetamu yang paling-paling istimewa ya Allah. Kami tahu, Engkaulah yang berkuasa memberi keistimewaan kepada sesiapa yang Engkau mahu berikan. Ya Allah, ampunilah diri kami ya Allah.

Ya Allah, Kau peliharalah keselamatan dan kesihatan ahli keluarga kami di Malaysia. Tenangkanlah hati mereka. Jangan Kau cetuskan rasa rindu kepada kami sepanjang kami menjadi tetamu Mu ya Allah. Kau hilangkan lah rasa rindu kami kepada mereka semasa kami berada di sana.

Ya Allah, berikanlah kesihatan kepada ibu bapa kami, jiran dan teman2 kami. Kau lindungilah mereka. Masukkanlah mereka dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Kau balaslah budi baik mereka  dengan memberi kemuliaan, kesejahteraan dan kebahagian di dunia dan akhirat. Kau ampunilah dosa dosa mereka ya Allah.

Ya Allah, Kau ampunilah diri kami. Ya Allah, kami pergi ke rumah Mu semata mata untuk beramal ibadah kepada Mu. Janganlah Kau palingkan niat dan tujuan kami. Jangan Kau sukarkan perhubungan antara kami.

Ya Allah, Kau berilah perasaan kasih sayang, cinta mencintai antara kami suami isteri dan adik beradik, saling maaf bermaafan dan tidak cepat berasa tersinggung dan bermasam muka. Jadikanlah kami saling faham memahami dan saling kasih mengasihi. Ya Allah, jauhilah kami dari bertelingkah dan berselisih faham yang boleh menjejaskan amal ibadah kami di sana nanti ya Allah. Jangan Kau uji kami dalam soal ini ya Allah.

Ya Allah, permudahkanlah perjalanan kami. Bermula dari kami keluar dari rumah ini sehinggalah kami kembali ke sini. Janganlah kami terjebak dengan sebarang kesulitan yang menyukarkan kami untuk sampai ke rumah Mu. Jauhilah kami dari mala petaka atau bencana yang akan menimpa kami Ya Allah.

Ya Allah, jangan Kau pisahkan kami. Berilah ketenangan, keamanan dan kemudahan terutamanya dalam soal-soal kesihatan sepanjang perjalanan kami. Elakkan kami dari perasaan kerap membuang air kecil. Peliharalah kesihatan kami, mudah mudahan dengan kesihatan yang Kau berikan. Dapatlah kami beramal ibadah untuk mendekatkan diri kami kepada Mu.

Ya Allah, hanya pada Mu lah, tempat kami bergantung harap. Berikanlah kemudahan kepada kami sekeluarga. Berikanlah keistimewaan kepada kami dalam segala perkara. Tempatkanlah kami dikawasan yang berdekatan dengan Masjidil Haram. Ya Allah, kami memohon kepada Mu agar tempat tinggal kami tidak menjadi penghalang kepada tujuan kedatangan kami ke Tanah Haram ini.

Ya Allah, kami mahu beramal ibadah kepada mu. Semata mata untuk Mu, ya Allah. Permudahkanlah makan minum kami dan berikanlah kesihatan yang baik sepanjang kami di sana. Kau berikanlah kesabaran kepada kami dalam menghadapi sebarang cabaran dan dugaan disana nanti.

Ya Allah, semasa kami di Madinah nanti, Kau berikanlah rasa cinta, rasa sayang dan rasa kasih kepada Masjidil Nabawi. Ya Allah, kami mahu yang terbaik. Kamu mahu beramal ibadah di sana. Berikanlah kami peluang menziarahi dan melalui Makam Rasulullah. Berilah kami ruang untuk bersembahyang di Raudah. Cukupkanlah sembahyang kami sekurang kurangnya 40 waktu secara berterusan.

Berilah kami peluang untuk melakukan yang terbaik di sana nanti ya Allah.
Ya Allah, kami akan mengerjakan ibadah umrah. Kau terimalah ibadah ini ya Allah. Semasa kami di Mekah nanti, mudahkanlah kami melakukan ibadah umrah Ya Allah.

Berikanlah laluan dan lorongan bagi kami melakukan tawaf umrah. Permudahkanlah kami melakukan sai’. Ya Allah, berikanlah kekuatan dan kesihatan untuk kami melakukan amal ibadah ini. Ya Allah, jangan Kau uji kami dengan rasa jarak yang jauh, hati yang malas dan tenaga yang tiada.

Ya Allah, semasa kami berada di Tanah Haram nanti, janganlah Kau lalaikan kami dengan bersenang lenang dan malas beramal ibadah. Ya Allah, kami hadir sebagai tetamu Mu dalam keadaan jahil. Kaulah yang dapat membantu kami.

Ya Allah, berikanlah kami perasaan jatuh cinta kepada Masjidil Haram. Gerakkanlah hati kami supaya sentiasa berada di sana. Beramal ibadah di sana. Itulah cita-cita kami ya Allah. Kami datang semata mata kerana Mu ya Allah. Kerana Mu ya Allah. Ya Allah, tutuplah pintu hati kami daripada lalai membeli belah di sana nanti.

Ya Allah, penuhilah ruang masa kami dengan melakukan amal ibadah yang sepatutnya kami lakukan. Ya Allah, kami ingin khatam Al Quran di Masjidil Haram Ya Allah. Ya Allah, kami ingin bersembahyang di Hijir Ismail Ya Allah. Ya Allah, kami ingin mencium Hajar Aswad. Ya Allah, kami ingin berdoa dihadapan Multazam ya Allah. Berilah ruang kepada kami apabila kami memerlukannya ya Allah. Berikanlah rasa kasih yang mendalam kepada Masjidil Haram.
Ya Allah, Kau ajarlah kami. Kau bantulah kami. Kau tunjukkanlah dengan sebaik-baik pengajaran. Kau berikanlah ilham untuk kami melakukan yang terbaik. Hanya yang terbaik untuk Mu ya Allah. Ampunilah kami ya Allah, hanya kepada mu tempat kami berserah dengan sesungguhnya.

Ya Allah, gerakkanlah hati kami untuk melakukan umrah sunat sebanyak mungkin. Ya Allah, gerakkanlah hati kami bagi membanyakkan amal di Masjidil Haram. Berikanlah perasaan kasih sayang, cinta dan keinginan untuk berada di sana. Ya Allah, mudahkanlah untuk kami melakukan ibadah tawaf, bersembahyang dan membaca al quran.

Ya Allah, ampunilah kami. Permudahkanlah perjalanan kami dari Madinah ke Mekah. Jauhilah kami daripada sebarang mala petaka. Jangan Kau uji kami dengan sesuatu yang tidak dapat kami memikulnya Ya Allah. Berikanlah kesihatan kepada kami. Amankan hati kami. Tenangkan perasaan kami. Ingatkan kami untuk bertalbiah di sepanjang jalan.
Ya Allah, mudahkan urusan kami sepanjang menjadi tetamu Mu. Ya Allah, tetapkan hati kami untuk beramal ibadah. Ya Allah, kuncilah mulut kami daripada bercakap perkara yang tidak memberi faedah. Jauhilah kami daripada mereka yang suka bersembang, menghabiskan masa dan membazir waktu.

Ya Allah, berikanlah taufik dan hidayah Mu kepada kami. Kau berikanlah kerahmatan Mu kepada kami. Ya Allah,selepas selesai segala-galanya, kami memohon kepada Mu, permudahkanlah perjalanan pulang kami. Jauhilah kami dari malapetaka sepanjang perjalanan pulang kami. Berikanlah keselamatan kepada kami sehingga kami dapat berjumpa dengan ahli keluarga kami. Ya Allah, Kau berkatilah kami ya Allah. Ampunilah kami ya Allah.

Ya Allah, kami ini adalah manusia jahil. Kami ini manusia yang kerdil. Kami banyak dosa kepada Mu. Ampunilah kami. Kami pergi menunaikan umrah semata mata kerana ketakutan dan keinginan untuk menyampaikan rasa syukur kami kepada Mu. Kau yang Maha Berkuasa. Kau yang memakbulkan segala permohonan hamba Mu. Ya Allah, kami mahu yang terbaik, yang teristimewa dan yang terpilih diantara jutaan hamba-hamba Mu.

Ya Allah, berikanlah dan kurniakanlah umrah yang mabrur kepada kami sekeluarga, umrah yang Kau redhai dan yang mulia disisimu. Ya Allah, apabila kami pulang ke Malaysia nanti, kami mahu berubah ya Allah. Kami mahu menjadi manusia yg lebih baik disisimu.
Ya Allah, berikanlah kebahagian kepada kami sekeluarga. Berikanlah rezeki yang halal dan jauhilah kami daripada mereka yang suka membuat fitnah. Kaulah yang mencipta kami dan kami hanyalah hamba Mu yang hina dan tidak berpengetahuan.

Ya Allah, sekiranya kami dipanggil oleh Mu, Kau masukkanlah kami dikalangan orang yang beriman, mereka yang beramal soleh. Kau tempatkanlah kami di dalam syurga Mu yang paling istimewa. Syurga Firdaus ya Allah. Kami mohon keredhaan Mu.
 
terima kasih pada  http://sallymzain.blogspot.my

Tuesday, November 7, 2017

Lempeng pisang

 masa bawak balik dari kampung, mostly masih hijau tak masak lagi... tapi 2 days later dan masak ranum semua... puas dapat makan gitu jer, memang manis sbb masak fresh dari pokok. nasib baik jer tak berbebut dengan cik monyet yang pantang lepa tengok pisang kat pokok... hihi.

dan bila tak terhabes nak makan gitu jer... menu pertama yang mudah dan cepat jer dapat makan.. lempeng pisang yang sedap untuk minum petang kami.. tuan tanah boleh habis dua keping sekali ngadap nih!


Monday, November 6, 2017

Makan2 di Juz waffle

 ni masa balik kampung minggu lepas, bila balik kampung tapi orang tua dah tiada, mulalah rasa sangat sunyi dan terasa lain sangat... kalau dulu balik kampung means duduk rumah, cuma akan keluar ke pekan kalau ada benda nak beli or bawak mak g jenjalan2... tapi kini sangat berlainan... dan balik kampung terasa sangat asing... rumah kampung jadi sunyi sepi dan mula lah nak keluar berjalan meronda2 dan makan2..

 bila berjalan dan tak de tujuan tertentu, maka redah jer la mana yang tersinggah... just to fill-up the time sebelum esoknya tu nak buat tahlil untuk arwah mak... kami tiga beradik g makan2 kat juz waffle di bp mall ni... sambil cuci mata, cuci poket jugak... dan yang penting perut terisi, balik rumah boleh terus rehat... yang kat atas ni fried octopus... yang ada cuma jari2 sotong, rasa so so jer!

hongkong style kampung fried rice... sangat berlainan dengan gambar yang ada kat leaflet menu... seakan tipah tetipu, gitu! tak nampak pun ayamnya! huhu

 Cantonese seafood scallop kuey teow... mewah dengan scallop n seafoodnya. sedap.

chicken chop with blackpepper sauce... grilled chicken with sangat hangat pedas sauce! terasa berasap telinga, pedas ya amat!

Saturday, November 4, 2017

Yang ni pulak..

persiapan untuk bermusafir pada minggu depan almost complete, cuma menunggu harinya yang bakal tiba... semuga dipermudahkan urusan perjalanan dan diberikan kesihatan yang baik, fizikal dan mental untuk melalui fasa fasanya! Insya Allah.

Friday, November 3, 2017

Agar agar pandan santan

 agar agar pandan santan ni kak rose buat back to back dengan agar agar santan gula melaka jumaat lepas...yang ni untuk makan makan dan yang versi gula melaka tu untuk pot luck mengaji Al-Kahfi pada pagi jumaat tu. memang sedap sangat bila dapat makan sejuk2 dimasa cuaca sangat panas membahang tu kan... puas hati bila buat sendiri, boleh makan berulang2 sampai kenyang terbuntang!
 kak rose kongsikan resepinya dari Yatie ni ya..

Bahan-Bahan:
  • 10gm serbuk agar-agar
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 cawan air
  • 200 ml santan kotak+ 50 ml air
  • 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
  • secubit garam
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna hijau dan perisa pandan
Caranya:
  1. Masak air dengan gula pasir dan daun pandan.
  2. Bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
  3. Kecilkan api. Masukkan pewarna hijau dan perisa pandan.
  4. Kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih.Guna api sederhana je dan sentiasa di kacau.
  5. Bila dah siap, tutup api dan bolehlah di tuang ke dlm acuan kegemaran.
  6. Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk!

Thursday, November 2, 2017

Kuih vadai

kuih vadai ni kak rose buat masa lepas deepavali hari tu, tapi tak tergoreng pulak sbb ade jer menda untuk nak disantap... jadi ni kiranya vadai frozen la kan... tak kira lah frozen ker yang fresh ker bila masuk perut semuanya sama jer... dan jadi penyelamat jugak dimasa2 buntu tak tau nak masak apa kan... tapi dek kerana malas punya pasal, mas goreng tu pun togel je sbb tak de daun kari tu..
kak rose kongsikan resepinya kat sini ya..ada yang tanya kenapa bila goreng jadi berderai... pada kak rose le, kena betul2 rendam sampai lembut dan blendkan, adunan akan sedikit lembek, sbb tu kena alas tapak tangan dengan plastik masa membentuk tu... Insya Allah menjadi la vadai tu nanti.


bahan2:

250gm kacang dhal
2 tangkai cili kering, digunting halus
1 tangkai daun kari, racik halus
1/2 lagu bawang besar, diracik (kak rose buh sebiji)
1 camca teh jintan manis biji
1/2 camca teh garam/secukup rasa minyak untuk menggoreng

cara:

rendam kacang dhal selama lebih kurang 4 jam
toskan hingga kering
kisar kacang dhal hingga halus, tidak mengapa jika masih ada sedikit kacang yang x hancur (kak rose guna blend yg kering tu)satukan semua bahan dalam bekas dan gaul rata
leperkan atas tapak tangan yang dialas dengan plastik yg telah disapu dengan sedikit minyak untuk mengelakkan dari melekat
susun atas dulag yg disapu sedikit minyak
goreng atas api yg sederhana besar hingga kekuningan n garing. 

Wednesday, November 1, 2017