Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, June 27, 2023

Apam balik


bahan2 nya
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles
  • Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar
  • (kak rose tambah jagung manis, butter dan tabur sedikit gula dalam tu.)

Cara-cara

  1. Mesin gula bersama telur hingga kembang,
  2. Masukkan soda bicarbonate, baking powder, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
  4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
  5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
  6. Apabila cukup masak, angkat dan dipat DUA dan sapukan butter pada kedua2 belah apam sebelum dipotong.

walaupun rupamu sangat lah hazabbbnya, tapi apa lah ada pada rupa kan.. yang penting sedapppp, habis kami adik beradik makan sambil gebang2 petang!
 

Monday, June 26, 2023

Kuih seri muka

Lapisan Bawah:

  • 1 1/2 cawan pulut
  • 1 1/2 cawan santan cair (saya letak 1 cwn je..bergantung pada jenis pulut)
  • sedikit garam
Cara Penyediaan
  1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
  2. Lapikkan plastik dalam loyang bulat 10 inci.
  3. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak...dlm 30 minit.
  4. Setelah masak, angkat dan tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  5. **Sapu plastik dngn sedikit minyak, ratakan dan tekan2 pulut supaya mampat.
  6. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 4 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna hijau dan perisa pandan
  • Cara-cara
  • Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
  • Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
  • Kukuskan lebih kurang 30 minit.
  • Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastik.


 

Sunday, June 25, 2023

Sarapan kami

sama jeeee menu setiap hari danbuah juagk yang sama jer.. musim mangga kan, so beli lah banyak2 jenis tapi bila kopek memang lah isi nya semua kuning jer kan... dan begitu juga jambu batu lohan tu, kita makan lah hingga habis stok dan top up dengan buah yang baru pulak kan..






 

Saturday, June 24, 2023

Semuanya leftover!

 

ya. memang semuanya leftover.... nasi leftover kak rose buat lah nasi goreng bodo bodo cenggini. dan satay tu pun satay kajang leftover jugak. tu lah bila membeli memag tak beringat, so sudahnya sebungkus 20 cucuk memang tak berbuka dan terus simpan dalam freezer. dari dibiarkan berhari keras kejung dalam tu baik lah jangan membazir kan.. panaskan dan lunch pun ready.

nasi goreng bodo bodo dah siap, panaskan satay dan kuahnya. potongkan timun jepun untuk dayang si satay tu dan lunch pun ready. mudah kerja tukang dapo. Alhamdulillah, syukur dengan rezeki yang Allah kurniakan.
 

Friday, June 23, 2023

Tauhu sumbat cicah homemade sos

tauhu sumbat simple dengan sos cili buatan sendiri gitewww... kalau ada kuah kacang pun kak rose suka jugak. kekadang tu leftover kuah satay pun boleh jadi pencicah untuk tauhu sumbat ni. dalam ni cuma kak rose sumbatkan taugeh, timun jepun dan carrot yang disagat halus. baut ni masa kak rose dikampung hari tu, jadinya satu pinggan untuk kami berdua dan satu lagi untuk adik yang juga tinggal berdua.. begitu lah kami... anak2 dah memasing dengan kehidupan sendiri kan...
resepi sos cili homemade...

Bahan2:
 
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 cawan air
3 camca besar penuh cuka
1/3 cawan gula (atau secukup rasa)
Sedikit garam
1 camca teh tepung jagung + 1/4 cawan air = kacau rata
Sedikit bijan, disangi hingga harum
 
Cara2
Kisar cili, bawang putih dengan 1 cawan air hingga halus. 
Tuang ke dalam periuk, masukkan gula dan sedikit garam. 
Kacau rata dan masak hingga mendidih. 
Kecilkan api dan masak sekejap lagi. 
Masukkan bancuhan tepung jagung dan cuka makan. 
Kacau rata dan masak hingga pekat. 
Matikan api dan tabur bijan sebelum dihidangkan bersama tauhu sumbat

cukuplah untuk minum petang kami berdua, layankan bersama satu mug nescafe o pebret.
 

Thursday, June 22, 2023

Kaswi pandan gedik

 terjebak gak... Alhamdulillah menjadi dan sedap!

Terima kasih pada yang viralkan resepi kuih kaswi gedik yang sedap ni... kak rose kongsikan disini untuk rujukan nanti nanti kalau nak buat lagi. jadi keeper resepi lah ni.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan air pandan
  • 1 cawan santan cair
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi kayu
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu besar air kapur
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna hijau


Cara penyediaan:

1. Satukan semua bahan di atas. Kemudian, sapukan acuan dengan sedikit minyak.

2. Isi adunan sehingga penuh acuan dan kukus selama 15 minit.

3. Bila dah masak, biarkan kuih sehingga sejuk sebelum keluarkan daripada acuan.

4. Kukus kelapa parut untuk tahan lama dan tak mudah basi.

Sukatan di atas boleh dapat lebih kurang 24 biji kuih.

 

Wednesday, June 21, 2023

Sayur pebret!

walaupun harga kayangan sangat, tetap lah ku beli bila dah pebret dengan sayur ni kan.. zaman sekarang apa saja yang tak mahal, memnag terasa lah bila duit kita semakin kurang nilainya..
dan sayur kayangan kak rose... brokoli bawang putih yang sentiasa menjadi pebret kami berdua.
 

Tuesday, June 20, 2023

Kuih hari Jumaat

Kuih cara manis aka kuih hari jumaat kak rose... kuih ni kak rose buat pada ahri jumaat lepas untuk potluck masa bacaan Surah Al-Kahfi di mesjid Al-Huda. dulu masa kak rose masih tinggal di shah alam memag ini lah rutin mingguan kami selain dari kuliah dan belajar mengaji bersama kawan kawan. kini semuanya tinggal kenangan bila kami2 semua dah berpindah kerana tuntukan kehidupan memasing.. dan bila dah berjauhan, memang tak dapat lah nak bersama setiap minggu seperti dulu... cuma jika ada masa kelapangan dan kesempatan kak rose cuba jugak hadirkan diri dan kerana itulah adanya kuih hari jumaat ni...
 

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)
2 biji telur
3 helai daun pandan
Beberapa titik pewarna hijau
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
  3. Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
  4. Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru.


 

Monday, June 19, 2023

Infinix note30 Pro

kesekian kalinya bertukar tepon... selama 4 tahun lebih guna Huawei nova4, tiba masanya kena gak cari pengganti bila screen dah mula tunjukkan ada failure.... ada semacam garis merah appeared discreen tu, macam lcd light dah x function ke apa entah lah...takut jugak nanti kiranya screen terus jadi blackout, kan nanya kita dibuatnya.. en asben yang guna Ipong 13pro masa tu ngam2 setahun pun dah kena dan hanya ok balik bila dah terpaksa spend rm1.6k just for screen reolacement. so baik lah kita gantikan huawei ni dengan infinix ni...
x perlu lah nak guna ipong bagai kan... ni pun dah syukur Alhamdulillah, mekasih en asben yang blikan tepon baru ni..
tidaklah secanggih macam ipong, tapi ok lah untuk kak rose yang memang tak rajin nak explore menda2 di phone baru. agak2 lah boleh guna lama x tepon ni? only time will tell lah kan..
 

Sunday, June 18, 2023

Cakkkk!!

 fuh fuh.... sapu sawang dulu baru nak tunjuk kemalasan selama ini!