Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, August 29, 2019

Home made tomyam paste

Asalamualaikum dan salam Khamis buat kawan2 semua..

 hari ni ade sedikit kerajinan nak mengupdate dapo maya kak rose ni... home made tomyam paste ni kak rose buat beberapa hari lepas, tapi nak jugak tepek kat sini kan... sangat memudahkan kerja memasak bila dah ada paste yang ready cam ni kan. walaupun kak rose jarang sangat nak masak nasik, dengan adanya home made paste ni boleh lah masak tomyam untuk ratah ratah gitu je..

Bahan-bahannya:

2 biji bawang besar
4 biji cili merah
10 biji cili kering
2 inci lengkuas
4 batang serai
2 sudu udang kering
6 helai daun limau purut
2 inci belacan (dibakar) (kak rose gantikan dengan 2 kiub pati ikan bilis)
air asam jawa, gula & garam


Cara-caranya:

1. Kisar kesemua bahan kecuali air asam jawa, garam dan gula bersama sedikit air.
2. Kemudian panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga pecah minyak n menjadi pes.
4. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk. Perencah boleh disimpan.  

Wednesday, August 28, 2019

Air kelapa muda

sebiji satu liter! 😋😋

Tuesday, August 27, 2019

Pancake pisang

Salam dan selamat tak berapa pagi dah ni...

 huh! asik terbiar jer dapo maya kak rose ni... tuan tanah asik bz dengan entah apa lah agaknya.. yang pastinya tiap hujung minggu berada diluar kawasan dengan urusan yang macam2.. pastinya bila balik tu memang rasa penat dan kain baju yang banyak untuk diuruskan... dan weekdays pulak ada kelas dan jumaat pulak gader3 untuk majlis bacaan surah Al-Kahfi... sayang kan kalau tak dapat join nak gader2 cam ni. so sudahnya dapo maya ni asik lah terbiar.. huhu

jom lah kak rose nak tepek pancake aka lempeng pisang yang kak rose buat bebehari lepas... mekasih kawan yang kongsikan resepi asalnya..

Bahan A

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder

Bahan B

  • 4 biji pisang berangan
  • 3 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur gred A
  • 1 cawan susu segar (boleh guna santan kotak)
  • 4 sudu besar minyak

Cara

  1. Masukkan semua bahan B dalam blender dan mesinkan sekejap supaya pisang tidak hancur sangat.
  2. Ayakkan bahan A dalam mangkuk dan tuangkan bahan B.
  3. Kacau dengan whisk
  4. Sendukkan dalam kuali non-stick dan masak dengan api perlahan
  5. Tutup pot atau non-stick pan.  Masakkan 3-4 minit
  6. Hidangkan dengan madu atau aiskerim atau coklat cair

Saturday, August 24, 2019

Khatam Quran lagi...

Asalamualaikum dan salam hujung minggu..

 kisah semalam kami2 yang diberikan nama grup Al-Kahfi Bidadari oleh ketua muslimat kami... sebab setiap hari jumaat kami akan bergader2 membaca surah Al-kahfi bersama2 dan juga diberikan tugasan mingguan untuk memabaca satu juzuk setiap orang... dan semuanya jadi 60 orang untuk dua grup mengaji... so ini adalah kali ketiga kami mengadakan majlis khatam, walaupun dah lama selesai membacanya tapi cuma waktu macam tak menyebelahi kami semua untuk semua berada dimajlis yang macam ni..

 terim kasih pada ketua muslimat kami dan juga ahli jawatan kuasa yang merealisasikan majlis yang meriah macam ni...kali ni dapat lah memakai tudung yang sedondon, terima kasih sekali lagi kepada ketua muslimat yang menyediakan tudung ni... bila dah ramai2 dan semuanya sama berpakaian jubah hitam dan tudung yang sama, nak bertegur pun asik salah orang..😊


 juga terima kasih pada Datin hajah Dilla, tuan rumah yang gojes dan pemurah. semuga sentiasa dirahmati, diberikan kesihatan yang baik dan murah rezeki selalu. 3 kali khatam, dan tiga kali jugak lah datin jadi host. terima kasih sangat2..

 majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Kahfi seperti biasa dan selepas tu terus bersambung pulak dengan majlis khatam quran...bersemangat semuanya...

 berposing dulu sebelum majlis..

 ni sebahagian grup ngaji petang kak rose... ada jer yang tak dapat join untuk bergader2 bergambar..

 semuanya kyusuk membaca..

 ketua muslimat dan sebahagian ajk majlis..

 lagi ...
 sebahagian lagi...

geng mengaji petang kami... berposing ditepi jalan sebelum bergerak balik... tengah panas pun tak per kan? Alhamdulillah... selesai sudah untuk kali ini dan sekarang sedang meneruskan pembacaan untuk minggu yang ke 8, Insya Allah...

Friday, August 23, 2019

Doa duduk antara dua sujud

Asalamualaikum dan salam Jumaat, penghulu segala hari..

Minimum 17 kali setiap hari...

Do’a itu, ialah do’a diantara dua sujud, marilah kita hayati dan fahami maknanya :

▣ ROBIGHFIRLII - Wahai Tuhan ampunilah dosaku
Dosa adalah beban, yang menyebabkan kita berat melangkah menuju ke ridhaan اللّÙ‡ُ. Dosa  adalah  kotoran hati yang mem-buat  hati  gelap,  sehingga  hati kita merasa  berat sekali untuk melakukan kebaikan.

▣ WARHAMNII - Sayangilah diriku
Kalau kita disayang اللّÙ‡  hidup akan terasa tenang, karena dengan kasih sayang-Nya akan dapat dicapai semua cita-cita. Dengan kasih sayang اللّÙ‡ nafsu kita akan terbimbing dan terdidik.

▣ WAJBURNII - Tutup lah  segala  kekuranganku 
Banyak sekali kekurangan kita, kurang syukur,  kurang  sabar,  kurang  menerima kenyataan, mudah marah, pendendam  dan  lainnya. Kalau kekurangan kita ditutup/diperbaiki اللّÙ‡ُ, maka  kita  akan  menjadi  manusia sebenarnya.

▣ WARFA'NII - Tinggikanlah darjatku
Kalau اللّÙ‡ sudah  meninggikan darjat kita, maka pasti tidak ada  manusia atau makhluk yang boleh menghinakan kita.

▣ WARZUQNII - Berikanlah  aku  rezki
Sebagai hamba اللّÙ‡ُ kita  memerlukan rezki, اللّÙ‡ mampu mendatangkan rezki dari jalan yang tak disangka dan tidak ternilai banyaknya.

▣ WAHDINII - Berikanlah  aku petunjuk / Bimbinglah aku  ke jalan yang benar
Kita bukan hanya  minta petunjuk/hidayah yang berkaitan dengan agama. Tetapi kita juga  minta  petunjuk  agar terhindar dari  mengambil  keputusan  yang di anggap salah.

▣ WA'AAFINII - Berikan lah  aku  kesihatan
Apabila kita sihat, kita dapat menambah kebaikan  dan  manfaat serta kita tidak menjadi beban kepada orang lain.

▣ WA'FUANNII - Aku mohon agar kesalahanku dihapus dari catatan.

Dari do'a tersebut Dimulakan dan Diakhiri dengan mohon keampunan dari الله sehingga kita benar2 bersih dari dosa.

Allah SWT memerintahkan kita untuk membaca doa tersebut,  Rasulullah  SAW  mencontohkan  kepada kita, menurut logiknya  do’a tersebut pasti terkabul dan diterima oleh Allah SWT.


Thursday, August 22, 2019

Kek Pisang

Salam khamis kawan2...

 isnin lepas kak rose ade beli 3 sikat pisang kat kebun komuniti dekat rumah kak rose ni... separuh dah bawak g mengaji petang tu dan ade banyak lagi berbakinya... so meh lah buat kek pisang yang macam lamaaaaa sangat dah tak buat ni...boleh jugak bawak g kelas mengaji petang semalam... jom kak rose kongsikan resepi mudah ni kat sini..

 Bahan2

1 3/4 tepung gandum
1/4 caw tepung jagung
1 caw gula
3 biji telor
4 biji pisang
1 caw minyak
1 cmt soda baikabonat
secubit garam
pisang yang dibelah nipis untuk hiasan..

cara:

Lenyek pisang. Pukul telor dan gula hingga kembang, masukkan tepung gandum, tepung jagung yang telah diayak bersama soda. sebatikan, masukkan pisang, garam dan minyak, sebatikan. tuang dalam loyang dan hiaskan dengan silces pisang tadi. Bakar dengan api kecil lebih kurang 1 jam....

moist n gebus gebas... sepatuh loyang dah bawak g kelas mengaji petang semalam... yang ni untuk kami minum petang. tu pun ada berbaki lagi...

Wednesday, August 21, 2019

Tuesday, August 20, 2019

Apam balik

Fuh! fuh! tiup habuk dulu...

Asalamualaikum dan salam selasa buat semua... bersawang dan berhabuk dah dapo maya kak rose ni... kemalasan tahab gaban untuk nak mengupdate  bolg sudah bertepek dengan kuat... tiup2 pun tak mo nak hilang... tapi hari ini, lepas vacum dan sapu sawang semua, meh lah kita balik kepangkal jalan... sayang jugak kalau terbiar je dapo maya ni... sekian lama cuba untuk sentiasa ada entry baru untuk menghidupkannya... walaupun hidup nyawa2 ikan, moh ler tiupkan vitamin r supaya dapo maya ini tidak akan hilang begitu saja...

 
dan kisah sedih nak buat apam balik ni... dah siap bancuh batter dan ready nak bakar baru lah bukak tin jagung tu... ku sangkakan cream style sweet corn, tapi rupanya yang dalam gambar tu ler..😢😢.. so sudahnya apam balik ni tak de jagung manis dalam tu... rasa sangat tak ngam bila kurang bahan topping tu...

jom tengok resepi apam balik yang hangus yang tak cukup bahan tabur ni... bila lama tak buat, ni la jadinya. hangus pun nak jugak tepek kat sini...

bahan2 nya
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles
  • Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar
  • (kak rose tambah butter dan tabur sedikit gula je dalam tu.)
Cara-cara
  1. Mesin gula bersama telur hingga kembang,
  2. Masukkan soda bicarbonate, baking powder, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
  4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
  5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
  6. Apabila cukup masak, angkat dan dipat DUA dan sapukan butter pada kedua2 belah apam sebelum dipotong.

Thursday, August 15, 2019

Jelly kelapa.

 Penyegar tekak dihari yang berbahang berjerebu..

 memang sedap sangat dapat menikmatinya masa cuaca panas membahang macam ni.. puas hati bila buat sendiri dengan isi kelapa yang banyak, guna air kelapa muda dan campur sedikit air. .memang terasa kelainannya dengan adanya air kelapa muda yang fresh ..

 
 buah kelapa muda fresh dari pokok depan rumah adik dikampung... pokonya rendah jer, nak petik kelapa muda ni just capai dengan tangan dan pulas tangkainya... sedap sangat. setandan ni ade 12 buji semuanya... sampai tak larat nak gayut, terpaksa tampung dengan kayu buahnya!

 bawak balik shah alam dan kak rose buat lah jelly kelapa ni... kelapa muda fresh terus kak rose letak dalam mangkuk dan curahkan jelly yang dah larut  tu.. jom tengok resepinya... mekasih nor yang kongsikan resepinya..

Jelly Kelapa
1 paket agar2 serbuk (10gm)
2.6 liter air kelapa ~ k.nor guna air dr 3 bj kelapa muda
isi kelapa muda
11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2
3 helai daun pandan


Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda. (Kak rose omit yg ni)
Padamkan api.
Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.

# sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.

Wednesday, August 14, 2019

Homestay raya kami..

Asalamualaikum dan selamat pagi semua...

 
 nak jugak buat kenangan kat sini, homestay penginapan kami semasa cuti hari raya korban baru ni.. memula nak jugak kat homestay yang kami duduki semasa hari raya aidil fitri yang lalu. tapi katanya tuan punya nak balik dan stay kat situ, tapi sampai ke sudah homestay tu kosong jer tak de penghuni. yang tu memang sangat dekat dengan rumah adik, so memudahkan kami nak gader2 dan makan2 kat rumah dia.. tak pe lah tak de rezeki, dan kali ni jauh sket lah dari rumah adik, lebih kurang 6km, yang penting kawasan parking pun luas. mudahlah kami tiga beradik nak stay kat sini.. masa ni pagi raya, bersiap sedia nak pergi solat raya di mesjid berhampiran..

 homestay 3r2b untuk kami tiga beradik yang dari kl dan seremban...yang dari jb stay kat rumah adik, dari kluang memasing datang pagi tu terus ke kampung untuk majlis korban.. hall yang lapang untuk lepak2 dan gebang2..

 
 corridor dari hall untuk ke bilik...dibalik langsir tu, ruang yang luas diluar rumah. kalau nak buat bbq memang cantik sangat tempat ni. siap berbumbung dan lantai tiles...

 
 rumah ni memang banyak lorong dan para (is there a word?) cam ni... yang ni menuju ke master bedroom ada stool untuk duduk disini baca Quran dan kitab yassin yang disediakan..

 the master bedroom...

 meja cantik di master bedroom

 dressing table

 built-in wardrobe yang luas..

 another para with stool didepan 2nd bedroom

 2nd bedroom yang juga sangat luas

bilik ke tiga... sayang tak de aircond la pulak..

 meja makan yang comel jer didepan ruang kosong yang luas..

 the pantry...ade fridge juga disediakan..

 dapo yang luas kalau rajin nak masak2...

 another para berdepan dengan pantry tadi... boleh lah mengopi sambil gebang2 kat sini..hihi

laundry room... tapi tak de mesin basuh ya...

Hari Raya korban kami...

Asalamualaikum dan salam 13 dzulhijjah...

 rasanya belum terlambat untuk nak ucap selamat hari raya korban buat semua kan... walaupun kak rose berhari raya dikampung, tapi disebabkan rumah pusaka arwah memang tinggal kosong, so kami duduk di homestay sajalah. dan untuk pagi raya, dimesjid ni lah solat raya kami adik beradik. lepas makan dan salam raya terus kami split kedua destinasi... separuh ke tempat semeblih lembu korban dan selebihnya kami ke rumah kampung dan tunggu sembelihan korban sampai...

 walaupun dalam list tu lembu korban kami ialah yang pertama akan disembelih, tapi lambat jugak baru sampai kat kampung... hampir pukul satu baru sampai, dah siap lapah dan dipotong 4 bahagian untuk memudahkan kawan2 dikampung untuk mengerjakan dan seterusnya dibahagi2kan...

 separuh bahagian... sedia untuk dilapah. alas dengan daun kelapa fresh yang baru potong dari pokok.

 dan separuh bahagian lagi... ready untuk digantung untuk memudahkan kerja memotong dagingnya..

 memasing tahu dengan tugas yang dah diamanahkan oleh abang sulung..

 cepat dan pantas derang buat kerja... sebahagian dah hampir selesai dilapah..

 Alhamdulillah, ramai yang datang tolong... memotong, menimbang sekilo/pack dan seterusnya membungkus...sekejap jer selesai semua kerja dan terus bahagikan kepada semua yang datang.. yang tak dapat datang adik jadi tukang delivery sekitar kampung..kerjasama dari semua sangat memudahkan dan mempercepatkan semua kerja.

 ni bahagian kami adik beradik dan sedara mara pulak nak cuba buat sendiri...

Alhamdulillah, semua selesai dan dipermudahkan urusan korban kami adik beradik..Semuga Allah menerima ibadah korban kami adik beradik. Aamiin.   lepas dah selesai kenalah bersihkan semua peralatan dan tempat memotong tadi tu. kena pastikan rumah peninggalan arwah bersih sebelum kami semua balik semula ke rumah penginapan kami..