Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, July 31, 2012

Tepung pelita

hari yang sangat x larat.... dah menjelang petang hampir waktu berbuka dah, kepala rasa macam nak berpusing.... dan rasa macam nak muntah jer... janganlah terjadi macam hari tu lagi yg rasa loya sangat2 tu... lepas makan tadi rasa macam dah kurang sket tp rasa loya tu ade lagi.... harap2 x berpanjangan dan dapat meneruskan ibadah puasa dibulan mulia ini....

buat tepung pelita ni tengahari tadi, dapatlah sejukkan dulu sebelum dingap masa bukak posa tadi.... buat satu adunan, masuk dalam gelas kecik2 ni 6 biji jer selebihnya kak rose buh dalam mangkuk plastik kecik2 tu... gelas kecik ni mmg ada 6 biji jer pun! dan cuma yg dalam gelas jer buat kami 3 beranak, selebihnya kak rose bagi pada dua jiran sebelah rumah. resepinya kak rose masih guna yang sama, dari Yani@Myr, cuma bila ternampak ita masam manis buh dalam gelas cam ni kak rose pun nak ikut jugak.... tapi punyalah sememeh jadinya.....

Bahan-bahan
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara
1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan dan boleh simpan dalam peti sejuk jika mahu

Nasi goreng ikan masin

nasik gireng ikan masin + potongan timun, tomato, salad + kopok nganu mari w mayo n cili sos

salam dan selamat pagi... Alhamdullilah selesai sudah hari ke sepuluh kita berpuasa dan semakin buntu pulak nak sediakan juadah berbuka.... tp syukur sangat2 sebab adanya kemudahan intenet, klik jer apa yang rasa nak masak, resepi pun terpampang kat skrin.... tinggal rajin ke idak je lan nak sediakannya kan.... dan pagi semalam sambil mengadap komputer sambil dengar sinar.fm tentang kisah2 berjualan dibulan puasa dan ada sorang pendengar tu kata dia bukak bisness jual nasi goreng ikan masin... mmg laku sangat2 dan aroma ikan masin yang digoreng tu merebak keseluruh pasar malam macam memanggil2 pelanggan datang.... dan dengan satu jenis jualan saja dia dapat untung berlipat ganda. rezeki ikan masin!

mendengarkan kisah tu lah yang membuat kak rose pun nak makan nasik goreng ikan masin jugak. tp yg kak rose ade cuma ikan masin kurau je.... x kisahla kan asalkan ikan masin, tp bila bercampur dengan nasik tu x nampak lak ikan masinnya sbb sama kaler dengan nasik.... heavennya dapat makan nasik goreng ikan masin yg sempoi ni... siap mengulang makan pas balik dari solat terawih. terima kasih pada sinar.fm yg bagi idea buat nasik goreng ikan masin nih.

Monday, July 30, 2012

Puding cendol gula melaka

Salam dan selamat petang semua.... tentunya sedang berpikir2 nak masak apa petang ni kan.... apa kata sediakan puding cendol gula melaka macam yang kak rose buat petang semalam... sebetulnya ada baki cendol yang kak rose buat ari tu dan bila terpandang puding ni kat rumah Nieza, terus lah kak rose godek jadikan puding untuk manisan bukak posa semalam.... makan sejuk2 mmg sangatlah nyaman dihari yang sangat panas.

resepinya kak rose cnp dari Nieza, mekasih ya dan kak rose sharekan kat sini lak. tp kak rose nyer kemet jer sbb kak rose guna acuan mangkuk kecik2... apa pun rasanya mmg best, macam makan cendol tp dalam bentuk yg sedikit pejal!

Bahan untuk lapisan bawah:
120 gm agar-agar yang telah di rendam

Seliter air

200 gm gula Melaka

Bahan-bahan lapisan cendol:

120 gm agar-agar yang telah di rendam

750 ml air

250 ml santan

120 gm cendol

Sesudu teh garam halus

(kak rose buat separuh adunan jer...)

Cara-cara memasaknya:
Untuk membuat lapisan bawah: masak agar-agar bersama air dan gula Melaka sehingga larut.
Setelah larut tuang kedalam bekas atau acuan pilihan dan sejukkan.
Untuk membuat lapisan cendol: didihkan air bersama agar-agar sehingga larut.
Kemudian masukkan santan, gara dan cendol, kacau rata.
Setelah siap dikacau rata, tuangkan di atas lapisan bawah yang telah disejukkan tadi.
Sedia untuk dinikmati setelah disimpan didalam peti sejuk.

Murtabak lipat

Salam hari isnin pada kawan2 semua.... sekejap jer dah sampai ke hari yang kesepuluh kita berpuasa, Insyaallah. dah masuk pada fasa kedua dibulan Ramadhan yang mulia ini. semuga kita semua terus diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk meneruskan ibadah puasa yang masih berbaki.... dan untuk berbuka petang semalam kak rose buatkan murtabak tampal ni. hari tu nampak kat rumah CMG dan kebetulan stok semua bahan pun ada, tp tang cicah tu kak rose guna kuah yang sedia ada... kuah ayam masak merah madu yang hubby bli dari penang, wah! jauhnya kuah tu mari kan... apa2 pun meh tengok resepinya yg kak rose cnp dari dapur CMG. mekasih ya mat... makan separuh keping pun dah kenyang!

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping instat prata jenama 'KAWAN'
3 biji telur
1 biji bawang holland, dadu kasar (guna bawang besar pun ok)
3 tangkai daun sup, hiris halus
Sos cili untuk dicicah

BAHAN INTI :-)
100 gram daging ayam kisar atau cincang halus
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*ditumbuk halus)
1/2 camca besar rempah kari daging
1 biji cili merah, didadu kecil
1/2 cawan air
Sedikit kacang pis (jika suka)
Sedikit gula
Garam secukup rasa
1/2 camca teh serbuk lada hitam (mat guna "aji-shio")

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masuk rempah kari, kacau dan tuang air. Tambah daging dan kacau rata. Masak dengan api sederhana. Masuk serbuk lada hitam, cili yang didadu, kacang pis dan sedikit gula. Tambah garam secukup rasa. Masak hingga kering, dan sejukkan.
  2. UNTUK MURTABAK LIPAT :- Masak roti prata instat seperti arahan pada paket. Ketepikan. Satukan hirisan bawang besar dan daun sup bersama bahan inti. Gaul rata dan bagi kepada 3 bahagian sama banyak. Sediakan non-stick pan saiz 8 inci. Letak sedikit minyak. Ambil 1 bahagian inti dan pecahkan telur ke dalamnya. Kacau rata dan tuang dalam pan. Masak dengan api sederhana hingga inti 3/4 masak. Letak sekeping roti prata tadi dan tekan2 sedikit.
  3. Biar masak sebentar dan berhati2 terbalikkan. Masak sekejap lagi dalam 30 saat. Keluarkan dari non-stick pan, kemudian lipat dia. Kemaskan. Buat kaedah sama untuk baki bahan2 tadi.
  4. Potong 2 setiap murtabak dan hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda... Selamat mencuba untuk semua..
Mat, camner nak lipat cantik macam mat buat tu.... kak rose punya jadi pecah patah terkoyak terbelah seksi!... hu hu hu

Sunday, July 29, 2012

Jus limau kasturi asam boi

penghilang dahaga untuk petang ni.... jus limau kasturi + asam boi. stok limau kasturi yang terbiar eloklah jadikan jus yang sedap ni kan, sementelah asam boi pun ada banyak.... maklumlah masa bli bukan main tamak sampai sekilo, so maunya makan tahun baru boleh habis.... jangan ada expiry date sudahlah. jus ni pernah buat kat sini.... tp yg ni kak rose x blend pun, just perah n tapis buang biji, tambah air masak n ketul ais..... without sugar. ready untuk diminum... tp kena tunggu bukak posa dulu la ya.... camner pun air teh o panas pun dah ready satu jug beso!

Potato lyonnaise

Asalamualaikum dan selamat pagi hari minggu.... juga selamat berpuasa untuk hari yang ke sembilan.... bertambah hari berpuasa mula la x tekak ni makan yang bermacam2... rasa x nak makan nasi pun ya jugak, so kenalah cari alternatif.... potato lyonnaise ni kak rose pernah makan masa buffet kat holiday villa lama dulu dan rasa macam kena dengan tekak ni... so kak rose buat la untuk bukak posa petang semalam.... tp pengapit dan pengiring tu kak rose memandai la nak ganding kan dengan dia... nasik kena ada jugak wpun nasik goreng jer, juga frankfurters n sayur celur tu... maklumlah tekak melayu... eh! jawa lah!

potato lyonnaise in the making.... resepinya kak rose dapat dari sini dan kak rose kongsikan kat sini lak ya untuk kawan2 yg nak mencuba....

2 lbs potatoes (kak rose guna jenis russet potato)
2 tbsp. butter
1/2 tsp. salt
1/4 tsp. pepper
1 1/2 cup. slice onion (kak rose buh 2 biji)
1 tbsp. olive oil (kak rose tambah 1 sudu lagi!)
1/4 cup chopped parsley (yg ni kak rose x dak!)

peel n halve potatoes, steam them until tender, approximately 10 minutes
cut potatoes into 1/4 inch thick slices (kak rose slice dulu baru steam it... kejap jer)
melt butter in large skillet. add potato slices n cook for 15 minutes, shaking pan periodcally
after 10 minutes, add salt n pepper, turn potatoes
in a small skillet, saute onion in olive oil until browned
add onion n parsley to potatoes n cook for another 5 minutes

tu diah! potato lyonnaise bersama dengan pengapit dan pengiring melayunya... nasik goreng cina taruk mixed vege n udang cincang banyak2, ayamas frankfurters perasa mushroom n black pepper each dan sedikit broccoli n carrot celur...kalau makan cam tu jer pun sedap, tp takut nnti x kenyang lak.... sbb sahur mmg x amik nasik!

Saturday, July 28, 2012

Kuih mesti di bulan posa

Alhamdullilah, sudah lapan hari kita diberi peluang untuk berpuasa dan semuga terus diberikan kesihatan yang baik oleh Nya untuk meneruskan kewajipan menunaikan rukun islam yang ketiga ini. dan untuk berbuka hari ini kak rose buat kuih buah melaka.... sejenis kuih yang selalu ada permintaan dibulan posa.... x posa pun ada buat gak.... kira hari ni sangat berjaya kerana banyak2 ni x de satu pun yang pecah menjejeh gula dia.... naik lift tekan sendiri buat diri sendiri la kan....

camner dapat nama buah melaka pun x diketahuan.... sbb rupa parasnya hanyalah bulat berselaput kelapa dan apa ada kena mengenanya dengan negeri melaka. ada juga yang sebut onde-onde. apa pun selamat berbuka puasa buat semua....

Jangan tergoda ya....

Salam dan selamat petang semua... juadah apa agaknya untuk berbuka puasa petang ni? cuaca yang sangat panas berbahang kat luar dan dalam rumah membuatkan minuman yang sejuk2 cenggini memang jadi idaman... dan cendol ni kak rose buat petang semalam.... sangatlah nyaman dapat menghirup cendol ni... tp tu la kalau ada ais yang sagat tu lagi ngam kan... walaupun ada cendol tp minuman panas tetaplah ada.... jarang berbuka dengan minuman sejuk sebenarnya! hari ni x tau lagi nak masak apa.... hishhhh!!!

nak resepi cendol?..... ada tepek kat sini

Friday, July 27, 2012

Manisan petang semalam punya....

manisan kegemaran sepanjang masa... buat untuk bukak posa petang semalam, bila makan sejuk2 rasa sangatlah nyaman... resepinya dari nduk hana yang kak rose dan buat berkali2... tp mmg x kan pernah jemu dengan bubur som som ni... ni lah bubur lepas kenduri orang jawa!


Bahan-bahan
  • 100 g tepung beras
  • 100 g tepung jagung
  • 1,600 ml santan (500 ml KARA+ air)
  • 100 ml air pandan (atau 100 ml air + pandan pes)
  • 1 sk garam atau secukup rasa
  • sedikit pewarna hijau (opt) (ni kalau nak buat som som dengan perasa pandan..)
  • SIRAP GULA MELAKA :-
  • 500 g gula melaka
  • 1000 ml air
  • 2 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara
  1. Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan.
  2. Satukan kesemua bahan2 dalam periuk dan gaul rata.Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
  4. Sajikan bersama sirap gula melaka.

Black pepper sauce, iftar semalam

baru seminggu puasa dah x tau nak masak apa untuk iftar... kadang2 buntu jugak tukang masak ni kan.... so untuk kelainan semalam kak rose buat chicken chop bodo2 jer... buat coleslaw dan gorengkan fries.... berebut2 lemak nak menempek dengan segala yang bergoreng! black pepper sos pun homemade jugak. asalkan boleh mengenyangkan kira ok la tu kan.... tp Alhamdullilah, kenyang sangat2.... x terhabis pun pinggan kak rose tu...

homemade black pepper sauce ni kak rose guna resepi dari Myr oleh kak fida. 1st time guna resepi ni, mekasih ya kak fida kongsikan resepi sauce ni dan kak rose nak kongsikan kat sini lak ya...

Bahan-bahan
  • 3 sb mentega*
  • 4 sb tepung gandum*
  • 300 ml air panas
  • 300 ml susu segar
  • 1 keping kiub lembu/kiub ayam
  • 1 sb kicap pekat
  • 1 sk cuka
  • 1 sb serbuk lada hitam (lebih sedap kalau yg ditumbuk sendiri)


  • Cara-cara
  1. Cairkan mentega di dalam kuali atau periuk atas api yg kecil dan masukkan tepung.Masak hingga berbuih.
  2. Masukkan kesemua bahan2 yang lain ke dalam campuran tepung dan gaul hingga rata dan masak hingga pekat.Jika terlalu pekat boleh ditambah sedikit air atau susu cair lagi.
  3. Apabila siap, bolehlah disajikan dgn steak,chop atau burger pilihan.

harap2 x la melepek hari ni sbb x makan nasik... sahur mmg x kak rose x amik nasik, hanya roti bakar sapu butter n secawan nescafe o panas and alotttttt of air masak sampai kembung rasa perut!

Sambal sotong kacang tumbuk

Asalamualaikum dan selamat dipagi hari Jumaat yang mulia. selesai sudah ibadah puasa kita yang keenam dan insyaallah hari ini genap seminggu kita berpuasa. dan hari ini giliran pertama kak rose untuk menyediakan moreh untuk mesjid kat sini.... so hari ni kena bersilat awal la kat dapur.... mudah2an dimudahkan segala urusan kak rose hari ni...

berbalik pada menu untuk juadah berbuka puasa ni, kadang2 mmg jenuh pk nak masak apa.... tp nasib baikla ada intenetkan, soh je pakcik google cari resepi apa bahan yg kita nak masak. macam resepi sotong ni, bermacam2 resepi ado, yang menjadi pilihan kali ni ialah dari dapur CMG.... tp x de nya kak rose nak tumbuk kacang tu, ada kemudahan so kita guna la kan....memudahkan keja atau kak rose mmg malas?..... walaupun ada allergic to seafoods tp pas tu mmg kana amik ubatlah... bersedia untuk tidak menggaru sepanjang malam! mekasih ya mat, kak rose cnp resepinya kat sini pulak....

BAHAN-BAHANNYA :-)
350 gram sotong, kerat dan cuci, toskan
1 biji bawang besar, hiris berangkai
1/2 cawan jus asam jawa
2 camca besar kacang tumbuk
2 1/2 senduk nasi cili kisar
1 camca besar sos cili
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3/4 inci belacan (kak rose gantikan dgn kiub pati ikan bilis)
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 batang serai, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Celur sekejap sotong tadi selama 30 saat. Angkat dan toskan. Panaskn minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing, guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Tambah sos cili dan masak sekejap. Tuang jus asam jawa. Kacau dan biar pekat sedikit. Masukkan bawang besar dan kacang tanah. Gaul rata.
  3. Tambah sotong, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh angkat. Hidangkan dan kalau suka boleh tabur sedikit kacang tumbuk atas sambal tadi...

Thursday, July 26, 2012

Brokoli goreng ikan masin

Asalamualaikum dan selamat pagi pada semua.... sayur goreng untuk berbuka petang semalam. frust dengan degrade kopok leko yang sangat hampeh tu terus lah cari nasik. nasib baik semua dah siap masak tinggal nak ngap jer, so adelah penggantinya. brokoli mmg salah satu sayur kegemaran kami dan bermacam2 resepi brokoli dah cuba, tp yang ni lain sket sbb ada ikan masin dalam tu yg menambah kesedapannya (ade ke perkataan ni?) penah buat dulu kat sini.

resepi ni kak rose dapat dari Myr oleh cindaibiru, tp kak rose x de cendawan butang tu, so omit je la.... guna je bahan yg ada.... kebetulan ikan masin yang kak rose goreng semalam tu ada lagi, jadilah brokoli goreng ikan masin ni. ratah gitu jer pun sedap gak!

mintak izin kak rose nak sharekan kat sini resepinya ya...

Bahan-bahan
  • Brokoli saiz kecil
  • 1 batang carrot
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 ekor ikan masin gelama (Blh guna ikan lain juga)(kak rose guna ikan kurau masin)
  • Sedikit cendawan butang (x de la pulak!)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Potong brocoli, cendawan dan carrot ikut suka. Hiris bawang merah dan bawang putih. Gunting ikan masin kecil-kecil.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  3. Masukkan ikan masin dan tambah sedikit garam. Biar ikan kering garing sedikit.
  4. Masukkan semua sayur dan kacau rata.
  5. Jangan masak sayur terlalu lama. Selamat mencuba.

Wednesday, July 25, 2012

Degrade kopok leko

salam dan selamat malam..... balik dari terawih terus ngadap komputer. aci x? x kisah la kan asalkan bahagia. tp sebenarnya tersangatlah x bahagia sbb keropok losong yg dibeli di terengganu ni rasanya sangatlah hampeh! macam x de rasa isi ikan pun.... terbantut nak bukak posa dengan kopok leko ni tau! teruslah cari nasik. apakah disebabkan bulan puasa maka nya nelayan semua x ke laut dan toke keropok pun x dapat bekalan ikan, jadilah keropok leko yg cuma tepung saja. padanlah masa goreng dia kembang semacam dan warna pun cerah jer.... kalau keropok yang banyak ikan warna dia pasti gelap sket dan bila goreng pun dia x kembang sangat....

business bulan ramadhan jugak kah wahai My Keropok Station. kalauah tuan punya MKS ni terbaca luahan seorang pelanggan yg x puas hati dengan rasa keropok lekonya, sila jangan berkecil hati.... harap boleh diperbaiki mutu dan bisness akan terus maju. Insyaallah.

Iftar ke 4 kami...

menu simple kami anak beranak untuk iftar ke 4.... goreng keladi cicah dengan sambal kicap jawa yg mesti ada bila buat gorengan cam ni... keladi ni bapak main mahalnya sekilo sampai 10 hengget! dah la mahal, pas tu separuh dari keladi tu macam dah benyek... tu la silap jugak la masa bli x belek2, bila dah tiba dirumah barulah nampak bagian tu.... nasib baik ada separuh lg yg masih elok, dapat jugakla makan keladi goreng nih! kalau x silap kat kg pernah bli cuma 3.50/kg... ke sekarang mmg dah naik harga? benarlah x de yg turun harga kan. disamping keladi goreng, ada juga dessert puding oreo yg sompek tu.

lauk pulak kak rose masak lemak cili api daging campur kentang style nogori punya... kuah pokat2 tapi x la podeh bona... kang x termakan lak sbb kak rose mmg x tahan podeh!

bergandingan pulak dengan ikan kurau masin ni mmg ngam sangat la gulai daging tu... mmg kalau buat masak lomak mesti ado ikan masin baru terangkatkan... sayur pulak goreng kubis+kacang buncis+carrot+udang. siap lauk untuk dinner. makan lak sebelum g mesjid, adoyaiiii... rasa nak telolap mato mengantuk masa terawih sbb perut kenyang. x baik kan cam tu!

Tuesday, July 24, 2012

Puding oreo yg sompek....

melayan tekak yang nak makan macam2 masa bulan posa ni.... lama dah teringin nak buat puding oreo ni, tp bila buat yg berlapis2 macam ni mmg sllu saja fail. tu yg x brapa brani nak mencuba. tp bila jumpa cara yga mudah kat blog Ryoazhar ni terus lah ingin nak mencuba... tp kesian, puding kak rose jadi sompek2 cenggini. kat mana silapnya tidak la ketahuan..... agaknya len kali kena amik sket adunan puding tu n bancuh dengan oreo baru masuk dalam acuan akan jadi ok kot... x pe oreo ada sebungkus lagi, kalau rajin nnti leh try lagi sekali dan harap2 x la sompek2 lagi kan... kalau nak tengok yang cantik punya dan cara yang komplex sket bole g blog Ita masam manis... cantik sangat!

Ryo, mekasih resepinya n kak rose nak tepek kat sini pulak ya.....

Bahan-bahanya:
  • 1 paket (10g) serbuk agar-agar
  • 1 cawan gula
  • 150 ml susu cair
  • 1 sudu butter
  • 1 liter air
  • 1 paket biskut oreo, diambil intinya.

Caranya:

  1. Hancurkan biskut oreo,masukkan di dalam acuan.Tekan sikit, ketepikan.
  2. Panaskan air,gula dan butter dan kacau hingga cair
  3. Masukkan serbuk agar-agar, susu cair dan inti oreo tadi, kacau lagi
  4. Biarkan hingga mendidih,padamkan api.
  5. Biarkan sejuk sikit,tuang perlahan-lahan ke atas bekas yang telah disediakan.
  6. Sejukkan dahulu sebelum hidang.

Ayam goreng kunyit daun kari

salam dan selamat menjalani ibadah puasa hari ke empat.... lajunya masa berjalan kan, namun syukur Alhamdullilah masih diberi peluang untuk melalui bulan yang penuh kebaikkan ini. ayam goreng ni kak rose buat untuk makan malam semalam.... tp tu la x dapat nak makan masa panas2 la sbb makan nasik pun lepas balik dari solat tarawikh... tu pun perut rasa kenyang sbb banyak minum air. goncang perut dibuatnya! resepi ayam ni kak rose buat bila nampak tayangan amal dari dapur CMG... mekasih ya Mat share resepi ni dan kak rose mintak izin nak panjang2 kan kat sini lak...


BAHAN-BAHANNYA :-
1/2 ekor ayam, potong pada saiz sederhana (kak rose guna 2 keping whole leg)
1 camca besar serbuk kunyit (mat guna serbuk kunyit ADABI)
Garam secukup rasa
1 ulas bawang putih tumbuk halus
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
1 tangkai daun kari, dilurut
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris (x de kak rose ganti ngan cili api)
1 ulas bawang putih, hiris halus
1 batang serai, dititik

CARA MEMBUATNYA :-
  1. Ayam dibersihkan, buang kulitnya, cucuk dengan garfu. Kemudian gaul dengan serbuk kunyit, bawang putih tumbuk halus dan garam secukup rasa (anggaran 1 camca teh). Perap dalam peti sejuk 1 jam (atau nak cepat tak payah perap, kalau perap lagi sedap).
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam, goreng ayam tadi, guna api sederhana, tutup kuali dan biar ayam masak perlahan, jangan goreng garing sangat, biar dia lembap2. Angkat dan toskan.
  3. Dalam kuali yang sama, tinggalkan sedikit minyak, tumis daun kari, bawang putih dan serai titik hingga harum, masukkan bawang besar, hirisan cili merah dan hijau. Goreng hingga layu. Masukkan ayam tadi, gaul rata dan matikan api. Boleh hidangkan..

Monday, July 23, 2012

Sos cili thai - homemade

dah lama mencari resepi sos cili yang menggunakan cili kering ni dan kali ni terjumpa yg best pulak.... sos cili thai yang sedap. yang banyak kak rose jumpa ialah yang menggunakan cili merah fresh..... kak rose mmg nak yang sedikit cair camni untuk dicicah dengan popia yang juga homemade. ikut resepi ni tapi kak rose doublekan ingrediants - buat banyak2 sekali, boleh simpan dalam fridge nnti len kali nak makan tinggal nak tuang je kan!

meh tengok resepinya yang kak rose amok dari sini, mekasih pada tuanpunya resepi dan kak rose mintak izin nak sharekan kat sini lak ya...

Bahan-bahan

* 1/2 cawan cuka
* 1/2 cawan air
* 1/3 cawan gula
* 2 btg cili kering
* 1 ulas bawang putih
* 1 sudu besar nampla/sos ikan
* 1 sudu kecil tepung jagung + 2 sudu kecil air

Cara-cara

1. Masukkan cuka, air, gula, cili kering dan bawang putih ke dalam mixer. Kisar sehingga cili kering dan bawang hancur. Kemudian panaskan di atas dapur.
2. Bila dah mendidih masukkan tepung jagung yg telah dicampur dgn air dan juga sos ikan. Masak sehingga pekat.
3. Note: Sos yg lebih boleh disimpan dalam peti sejuk. Boleh diguna bila perlu. Kalau terlebih masam boleh tambah gula.

walaupun sedikit cair tapi mmg sedap untuk dicicah dengan popia nih!

Udang garing daun kesum

nampak udang goreng garing dengan daun kesum ni pagi semalam kat rumah Ummi Home Sweet Home dan teruslah kata dalam hati boleh buat petang nnti untuk bukak posa... kebetulan udang pun mmg ada banyak stoknya dan daun kesum n daun kari yang subur di my garden yang sekangkang kera tu boleh la jadi pelengkap resepi ni.... makan mmg sedap tp pastu x leh lupa ubat allergic tu!

dan jadilah lauk makan nasik semalam..... izinkan kak rose kopi dan paste resepinya kat sini ya Ummi dan terima kasih banyak2 share resepi yg mudah dan enak banget nih!

Resepi: Chef Kamarul @ Majalah Saji
Dicuba rasa : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 500 gm udang (sederhana besar)
  • Minyak masak untuk menggoreng
Bahan Perap:-
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • 1/2 sudu kecil lada hitam kisar
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • sedikit garam
Bahan Cincang:-
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 1 tangkai besar daun kesum
  • 1 tangkai kecil daun selasih (*akak xda ni) (kak rose pun x dak!)
  • 1 tangkai kecil daun kari
  • 1 tangkai cili merah

harum bau bawang putih, daun kesum n daun kari.... memang enak seehhh, bak kata Ummi!

Cara Memasak:-
  1. Kelar bahagian belakang udang dan bersihkannya.
  2. Gaul udang bersama bahan perapan. (*akak perap 20 minit).
  3. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga benar-benar garing. Angkat dan toskan.
  4. Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar sahaja. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga agak garing.
  5. Masukkan pula cili merah dan diikuti daun kesum dan daun selasih. Sentiasa kacau supaya tidak hangus.
  6. Masukkan semula udang tadi dan gaul rata sebentar. Tutup api dan hidangkan bersama nasi panas....Memang enak seehhh! ^____^

Sunday, July 22, 2012

Pengat keledek

Alhamdullilah, selesai sudah ibadah hari kedua.... juga solat tarawikhnya. semuga kita semua diberikan kesihatan yang baik sepanjang Ramadhan al-mubarak ni untuk menunaikan rukun Islam yg ketiga ini sebaik2nya. Insyaallah. dan ni lah balik saja dari mesjid terus mengadap komputer sambil ngap buah apple. berbalik pada cerita iftar kedua ni kak rose buatkan pengat keledek kaler kuning n putih campur sagu mata ikan. cukuplah untuk kami berdua saja yang berbuka dirumah.

menu iftar kedua yang sempoi, tp cukup mengenyangkan dan sangat baik untuk menambahkan lemak2 dibadan!

Saturday, July 21, 2012

Cucur udang tembam

Syukur Alhamdullilah, selesai sudah hari pertama berpuasa dan hari kedua bersolat terawikh.... penuh melimpah jemaah muslimah sampai ketangga mesjid. harap keadaan begini akan berterusan lah hendaknya. dan untuk hari pertama iftar ni kak rose buat cucur udang tembam resepi dari CMG.... mmg tembam sungguh kejadiannya, pulak tu kak rose guna senduk yg mmg beso. 2 cawan tepung dengan segala mak nenek dalam tu dapat lah lapan biji cucur tembam2....

mekasih ya mat, sharekan resepi cucur udang tembam ni dan izinkan kak rose tepek kat sini lak....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
1/2 camca besar instant yeast (mauripan)
1 3/4 cawan air (yang ni kurang lebih, tapi mat sukat dekat2 2 cawan air dia)
1 mangkuk hirisan halus kobis bulat (mangkuk sup kecil) (kak rose buh tauge)
5 pokok kuchai, cuci dan kerat2
1 biji bawang besar, hiris
1/3 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam
20 ekor udang sederhana besar, cuci bersih, tos dan lap kering2 dengan paper towel

BAHAN SOS LADA :-)
6 biji cili merah
1/3 cawan gula pasir
1/4 cawan cuka
3 ulas bawang putih
1/4 camca teh garam
(kak rose x buat sos lada nih.... guna yg sedia ada dah!)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan tepung, serbuk kunyit, instant yeast, garam dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat (sukatan kurang lebih 1 3/4 cawan atau lebih sikiiiitttt). Masukkan hirisan kobis, kuchai dan bawang besar, gaul rata dan perap 30 minit.
  2. UNTUK SOS LADA :- Kisar cili dan bawang putih hingga halus, tuang dalam periuk. Masukkan gula dan garam. Masak dengan api perlahan hingga pekat. Tuang cuka, kacau dan masak lagi hingga berada pada konsistensi sederhana pekat. Sejukkan
  3. UNTUK CUCUR UDANG TEMBAM :- Panas kan minyak untuk goreng terendam. Panaskan senduk mungkun bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas. Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi). Ulangi proses membuat sehingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat cucur udang yang telah masak, toskan dan letak atas paper towel. Boleh hidangkan bersama sos lada tadi...Selamat mencuba!..

Frozen popia untuk stock.....

Salam dan selamat berpuasa pada semua.... sebelum hari pertama puasa kak rose ada siapkan popia ni dan frozenkan.... nnti2 bila malas sangat2 nak siapkan menu untuk berbuka tinggal amik dan goreng jer. senang kan... ada jugak buat kuih vadai dan frozenkan. macam2 stok ready food kak rose sediakan..... tempura, sosej, burger, nuggets n fries.... bila2 nak dah ade kan.

inti popia ni kak rose buh udang n sayur2 jer... sengkuang, carrot n tauge. inti ni ikut memasing suka la kan dan boleh dipelbagaikan mengikut kesukaan selera memasing. sllunya dah siap masak inti tu kak rose masukkan dalam tapis untuk membuang kuah dari sayur2 tu, jadi x lah basah berkuah inti tu nnti. bila dah siap gulung terus simpan dalam freezer biarkan mengeras beku barulah simpan dalam zipper bag. ini untuk mengelakkan dari melekat antara satu sama lain. mudahkan, nanti bila nak makan tinggal nak goreng saja... malas ker?

Friday, July 20, 2012

Potato salad

simple lunch sebelum posa esok.... malas nak masak untuk makan tengahari sebenarnya... akan masak nasi jugak la untuk dinner nnti sbb masa sahur mmg x kan lalu nak makan nasi dah! so amik nasik masa dinner.

resepi potato salad ni kak rose amik kat Myr oleh m3rni3, tp kak rose x de la gherkin tu bagai, so gantikan je dengan fresh timun jepun yang krup krap... enak banget makan dengan potongan tomato n timun jepun n fish finger yang digoreng rangup... mekasih ya share resepi salad ni dan kak rose mintak izin nak kongsikan kat sini lak...

Bahan-bahan ( 6 orang )
  • 8 kentang, kupas kulit, dadu kasar dan rebus
  • 2 biji bawang, di potong dadu halus
  • 3 batang gherkin, dipotong dadu halus (kak rose gantikan dengan timun jepun)
  • 4 biji telur, direbus dan di potong kasar2
  • mayonnaise secukupnya
  • sedikit garam dan lada putih

cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan didalam bekas yang besar lalu gaulkan dengan mayo, garam dah lada putih.
  2. Enak dihidang sejuk atau at room temperature.

sedap banget, satu pinggan penuh ni x cukup taw.... cari for 2nd helping!

fish fingers yang kak rose guna.

Selamat menyambut Ramadhan 1433H

Asalamualaikum dan salam dipagi Jumaat penghulu segala hari. 29 syaaban, hari syak yang diharamkan berpuasa sebelum kita memulakan nya diesok hari. Syukur alhamdullilah masih diberi kesempatan untuk manyambut ramadhan untuk sekian kalinya... dan semuga kita semua dapat mengisikan bulan ramadhan yang mulia ini dengan sebaik2 dan sebanyak2 amalan yang sangat dituntut agama.

dikesempatan ini kak rose mengucapkan selamat berpuasa dan beribadat dibulan yang mulia ini kepada semua yg sudi berkunjung kat rumah maya kak rose ni. Semuga ibadat dan puasa kita akan mendapat rahmat dan keredhaan Nya. Amin.

Thursday, July 19, 2012

Bubur biji nangka

ni kira praktis nnti nak buat untuk juadah bukak puasa dibulan Ramadhan nnti la ya.... mak ai puasa belum lagi tp dah bersedia dengan juadah bukak posa? x pe kan praktis je dulu... tp yg sebenarnya mmg nak makan lah.

dari mana datang nama biji nangka pun x tau la kan. x de rupa pun, ke kak rose yg buat dia x serupa? entah ler... yg penting rasanya.... dan mmg puas dapat makan ni sejak hari tu yg buat tp tersalah tepung dan cik ts je yg dapat makan. sedihkan, tp tu mmg salah sendiri sbb x check tepung tu betul2 dulu!.... resepinya masih guna yg sama dari Myr oleh SisIda mekasih ya. pasti nanti bulan posa akan buat lagi untuh juadah berbuka pulak! dulu penah buat kat sini.

Bahan-bahan ( 5 orang )
  • Bahan A
  • 200g tepung pulut
  • 140ml air suam
  • pewarna


  • Bahan B
  • 2 mangkuk santan
  • 6 sudu gula
  • secubit garam
  • 5 helai daun pandan
  • bahan C
  • 1 liter air
Cara-cara
  1. campurkan kesemua bahan A dan diuli sehingga sebati.Kemudian dibahagikan kepada beberapa bahagian dan diwarnakan dengan pelbagai warna yang disukai.
  2. Air didihkan di dalam periuk.Doh yang siap diuli akan digentel@bulatkan kecil seperti biji nangka dan dimasukkan ke dalam air mendidih..biji yang terapung diangkat dan dimasukkan ke dalam bekas berisi air sejuk.
  3. Bahan B dicampurkan ke dalam periuk dan didihkan.Akhirnya masukkan biji Nangka yang siap dimasak tadi...Bubur siap untuk dihidangkan..