Lanai Kijang

Lanai Kijang
Showing posts with label kerabu. Show all posts
Showing posts with label kerabu. Show all posts

Friday, October 17, 2025

Kerabu daun selom dan tauge

buat makan makan untuk kongsikong kat kampung... rupanya ramai yang suka kerabu macam ni, sebesen cam ni sekejap jer dah habissss. Alhamdulillah, happy lah rasa tukang masak bila hidangan habis dimakan kan... resepinya

daun selom - hiris halus 
10 sen taugeh- buang ekornya (kak rose suka banyak2 tauge)
1/2 cawan kelapa putih- disangrai sedikit hingga kering dan wangi. (jangan sampai perang)
1 tangkai cili merah dihiris 
**5 biji cili padi (kak rose bubuh dua biji jer pun dah pedas!)
**1 batang serai
** 3-4 ulas bawang merah
**segenggam ikan bilis dibersihkan (kak rose ganti dengan udang kering)
***kisar / tumbuk halus semua bahan bertanda **
1 biji limau nipis saiz besar-diperah jusnya
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1 Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. Perahkan jus limau nipis. Boleh tambah kalau suka lebih masam. Masukkan garam dan gula secukupnya. Gaul sebati.
2. Sedia dihidang.
*** taugeh boleh juga diganti dengan bunga kantan atau ditambah kacang panjang yang dihiris halus... sedap juga...

 



Monday, November 18, 2024

Kerabu mangga

 simple yet sooo sedaplah

 

 BAHAN-BAHANNYA :-)

2 - 3 biji mangga muda (ikut saiz, kalau kecik guna 3, kalau besar guna 2)
1 biji tomato, belah 4, buah bahagian tengahnya dan hiris
1 biji bawang besar, mayang halus
1 genggam kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak, buang kulitnya dan tumbuk kasar
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, dan goreng hingga garing
4 biji cili padi, hiris halus (kak rose buh dua biji je)
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 1/2 camca besar sos ikan (omit yg ni gantikan dengan garam jer)
1 camca besar penuh gula
1 biji limau nipis, perah jusnya
sedikit carrot sagat - yg ni kak rose tambah.
 
CARA MEMBUATNYA :-
  1. Kupas mangga muda, kemudian rendam dalam air 15 minit untuk membuang getahnya. Toskan dan hiris halus. Masukkan ke dalam mangkuk bersama hirisan bawang dan tomato. Gaul rata. Ketepikan.
  2. Satukan garam, gula, bawang putih, cili padi dan jus limau nipis dalam mangkuk, kacau rata2 dan curah dalam mangkuk berisi mangga hiris dan bahan2 lain. Gaul rata. Tambah kacang tanah dan ikan bilis, gaul lagi dan sesuaikan rasa. 
  3. Alas bekas sesuai dengan daun salad. Alihkan kerabu atas daun salad dan abur sedikit ikan bilis goreng dan kacang tanah yang telah diasingkan atasnya sebelum menghidang. Hidangkan segera bersama nasi dan lauk2 lain.
 

Friday, April 14, 2023

Kerabu suhun

Untuk hidangan 2-3 orang.

300gm suhun. Direndam atau dicelur sampai jernih (transparent).
6 ekor udang jika ada, dibersihkan dan dicelur 1 minit.
1 biji tomato diiris nipis.
½ batang carrot di mayang (julienne)
1 biji bawang besar dimayang
½ batang bunga kantan jika ada, dimayang.
1 pokok daun ketumbar dihiris halus.
1 pokok daun bawang dipotong 1 inci.
2 sudu kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan ditumbuk. (kak rose gantikan dengan gajus)
2 sudu udang kering, digoreng tanpa minyak dan ditumbuk.
3 sudu sos ikan.
1-2 sudu gula melaka.
1 sudu kecil garam.
1-2 biji limau nipis, diambil jusnya.
1-5 biji cili padi atau 1 biji cili merah dipotong.
Cara nak buat dia:

 Campurkan semua bahan di dalam bekas dan gaul rata. siappppp dah. mudahkan! jom lah meratah lepas bukak posa nanti..

 

Thursday, September 29, 2022

Kerabu apple hijau with popcorn chicken


 sedap meratah ni.  sangat sesuai untuk yang nak eat clean tapi minus lah popcorn chicken tu ya... hehehe. kalau kak rose kata boleh jer makan as long as guna your common sense.. makan untuk rasa jer, bukan lah makan sampai semangkuk tu kan..

 Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 biji apple hijau (disagat halus panjang)
  • 1 biji cili merah (dihiris halus)
  • 3 biji cili padi (dihiris halus)
  • 2 ulas bwg merah (dihiris halus)
  • 1 btg kecil carrot (disagat halus panjang)
  • popcorn chicken, goreng
  • sedikit daun ketumbar
  • sedikit parutan lemon
  • sedikit jus lemon
  • sedikit garam
  • sedikit gula

Cara-cara

  1. Gaulkan semua , taburkan popcorn chicken atas kerabu then siap utk dihidang... mudah sajaaa..... 
  2. Selamat Mencuba

Friday, June 24, 2022

Kerabu mangga w bite size ayam

 Asalamualakum dan salam jumaat penghulu segala hari... chakkk!!! 😍😍

ade mood nak mengupdate dapo maya kak rose yang dah macam hidup segan mati tak mahu ni... tapi tu lah sayang pulak kalau nak biarkan mati macam tu jer kan.. so meh la kita tepekkan apa yang ada dalam folder ni kat sini... kerabu mangga with bite size ayam. ayam tu actually kak rose gorengkan jer pop-corn chicken store bought punya. senang kerja kan.
mangga putik tu pulak sagat jer dan tambahkan sedikit carrot yang juga disagat untuk dapat combinasi kaler cantik tu.. buat lah kerabu macam biasa kita buat tu dan masa nak hidang tu tambahkan gorengan pop-corn chicken atas dia dan jugak taburkan kacang goreng rangup krup krap tu. sedap sangat untuk meratah... dan lagi sedap kalau dihidangkan segera lepas buat tu, semuanya rangup lagi sebab kalau lambat nanti ayam dan kacang akan jadi lemau.
 

Monday, February 28, 2022

Masak lemak cili api daging salai+mangga muda

entry sebelum masuk bulan baharu...

Bahan-Bahan

  • 500gm Daging Salai
  • 1 biji Mangga Muda
  • 1500ml santan (kalau nak kuah byk lebih tambah lagi)
  • 20 biji cili api (kalau nak pedas tambah lah cili lagi)
  • 1 inci kunyit
  • Garam secukup rasa
Cara-Cara
  • Daging salai dihiris nipis.
  • Tumbuk cili api dengan kunyit sehingga lumat.
  • Rebus daging salai dengan cili yang telah ditumbuk sekejab. Ini untuk pastikan daging salai empuk dan cili masak sempurna.
  • Apabila daging telah empuk. Masukkan santan dan garam.
  • Mangga dikupas kulit dihiris nipis. Kacau gulai sehingga mengelegak. Rasakan garamnye. Akhir sekali masukkan mangga yang telah dihiris, biar gulai mengelegak sekejab. Tutup api.

  •  

gandingkan dengan kerabu mangga sempoi ni pulak.
dan udang kertas yang digoreng salut dengan tepung bistari ni.. cara kak rose buat uang senang yak amat ni.. bersihkan udang kertas... (mmg leceh sangat sbb kecik2 kan), basuh dan toskan. masukkan tepung bistari dan udang dalam bekas bertutup, goncangkan hingga semua bersalut dan goreng hingga garing. kalau ada daun kari masukkan sebelum angkat udang tu, lagi lah sangat sedap aromanya... suka makan cenggini, meratah pun sedap jer. cumanya kurang rajin tang menyiang udang tu khennn
 

Thursday, January 13, 2022

Kerabu mangga muda

kerabu mangga muda yang tak berapa muda dah... masa beli tu nampak macam hijau putik jer kulitnya, tapi bila dah kopek dah tua pulak mangga ni... isi pun dah kuning, tapi masih crunchy krup krap lah isinya. beli pun dua biji jer memnag nak buat kerabu sempoi macam ni. sedap sangat lah pada kak rose bila sesekali buat kan... meratah jer sudahnya sebab isi mangga ni dah tak masam macam putik dah...
dan kak rose guna bahan apa jer yang ada kat dapo... tak rajin nak gorengkan ikan bilis, ikan msin kurau pun boleh jadi penggantinya. kita yang buat dia kan, so pepandai lah nak adjust dan suaikan rasanya. kacang goreng pun tak de, gantikan dengan biji gajus dan malas pulak nak tumbuk, so masukkan jer sebiji2 gitu..dah gaulkan semua bahan tu dan perasakan baru lah masukkan kacang gajus tu... so masih crunchy bila time makan... ahhh!!! kecur airlio dibuanya.. kalau nak resepi boleh tengok kat sini...
 

Thursday, November 11, 2021

Kerabu daun selom


 Laaaaamaaa sangat teringin nak makan kerabu daun selom ni...kalau dulu bila hujung minggu selalu makan kat restoran azira tu macam2 kerabu boleh rasa... memang kalau g makan kat situ kak rose tak de amik lauk lain dah. nasi dengan bermacam kerabu dan juga pecal memang dah jadi menu wajib lah. kini semuanya dah tak macam dulu lagi kan... so kalau nak makan buat lah sendiri jer, ni kalau ada tauge lagi sedap kan bubuh dalam kerabu selom ni... tapi yang ni pun dah rasa puas lah dapat makan dah... jom tengok resepinya...

2 ikat selom - hiris halus (kak rose buat seikat jer)
1/2 cawan kelapa putih- disangrai sedikit hingga kering dan wangi. (jangan sampai perang)
1 tangkai cili merah dihiris 
**5 biji cili padi (ikut kepedasan memasing la ya)
**1 batang serai
** 3-4 ulas bawang merah
**segenggam ikan bilis dibersihkan (kak rose ganti dengan udang kering)
***kisar / tumbuk halus semua bahan bertanda **
1 biji limau nipis saiz besar-diperah jusnya
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1 Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. Perahkan jus limau nipis. Boleh tambah kalau suka lebih masam. Masukkan garam dan gula secukupnya. Gaul sebati.
2. Sedia dihidang.

Saturday, May 22, 2021

Nyonya kerabu telor

 

BAHAN - BAHANNYA :-)
4 biji telur
2 biji bawang besar
2 biji tomato
2 kuntum bunga kantan
5 - 6 biji cili padi (kak rose buh 2 bijik je!)
1 genggam pucuk kesom (laksa leaf)
4 - 5 biji limau kasturi (x de, kak rose perahkan limau nipis)
Garam dan gula secukup rasa
2 biji cili merah*
4 biji cili padi*
1 ulas bawang putih*
1 inci belacan, dibakar*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Telur didadar satu persatu, kemudian gulung dan hiris, tomato, dibuang biji, dan hiris halus, bunga kantan dihiris halus, bawang besar dihiris halus, cili padi dihiris kecil begitu juga dengan pucuk kesum. Satukan semuanya dalam satu bekas.
  2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam no 1 dan gaul rata2. Tambah garam dan gula secukup rasa. Perahkan jus limau kasturi secukupnya. Seimbangkan rasa, mesti ada rasa, masin, manis, masam dan pedas.
  3. Hidangkan segera bersama nasi hangat, ikan goreng dan ulam2, jika suka..

 

Friday, January 29, 2021

Kerabu mangga

mekasih CMG kongsi resepinya....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 - 3 biji mangga muda (ikut saiz, kalau kecik guna 3, kalau besar guna 2)
1 biji tomato, belah 4, buah bahagian tengahnya dan hiris
1 biji bawang besar, mayang halus
1 genggam kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak, buang kulitnya dan tumbuk kasar
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, dan goreng hingga garing
4 biji cili padi, hiris halus (kak rose buh dua biji je)
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 1/2 camca besar sos ikan (omit yg ni gantikan dengan garam jer)
1 camca besar penuh gula
1 biji limau nipis, perah jusnya
sedikit carrot sagat - yg ni kak rose tambah.


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas mangga muda, kemudian rendam dalam air 15 minit untuk membuang getahnya. Toskan dan hiris halus. Masukkan ke dalam mangkuk bersama hirisan bawang dan tomato. Gaul rata. Ketepikan.
  2. Satukan sos ikan, gula, bawang putih, cili padi dan jus limau nipis dalam mangkuk, kacau rata2 dan curah dalam mangkuk berisi mangga hiris dan bahan2 lain. Gaul rata. Tambah kacang tanah dan ikan bilis, gaul lagi dan sesuaikan rasa. 
  3. Alas bekas sesuai dengan daun salad. Alihkan kerabu atas daun salad dan abur sedikit ikan bilis goreng dan kacang tanah yang telah diasingkan atasnya sebelum menghidang. Hidangkan segera bersama nasi dan lauk2 lain.

 

Thursday, December 17, 2020

Kerabu mangga a la Thai

Rezeki datang memang tak salah alamt kan... pepagi balik dari ber brisk walk tu ada kawan offer mangga putik ni... katanya mangga ni sedang lebat berbuah kat kebun belakang rumahnya, tapi sayang nya hujung bulan ni kena berpindah ke Kota Kinabalu pulaknya... sayang nak tinggalkan... so dia pun pesan kalau nak amik jer buahnya daripada terbiar, maklumlah tuan rumah dah terbang jauh kan...
dan ini lah dia. tak lah putik sangat mangga yang dia bagi pagi tu... sangat sedap dibuat kerabu macam ni. meratah jer pun sedap weiii..nak buat makan colek pun boleh ataupun taburkan dengan asam pakchu mesti sedap sangat nih...eh!!!! menjejeh ailio sambil menaip nih!
fresh mangga kak rose buat kerabu a la thai ni... jom tengok resepinya..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 - 3 biji mangga muda (ikut saiz, kalau kecik guna 3, kalau besar guna 2)
1 biji tomato, belah 4, buah bahagian tengahnya dan hiris
1 biji bawang besar, mayang halus
1 genggam kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak, buang kulitnya dan tumbuk kasar
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, dan goreng hingga garing
4 biji cili padi, hiris halus (kak rose buh dua biji je)
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 1/2 camca besar sos ikan (omit yg ni gantikan dengan garam jer)
1 camca besar penuh gula
1 biji limau nipis, perah jusnya
sedikit carrot sagat - yg ni kak rose tambah.


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas mangga muda, kemudian rendam dalam air 15 minit untuk membuang getahnya. Toskan dan hiris halus. Masukkan ke dalam mangkuk bersama hirisan bawang dan tomato. Gaul rata. Ketepikan.
  2. Satukan sos ikan, gula, bawang putih, cili padi dan jus limau nipis dalam mangkuk, kacau rata2 dan curah dalam mangkuk berisi mangga hiris dan bahan2 lain. Gaul rata. Tambah kacang tanah dan ikan bilis, gaul lagi dan sesuaikan rasa. 
  3. Alas bekas sesuai dengan daun salad. Alihkan kerabu atas daun salad dan abur sedikit ikan bilis goreng dan kacang tanah yang telah diasingkan atasnya sebelum menghidang. Hidangkan segera bersama nasi dan lauk2 lain.

 

Monday, November 9, 2020

Kerabu suhun - Glass noodle salad

semasa menemani en suamni buat physio di KPJ, terbrowse lah ig en @mynameiskhairul ni.. memang ada terbaca kisah dia di fb, dan kini di ig pulak... tabik betul lah dengan dia ni... superdaddy betul2! kak rose suka sangat dengan semua menu yang disediakan dengan presentation yang sangat vouge, tipu lah kalau kata tah tergoda dengan masakan dia tu kan... jom cuba try yang ni dulu..
since ada beli udang, sebab dia punya resepi guna udang, kalau tak de boleh jer guna ayam, daging, sotong atau pun just plain macam tu jer pun boleh. dan bahan lain pun ada beli semasa balik dari sepital tu... moh ler kita beroperasi... terima kasih kongsikan resepinya ya..

Untuk hidangan 2-3 orang.

300gm suhun. Direndam atau dicelur sampai jernih (transparent).
6 ekor udang jika ada, dibersihkan dan dicelur 1 minit.
1 biji tomato diiris nipis.
½ batang carrot di mayang (julienne)
1 biji bawang besar dimayang
½ batang bunga kantan jika ada, dimayang.
1 pokok daun ketumbar dihiris halus.
1 pokok daun bawang dipotong 1 inci.
2 sudu kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan ditumbuk.
2 sudu udang kering, digoreng tanpa minyak dan ditumbuk.
3 sudu sos ikan.
1-2 sudu gula melaka.
1 sudu kecil garam.
1-2 biji limau nipis, diambil jusnya.
1-5 biji cili padi atau 1 biji cili merah dipotong.

Cara nak buat dia:

1. Campurkan semua bahan di dalam bekas dan gaul rata.

Siapppppppp!

Haaa... kat bawah 👇 ni pinjam kata2 en khairul tu... tapi kak rose tak pandai nak hias lawo2 dan suhun tu pun tak jadi nak relai macam dia punya tu.... asik nak bergumpallll je 😔

Mudah yakmat kan?

Hidanglah lawa-lawa, baru semangat sikit nak makan. Potong hirisan timun, limau dan daun bawang untuk garnish. Taburkan serbuk cili dan juga bijan untuk bagi naik seri dia.

Suhun tu boleh jer nak ganti dengan bihun atau koew teow. Jangan ganti mee sudah lah. Namun kalau ada suhun paling bagus.

udang yang kak rose guna untuk kerabu ni...
 

Thursday, July 16, 2020

Kerabu mangga ikan goreng

Alhamdulillah, sedap sangat!

 terima kasih jiran yang bagi buah mangga muda ni... nampak macam putik jer tapi bila kupas nak buat kerabu ni dah kuning sangat warna isinya tapi masih keras crunchy...sesuai sangat nak buat kerabu ni bila isi mangga muda tu pun tak masam... tambahkan perahan lemon baru ada rasa masam2 sket...sedap sangat. dan kak rose guna ikan selar goreng leftover terus tumbuk dan gaulkan dengan kerabu mangga tu. jom tengok resepinya..

 Bahan-bahan
1. 2 biji mangga muda disagat
2. 2 ekor ikan goreng, ambil isinya
3. 1 labu bawang besar dihiris nipis
4. 2 biji cili api. kalau nak pedas sila tambahkan ya
5. 2 ulas bawang merah
garam dan gula secukup rasa
sedikit perahan asam limau 

Cara:
1. Mangga disagat dan masuk dalam mangkuk
2. Tumbuk isi ikan, bawang merah, cili api, garam dan gula hingga lumat, masukkan dalam mangkuk mangga tadi
3. Masukkan bahan hirisan tadi dan perahkan asam limau, gaul sebati
4. Dah siappp...









mangga dan nenas yang jiran bagi... mangga dah jadi kerabu, nenas pulak masih bertapa dalam fridge...belum tahu lagi nak buat apa... agaknya rajin tak nak buat pajeri nenas?...time will tell lah nanti!

Tuesday, October 16, 2018

Kerabu mangga ala Thai

hmmmm...nyum nyum

 terima kasih pada kawan yang bagi buah mangga yang masih mengkal... walaupun hampir masak tapi bila kupas masih segar keras crunchy... tu yang dapat idea nak buat kerabu ni, sementelah lain2 bahan pun ada dalam fridge. tak de la nak rajin menghiris halus mangga tu, kak rose guna sagat untuk meracik mangga ni. mudahkan... jom tengok resepinya. tq CMG, kongsikan.

 
BAHAN-BAHANNYA :-)
 
2 - 3 biji mangga muda (ikut saiz, kalau kecik guna 3, kalau besar guna 2)
1 biji tomato, belah 4, buang bahagian tengahnya dan hiris
1 biji bawang besar, mayang halus
1 genggam kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak, buang kulitnya dan tumbuk kasar
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, dan goreng hingga garing
4 biji cili padi, hiris halus (kak rose buh dua biji je)
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 1/2 camca besar sos ikan (omit yg ni gantikan dengan garam jer)
1 camca besar penuh gula
1 biji limau nipis, perah jusnya
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas mangga muda, kemudian rendam dalam air 15 minit untuk membuang getahnya. Toskan dan hiris halus. Masukkan ke dalam mangkuk bersama hirisan bawang dan tomato. Gaul rata. Ketepikan.
  2. Satukan sos ikan, gula, bawang putih, cili padi dan jus limau nipis dalam mangkuk, kacau rata2 dan curah dalam mangkuk berisi mangga hiris dan bahan2 lain. Gaul rata. Tambah kacang tanah dan ikan bilis, gaul lagi dan sesuaikan rasa. 
  3. Alas bekas sesuai dengan daun salad. Alihkan kerabu atas daun salad dan abur sedikit ikan bilis goreng dan kacang tanah yang telah diasingkan atasnya sebelum menghidang. Hidangkan segera bersama nasi dan lauk2 lain.
 
 

Saturday, May 26, 2018

Iftar#9 udang masak lemak ciliapi

Asalamualaikum dan salam Ramadhan ke 10
cepatnya masa berlalu, dah sepertiga perjalanan puasa kita
semuga diberikan kesempatan menjalani ibadah puasa hingga ke akhirnya..

 menu sempoi berbuka kak rose petang semalam.. udang masak lemak cili api yang tak berapa pedas.
cuma guna 2 biji cili api jer... tu pun dah terasa pedas pada kak rose ler!

 kerabu mangga yang juga tak pedas... guna sebiji jer ciliapi potong2 dan gaulkan... memang tak pedas langsung, boleh lah kak rose meratah. kalau nak tengok resepinya, boleh jenguk kat sini..http://seripayaku.blogspot.my/2016/07/kerabu-mangga-simple-dan-sedap.html

 kuih untuk berbuka, cek mek molek yang tak berapa nak molek... tapi rasa tetap umphh!

seedless jambu batu, tapi sayang a bit lembik, macam layu jer! tak crunchy dah.... dan mangga lebihan buat kerabu tu boleh lah jadikan dessert pulak kan... yang ni memang fresh dan crunchy dan tak masam langsung. tapi masih nak jugak taburkan dengan asam kulit limau tu... sijambu batu dah dimandikan dengan asam cicah pakchu 916 tu... Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan...

Tuesday, March 6, 2018

Salad limau bali

 salad atau kerabu? apa apa pun lah namanya...kecur air liur lagi masa menaip nih. sedap masam manis gitu. tapi limau bali yang kak rose beli ni isinya halus dan a bit kekuningan...walaupun halus, tapi yetap juicy...  tak macam limau bali tempatan yang selalu ipoh mali tu.... putih dan kasar2 isinya kan.puas jugak lah makan walau beli pun sebiji jer... maklumlah kak rose sorang jer yang makan... hihi... separuh nya kak rose buat salad or kerabu ni lah... sedap meratah apa lagi dengan tambah kacang goreng yang rangup krup krap nih...

 resepi salad ni kak rose copy dari sini... mekasih ya. mohon izinkan nak kongsikan kat sini..

Bahan-bahan

2 camca besar Kacang tanah panggang, dicincang
1 camca besar Bijan, digoreng kering


A
300 g Limau bali, dikupas & dijuring
2 batang Bunga kantan, dihiris halus
3 batang Serai, dihiris halus
4 Bawang merah, dihiris halus
3 batang Daun ketumbar, dihiris halus
4 Cili padi, dihiris halus (kak rose gantikan dengan cili mearh jer!)


B
1 camca besar Minyak masak (kak rose skip yg ni)
2 camca besar Gula atau secukup rasa
2 camca besar Jus limau nipis
2 camca teh maggi secukup rasa
½ camca teh Lada sulah atau secukup rasa 
Cara-cara
  1. Di dalam mangkuk, campurkan bahan A dan bahan B, gaul mesra.
  2. Taburkan kacang tanah cincang dan bijan.
  3. Hidangkan segera.
limau bali yang kak rose beli kat aeon...

Wednesday, June 14, 2017

Iftar #18 Nyonya kerabu telor

 Asalamualaikum dan salam 19 Ramadhan
menjelang sepuluh malam terakhir, semuga kita dipertemukan dengan Lailatul Qadar.

 
 cepatnya masa berjalan!!!! kita dah pun menghampiri ke fasa 10 malam terakhir ramadhan.. dan malam tadi pun mesjid kat tempat kak rose ni makin penuh dengan jemaah solat terawih... harap2 kita semua terus istiqamah untuk megimarahkan mesjid dan ibadah2 dimalam malam terakhir bulan ramadahan yang tinggal beberapa hari saja lagi...dan semakin hari dah tak tahu nak masak apa untuk keluarga kecil kami ni... so semalam kak rose buat kerabu telor ni.... lama dah teringinnya, baru ni dapat buat bila bahan dah lengkap tu... kak rose kongsikan resepinya kat sini ya, resepi asal dari CMG. mekasih ya Mat.

BAHAN - BAHANNYA :-)
4 biji telur
2 biji bawang besar
2 biji tomato
2 kuntum bunga kantan
5 - 6 biji cili padi (kak rose buh 2 bijik je!)
1 genggam pucuk kesom (laksa leaf)
4 - 5 biji limau kasturi (x de, kak rose perahkan limau nipis)
Garam dan gula secukup rasa
2 biji cili merah*
4 biji cili padi*
1 ulas bawang putih*
1 inci belacan, dibakar*(*ditumbuk halus) (kak rose x letak sbb x makan itu blachannn)

 CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Telur didadar satu persatu, kemudian gulung dan hiris, tomato, dibuang biji, dan hiris halus, bunga kantan dihiris halus, bawang besar dihiris halus, cili padi dihiris kecil begitu juga dengan pucuk kesum. Satukan semuanya dalam satu bekas.
  2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam no 1 dan gaul rata2. Tambah garam dan gula secukup rasa. Perahkan jus limau kasturi secukupnya. Seimbangkan rasa, mesti ada rasa, masin, manis, masam dan pedas.
  3. Hidangkan segera bersama nasi hangat, ikan goreng dan ulam2, jika suka..... (tapi kak rose makan lepas terawih, meratah jer, sedap)
 sayur febret ni... cendawan goreng berempah cajun...resepi asal dari Nor SecubitGaram dan pernah kak rose tepek kat sini.

 Pajeri nenas pun ada buat jugak... macam tak ngam jer combi lauk kak rose ni kan... apa ada hal, makan jer yang mana nak kan... resepi dari blog Nor SecubitGaram jugak. mekasih ya Nor, asik selongkar gobok yang dah lama tak berupdate tu!

kuih lompang untuk manisan berbuka petang semalam... suka sangat tengok kejadian kuih ni dengan lesung pipit yang dalam.  makan dua biji ni dan minum air teh o yang bergelas gelas sampai kenyang.... pukul 10 malam baru makan nasi dan lepas tu zzzz 😴😴😴... camner la nak kurus bulan puasa ni kan???

Friday, June 2, 2017

Iftar #6 kerabu pucuk paku

 Asalamualikum dan selamat pagi... salam Ramadhan ke 7, cepatnya masa berlalu dah seminggu kita berpuasa dan tentu ramai yang sedang berkira2 bila nak mula buat cookies raya kan...  apa pun masa ni yang penting nak siapkan menu berbuka untuk keluarga dan juga ibadah2 yang sangat dituntut dibulan puasa ni... Insya Allah dan Alhamdulillah masih diberikan kesihatan yang baik dan kemampuan untuk menjalaninya...  dan untuk semalam kak rose buat kuih yang mesti dibulan puasa ni... rasanya macam tak lengkap kalau tak buat buah melaka untuk berbuka... hihi

 untuk lauk pulak buat pulak masak lomak ciliapi tolo itik dengan kacang panjang dan digandingkan dengan ikan masin... walaupun makan dah lewat lepas balik dari terawih, kena lah jugak makan nasik walaupun sedikit jer... panaskan balik gulai ni, tapi memang asik berbaki jer walaupun cuma masak 4 biji je tolo itik tu... 

 baki seikat pucuk paku yang kak rose beli ari tu pulak kak rose buat kerabu ni... lain sedikit dari kerabu yang selalu buat... kali ni dengan menggunakan ikan rebus dan lada hitam jer untuk rasa pedas.... resepi kak rose amik kat sini dan mintak izin kongsikan kat sini lak untuk kawan2 kalau ada yang nak mencuba buat untuk petang nanti...

KERABU PUCUK PAKU
1 ikat pucuk paku 1 ekor ikan rebus 1 cawan kelapa parut 3 biji bawang merah 1/2 sudu besar lada hitam 1/2 sudu garam 3 sudu besar santan 1 biji cili merah-hiris
perahan asam limau (yg ni kak rose tambah)
Cara-caranya:
  1. Cuci bersih dan potong pucuk paku.
  2. Rebus hingga lembut. Jangan terlalu lama nanti pucuk paku akan hancur.
  3. Angkat dan toskan.
  4. Kelapa parut digoreng tanpa minyak hingga kekuning kuningan.
  5. Tumbuk bawang merah, lada hitam, ikan rebus dan garam hingga lumat.
  6. Campurkan bahan tumbuk, kelapa goreng , pucuk paku dan cili merah. Gaul rata.
  7. Masukkan santan, perahan asam limau dan gaul lagi.
  8. Sesuaikan rasa.
  9. Sedia untuk dihidang.
dan yang ni kena ada... buah pear dan sunkist orange dengan asam pak chu 916

Tuesday, May 30, 2017

Iftar #3 kerabu mangga muda

 Asalamualaikum dan salam empat Ramadhan


 cepat jer masa berlalu kan, dah hari ke empat kita berpuasa, Insya Allah... dan tukang masak ni masih rajin nak sediakan hidangan untuk keluarga kami... tapi sianak terpaksa berbuka kat luar sebab tersangkut dalam hujan masa nak balik kerja tu.. bila dah kurang sorang, memang berlebih lah semuanya... sapa la nak tolong abeskan... mamanya ni dah tak larat nak jadi bandaraya... ada kuih moreh kat mesjid pun nak rasa jugak... pas tu balik rumah makan nasi pulak... sudahnya, takut nak naik kat weighing machine!

 kerabu mangga muda ni sebagai pengganti sayur, meratah macam tu jer pun dah sedap, tapi sayang mangga putik ni sangatlah masamnya... memang kesukaan en asben nak makan yang masam2 cam ni... so dialah yang banyak meratah kerabu ni.. resepi asal dari CMG, boleh jugak tengok kat sini...

 macam2 buah ada tapi kerajinan untuk nak memotong tu tidaklah ada... so cukuplah dengan buah tembikai semata... makan sejuk2 memag sedap, harap esok tidaklah batuk pulak!

 kuih manis pulak untuk berbuka... berselang seli manis dan masin lah kononnya...

dan lauk utama untuk hari semalam... ikan kerisi masak asam pedas yang tak berapa pedas bersama bendi.. ada jugak goreng ayam untuk anak bujang kakrose, tapi tak de sapa yang makan... simpan untuk sahur kalau2 dia nak makan nasi nanti...