Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, September 30, 2016

Serunding kelapa berdaging

 Sedapnya... sambil taip pun boleh telan ai lio tau.... since daging korban tak leh nak simpan lama, so meh la kita transformkan kepada serunding kelapa berdaging ni... first time buat ni, pernah buat serunding kelapa udang kering dan kalau daging pun tak campur dengan kelapa... so mencuba sesuatu yang ada kelainan... memang sedap sangat makan dengan pulut kukus yang lemak masin tu...heaven sangat. kalau makan dengan lemang atau pun nasi impit pun sedap jugak kan...

 resepinya kak rose amik dari blog tiffinbiru, mekasih ya Mat kongsikan resepinya.... mohon izin nak tepek kat sini untuk rujukan dimasa akan datang kalau ada kerajinan nak buat lagi.

Bahan-Bahannya :-)
2 cawan kelapa parut putih , pilih kelapa sedikit muda
200 g daging kisar
2 helai daun limau purut
2 camca besar cili kisar
3/4 cawan pati santan
Garam dan gula secukup rasa
1 camca besar ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh jintan halus*
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 cm lengkuas*
1/2 cm halia*
3 batang serai, dihiris*(*dikisar bersama 1 cawan pati santan tadi)

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan2 kisar bersama cili kisar hingga terbit minyak dan wangi. Tambah sedikit garam dan gula (gula kena lebih sikit anggaran 2 camca besar). Kacau rata dan masukkan daging kisar, tambah sedikit air jika perlu.
  2. Kacau rata daging dan masak hingga lembut. Tambah kelapa parut dan gaul rata. Kecilkan api dan masak hingga serunding kering tapi masih lembap. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan masak sebentar lagi.
  3. Angkat dan boleh dihidangkan bersama ketupat atau apa2 saja yang diingini....

Thursday, September 29, 2016

Homemade Ikea meatballs

 Homemade meatball dan kisahnya... Asalamualaikum dan selamat pagi kawan2 semua.... semalam pagi tak leh nak jalan briskwalk sbb hujan... dan bila duk tak de kerja mula la mereka reka apa yang nak dibuat.... kebetulan dah beberapa hari jugak terbayang kan meatball ala ikea yang pernah buat dulu... nak beli yg ready made tapi en asben a bit reluctant to it sbb takut entah daging apa yg diguna katanya... ok la kita buat sendiri jer... memang boleh berpoloh nak menyediakan nya! 500gm daging pun rasa nak give-up mencincangnya!

 memula tu kena lah tanya cik google, cari resepi dan banyak jugak refer macam2 resepi, last sekali amik yang Ayu punya... gigih mencincang daging frozen.... really buat from stratch, tak nak guna mince meat atau pun daging beger tu... dan pas tu gaulkan dengan segala mak nenek bahan2nya..

 konfident sungguh masa ni, dah rehatkan terus lah bulat2kan sambil jerang air panas untuk merebusnya..

 nak cepat jer siapnya... bila melegak jer air terus la masukkan semua yang dah siap bulat2 ni...

 uwaaaaa!!!! nak nanges rasa bila tengok bebola daging relai dalam periuk! dah tak jadi bulat bulat tapi macam bola yang menggerutu semuanya... orang buat kukus tapi kak rose nak cepat terus rebus jer... dan ni lah hasilnya bila menderhakan resepi asal!

 dan yang separuh lagi kak rose alter, blend kasi halus... ada rujuk resepi yang buat cam ni, seakan paste... blend kering dan tambah sesudu kecil tepung lagi... so cam ni la jadinya...

 dan sekali lagi buat bulat2 sebelum direbus..kali ni soooo anxious nak tunggu whether masih relai ke tidak.... Alhamdulillah, kira berjaya dah kali ni.... suka sangat!

tadaaaa.... kan cantik sikit..... baru la puas hati dengan kejadiannya. pas ni boleh la terus buat resepi macam ikea tu... just goreng the meatballs, fries dan sedikit sayur... jangan lupa sediakan sosnya. terima kasih pada Ayu yang kongsikan resepinya.... mohon izin nak panjangkan kat sini pulak ya..



Homemade Ikea Meatballs
Sources:-From mytravelmyfood

Bahan-bahannya:

Boleh dapat lebih dari 30 biji
Daging kisar  Ramly (yang macam 2 slices daging burger tu)-(Ayu gunakan 500g daging kisar)
Bawang putih – optional, aku tak letak pun-(Ayu letak 1 sudu makan bawang putih kisar)
Sebiji bawang besar Holland – dicincang halus
Bread crumb – takde so aku guna biskut Cream Cracker yang diblend-(Ayu letak 8 sudu makan bread crumbs)
 1/3 cawan tepung gandum-(Ayu gunakan 3 sudu makan)
 2 biji telur yang dikocok dahulu
 1 sudu kecil serbuk lada hitam-(Ayu gunakan 4 sudu kecil lada hitam)
 ¼ cawan susu-(Ayu gunakan 1 sudu makan aje)
 1  sudu makan halia kisar-(Ayu tambah)
Sedikit minyak untuk mengguli
 Garam secukup rasa +perasa -(Ayu tambah)

 Cara-caranya:


Sediakan periuk kukusan terlebih dahulu.
 Mula-mula masukkan daging kisar, bawang besar,bread crumb, lada hitam, tepung gandum, susu, telur dan garam. Uli semua bahan tersebut hingga rata dan sedia untuk membuat meatball.
 Letakkan sedikit minyak di atas tangan supaya bahan-bahan tadi tidak melekat. Meatball yang siap diuli dikukus dalam periuk kukusan selama 10-15 minit.
Kak rose rebus bebola tu, bila dah timbul barulah angkat dan toskan.

frozen home made meatballs, simpan dalam zipper bags... nanti bila2 nak guna just defrost n goreng.

tips untuk simpan frozen cara kak rose: susun jarak2 atas tray, simpan dalam freezer dan biarkan beku dulu barulah masukkan dalam zipper bag tu... nanti dia tak akan melekat at each other.


Wednesday, September 28, 2016

WW: learn to let go...

terima kasih pada yang sudi....

Tuesday, September 27, 2016

Udang masak lemak ciliapi

 ubat gatai dah mai!!!! tapi kadang2 tak pulak allergic to udang, ada masa macam tak leh nak amik, gatal semacam jer bila lepas makan tu... tapi bila dapat udang beso2 camni mana la nak lepas peluang kan. udang ni kak rose beli masa balik kampung rumah MIL tempohhari, 300tb/kg, about rm35/kg cam tu la depend on the exchange rate masa tu... bila g derang punya pasar pagi memang geram sangat, segala ikan dan udang sangat fresh.. tu yang bli sampai 3kg, frozenkan dan bawak balik... puasla makan udang kali ni.

 kali ni masak lomak ciliapi, tapi sebenarnya kak rose lagi suka goreng dan makan dengan nasi atau pun makan cam tu jer.... tapi en asben nak kan yang berkuah, jadi buat lah masak lomak ciliapi tak podeh ni.. tapi kak rose tek de sukatan yang exact, main taram jer asalkan tukang rasa kata sedap tu kira ok la dah kan...

bahan2:

udang
cili api... ikut la kepedasan memasing ya
kunyit hidup
serai
asam keping
garam
santan pekat

Cara:

1. tumbuk ciliapi, kunyit dan garam sampai lumat
2. serai diketuk
3. masukkan santan dan bahan tumbuk, serai dan asam keping, jerang sambil dikacau selalu hingga mendidih, jangan sampai pecah santan ya...
4. masukkan udang, biarkan masak sambil dikacau selalu
5. perasakan, kalau dah ok boleh matikan api..

dan alangkah nikmatnya bila masak lomak ciliapi ni digandingkan dengan ikan masin... bertambah2 nasik dan lemak2 dibadan pun bertambah dengan jayanya! apo nak dikato.... sedap punya pasal, esok kita g brisk walk, bakar balik kalori yang dah terkumpul tu.... kalau rajin la!

Monday, September 26, 2016

Free cholestrol check-up

 Asalamualaikum dan salam pagi isnin buat kawan2 semua... semuga semuanya ceria dan dalam lindungan Allah jua hendaknya. dan untuk nak ceriakan diri kenalah sihat kan... so meh la kita buat pemeriksaan kesihatan yang berkala... kak rose memang buat tiap2 tahun dan Alhamdulillah sehingga kini masih diberikan kesihatan yang baik dan keputusan ujian pemeriksaan pun tak lah teruk sangat... cumanya ada lah yang kena jaga.... dan untuk nak jaga kolesterol, kak rose amik oats n susu omega disamping berbriskwalk yang buatnya on and off jer!

dan semalam, semasa bli groceries dan tambah stok susu omega, ada pulak free cholesterol check-up kat kaunter tu... tapi kena bayar dulu dan tunjuk resit baru boleh buat test tu... so bila dah bayar, kenalah masuk semula untuk buat test ni... dan resultnya macam kat atas tu la... ada additional of 0.05 daripada last year's test...  tapi dia pun kata, ni tak accurate macam kita buat test kat klinik tu, siap ada HDL dan LDL nya... yg ni cuma total kolesterol jer... lagi pun masa buat test ni non fasting...

 stok baru...harap2 lepas makan oats n minum susu omega ni, nanti bila hujung tahun buat blood test akan dapat result yang lebih baik daripada last year's one....

result yang dah dapat... total cholesterol 4.55 mmol/l, jauh sikit dari max nya < 5.2... dan harap2 tak lah sampai pada bacaan 5.2 tu... sendiri mau ingat la kan... kawan2 ada buat check-up tak?

sebenarnya dah beberapa hari kehabisan stok dan tak makan oats disebabkan nak try yang ada perisa cokelat ni, tapi manis la pulak... so tak termakan sudahnya.... nasib baik trial pack yg cenonet je, x la membazir sangat kan.

Sunday, September 25, 2016

Rambutan asam boi

 Rambutan asam boi. ada bran nak cuba? kak rose pun terjebak jugak dengan menda ni... bila dah banyak rambutan dan tak termakan, mula la menggodek cik google... sekali dia kuorkan menda ni...rupanya dah viral macam mangga asam boi dulu tu, kak rose jer ke yang ketinggalan ketapi? selama ni tak pernah terpikir pun rambutan pun boleh buat jeruk cam ni... so apalagi moh la mencuba kita sementelah bahan pun dah tersedia kan... tapi yang ni kak rose main agak2 jer dengan bahan2 tu, kalau nak kan resepi yang penuh boleh la google jer pasal jeruk rambutan asam boi, bermacam resepi akan kuor nanti.

 rambutan+asamboi+gula+ciliapi+limau kasturi, gaulkan rata2, isikan dalam bekas kaca dan simpan semalam dalam fridge.... esok dah bolah menikmatinya.

selepas overnight dalam fridge, ready to be served. manis masam masin pedas n sooooo juicy. nyaman banget dinikmati sejuk2, menaip ni pun boleh menjejeh ai lio, baq hang!

Saturday, September 24, 2016

Chocolate chips famous amos cookies

 antara cookies yang kak rose buat masa raya haji baru ni, balang pun dah basuh simpan tapi nak jugak tepek kat sini... buat kenangan masa nanti2 kan... resepinya dari sifu blogger masak2 yang dulu aktif di blog.... tapi kini ramai yang dah beralih ke IG, FB dan lain medium... kak rose jer masih sayangkan dapo maya ni... sayang jugak kalau terbiar tak berupdate kan...

Bahan-bahan ayak :
  • 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
  • 10 gm (3 tsp) serbuk koko
  • 2 Tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate
  • 2 Tbsp susu tepung
  • Secubit garam
Bahan-bahan lain :
  • 250 gm mentega
  • 150 gm gula kastor
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm (1/2 cawan) coklat chip
  • 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional
  • (kak rose  gajus )
Cara-cara :
  1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
  3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
  4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
  5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
  6. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
  7. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Friday, September 23, 2016

Kuih bakar pandan with homemade pati pandan

 Kuih bakar pandan yang harum semerbak bau harum masa membakarnya.. guna fully warna hijau from the home made pati pandan tu.. untuk sekali buat, cukup untuk memberikan warna yang cantik satu adunan kuih bakar pandan ni without additional artificial green color. dan untuk home made pati ni rasanya tak leh nak simpan lama sbb tak de bahan preservative, so might as well buat untuk sekali guna jer...

 
 mudah jer nak sediakan home made pandan juice ni... amik lebih kurang 10 helai daun pandan dan blend dengan sedikit air, tapis dan simpan dalam fridge dalam 4 hari cam tu untuk dapatkan concentrate pati pandan... warna hijau tu akan mendap kebawah selepas tu, dan ready untuk diguna kan..

after 4 days in the fridge, semua klorofil dan mendak dibawah dan tuangkan air jernih, tinggalkan mendapan hijau tu, ready for use dah..

batter for kuih bakar pandan with home made pati pandan in the making... masa ni pun dah terbau harum daun pandan tu...

taraaaa... buat kuih ni nipis2 jer, cepat masak dan cepatlah dapat menikmatinya... so boleh la kawan2 mencuba buat sendiri pati pandan ni kan... tapi kena buat at least 4 days earlier untuk dapatkan concentrated pati pandan tu.... kalau 2 hari pun dah boleh guna cuma tak cukup hijau lah kaler tu nanti! so... kalau nak guna kena sediakan awal2 lah ya.

Thursday, September 22, 2016

Ikan siakap 3 rasa

 Ikan siakap yang kak rose masak masa anak balik tempoh hari... kalau nak masak cenggini kena lah tunggu ada yang tukang makan, kalau cuma tinggal kami berdua memang tak kan terhabes ikan siakap beso gedabak ni... dan ikan ni pun kak rose dapat murah sikit compare dengan harga yang beli sebelum tu sehingga sembilan belas hengget per kg. so beli dua ekor boleh makan puas2 kan... anak memang suka kalau buat macam ni, meratah bahagian dinding perut yang garing kru krap tu.
 resepinya...

Bahan-bahan:-
1 ekor ikan siakap - bersihkan dan kelar. Lumur garam dan kunyit.

 
Bahan lain:-
5 ulas bawang putih - ditumbuk asing
3 ulas bawang merah - ditumbuk asing
2" halia - dimayang halus
6 biji cili padi - dihiris nipis (terpulang pada tahap kepedasan memasing la ya...)
garam
gula
1/2 cawan air 


Bahan sos:-
3 sdm sos cili
3 sdm sos tomato
2 sdm sos tiram

Cara:-
1. Panaskan minyak.Goreng ikan siakap tadi sehingga garing.Ketepikan.
2. Keluarkan minyak dalam kuali sedikit utk menumis.
3. Masukkan cili padi hiris dan goreng sedikit layu.
4. Masukkan bahan lain seperti bawang putih,halia dan bawang merah yang telah
ditumbuk.Tumis sehingga kekuningan dan agak garing.
5. Masukkan bahan sos.Tambah air.Kacau sehingga kuah masak dan mesra.Masukkan garam dan gula. masakkan juga bahan2 untuk kaler2 tadi
6. Sekiranya hendakkan kuah yang agak pekat,boleh dibancuh dgn sedikit air dan campuran tepung jagung.
7.Tutup api dan curahkan di atas ikan tadi

Wednesday, September 21, 2016

Motivasi diri...

 setelah lama bercuti dan bermalas malasan dan alasan hujan yang turun hampir setiap pagi, baru hari ni dapat memaksa diri untuk g ber brisk walk semula... dan paksa diri jugak untuk sampai target hingga 10k steps tu... dan akhirnya, bangga gitu! nasib baik jugak lepas tu tak terpeleot kaki dan badan dek kena paksa jalan tu..  ya la paksa diri pun kena paham limitation diri sendiri!  kalau dapat capai target tapi terseksa diri sendiri pun tak de guna kan. dan semuga esok dan hari2 seterusnya juga boleh capai target cam ni, tu pun kalau tak malas la kan...

 jauh tu... kalau lalu kat penang bridge pun dah nak sampai keseberang tanah besar... hihi.. tapi muskil jugak tang calories burnt tu.... macam frust jer tengok figurenya! agaknya sbb kak rose bukan ber brisk walk tp jalan lenggang kangkong jer... kalau ada hantu mak limah kejo dari belakang tentunya calories burnt tu pun bertambah2 sbb banyak poloh keluo... hihi

tapi tak tau nak set target kat samsung ni, kenapa dia set at 6k jer.. tu yang selalu kak rose akan berhenti bila dah sampai 6000 steps tu...mengelat la tu kan. apa pun, masing2 ada cara nak jaga kesihatan diri kan, dan yang ni kak rose tepek kat sini sebagai motivasi diri untuk jangan malas2 nak beriadah... tak perlu ke gym atau pun dengan peralatan yang mahal2, cuma jalan keliling kawasan rumah jer.  kawan2 exercises camner ek?

WW: sirap nenas


resepi kat sini...http://seripayaku.blogspot.my/2016/06/sweet-pineapple-cocktail.html

Tuesday, September 20, 2016

Siew pak choy sos tiram

 sayur yang mudah disediakan dan cepat jugak memasaknya dengan bahan yang sangat minima... tapi kesedapanya sangatlah hmmmm... nyum nyum.  dan setiap kali beli sayursiew pak choy, inilah menu yang terbayang dikepala... asalkan tukang makan tak komplen, akan kak rose buat berkali2....sedap dinikmati dengan nasi hangat2 dan juga lauk yang lain.

Bahan-bahan
  • seikat sayur siew pak choy
  • 4-5 sudu mkn sos tiram
  • 3 ulas bawang putih- cincang
  • seinci halia - cincang
  • air sedikit
  • serbuk perisa@gula - jika suka
  • tpg jagung+air sedikit utk pekatkan kuah
  • bwg putih goreng/bwg goreng - utk hiasan
Cara-cara


  • sayur jgn potong dulu... panaskan air. celur ngan btg2 skali. (kak rose potong dulu baru celur)
  • angkat dan toskan. potong bhgn yg ujung. susun dlm pinggan dan ketepikan.
  • panaskan minyak, tumis bhn cincang hingga naik bau@kekuningan.
  • masukkan sos tiram dan juga air sedikit. kacau. masukkan perisa jika suka. tkyah ltk garam sbb sos tiram dh masin. klu nk pekat buh tpg jagung+dbancuh ngan sedikit air.
  • didihkan. tutup api. tuang kuah atas sayur tadi.
  • hiaskan ngan bwg putih goreng/bwg goreng. dah siap!

Monday, September 19, 2016

Kuih bahulu

 Asalamualaikum dan selamat pagi buat kawan2 semua.... first time buat kuih bahulu, tapi kejadiannya tidaklah seperti yang kak rose harapkan yang macam sifu2 tu buat... kuih ni kak rose buat sebelum raya baru ni, entah dimana silapnya... masa angkat dari oben tu bukan main cantik meresik garingnya... tapi bila dah lama sikit dan kena udara, cepat jer jadi lemau...walaupun masa membakar tu kak rose dah lebihkan -+5 minit cam tu. tak macam yang macam beli tu... garing memanjang! boleh tak nak salahkan oben antik kak rose tu?...

resepi yang dikongsikan di wall fb, kak rose tepek kat sini lak ya... terima kasih dengan tips nya sekali ya.



Bahan2
bahan Ayak:
120gm tpg gandum
1/4 sudu kecil baking powder
(B)
4 biji telur gred A
1/2 sudu kecil esen ros
90gm gula kastor
1/2 sudu kecil ovalette -
(c)
Minyak secukup nya
dan pandan di simpul untuk dijadika berus

 Cara membuatnya:


Beat telor dan gula+ ovallette hingga putih berkrim gebu
add esen ros
once dah putih gebu dengan menggunakan spatula kaup balik kan tepung dlm adunan hingga all combine.

 




Cara membakar:

Panaskan oven selama 15 minit, api atas bawah. Suhu 160°C, masukkan loyang acuan dalam oven dan bila cukup panas keluarkan dan sapu minyak, terus tuang adunan penuh acuan baru nanti akan naik cantik

Masak lebih kurang 20 hingga 25 minit, bergantung pada jenis oven dan kerangupan yang diinginkan..

Once dah masak, cucuk dengan lidi sate untuk keluarkan bahulu dan ulang proses sapu minyak pada acuan sebelum masukkan adunan seterusnya.

Tips:
Pastikan loyang acuan cukup panas sebelum digunakan
Untuk menjaga loyang bahulu, sebelum digunakan rendam loyang bersama ½ cawan cuka+air – rendam tenggelam semalaman, then bilas bersih n ready to be used. Ini untuk mengelakkan bahulu melekat kat loyang.

Sunday, September 18, 2016

Simple yet mengenyangkan

 home made chicken chop yang ohsemmm sedap...

 bila kami sekeluarga cukup bertiga, maka mama pun rajin nak masak... walaupun cuma cikencop ni!

 Alhamdulillah dengan rezekiNya, kenyang kami anak beranak.

super duper simple coleslaw, cuma carrot, kubis n mayo.

Friday, September 16, 2016

Karipap roti

 bila inti dah ada tapi malas nak menguli doh, ada kawan yang kongsikan cara yang paling mudah nak sediakan karipap. terima kasih Puan Ros yang mulakan dengan cara yang simple ni... dan untuk orang malas macam kak rose ni memang sesuai sangat la kan... cepat disediakan dan cepat jugak dapat ngapnya... dan Puan Rose ada jugak buat yang karipap roti nu yang versi goreng pulak... yg tu nanti lain kali nak cuba pulak..

 bahan inti ikut la suka macam mana nak buat... ada yang suka guna inti kentang, keledek atau telo rebus pun boleh gak... yang ni kak rose guna kentang dan daging cincang jer . dan kalau roti tak habis makan, nak tamat riwayat pulak... boleh la buat kulit karipap ni..

cara membuat karipap:

1. gelek roti hingga nipis dan potong bentuk bulat menggunakan cawan/mangkuk
2. letak sesudu inti dan cantum kedua bahagian tepi dan picit sekeliling tepinya. lepas tu gunakan garfu kecil untuk menekan tepi karipap.
3. susun karipap atas dulang dan sapu telor hingga rata (pastikan tidak banyak telor meleleh dibawah karipap sbb takut melekat pada dulang.
4. bakar karipap roti dengan kepanasan 180C selama lebih kurang 15 minits atau hingga perang.

Note: karipap boleh dikeluarkan dari oven setelah 10 minit dibakar. balikkan dan sapu telor pada bahagian yg belum disapu telor tadi dan masukkan semula kedalam oven.

cara kak rose yg derhaka: sebelah bawah karipap kak rose sapu butter dan sebelah atas sapu dengan kuning telor dan tabur sedikit serbuk lada hitam. so x yah tebalikkan. rangup jer makan masa hangat2 tu.

Thursday, September 15, 2016

Pengat ubi

 musim hujan sangat sinonim dengan ubi kan.... so kenalah jugak ikut keinginan tekak jawa ni. lama sangat rasanya tak makan pengat cenggini, dapat pulak beli ubi yang sangat empuk gebus... jadinya tersangatlah sedap pengat ni kat tekak kak rose... macam mengidam lak kan, dua mangkuk sekali jalan jer.... heaven sangat dapat makan menu zaman jepun ni. resepi dari blog hazila, mekasih ya..



Bahan bahan

3 ketul ubi kayu ( saiz sederhana) - buang kulit, bersihkan dan rebus hingga empuk
2 cawan santan 3 sudu makan gula pasir - tambah jika suka lebih manis 1 ketul gula kabung
1 helai daun pandan - simpulkan
Secubit garam
2 sudu makan sagu biji - rendam terlebih dahulu


Bahan bahan 3 ketul ubi kayu ( saiz sederhana) - buang kulit, bersihkan dan rebus hingga empuk 2 cawan santan 3 sudu makan gula pasir - tambah jika suka lebih manis 1 ketul gula kabung 1 helai daun pandan - simpulkan Secubit garam 2 sudu makan sagu biji - rendam terlebih dahulu

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ


Cara cara

 1. Masukkan semua bahan kecuali ubi kayu ke dalam periuk. Panaskan dengan api yang perlahan.
2. Sentiasa dikacau supya santan tidak pecah minyak. Biarkan hingga gula hancur dan hampir mendidih.
3. Masukkan ubi kayu yang telah direbus tadi. Biarkan seketika dan kuah mendidih.
4. Dah siap boleh la dihidang.