Rambutan asam boi. ada bran nak cuba? kak rose pun terjebak jugak dengan menda ni... bila dah banyak rambutan dan tak termakan, mula la menggodek cik google... sekali dia kuorkan menda ni...rupanya dah viral macam mangga asam boi dulu tu, kak rose jer ke yang ketinggalan ketapi? selama ni tak pernah terpikir pun rambutan pun boleh buat jeruk cam ni... so apalagi moh la mencuba kita sementelah bahan pun dah tersedia kan... tapi yang ni kak rose main agak2 jer dengan bahan2 tu, kalau nak kan resepi yang penuh boleh la google jer pasal jeruk rambutan asam boi, bermacam resepi akan kuor nanti.
rambutan+asamboi+gula+ciliapi+limau kasturi, gaulkan rata2, isikan dalam bekas kaca dan simpan semalam dalam fridge.... esok dah bolah menikmatinya.
selepas overnight dalam fridge, ready to be served. manis masam masin pedas n sooooo juicy. nyaman banget dinikmati sejuk2, menaip ni pun boleh menjejeh ai lio, baq hang!
4 comments:
Wah, lepas ni buah rambutan naik hargalah.
Semua nak buat rambutan asam boi.
hahaha.. betul kata En Warisan Petani tu. Tapi sy lagi suka mkn begitu sahaja
WP, kalau kat kampung, rambutan dah tak de harga sbb kebanyakkan rumah ada pokok sendiri..
SK, pada kak rose cam tu jugak, lebih suka makan cam tu jer.
Post a Comment