Salam Jumaat penghulu segala hari... doa2 yang selalu kita baca buat peringatan diri sendiri dan juga yang sudi singgah kat rumah maya kak rose ni. semuga bermenafaat buat semua..
Lanai Kijang
Friday, August 19, 2022
Jom amalkan...
Wednesday, August 17, 2022
Tuesday, August 16, 2022
Spaghetti goreng tomyam
BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram spaghetti, rebus hingga lembut, gaul dengan minyak zaitun
udang secukupnya, cuci dan toskan
1 1/2 camca besar pes tomyam (kak rose guna homemade paste tomyam)
1 biji bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih cincang halus
1 genggam brokoli yang dah disiang
2 helai daun limau purut
8 biji cili padi, cincang halus (guna 2 biji jer... pun dah pedas!)
Sos ikan secukup rasa (x suka...gantikan dengan garam jer)
Sedikit gula
Hirisan daun bawang untuk hiasan ( x dak la)
Hirisan cili padi untuk hiasan
Belahan limau kasturi untuk hiasan (ada limau nipis jer, so x buh la)
Minyak zaitun untuk menumis
- Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih, bawang merah hingga layu. Masukkan cili padi cincang dan pes tomyam, kacau rata dan masak hingga rempah garing.
- Masukkan udang dan sedikit air. Bila udang berubah warna, masukkan brokoli, daun limau purut dan spaghetti, gaul rata dan tambah sos ikan secukup rasa dan secubit gula. Gaul hingga mesra. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
- Hidang dengan menabur hirisan daun bawang dan cili padi. Perah jus limau kasturi sebelum dimakan, jika suka....
Monday, August 15, 2022
Udang celup tepung
memula bersihkan udang dan pat dry guna kitchen towel, gaulkan dengan sedikit tepung bistari tu dan lepas tu celup lah dalam batter pulak. dan goreng hingga kekuningan... dah siapppp. makan cengitu jer pun dah sedap, tapi kalau suka cicah dengan cili sos pun ok gak
Sunday, August 14, 2022
Sambung nyawa my kuali..
lepas ni harap adalah nampaklah jalan pulangnya... Aamiin
Sunday, August 7, 2022
Sup tulang
Bahan-bahan
1 kg tulang berdaging
2 s/b minyak makan
2 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]
4 biji kentang [belah 4]
1 batang lobak merah [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
1 batang serai [ketuk]
garam
bawang goreng
air secukupnya
Bahan tumbuk
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam
Bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang, serai dan kacau rata.
4. Rebuskan sehingga daging di tulang betul-betul lembut. (30 minits, guna pressure cooker)
5. Masukkan kentang, lobak merah, air dan garam. Biarkan mendideh.
6. Biarkan reneh sehingga kentang dan lobak merah lembut.
7. Hidangkan dalam mangkuk besar. Taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.
ni lah lemak yang dah beku dipermukaan piok tu... cedok dan buangkan.. dan boleh lah teruskan memasak sup tu dan makan dengan aman damai, tak perlu risau lemak2 nak tumpang bertepek kan..