Friday, August 19, 2022

Jom amalkan...

 Salam Jumaat penghulu segala hari... doa2 yang selalu kita baca buat peringatan diri sendiri dan juga yang sudi singgah kat rumah maya kak rose ni. semuga bermenafaat buat semua..










 

Tuesday, August 16, 2022

Spaghetti goreng tomyam

masak dengan bahan apa yang ade dalam stok jer... kiranya derhakakan resepi lah ni ya, tapi kita yang buat dia kan, so sesedap rasa tekak kita yang nak makan lah. apa pun memang sedap lah walau pun tak cukup bahan... jom check resepi dari cmg ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram spaghetti, rebus hingga lembut, gaul dengan minyak zaitun
udang secukupnya, cuci dan toskan
1 1/2 camca besar pes tomyam (kak rose guna homemade paste tomyam)
1 biji bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih cincang halus
1 genggam brokoli yang dah disiang
2 helai daun limau purut
8 biji cili padi, cincang halus (guna 2 biji jer... pun dah pedas!)
Sos ikan secukup rasa (x suka...gantikan dengan garam jer)
Sedikit gula
Hirisan daun bawang untuk hiasan ( x dak la)
Hirisan cili padi untuk hiasan
Belahan limau kasturi untuk hiasan (ada limau nipis jer, so x buh la)
Minyak zaitun untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih, bawang merah  hingga layu. Masukkan cili padi cincang dan pes tomyam, kacau rata dan masak hingga rempah garing.
  2. Masukkan udang dan sedikit air. Bila udang berubah warna, masukkan brokoli, daun limau purut dan spaghetti, gaul rata dan tambah sos ikan secukup rasa dan secubit gula. Gaul hingga mesra. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Hidang dengan menabur hirisan daun bawang dan cili padi. Perah jus limau kasturi sebelum dimakan, jika suka....


 

Monday, August 15, 2022

Udang celup tepung

udang celup tepung yang gemuks2 memang sedap lah... tapi tak lah pandai nak buat macam yang kita makan kat terengganu ict yang pemes tu... tak pe lah kan, asalkan udang celuptepung camner pun rupanya tetap jugak udang celup tepung kan... dan ni yang paling mudah dan sedap lah pada tekak kami. tak perlu nak bersusah2 bancuh batter yang berbagai tepung tu, kak rose cuma guna bancuhan tepung bistari yang perasa asli untuk salutnya. 

memula bersihkan udang dan pat dry guna kitchen towel, gaulkan dengan sedikit tepung bistari tu dan lepas tu celup lah dalam batter pulak. dan goreng hingga kekuningan... dah siapppp. makan cengitu jer pun dah sedap, tapi kalau suka cicah dengan cili sos pun ok gak
 

Sunday, August 14, 2022

Sambung nyawa my kuali..

entah kemana lah agaknya kerajinan satu masa dulu yang tiap hari mengupdate dapo maya ni... semuanya dah sesat dan tak jumpa jalan pulang dah.. dan akhirnya ni lah nasib my kuali... hidup segan mati tak mahu, memang sayang lah kalau nak biarkan mati gitu jer kan.. so merajinkan diri mengupdate dengan hidangan lunch simple kami yang dah jadi baja dah pun... nasi goreng, daging bakar, fries dan timun jepun... cicah dengan sos cili thai perahkan asam limau dan bubuh sedikit daun ketumbar...

lepas ni harap adalah nampaklah jalan pulangnya... Aamiin
 

Sunday, August 7, 2022

Sup tulang

 Asalamualaikum dan salam sehajtera buat yang masih sudi nak jenguk dapo maya kak rose ni... berhabuk bersawang dek kerajinan yang dah menghilang tenggelam tak nak timbul2 dah.. sup ni kak rose masak lepas dari balik kampung semasa raya haji ari tu... nak tepek kat sini buat kenamgan kami adik beradik sembelih korban kat kampung... so amik lah sket tulang dan buat sup ni..boleh makan dengan rasa tak bersalah sebab kak rose dah buangkan segala lemak2 tu... cara nak buang lemak tu, lepas rebus tu kak rose keluarkan semua tulang dan asingkan dulu, biarkan kuah sejuk dan lemak akan membeku dipermukaan periuk, maka mudah lah nak buangkan nya. lepas tu baru lah sambung memasak sup tu.

Bahan-bahan
1 kg tulang berdaging
2 s/b minyak makan
2 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit] 
4 biji kentang [belah 4]
1 batang lobak merah [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
1 batang serai [ketuk]

garam
bawang goreng
air secukupnya 


  Bahan tumbuk
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam 


Bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara membuat
 
1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang, serai dan kacau rata.
4. Rebuskan sehingga daging di tulang betul-betul lembut. (30 minits, guna pressure cooker)
5. Masukkan kentang, lobak merah, air dan garam. Biarkan mendideh.
6. Biarkan reneh sehingga kentang dan lobak merah lembut.
7. Hidangkan dalam mangkuk besar. Taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.

 
ni lah lemak yang dah beku dipermukaan piok tu... cedok dan buangkan.. dan boleh lah teruskan memasak sup tu dan makan dengan aman damai, tak perlu risau lemak2 nak tumpang bertepek kan..